BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 3, 2009

Indonesia ambil karya seniman Malaysia, senyap saja?

Assalamualaikum wbt.

Usai tamat peperiksaan kelmarin, saya pulang ke rumah dengan minda yang agak relaks. Kekangan waktu tidak mengizinkan saya membelek akhbar lebih lama, sekadar menangkap tajuk utama Utusan, Dr MAZA ditangkap JAIS atas tuduhan menyampaikan kuliah tanpa tauliah. Alhamdulillah, beliau dibebaskan hari ini dengan jaminan bon.

Berita Harian dan Sinar yang tidak sempat saya pantau, pagi tadi baru saya sentuh. Berita pemandu bas mogok di Sinar menarik perhatian saya. Maklumlah, salah seorang daripada pelanggan setia SKMK ialah saya. Bila berdepan dengan situasi sebegini, barulah terasa betapa pentingnya kewujudan SKMK di tanah Kelantan ini. Meskipun bas selalu lambat, adakalanya meragam dan pak cik bas yang emo, sekurang2nya sampai juga saya di destinasi. Bila mogok kerana sudah tiga bulan tidak diberi slip gaji, ternganga saja saya di stesen bas. Mujur ada bas yang terlepas. Sempatlah sampai di sekolah..

Bukan isu bas yang ingin saya abadikan di blog ini. Bukan juga kritikan atau kutukan kepada pihak berkenaan, sekadar satu luahan insan biasa yang kurang berpuas hati. Bagi saya, semua orang punyai hak untuk bersuara. Saya juga. Lantaran itu, saya harap pihak berkenaan faham apa tujuan saya mengabadikan topik ini di sini.

Basi.

Mungkin topik pergaduhan antara Malaysia dan Indonesia yang kini senyap, sudah menjadi basi. Baguslah. Hikayat tidak enak seperti ini tidak patut dipanjang-panjangkan.

Menelusuri rentetan sejarah, Indonesia menuduh Malaysia mencuri karya seninya melalui tarian pendet yang diiklankan oleh sebuah syarikat pelancongan swasta yang langsung tidak berkait dengan kerajaan. Menurut Indonesia, syarikat tersebut menjadikan tarian pendet sebagai aset tarikan ke Malaysia sempena Karnival Cuti-Cuti Malaysia seterusnya mendakwa Malaysia mencuri kerya seni mereka dengan mengatakan tarian pendet merupakan tarian milik Indonesia.

Perbalahan ini dihangatkan lagi dengan perebutan wilayah jajahan antara Malaysia dan Indonesia. Kawasan yang terlibat ialah Pulau Sipadan dan Ligitan. Kemudiannya dibangkitkan isu pekerja Indonesia di Malaysia dan dakwaan tentang penganiayaan terhadap pendatang Indonesia.

Sebagai warganegara Malaysia, saya akui, semangat patriotisme saya sedikit tercabar apabila isu ini hangat diperkatakan, ada pihak di Malaysia yang masih bersemangat menerbitkan program bersifat keINDONESIAan di media, tidak kira media massa, cetak mahupun elektronik. Stesen-stesen televisyen mengambil sikap berdiam diri dan meneruskan penyiaran mereka dalam sinetron-sinteron Indonesia yang kononnya mendapat rating tinggi. Media cetak masih lagi mempromosikan artis seberang. Tanpa sebarang berita mengenai artis seberang dalam masa sehari bagaikan tidak sah! Radio-radio pula masih mengalunkan lagu-lagu karya band-band dan penyanyi seberang yang didakwa sebagai karya yang lebih baik daripada Malaysia. Semuanya mengambil sikap berdiam diri meskipun ramai warganegara Malaysia yang prihatin berulang kali menghantar surat ke Utusan dan BH, menghantar SMS ke Kosmo! dan Metro, namun senyap sepi semuanya..

Menyelak akhbar Berita Harian kelmarin, saya membaca suatu artikel yang menggandingkan nama penyanyi seberang, Ahmad Dhani dengan lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Madu Tiga yang dipopularkan allahyarham dalam filem Madu Tiga.

Album terbaru penyanyi Indonesia ini, Ahmad Dhani and The Swinger membabitkan lagu allahyarham yang dinyanyikan semula oleh Ahmad Dhani dengan menggunakan nafas baru. Mengejutkan, lagu ini muncul sebagai lagu paling popular berbanding lagu lain.

Pada majlis pelancaran album ini, Ahmad Dhani sempat menyanyikan lagu ini secara spontan di hadapan media.

Saya sudah mendengar lagu ini. Video klipnya sudah pun saya tonton. Peminat P.Ramlee mana yang tidak teruja apabila mengetahui lagu beliau dinyanyikan semula dengan diberi nafas baru? Dan menurut kenyataan Ahmad Dhani di akhbar BH itu, dia terdengar lagu ini buat pertama kalinya ketika dialunkan oleh sebuah pusat membeli-belah. merasakan lagu ini sedap, beliau mengambil keputusan untuk menyanyikan lagu ini dengan irama yang lebih segar sementelah tiada penyanyi lelaki yang berani menyanyikan semula lagu ini. Video klipnya pada pandangan saya, kurang sesuai untuk tontonan umum. Tak tahulah di Indonesia bagaimana. Tapi bagi kanak-kanak yang mengenali P.Ramlee dan ingin menonton video klip ini, jawapan saya ialah tidak.

Persoalan yang tercetus ialah...

Bukankah lagu ini secara hakikat dan jelasnya merupakan lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, seniman agung Malaysia? Setahu saya, allahyarham memang dari keturunan Indonesia sementelah bapa allahyarham, Teuku Nyak Putih berdarah Acheh. Namun menikah dengan Che Rahmah, gadis Tanah Melayu sejati. Bukankah P. Ramlee bergiat aktif dengan seni perfileman Singapura? Tidak pernah saya dengan P. Ramlee berlakon dalam produksi Indonesia.Tapi saya harus akui, sebagai belia belasan tahun, mungkin pengetahuan saya tentang idola negara ini masih dangkal.

Namun, ingin saya tegaskan. Sungguh saya tidak mengerti. Tiada pihak yang tampil ke depan dan menyatakan rasa ketidakpuasan hati mereka dengan tindakan Ahmad Dhani ini yang saya sifatkan lebih kurang mencedok idea rakyat Malaysia. Strategi beliau berjaya apabila lagu ini muncul sebagai lagu paling popular di dalam album terbaru beliau.

Mungkin tiada salahnya jika ada penyanyi lain yang mahu menyanyikan kembali lagu P. Ramlee, tidak kira lokal atau antarabangsa. Mungkin kalau Usher atau Akon yang menyanyikan lagu ini, lebih hebat sambutan yang diberikan.Janji royalti masuk...

Namun sebagai anak Malaysia, sungguh saya tak berpuas hati. Ungkapan SatuMalaysia yang dilancarkan oleh PM, Dato' Seri Najib Tun Razak, dimanipulasi oleh warga Indonesia yang obses, dengan menukarkan abjad T kepada P menjadikan perkataan itu bertukar kepada SapuMalaysia. Keselamatan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia juga terancam kerana keganasan yang dilakukan oleh warga Indonesia yang memandang serong kepada rakyat Malaysia. Karnivel pelancongan tahunan Malaysia yang dinamakan Cuti-cuti Malaysia pula ditukar sesuka hati kepada Curi-Curi Malaysia.

Saya malas mengungkit, nanti dikatakan tidak ikhlas. Namun bila timbulnya persoalan sebegini, secara skeptikalnya ingin saya ingatkan kembali kepada sesiapa yang terlupa apa-apa..

Siapakah yang memberi rezeki yang lumayan kepada warga Indonesia yang berkunjung ke Malaysia sebagai pembantu rumah? Di Indonesia, saya difahamkan oleh seorang guru, pelayan kedai makan mendapat gaji RM30 sebulan. Di Malaysia, mereka mendapat lebih 10 kali ganda daripada jumlah itu.

Pendatang Indonesia di Malaysia dianiaya?

Wahai warga Indonesia,
Kami boleh menerima kehadiran kamu dengan baik, sekiranya kamu datang dengan baik beserta niat yang baik. Tapi kalau datang ke Malaysia pun secara haram, dan membuat pekerjaan haram, hingga menyempitkan ruang di dalam penjara Kajang dan Sungai Buloh dengan kehadiran kamu sekalian, kamu minta kami sambut kedatangan kamu dengan baik? Itu belum lagi dengan berbagai kes jenayah yang kamu lakukan, atau dengan kes membawa pulang anak gadis Malaysia ke tempat sendiri, terutamanya jejaka Lombok!

Siapa yang melakukan aktiviti pecah rumah?
Siapa yang melakukan akitiviti ragut?
Siapa yang melakukan aktiviti rompak?
Siapa yang melakukan aktiviti rogol?

Yaaa! Warga tempatan juga ada. Tapi adakah warga Malaysia yang ke Indonesia, berprofesionkan penjenayah?

Usah persoalkan pembantu rumah Indonesia yang didera majikan. Memang ada! Lagipun, bukan semua orang baik kan?

Tapi ada juga kes pembantu rumah mendera majikan. Terbaru, memasukkan racun ke dalam sup. Mendera anak majikan sudah menjadi perkara biasa. Mengambil harta benda majika tanpa kebenaran atau dalam bahasa kasar dan pendeknya, mencuri juga sudah menjadi perkara biasa. Akhir sekali ghaib pulang ke tanah air setelah cukup wang bersama teman lelaki. Kononnya ingin pulang ke kampung halaman dan membina keluarga sendiri.

Tidak dinafikan, ada juga yang baik. tapi kalau majoritinya kurang baik, macam mana? Sedangkan kerana nilai setitik, susu sebelanga boleh rosak. Apatah lagi bertitik-titik!

Tidak dinafikan juga, kehadiran buruh-buruh Indonesia banyak membantu pembangunan Malaysia dari segi infrastrukturnya. Pelayan-pelayan kedai makan di ibu kota juga kebanyakannya terdiri daripada rakyat-rakyat Indonesia yang bermigrasi demi mencari rezeki.

Sungguh!
Saya tidak kisah kalau terpaksa berkongsi tanah air dengan warga Indonesia kerana apa yang kami miliki di Malaysia ini bukannya milik kami secara eternal. Semuanya milik Allah. Ini sekadar pinjamanNya dan kesenangan yang DIA anugerah, sama sekali tidak patut kami rasai seorang.

Datanglah ke Malaysia dengan cara baik dan niat yang baik. Saya sungguh mengerti keadaan di Indonesia, berdasarkan pemerhatian, pantauan dan pemberitahuan oleh teman2 yang berkunjung ke sana. Insya Allah rezeki kami di Malaysia melimpah ruah dan kami tidak kisah andai rezeki itu harus kita kongsi bersama. Dengan syarat, datanglah secara baik beserta niat yang baik. Demi mencari rezeki untuk diri dan keluarga. Carilah rezeki yang halal, kerana kemanisan rezeki yang halal itu lebih terasa berbanding rezeki yang haram.

Kita saling memerlukan. Malaysia perlukan tenaga kerja untuk membina bangunan dan membasuh pinggan mangkuk, Indonesia perlukan wang untuk memastikan ada lagi hari esok buat mereka. Ayuh kita bekerjasama, daripada saling berantakan begini.

Andai kata ada kalam dan ayat yang membuatkan mana-man pihak terasa, tersentuh, termarah dan tergeram, saya dahului dengan ucapan maaf. Jikalau ada salah dan silap, sudi-sudikanlah tinggalkan pesanan agar kesalahan itu boleh dibaiki dan tidak berulang lagi. Saya masih mentah, dunia ini belum suku bahagiannya saya terokai.

Kritikan dan komen membina amat saya harapkan!

Untuk info lanjut, layari :

  • http://infopkpmi-cb.blogspot.com
  • http://www.budiey.com

Sekian.

Wallahu'alam.

Wassalam.

Regard,
Maryam Kamal.

Friday, October 23, 2009

SMU menjelang..

Assalamualaikum wbt.

Entri kali ini ditujukan khas buat semua calon SMU 2009, terutamanya MMP's, khususnya warga 4 SC 2.

SALAM TAUFIQ MAAN NAJAH KEPADA ANTUNNA SEKALIAN. SEMOGA KEJAYAAN 10A1 MUMTAZ MILIK KITA SEMUA, AMIN!

WE ARE THE BEST SINCE PAST TWO YEARS IN PMRU AND PMR, SO WE WILL BE THE BEST IN SMU 2009!

SMU BOLEH!
MMP BOLEH!!
4 SC 2 BOLEH!!!

SEMOGA ALLAH BERSAMA KITA SENTIASA. AMIN.

ALLAHUAKBAR!!!

Buat sahabat semua, sedikit bingkisan ikhlas..

Mulakan setiap apa yang kita lakukan dengan nama Allah.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Kita seharusnya bertawakal padaNya. Usaha dah, ikhtiar pun dah. Tawakkal la pulak ya. Semoga tak ada yang blank, blur ataupun terlupa ketika 'berperang di medan' peperiksaan yang bermula dari Ahad, 25/10 ini hingga Isnin, 2/11 ini..

Buat semua yang mengenali Maryam Kamal, secara umum atau peribadi, sememangnya Maryam Kamal seorang insan biasa yang tak lepas dari dosa. Keampunan saya hulurkan lahiriah dan batiniah. Insya-Allah, hati ini sudah memaafkan antunna andai ada dosa antara kita. Semoga dapat mengikhlaskan hati. Amin.

Akhir kalam,

Doakan kejayaan anda, saya dan kita semua..
Good Luck!
All the best!

Khas untuk 4 SC 2's,
Pok2 kito insya Allah mumtaz blako!
Beyehhhh!!!
Allahuakbar!!!

Wallahu'alam.

Wassalam.

Ikhlas,
Maryam Kamak.

Thursday, October 8, 2009

Subhanallah...!

Assalamualaikum wbt.

Salam takziah buat semua mangsa gempa bumi di Indonesia, ribut Ketsana dan Parma di Filipina dan Taiwan, juga warga Samoa yang dikejutkan dengan ombak tsunami. Tak lupa juga buat warga India yang dilanda banjir.

Syahdu.

Simpati.

Bimbang.

Semuanya bergaul menjadi satu. Manakan tidak..

Syahdu. Melihat kepada keadaan selepas bencana alam itu berlaku, seperti tiada harapan untuk kembali pulih seperti biasa. Mengambil contoh, Acheh yang dilanda tsunami Disember 2004, masih gagal untuk kembali menjadi Acheh yang dahulu biarpun pembangunan dilakukan tanpa henti.

Simpati. Saban hari selepas bencana alam itu berlaku, gambar-gambar yang menjadi tempekan di dada akhbar, kerap mengundang air mata. Kanak-kanak yang baru belajar berjalan, sudah dipaksa mengenal sebuah penderitaan. Ibu mengandung, warga emas kehilangan tempat bergantung.

Bimbang. Jika kita perhatikan bencana alam yang berlaku, kebanyakannya melanda negara-negara Asia, kecuali tsunami yang berlaku di kawasan Kepulauan Samoa dan Tonga. Indonesia digegarkan dengan gempa bumi. Ketsana singgah di Filipina sebelum menuju ke Taiwan. Parma menyusul di Filipina dan makin menghampiri Taiwan. Difahamkan, terdapat sejenis lagi ribut yang akan melanda Filipina, dikenali sebagai ribut Melur. Kasihan juga kepada Puan Arroyo… India! India yang mengalami banjir terburuk dalam tempoh 100 tahun!

Kenapa perlu bimbang?

Kerana Malaysia, bumi yang kita pijak ini, yang kita canang sebagai aman, yang diajar dalam subjek Geografi tingkatan tiga sebagai bumi yang bertuah kerana terselamat dari ancaman bencana alam. Namun, melihat kepada keadaan sekeliling sekarang, masihkah kita selamat dari bencana alam itu?

Sedangkan ketika gempa melanda Padang, negeri-negeri Selatan turut merasa gegarnya. Bahkan warga kondominium di Putrajaya terpaksa melarikan diri apabila kediaman tinggi mereka turut bergegar.

Selamatkah kita dari sebarang bencana alam, apabila seorang remaja perempuan di Bachok meninggal dunia, apabila ditimpa pokok ru natijah daripada angin ribut yang terlalu kuat? Dipercayai, ketika itu Ketsana ‘lalu’ di sepanjang pesisir pantai Bachok sebelum ke Filipina.

Lalu sahaja?

Bagaimana kalau suatu hari, destinasi Ketsana ialah Bachok?

Bagaimana kalau suatu detik, gempa seterusnya melanda negeri-negeri Selatan?

Bagaimana kalau suatu masa, hujan lebat turun mencurah ke bumi tanpa henti, lantas menyebabkan banjir? Usah dikira banjir kilat atau tidak, yang pentingnya… Mampukah bencana yang ganas itu menyelamatkan penduduk di negeri-negeri yang tergolong dalam kategori mudah banjir, termasuklah Kelantan?

Terbaru, Bangkok pula mendapat gilirannya apabila hampir 10 orang maut dan 90 orang cedera apabila berlakunya nahas keretapi di negara tersebut kelmarin. Meskipun bukan bencana alam, namun hal ini amat mendukacitakan. Bukan bencana alam bermaksud perkara yang sama boleh berlaku pada mana-mana negara! Hai… bila giliran Malaysia?

Nauzubillahi min zaliq!!

Minta dijauhkan!!

Tapi… semua ini telah Allah rancang, sedari dulu lagi…

Tak percaya?

Saya mulanya enggan percaya juga, apabila ada seorang sahabat mengatakan bahawa Allah telah merancang bencana sebegini hebat lama dahulu. Namun apabila melihat sendiri dalilinya, tidak boleh tidak.. Saya, anda dan kita harus percaya!

Gempa bumi di Padang berlaku pada jam 5.16 petang, atau dalam sistem 24 jam, pada 17.16 dan yang kedua berlaku selang beberapa minit kemudian, yakni pada jam 17.58. Diikuti gempa di Jambi pada hari berikutnya pada 8.52 pagi, atau 08.52.

Cuba kita perhatikan terjemahan Al-Quran, surah ke 17, ayat 16 dan 52. Diikuti surah ke-8 ayat 52.

Surah ke-17 ialah surah Al-Isra’.

Maksud ayat ke 16 dalam surah Al-Isra’ ialah :

“ Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang hidup mewah di negeri itu (agar mentaati Allah), tetapi bila mereka melakukan kedurhakaan di dalam (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian kami binasakan sama sekali (negeri itu).”

Subhanallah!

Berikut ialah maksud ayat ke-58 surah yang sama :

“ Dan tidak ada satu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum Hari Kiamat atau Kami siksa penduduknya dengan siksa yang amat keras. Yang demikian telah tertulis di dalam Kita (Lauh Mahfuz).”

Subhanallah!!

Surah ke-8 di dalam Al-Quran ialah surah Al-Anfal.

Berikut pula ialah maksud ayat ke-52, surah Al-Anfal.

“ (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Fir’aun dan orang-orang sebelum mereka. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sungguh, Allah Maha Kuat lagi sangat keras siksaNya.”

Subhanallah!!!

Kagum.

Takjub.

Takut.

Kagum. AlQuran yang usianya zaman berzaman ini, sudahpun mengandungi apa yang akan berlaku pada hari ini. Sungguh, Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Kagum. AlQuran inilah yang dihina saban masa oleh pihak Barat, namun mereka tidak menyedari, AlQuran inilah yang menyatakan kebenaran. Usahkan Barat, kalau tak diberitahu, kita pun takkan tahu. Kan?

Takut. Maksud terjemahan semua ayat di atas ialah umum. Bukannya hanya merujuk kepada Indonesia, Filipina, Taiwan, Samoa dan Tonga. Tapi kemungkinan semua ceruk bumiNya ini akan ditimpa azab, andai penduduk tempat itu menderhakai Allah.

Bahkan, masanya tidak dinyatakan. Mungkin boleh berlaku pada zaman Rasulullah. Mungkin pada zaman Khulafa’ Rasyidin. Mungkin pada zaman khalifah. Mungkin pada zaman taabiin. Mungkin pada zaman sekarang dan tak mustahil akan terus berlaku pada masa hadapan. Azab Allah takkan tamat selagi ada penderhaka!

Maha Suci Allah yang mencipta AlQuran sebagai antara mukjizat kepada kekasihNya, Muhammad SAW.

Suatu ketika dulu, kecoh sebentar dunia Islam Malaysia apabila sebuah majalah tempatan mendedahkan warga belia berbangsa Melayu beragama Islam berwarganegara Malaysia, sanggup membakar AlQuran demi menyertai sesebuah pertubuhan haram. Contohnya, remaja yang kepingin untuk menyertai puak punk, black metal dan sebagainya, haruslah membuat sesuatu sebelum diiktiraf sebagai ahli.

Antara ‘sesuatu’ itu ialah, meneguk darah kambing hitam, membakar dan memijak AlQuran sambil diiringi muzik-muzik yang bergenre berat. Mengejutkan apabila cara itu mendapat sambutan.

Itulah AlQuran. Dipijak manusia zaman sekarang sesuka hati, dianggap sebagai bahan mainan. Bibir akan basah dengan kalamullah ini hanya apabila ditimpa kesusahan. Pada masa tersebut, barulah teringat apa itu Ayat Kursi, Ayat Seribu Dinar, Qul Huallahu Ahad, dan AlFatihah. Kalau tak susah, memang lupa apa itu AlQuran.

AlQuran ialah Kalamullah. Sesiapa yang berkata-kata berdasarkannya benar. Sesiapa yang menghukum mengikutnya adil. Sesiapa yang berpegang dengannya berjaya dan sesiapa yang meninggalkannya, celaka!

3 golongan yang meninggalkan AlQuran ialah :

1) Yang langsung tidak membaca AlQuran.
2) Yang membaca AlQuran tanpa memahami maksudnya.
3) Yang membaca AlQuran dan memahami maksudnya, tetapi tidak mengamalkannya…

Golongan yang manakah kita? Pertama, kedua atau ketiga?

Sahabat sekalian,

Peliharalah Al-Quran. Ayuh berkongsi sedikit sebanyak khasiat surah-surah yang terdapat dalam Al-Quran.

1) Ummul Kitab, Al-Fatihah.

- Membacanya mendapat pahala seperti membaca sepertiga AlQuran.

- Al-Fatihah adalah untuk apa yang dimaksudkannya dalam (erti) bacaannya.

- Untuk memohon suatu hajat yang baik kepada ALLAH SWT, baca 41 kali setiap hari antara solat sunat Subuh dan solat fardu.

2) Surah Al-Kahfi.

- Ahmad berkata : “ Saya dengar Al-Baraa’u Ibnu Aazib berkata : Seorang lelaki telah membaca surah Al-Kahfi dan di dalam rumahnya ada seekor binatang (kuda), maka diberitahunya kepada Nabi SAW. Baginda bersabda, : Adakah si fulan membaca AlQuran? Sesungguhnya itulah ketenangan yang turun ketika AlQuran dibaca atau diberi keterangan turun untuk AlQuran.” (hadis sahih riwayat oleh Syukbah)

- Imam Ahmad berkata, : “Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda : “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat permulaan daripada surah Al-Kahfi, maka terhindar daripada ad-Dajjal.” (riwayat Muslim, Abu Daud, an-Nasa’I, at-Tirmizi daripada Qatadah.)

- Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhani daripada bapanya daripada Nabi Muhammad SAW bersabda : Sesiapa membaca awal dari surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhan maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (HR Ahmad)

- Daripada Umar berkata, : Nabi SAW telah bersabda, “ Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya dari bawah kakinya hingga ke kangit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” (HR Ibnu Katsir)

- Daripada Abi Said al-Khudri berkata, : Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat maka dihamparkan (disinarkan) untuknya daripada cahaya antara dia dan bait Al-Atiq.” (HR Ibnu Katsir)

- Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Ibnu Khalid Al-Julani dari Ibnu al-Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu’an, : Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika ad-Dajjal muncul, maka dia terhindar daripadanya.” (HR Ibnu Katsir)
- Daripada Syukbah daripada Abi Hashim dengan isnadnya, sesungguhnya Nabi SAW bersabda : Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan, jadilah cahaya untuknya di hari Kiamat.” (HR Ibnu Katsir)

3) Surah As-Sajdah

- Hadith Riwayat Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a berkata : “Adalah Nabi SAW membaca pada solat fajar (subuh) pada hari Jumaat (Alif Laam Mim Tanzil) as-Sajdah dan (Hal Ata Alal Insan) Insan.”

Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir berkata, : “ Adalah Nabi SAW tidak tidur sehingga dibaca surah As-Sajdah dan Al-Mulk.”

4) Surah Yaasin.

- Daripada Anas, Rasulullah bersabda : “Setiap sesuatu ada hati dan hati AlQuran adalah Yaasin dan sesiapa yang membaca Yaasin, maka Allah SWT tulis sebagaimana ia membaca AlQuran sepuluh kali.

- Daripada Abu Hurairah r.a bersabda Rasulullah SAW, : “ Sesiapa yang membaca Yaasin pada waktu malam, maka akan diampun keesokannya. Dan sesiapa membaca Haamim Al-Dukhan nescaya akan diampunkan baginya keesokannya.” (HR Ibnu Katsir)

- Daripada Abdullah berkata, : Rasulullah SAW telah bersabda, “ Sesiapa yang membaca Yaasin waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah SWT, maka akan diberi keampunan baginya.” (HR Ibnu Katsir.)

- Daripa Ma’qil Ibn Yasar berkata : “Al-Baqarah adalah rangka. AlQuran diturunkan setiap satunya dengan disertakan 80 malaikat dan ayat Kursi khususnya diturunkan dari bawah Arasy Allah yang tersusun di dalam surah al-Baqarah. Dan surah Yaasin adalah jantung hati AlQuran.”

- Sesetengah ulama’ berkata tentang Yaasin bahawa antara keistimewaan surah Yaasin ialah apabila dibaca tidak ada kesulitan melainkan dimudahkan oleh Allah. Dan adalah bacaannya (Yaasin) ketika nazak, maka rahmat dan berkat turun dan dipermudahkan baginya roh keluar dengan nazaknya.” (HR Ibnu Katsir.)
- Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, : Nabi SAW telah bersabda, : “ Adalah saya suka kalau surah Yaasin dalam hati setiap insan daripada umatku.” (Riwayat Bazzar, Ibnu Katsir).
- Daripada Safuan berkata : Adalah alim ulama’ berkata, : Apabila dibaca Yaasin ke atas mayat, diringankan Allah baginya (Sakaratul maut).” (HR Ahmad dan Ibnu Katsir.)

5) Ad-Dukhan

-Daripada Abi Hurairah r.a berkata, : Nabi SAW telah bersabda, : “Sesiapa membaca surah Haamim Ad-Dukhan pada waktu malam, maka esoknya tujuh puluh ribu malaikat akan meminta ampun baginya.” (HR Ibnu Katsir)

- Daripada Abi Hurairah r.a berkata, : Nabi SAW bersabda, : “ Sesiapa membaca Haamim Ad-Dukhan pada malam Jumaat, maka diberi keampunan baginya.” (HR Ibnu Katsir).

- Daripada Zaid Ibnu Harith r.a sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepada Ibnu Zayyad, : “ Sesungguhnya aku menyimpan sesuatu, maka apa dia?. Maka Nabi SAW simpan baginya surah Ad-Dukhan, maka baginda bersabda dia ilaha Ad-Dukhan dan bersabda lagi : Pergilah. Masya Allah, kemudian dia pergi.”

6) Surah Al-Waqiah

- Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, : Abu Bakar al-Siddiq berkata, : “Wahai Rasulullah, sesungguhnya tuan berambut putih (kelihatan tua). Maka Nabi SAW bersabda, : “ Saya berambut putih (kelihatan tua) kerana surah-srah Hud, al-Waqiah, al-Mursalat, Amma Yatasaalun dan Izas Syamsu Kuwwirat.” (HR at-Tarmizi)
- Daripada Abi Dhibah berkata, : “Telah sakit Abdullah yang boleh menyebabkan kematiannya. Maka diziarahi oleh Uthman Ibnu Affan r.a,

Uthman bertanya, : Apa yang kamu adukan?.
Beliau menjawab : Dosa-dosaku.
Uthman : Dan apa yang kamu mahu sekarang?
Andullah : Rahmat Tuhanku.
Uthman : Perlukah saya panggil doktor?
Abdullah : Doktor lebih sakit daripada saya.
Uthman : Adakah kamu perluka wang?
Abdullah : Saya tidak berhajat padanya.
Usman : Ini adalah untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaanmu.
Abdullah: Adakah kamu takut anak-anak perempuan saya
menjadi miskin? Sesungguhnya saya perintah
kepada mereka supaya membaca surah Al-Waqiah
tiap-tiap malam. Saya mendengar Rasulullah SAW
bersabda, : “ Sesiapa membaca surah Al-Waqiah”
maka dia tidak akan menjadi miskin selama-lamanya.

7) Surah Al-Hasyar.

- Daripada Fadhil Ibnu Yassar al-Muzni r.a berkata, : Nabi SAW telah bersabda ketika bangkit subuh “A’uuzubillahis Sami’il-‘alimi-Minas Syaitanir-Rajim,”

- Kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyr maka Allah SWT newakilkan 70 malaikat berselawat ke atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid. (HR At-Tirmizi)

8) Surah Al-Mulk.

- Daripada Abu Hurairah r.a, dari Rasulullah SAW bersabda, : “ Sesunggunya di dalam AlQuran ada tiga puluh ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk (Tabarakallazi).”

- Daripada Anas Ibnu Malik berkata, : Nabi SAW telah bersabda, : “ Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dunia dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali “Tabarakallazi”. Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat.

Maka surah itu menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu. Sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudharatan atau kemanfaatan.

Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si mati), jadi pergilah menemui Allah SWt. Dan mintalah syafaat daripadaNya.

Maka dia pun (surah Al-Mulk) menemui Allah SWT. Dan berkata,

“Wahai Tuhanku, si fulan ini (si mati), dia pilih saya dalam kitabMu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika Engkau ingin berbuat demikian, maka padamlah saya dari kitabMu.”

Dan Allah SWt berfirman,

“Aku nampak kamu marah.”

Surah Al-Mulk menjawab,

“Sesungguhnya saya marah.”

Allah SWT berfirman lagi,

“Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaatnya.”

Nabi SAW bersabda, : “ Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa kepada si mati.

Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada dada yang sentiada menghafal dan menjaga saya. Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya.

Maka surah itu bersama si mati di dalam kuburnya supaya dia (si mati) tidak merasa kesunyian.

Anas berjata, : “ Apabila NabiSAW khabarkan hadis ini, maka tidak ada seorang pun yang kecil mahupun besar, hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi SAW menamakan surah ini Al-Munjiah, iaitu yang menyelamatkan.” (HR Ibnu katsir.)

Daripada Anas Ibnu Malik berkata, : “ Rasulullah SAW telah bersabda, : “ Satu surah dalam AlQuran menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga. Iaitu (Tabarakallazi).” (HR at-Tarmizi)

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, : Seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu itu kubur maka di dalam kubur itu terdengar suara bacaan surah Al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata, : “ Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu itu kubur dan saya dengar seorang manusia sedang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam.

Nabi SAW bersabda, : “ Itulah yang menghalang (Al-Maani’ah) yang menyelamatkan dia (Al-Munjiah) daripada seksaan kubur.” (HR at-Tarmizi).

Darioada Jabir r.a, : “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur hingga baginda membaca Alif Laam Mim, al-Sajadah dan Al-Mulk.” (HR at-Tarmizi)

Dan Lais berkata daripada Thawun bahawa kelebihan dua surah ini adalah 70 kali lebih baik daripada tiap-tiap surah dalam AlQuran.

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, : “ Adakah kamu mahu saya khabarkan kepadamu satu hadis yang menggembirakan kamu?”

Dia berkata, “ Bahkan!”

Ibnu Abbas berkata, : “ Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada keluarga kamu dan semua anak kamu dan kepada anak-anak kamu yang belum baligh di rumahmu dan jiranmu. Sesungguhnya ia yang menyelamatkan dari berdebat di hari kiamat di depan Allah memohon kepada pembacanya supaya Allah SWT menyelamatkan dia daripada abi neraka dan pembacanya juga selamat daripada seksaan kubur.”

Dan Nabi SAW bersabda, : “ Saya suka kalau surah ini dalam hati tiap insan dari umatku.” (HR Ibnu Katsir).

Itulah serba sedikit ilmu yang sempat saya kongsikan bersama anda. Bukan mahu mengutuk mana-mana pihak, jauh sekali menyalahkan takdir. Niat saya hanyalah mahu menyedarkan yang mana terleka, mahu membangunkan yang mana terlena \, mahu mengejutkan yang mana terlalai. Bukankah manusia harus saling mengingati?

Sahabat…

Kutiplah seberapa banyak ilmu yang terzahir dan termajaz. Semoga Allah bersama kita dalam apa jua keadaan. Semoga kita dijauhkan dari bala bencanaNya. Amin.

Ayuh sama-sama mengaminkan doa ini.

“ Wahai Tuhan yang menolakkan bala bencana, Ya Allah! Wahai Tuhan yang menolakkan bala bencana, Ya Rahman! Wahai Tuhan yang menolakkan bala bencana, Ya Rahim! Tolakkanlah daripada kami sekalian bala dunia dan akhirat. Dan juga bencana dunia dan bala bencana akhirat! Dan juga bencana yang datangnya dari musuh-musuh, dan manusia dan jin, dan dari syaitan dan iblis. Dan apa-apa yang berterbangan di langit, yang turun dari langit dan yang keluar dari bumi. Dengan rahmat Engkau Ya Allah, wahai Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dan Allah memberi selawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Dan segala pujian itu bagi Allah, Tuhan pengatur sekalian alam… AMIN Ya Rabbal Alamin...”

Sekian dahulu coretan jemari yang mulai lenguh..

Yang baik itu kelebihan Allah, yang buruk lagi jelik itu kelemahan saya, sebagai insan yang hina lagi kerdil. Sama-samalah kita saling mengingati.

Semoga Allah sentiasa bersama kita.

Wallahu’alam.

Wassalam.

Ikhlas,
Maryam Kamal.
06/10/2009
4.25 petang.