BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 9, 2010

Eid Mubarak.

Assalamualaikum wbt.

Seperti yang kita semua maklum, insya Allah, esok, Jumaat, 10 September 2010 bersamaan dengan 1 Syawal 1431H, kita semua, umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. :)

Jadi, saya, selaku bloggers yang kerap mengutarakan pandangan, yang kadangkala terlalu kejam tanpa memikirkan pendapat, pandangan dan perasaan orang lain, dengan rendah hatinya, ingin memohon maaf atas segala keterlanjuran bicara dan kelalaian dalam mengambil kira emosi semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Eid Mubarak,
Kullu'am waantum bikhoir.

Akhir kalam, sebelum kita semua bergembira, saya bekalkan sedikit mutiara kata yang diharap dapat menjadi pegangan kita semua, supaya tidak terlalu ghairah meraikan Aidilfitri.

Pejam celik, dah sebulan kita berpuasa.
Lagi dipejam celik, makin banyak salah dan dosa.
Jadi, sementara masih celik ni, buatlah amal tanpa putus asa..
Supaya, nanti apabila kita terpejam tak celik2, tak ada hati yang rengsa, jiwa yang terseksa.

Wallahu'alam.
Wassalamualaikum wbt.

Tuesday, September 7, 2010

Bunga2. :)

Assalamualaikum wbt.

Wah! Layout bunga2.. hoho~

Jiwang!

Alhamdulillah.
Dah nampak 'normal' sikit belog ni.
Meskipun saya sendiri masih tak tahu bagaimana boleh jadi dua post sama dalam satu belog,
saya rasa agak puas hati!~

Nampak okey sikt.
:)

Kan?

Okeylah.
Cukuplah sekadar gini belog calon SPM ni, kan?

Sekian, wallahu'alam.
Wassalam.

Thursday, June 3, 2010

Kami ditinggalkan.

Assalamualaikum wbt.

Saya tak pasti sama ada seluruh warga MMP sudah mengetahui berita ini atau tidak, tapi rasanya belum lagi.

Encik Razali Konok atau lebih mesra dipanggil Papa Li akan bertukar ke Maahad Amir Indera Petra bermula hari pertama selepas cuti penggal kedua ini..

Maknanya, hari ni hari terakhir Papa Li kat MMP.

Ertinya, hari Ahad, 20 Jun 2010, Papa Li tidak lagi memijak bumi MMP.. tetapi sebaliknya bumi Amir..

Papa Li, yang namanya tiba-tiba meledak, seiring dengan nama Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, scorer 20 A SPM Maahad 2008, akan mula berkhidmat dengan Amir dan berjanji akan menaikkan keputusan STAM Amir lebih tinggi berbanding MMP!

Saya rasa sedih... Papa Li yang tak pernah lupa masuk ke kelas-kelas kami hampir setiap bulan, memberi kata-kata semangat dan motivasi.. Hampir menitis air mata saya tatkala beliau memandang kami seorang demi seorang dengan pandangan penuh pengharapan.. Sambil berkata, awak semua bijak...

Ya! Manusia semua sama... Cuma tahap penggunaan akal sahaja yang berbeza... 

...
Selepas ini..

Siapa yang akan masuk ke kelas kami apabila guru tiada,

memberi salam dan senyuman...

Memberi kata-kata perangsang semangat dan motivasi..

Memberi ucapan hikmat dan azimat..

Siapa yang akan berlelucon di thobur dengan ucapan yang ringkas, tapi kelakar dan padat?

Siapa yang akan memberi amaran tentang peperiksaan dan kelas tambahan?

Siapa yang akan masuk ke kelas kami hampir saban bulan dan mendengar setiap masalah kami?

Siapa?

SIAPA?!

Benar kata orang...
Bila kita kehilangan sesuatu, barulah kita menghargainya..

Saya amat menghargai Papa Li sebenarnya..
Cuma namanya tidak begitu major dalam hidup saya..
Oleh itu, apabila timbul cerita beliau akan meninggalkan kami,
barulah hati saya terkesan dengan kehadiran dan ketiadaannya..

Ohh!

Dari sudut positifnya pula, biarlah Papa Li mencurahkan jaza bakti beliau kepada anak-anak Amir pula.. Agar semua di antara kami, pelajar Yayasan Islam Kelantan, mampu berjaya, dengan bantuan dan dorongan beliau.

Sekalung penghargaan dan doa kami berikan kepada Papa Li.
Hanya ucapan terima kasih dan doa kami hadiahkan..

Jazakallah khairal jaza'

Wallahu'alam.

Wassalam.

Wednesday, June 2, 2010

;) Doa Wehdah

Assalamualaikum wbt.

لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

لا إله إلاّ الله
و لا نعبد إلاّ إيّاه
مخلصين له الدين
و لو كره المشركون

لا إله إلاّ الله
ربّنا و ربّ آبائنا الأوّلين

لا إله إلاّ الله
وحده وحده وحده
أنجز وعده
ونصر عبده
وأعزّ جنده
وهزم الأحزاب وحده

فله المُلكُ و لهُ الحمد
يحيي و يميت
و يميت و يحيي
و هو حيٌّ لا يموت

بيده الخير
و هو على كلّ شيءٍ قدير

الله أكـــبر

Tiada Tuhan yang disembah selain ALLAH
Tuhan yang Maha Esa
dan kami berserah kepadaNya
Tiada Tuhan yang disembah selainNya
kami tidak menyerah selain kepadaNya
kami mengikhlaskan tunduk kepada Nya
walaupun dibenci oleh org musyrik
Tiada Tuhan selain Allah
Tuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami
yang terdahulu

Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa
Dia telah menunaikan janjiNya
Dia telah memenangkan hambaNya
Dia telah memuliakan tenteraNya
dan Dia telah mengalahkan musuhNya berseorangan

Bagi ALLAH segala kerajaan,bagi segala pujian
Dia yang menghidupkan dan mematikan
Dia yang mematikan dan menghidupkan
sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati
Dalam segala kekuasaan dan kebajikan
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
ALLAH Maha Besar

...

Kepada semua warga Malaysia yang menyertai misi Life Line For Gaza (LL4G),
tahniah buat antum! 

Jazakumullahu khairal jaza' ..

Antum sangat bertuah kerana berpeluang merasai pengalaman yang hanya insan terpilih sahaja yang akan merasainya. :)

Smg antum mengambil seberapa banyak iktibar yang antum perolehi sepanjang musafir antum ke sana... Subhanallah!

:)

Wallahu'alam.

Wassalam. 

Sunday, April 18, 2010

Untuk adik2. :)

*Ini merupakan copy paste daripada notes yang dicreate di FB. Sekadar copy paste. Untuk adik-adik. :)*

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt...

:)

Khas untuk adik2 yang Kak Yam kasihi, kerana anugerah Allah yang menanam pepohon kasih di ladang hati berbungakan ukhuwah fillah berbuahkan jujur dan setia..

Khas buat adik2 yang Kak Yam hormati, kerana usia semudamu sudah kau abadikan di jalanNYA, di saat teman2 sebayamu sedang menikmati zaman yang mereka canang sebagai 'zaman remaja, zaman bergembira'...

Khas buat adik2 yang Kak Yam kagumi, kerana sanggup mempertaruhkan hati berdepan dengan kelukaan natijah ditolak cinta Allah, berbanding rakan-rakan seusianya mempertaruhkan hati untuk mendapatkan cinta manusia...

Adik2, Kak Yam juga tidak sekuat antunna.. Kak Yam juga punyai kelemahan, Kak Yam juga punyai kekurangan. Namun, Allah kurniakan Kak Yam sedikit kelebihan, untuk menampung kelemahan dan kekurangan itu. Sudilah kiranya adik2 menerima sedikit kelebihan Kak Yam ini untuk dikongsi bersama.. Pinjaman Allah untuk Kak Yam, anggaplah untuk kita. :)

Adik2,

Jalan ranjau itu penuh duri...
Di jalan itulah...

~Nabi Muhammad SAW dicaci maki..

~Nabi Nuh AS meratap...
~Nabi Yahya AS disembelih..
~Nabi Ibrahim AS dibakar..
~Nabi Ayub AS dipulau..
~Nabi Musa AS dikejar..

Di jalan itu jugalah...

~Saidina Umar ra dibunuh!

~Darah Saidina Uthman tertumpah...
~Saidina Ali disergap...
~Belakang para imam disebat!

Adik2, kuatlah! Demi Allah yang Maha Besar!

Allah SWT sendiri berfirman kepadamu, kepada kita semua ummat Muhammad...

'Jika kamu membantu Allah, nescaya Allah akan membantumu..'
Itu janjiNYA! DIA sendiri yang memahat janji! Innallaha la tukhliful mi'ad...
Allah tidak pernah memungkiri janji!

Di dalam surah Al-Insyirah, Alla berfirman lagi...

'Dan Kami telah meringankan daripadamu bebananmu (dalam menyebarkan Islam)'.

Dalam surah Ad-Dhuha, Allah berfirman lagi...

"Tuhanmu (Muhammad) tidak akan meninggalkan kamu dan DIA tidak akan membencimu"

Menurut Tuan Guru Nik Abd Aziz tercinta, yang terlebih dahulu merasa pahitnya perjuangan berpaksikan Islam bersaksikan AQ, ayat inilah yang ditenung, direnung, ditelek tanpa jemu, andai semangat perjuangan kian pudar dan luntur dari hati beliau, kerana menurut Tok Guru, ayat ini bisa mengembalikan roh perjuangannya!

Itu Tuan Guru adik2... Yang mehnah dan tribulasinya berganda2 lebih teruk daripada kita.. Yang ujian dan cubaan kepadanya berganda2 lebih hebat daripada kita.. Sedangkan kita?

Adik2,
mungkin ini membosankan antunna. Namun, bacalah dengan hati... Kerana hati yang suci akan mengerti.

Jazakillah, khairan jaza'.

Wallahu'alam.

Friday, April 9, 2010

Al-Habib. :)

Assalamualaikum wbt.

:)

Isteriku....
Apabila kusentuh telapak tanganmu...
Saat kuusap dan kurasakan guratannya,
Kudapatkan parutan kasar dan semakin kasar....
Dan ketika kupandangi wajahmu....
Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu...
Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat....
Ketika kutersentak dari pembaringan di kala fajar kadzib menyingsing...
Aku terpana dengan munajatmu yang syahdu.

Isteriku...
Tatkala teman-temanmu tengah bersantai, happy fun....
Di keramaian dunia ciptaan mereka...
Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu....
Hanya untuk Islam dan keagungan muslimin...
Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti...
Pelbagai hiasan yang indah...
Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan emas berlian...
Pakaian-pakaian anggun bak puteri kayangan...
Wajah mereka dibaluri pelbagai warna dan jenama...

Kau umpama ladang ummah...
Kau menginfaqkan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitan Islam...
Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh, meminta-minta maupun
mengadu domba...
Tatkala mereka berlomba-lomba mengejar pangkat dan nama...
Kau sibuk menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa...

Isteriku....
Bukan aku tidak mampu membelikan benda dan hiasan-hiasan tersebut... Tetapi isteriku...
Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk kujadikan isteri dan penghuni kamar hatiku....
Kau melafazkan satu tuntutan,
"Saya siap mendampingi perjuangan ini bersama akhi tetapi dengan syarat..."
Sambil tersenyum kau menghela nafas dalam-dalam....
Aku termangu sendirian...
Syarat apakah itu? Bungalow kah? Hamparan tanah berhektar-hektar kah? Mobil mewahkah? Intan berliankah? Pakaian sutera yang high class? Perabot mahal dari Itali kah?... Atau honeymoon di Paris ?..
Lama kau mengumpulkan kekuatan untuk sekedar berkata...

Akhirnya...
Arghhh... Permintaanmu itu...
Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman kita...
Aku tergugu, haru dan bangga...

Dengan penuh keyakinan kau berkata..
"Akhi , Mampukah akhi menjadikan saya sebagai isteri yang
kedua ?....
Mampukah akhi menjadikan Islam sebagai isteri pertama yang lebih memerlukan perhatian?...
Mampukah akhi meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya termasuk urusan-urusan dunia?...
Mampukah akhi menjual diri semata-mata karena Islam?..
Mampukah akhi berkorban meninggalkan kelezatan dunia?...
Mampukah akhi menjadikan Islam laksana bara api....
Akhi perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala...

Mampukah akhi menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam.. 
Bukannya seperti lampu pijar yang bisa di'on'kan bila perlu dan di'off'kan bila tidak....
Mampukah akhi mendengar hinaan yang bakal dilontarkan kepada anda karena perjuangan anda....
Dan...mampukah akhi menjadikan saya isteri seorang pejuang yang tidak dimanja dengan fatamorgana dunia?...

Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu isteriku...
Namun aku menerima syarat-syarat tersebut karena aku tahu..
Jiwamu kosong dari syurga dunia...
Karena aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu..
Bukannya kau yang diubah oleh dunia...

Isteriku..
Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupan kita...
Susah senang kita tempuh bersama...
Aku terharu dengan segala kebaikanmu...
Kau jaga akhlakmu...
Kau pelihara maruahmu selaku muslimah...
Kau tak pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan demi tugasku menegakkan Islam ke persada agung....
Kau jua sanggup mengekang mata menungguku sambil memberikan aku suatu senyuman terindah di ambang pintu tatkala aku pulang lewat malam.... Malah kau seringkali meniupkan semangat untuk aku terus tsabat di pentas perjuangan ini....
Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dengan keharuman kemenangan...

Isteriku..
Tangkasnya engkau selaku isteri...
Biarpun kau jua sibuk bersama mengorbankan tenaga dalam perjuanganku ini..
Kau jaga relasi kita dengan indahnya...
Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih sayang....
Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk kau lari dari amanahmu meskipun jadualmu padat dengan agenda-agenda bersama masyarakat dan kaum sejenismu....
Cekalnya engkau mendidik anak-anak...
Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasul saw, para sahabat yang mulia serta para
pejuang Islam...
Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundullah...
Kau asuh mereka hidup dengan Al Quran...
Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran dikala menjelang imtihan...

Isteriku...
Barangkali inilah pelajaran dari ustadzah Zainab Al Ghazali...
Tangan yang mengayun buaian dapat mengguncang dunia...
Kau beri didikan dua generasi sekaligus, generasi kini dan generasi kan datang
Suamimu dan anak-anakmu dengan MAHABBAH
Andai ibunda Khadijah Al Kubra masih ada..
Pasti beliau tersenyum bangga karena masih ada srikandi Islam...
SEPERTIMU....WAHAI ISTERIKU…

Bercakap mengenai ini, tidak semestinya bertujuan ke arah itu. Sekadar memasang angan, agar Allag menetapkan yang terbaik untuk saya, dalam segala hal dan urusan. Juga untuk anda! :)

Wallahu'alam.

Wednesday, March 31, 2010

Umrah yang tak mabrurah?

Assalamualaikum wbt.

Semenjak saya jejakkan kaki ke Malaysia, saya sudah disematkan dengan maklumat bahawa antara tanda-tanda umrah yang mabrurah dan maqbulah ialah :
  • ~Berubah menjadi lebih baik selepas pulang
  • ~Lebih dermawan dan lebih suka menderma selepas pulang
  • ~Keadaan persekitaran yang lebih baik selepas pulang
Justeru, saya berazam, jika benar Allah menerima ibadat yang saya lakukan selama mengerjakan umrah, insya Allah akhlak saya akan bertambah baik.

Namun malangnya, selepas menjejakkan kaki ke sekolah, saya dapati rata-rata kawan saya menuturkan bicara yang sama maksudnya...

"Aku ingat ko pergi umrah jadik lebih baik sikit...!"

"Ko ni, balik umrah pun xberubah lagi, kan?"

"Sebelum umrah, lepas umrah, sama je perangai ko...!"

Saya terdiam sejenak. Sekali dua ayat-ayat itu meluncur di telinga saya, saya anggap biasa. Namun, apabila mencecah 4-5 kali, ini bukan lagi biasa... Persoalannya, benarkah, saya tidak bertambah baik seperti yang didakwa? Dan ini bermakna, umrah saya tidak mabrurah???

Oh, tidak!

Namun, kata-kata seorang sahabat melegakan hati saya... sikit.

"Ko still macam ni kan.. Tapi takpe, aku tahu hati ko lain..."

Sambil tersenyum, dia meninggalkan saya. Senyuman itu ikhlas.

Saya masih terpaku, bersama sisa senyuman juga. Sisa.

Terima kasih, Nailah. Aku sendiri tak tahu hati aku, Nai.. Tapi aku tahu, Allah tahu, sebab Dia Maha Mengetahui.. Korang tak tahu, dan aku rasa tak perlulah tahu.. Cukuplah Allah yang tahu...

Semoga apa yang Nailah katakan betul.. Insya Allah...

Saya akui, perangai saya memang teruk... agaklah teruk sebenarnya! :)

Apa yang saya lihat, saya rasakan betul, terus saya akan suarakan, dalam bentuk canda dan sindir, selepas memikirkan natijahnya.. Biasalah, pasti akan terasa hati dengan saya, dan saya sedar itu. Dan saya rasa, itu adalah lebih baik daripada mereka yang menyakiti hati yang lain tanpa menyedarinya.

Di kesempatan ini, untuk insan-insan yang berkecil hati dengan saya, perbuatan saya, perkataan saya dan pengakuan saya, ampun maaf dipinta. Ayat klisenya, saya hanyalah manusia biasa seperti anda, yang tak lepas daripada melakukan kesilapan, juga seperti anda.

Semoga Allah masih lagi dermawan dengan saya untuk terus membekalkan saya hidayahNYA. Tuhan, kurniakanlah kami semua hidayahMU.. Amin.

Terima kasih, selagi lagi, Nailah Ata Abdul Mun'eim.

Wallahu'alam.
Wassalam.

Sekian.

A Poem From Mecca..

Assalamualaikum wbt...

Dengan izinMU,
aku berjaya ke mari..
Dengan bantuanMU,
aku bisa menjejakkan kaki di sini..

Di sini,
Tanah yang pernah dipijak anbiya'MU,
Bumi yang dulunya gersang kini kian subur,
Warisan tinggalan yang masih menjadi ketaksuban,
Sejarah penemuan yang tidak putus menjadi tumpuan..

Di hadapan rumahMU aku qiam,
berkiblatkan Baitillah,
bersaksikan dada langitMU..

Aku rukuk.
Menumpahkan janji ikrar taat setia padaMU, di masjidmu yang termahal.
Yang menjanjikan 100,000 kali ganda pahala..
Masjid termahal, bukan?

Aku sujud.
Menghapus dosa.
Yang selama ini menghias jiwa.

Tahiyat ku atur.
Syahadah ku sebut jelas.
Diiringi mutiara yang datang terus dari hati,
lambang keinginan taubat seorang hamba...

Tangan ku angkat.
Dengan rendah hati dan yakin padaMU,
munajat kupanjatkan..
Mohon disucikan jiwa,
dari segala noda..

Sesekali disapa hangat mentari,
sesekali disentuh dedebu kota mulia ini,
aku terjeda seketika..

Hangat nerakaMU pasti lebih mencengkam..
dan barangkali,
dedebu kota Mukarramah ini,
lebih suci daripadaku!

Maryam Kamal,
Zuhur 25 Mac 2010, 
Kota Mekah Al Mukarramah.

Saya tidak perlukan orang lain lagi.

Assalamualaikum.

Dua pemimpin Islam tempatan yg hebat. Saya sudah punyai mereka, justeru saya tidak perlukan orang lain lagi, sebagai pengganti mereka, selagi mana mereka dikurniakan daya dan kekuatan oleh Allah.

Insan yang banyak terluka semenjak pembabitannya dalam dunia politik sambil memperjuangkan Islam. 

Ya Allah, sebagaimana Kau haramkan api neraka ke atas Khalifah Umar Abdul Aziz, bayangan khalifah Ar-Rasyidin yang ke-lima, kau haramkanlah api neraka ke atas Tok Guru Nik Aziz, Ya Tuhan.. Simbahilah api neraka itu dengan air matanya yang tumpah akibat mainan sandiwara di pentas lakonan dunia. Amin.

Entri ini sama sekali tidak berunsur politik. Mempunyai orang masyuhur yang kebetulannya ahli politik yang disayangi, dan berkongsinya dengan khalayak, tidak salah, kan?

Wallahu'alam.

Wassalam.

Tuesday, March 30, 2010

Simple Review : Aku Kan Novelis! by Nurul Syahida

Assalamualaikum.

Just finished Aku Kan Novelis! by Nurul Syahida. Novel bilangan ke berapa entah untuk tahun ini. Ke berapa entah bukan merujuk kepada betapa banyaknya novel yang sudah dibaca, tetapi merujuk kepada betapa lamanya sudah tidak membaca novel tahun ini sehinggakan lupa. Harap maklum. :)

Sengaja fill the day activities by reading novel as nak rehatkan minda jap sebelum kerjakan Math, Bio, Phy, Chemi segala untuk baki cuti 3 hari lagi. Esok xstudy lagi, join rehlah BD ke Lata Belatan, Terengganu. BD day out! Oo..yeah!

Just wanna to talk a bit about the novel.

Awesome Nurul Syahida! I read her Plain Jane, and I like it. Because I like the synopsis. But I was not interested to read her third novel, as the blurb of the novel is not interesting. But my sister bought it without my consult, so I just read, as Nurul Syahida's writing is nice.

And, really. Amazing novel! It made me laugh, but at the other page, the novel made me felt like crying. Argh! Mainan perasaan dengan hanya barisan huruf tulisan hitam di atas kertas putih yang mampu men'twist'kan perasaan dan emosi.

Watak heroin, Safiah yang kadangkala agak menjengkelkan, dan watak hero, Raol atau nama sebenarnya, Zairul yang selalu sangat menjengkelkan... Dengan rambut merah dan mata kiri dipakai kanta lekap merah, dan mata kanan masih asli, Raol memang bukan ciri2 lelaki idaman.. Apatah lagi lelaki yang mempunyai kesan tindik dan merupakan seorang perokok.

Namun, kuasa magis penulisan Nurul Syahida berjaya membuatkan saya turut teruja ingin mempunyai seseorang istimewa seperti Raol. :) 

Apatah lagi, jika si rambut merah yang memakai kanta lekap merah hanya pada mata kiri dan mempunyai kesan tindik serta seorang perokok merupakan seorang pelukis yang sangat berbakat, seorang abang yang sangat penyayang dan seorang kekasih yang sangat protektif!

"Tepi, awek gua nak lalu!"

Saranan saya kepada pelajar2 BUKAN CALON SPM, anda boleh baca novel ni. Bukan novel cinta semata, tetapi novel ni berjaya membuatkan awak ketawa dan menangis dalam satu2 masa. Novel yang mengajar anda bagaimana untuk memiliki great sense of humor, dan menangis tanpa perlu. :D

Saya terhibur. Terima kasih, Nurul Syahida.

Sekadar berkongsi. Sekian, wassalam.

Friday, March 12, 2010

Keyboard off ~

Salam.

Makluman.

Malas nak copy paste. :D

Sila2.

Wallahu'alam.

Wassalam.

Friday, February 26, 2010

Menyesal Aku Tinggalkan Maahad>>

Assalamualaikum wbt...

Entri kali ini menceritakan kepada anda luahan seorang pelajar, yang dulunya tidak sukakan Maahad, yang dulunya begitu tega meninggalkan Maahad, yang dulunya begitu seronok dapat membebaskan diri dari cengkaman Maahad. Ayuh ikuti luahan tersebut.

Hari  : Jumaat
Masa : 8 pagi
Tempat : Stesen bas 

Ketika sedang menumpukan fikiran supaya husnuzzhan [agar tidak terus memberikan pahala percuma kepada pak cik bas yang lambat dengan mengumpat beliau], mata saya melilau-lilau, memandang pemandangan sekitar stesen bas yang agak-agak tidak bersih.

Sekilas, bayangan seorang lelaki tua yang cekeding serta berkulit hitam manis sambil tangan kanannya memegang penyapu dan tangan kirinya menyua penyodok, mengganggu saya. Ke manakah pak cik kecil itu, yang selama ini menjadi tukang sapu di stesen bas ini? Uzurkah beliau? Cepat2 saya doakan kesejahteraan beliau..

Mata saya ke pagar utama stesen bas. Kebetulan, masuk sebatang figura yang wajahnya saya kenali, tapi tidak lagi badannya. :) Berubah! Makin cantik...

Syadian.

Syadian bt Che Hussein.

Teman pertama saya ketika tingkatan 1 di Maahad. Teman yang sentiasa bersama saya susah dan senang ketika tingkatan 1. Teman yang banyak membantu dan menyokong saya. Malangnya, ke jalan yang kurang baik... Saya tak salahkan dia...! Kerana saya sendiri yang bersalah dan hati saya yg bermasalah!

Tingkatan 4 rasanya, dia berpindah ke sebuah sekolah teknik, di mana sudah lama menjadi idamannya. Bagi dia, tidak mengapa sekolah di mana-mana pun, asalkan bukan Maahad Muhammadi (P), atau mungkin, mana-mana sekolah agama! :D

Di Maahad dulu pun, melalui dialah, saya tahu bagaimana menjadi orang yang kurang baik akhlaknya. Bukan nak kata dia saja yang kurang baik, malah saya yang terpengaruh ni pun kurang baik! Saya masih ingat, ketika di tingkatan 1 lagi, dia sudah mempunyai geng. Syadian, Amirah, Nasrin, ET dan Amira Buzzylah dan... saya. Ahli separuh masa yang kemudiannya berpindah ke geng lain yang lebih islamik. :) Maklumlah remaja, masa tu darah muda menggelegak nak cuba pelbagai perkara. Belum cukup mumaiyyiz lagi...

By the way, thanks to them. Sebab dengan wujudnya diorang, kelas 1E3 2006 Maahad Muhammadi (P) Kota Bharu berjaya dinobatkan sebagai kelas yang di'blacklist' ! Saya masih ingat, ada sekali ketika thobur, kami ramai-ramai pakat kulum lolipop dalam mulut, dan berdiri berpuak-puak di bawah pokok rendang, saat thobur mahu dimulakan. Kak Arijan datang menegur, namun kami balas dengan jelingan. Saya masih ingat kata-kata Kak Rijan..

"Tak sesuai langsung Tingkatan 1 dah nak buat masalah disiplin!"

Tingkatan 2 saya terpisah dengan Syadian, manakala yang lain-lain seorang demi seorang meninggalkan bumi Maahad, berhijrah ke sekolah lain. Alhamdulillah, saya naik kelas, sementara Syadian, tak silapnya, dia turun kelas..

Dulu dia agak berisi, dengan wajah yang tembam dan berkaca mata, dia kelihatan cantik sikit daripada saya yang tak cantik ni.

Tapi sekarang....

Dengan heel wedges dua inci, berbaju kurung oren bertudung jingga yang disemat di kiri kanan bahunya, dengan handbag besar dan kulit yang putih juga mata tanpa kacamata,

She looks gorgeous!

:)

Saya nyata jauh ketinggalan! Dengan tudung labuh hitam, bersama kurung kain kapas biasa, fail di kiri tangan, ma'thurat di kanan tangan, sandal Crocodile yang mulai terkoyak, stokin coklat, dan kaca-mata-baru-buat-masa-promosi-tahun-baru membuatkan saya rasa, saya tak jauh bezanya dengan gaya empat tahun lampau...~

Melihatkan saya, dia senyum! Aduh, manisnya...

Masih dengan gaya ayunya, dia melenggang ke arah saya.. Heel wedges 2 incinya benar-benar membantu Syadian berjalan bagai model profesional! :)

"Yam!" tona suaranya teruja! Saya sengih saja, bibir masih terkumat-kamit menyudahkan ma'thurat.

Dia bagaikan faham, terus meluru ke kaunter tiket, untuk mendapatkan tiket pergi balik. Saat dia kembali, saya selesai menyimpan lembaran ma'thurat ke dalam beg. Dia duduk di sebelah saya, dan girls' talk antara kami bermula!

Hati yang sedari tadi mengutuk pak cik bas yang tak muncul-muncul lagi, setelah hampir setengah jam menunggu, kini lebih tertumpu kepada perihal Syadian, dan kami. Kami bertanya khabar, bertukar cerita. Dia mahu ke KB untuk menghadiri tuisyen, atas memenuhi ajakan Nasrin, sahabat lamanya.

Secantik ini, nak gi tusiyen? Macam manalah gayanya ketika kenduri, ya? Saya berintermonolog... Kalau Syadian tahu, pasti dia marah!

Yang pasti, dia masih Syadian yang dulu. Yang bercakap kuat, mengilai deras, bergurau kasar, bercakap tak pernah lembut.. :)

Bas datang. Rasa nak sekeh pak cik bas masih maujud. Mujur hari Jumaat, saiyyidul ayyam.. Di atas bas, dia leka bermain telefon. Saya mencapai earphone, mahu menghalwatelingakan lagu Wali Band, Sholawat. ;)

Sehinggalah dia buka cerita..

"Taubat Yam. Kalau dulu aku memang tak percaya orang kata, akan rasa nyesal tinggalkan Maahad. Memula keluar tu, memang aku rasa enjoy sangat! Free! Bebas... Tapi tak lama Yam.. Aku mulai rasa kepercayaan mak ayah aku pada aku dah hilang.

Di sekolah baru, banyak kes disiplin aku buat. Sampai terkantoi kapel, ibu bapa dipanggil, memang ayah aku tak percaya aku lagi dah. Ni nak pergi tuisyen pun bergaduh mulut dulu dengan ayah aku. Nasib baik mak aku baik hati backup aku.. Aduhaiii.. Sungguhlaaaa... Aku takkan benarkan adik-adik tinggalkan sekolah agama lagi dah.. Aku akan suruh mereka stay di sekolah agama, dan jangan tukar sekolah!

Senang hati aku tengok kau, Yam. Cemburu, dengki pun ada. Aku nak jadi macam kau. Tudung labuh macam ni, tutup aurat lengkap.. Tapi aku tak mampu.."

Saya gamam sekejap. Tidak sangka sampai begitu sekali dia berterus terang. Selepas itu, dia menceritakan kes-kes yang dia lakukan. Jahatlah saya jika saya membuka aibnya. Cuma perkara yang dilakukannya benar-benar di luar batas amalan seorang muslimah yang ada asas agama. 

Saya terfikir, di Maahad dia bermasalah, di sekolah idaman pun dia tidak tenteram. Jadi? Salah sekolah, atau salah sendiri? Haaa.. tang tu, lu pikirla sndri!

Walau apapun, saya tidak pernah menyalahkan Syadian, yang mengajar saya menjadi insan kurang baik di tingkatan 1, kerana kalau tidak pada tahun itu, saya takkan dapat rasa bagaimana menjadi seorang yang jahat. Bukannya nak kata sekarang ni baik sangat, tapi baik daripada dulu. Saya sangat bertuah kerana di saat saya tak sepatutnya berada di jalan itu, Allah lencongkan saya ke jalan lain, yang lebih baik pastinya. Alhamdulillah!

Cerita saya, bukan mahu mengagungkan Maahad, bukan mahu menjatuhkan mana-mana sekolah, bukan mahu mengaibkan mana-mana pihak, bukan mahu meriya'kan diri, bukan mahu buat apa-apa, selain mahu antunna berfikir sendiri. Nilai sendiri....

Dua tiga hari ni saya bukan lagi pencerita yang baik. Jadi, saya faham kalau antunna tak faham mesej yang ingin saya sampaikan, dan juga saya rasa orang-orang yang mengenali saya dan Syadian sahaja akan dapat menilai kami, saya, Syadian dan cerita ini. 

Semoga kita sentiasa sedar, tanpa perlu disedarkan. Andai kita mempunyai kesedaran di saat orang lain tidak sedar, sedarkanlah dia.
Wallahu'alam. Wassalam.

*adalah dimaklumkan gaya bahasa dan plot penceritaan adalah tidak sama dengan realiti kerana terpaksa diubah demi tidak mahu memeningkan kepala penulis untuk flashback dan kepala pembaca untuk memahami. Tapi saya jamin, point pentingnya ada!*

Sunday, February 14, 2010

Hari BERKASIH SAYANG...

Assalamualaikum wbt.

Hadist ra. Abu Daud, Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu.

Hadis di atas jelas menunjukkan, barangsiapa yang meniru atau mengikut amalan budaya sesuatu agama lain, maka dia tergolong dalam agama itu..
Pada zahirnya kita mungkin Islam, tapi pada batinnya?

Valentine's Day.

Hari BERKASIH SAYANG..

Kenapa 14 Februari?
Adakah 14 Februari sahaja hari untuk berkasih sayang?

Ana tahu. Ana faham, kerana ana juga rasa.
Manusia suka mengasihi dan dikasihi.
Tapi kenapa hanya 14 Februari diraikan sebagai hari memperingati kekasih?
Siapa kekasih?
 
Berkasih-kekasih (couple) pun sudah diharamkan dalam Islam,
apatah lagi menyambutnya..

Kasih kepada ibu bapa, keluarga dan sahabat handai?
Hari2 pun boleh..
Tak perlu tunggu 14 Februari..

Akhowat,
sedarlah..
Kaji selidik dahulu..
Yang mana benar, yang mana palsu..
Dunia semakin moden,
takkan umat Islam semakin mundur..

Sahabat,
 rajin2lah buat lawatan ke link-link ini.. :

Sama-samalah kita renungkan.
Gunakan deria yang dikurnia untuk menilai,
yang mana benar yang mana salah.
Yang mana intan yang mana kaca..

Ingat hadis di atas.. Jelas, terang-terangan menunjukkan larangan menyambut Valentine, kerana kita akan meniru cara Kristian. Cukup-cukuplah Islam dipijak Kristian...

Semoga sentiasa beroleh hidayah.

Wallahu'alam.
Wassalan.

Saturday, February 13, 2010

Tanggal 12 Februari itu..

Assalamualaikum wbt..

Sangat ramai yang ingat,
malah menghafal..

Februari merupakan bulan memperingat kekasih.
Merupakan bulan kasih sayang..

Ramai yang tahu,
malah menunggu..

14 Februari.
Hari untuk menghargai kekasih.
Hari untuk berkasih sayang...

 (",)
Tapi...

berapa ramai yang ingat,

Februari juga merupakan bulan pengkhianatan?
Bulan di mana seorang pahlawan moden Islam ditembak?
Bulan bila mana sorang panglima urban Islam dibunuh,
secara dirancang???

Berapa tarikhnya ya??

Ohhh!!! 

12 Februari...

Yaa!!!

Tanggal 12 Februari 1949, ketika berusia 43 tahun, waktu Zuhur,

Imam Hassan Al-Banna,

telah ditembak! 
Beliau meninggal di hospital..
Dan pembunuhannya diklasifikasikan sebagai kes yang dirancang...

Allahuakbar!

 Siapa Imam Hassan Al-Banna???

Muslimin!!
Muslimat!!

Sila hantuk kepala anda ke dinding jika tidak kenal, siapa Imam Hassan Al-Banna,,
Astaghfirullahal'adzhim..

Untuk makluman lanjut mengenai Asy-Syahid,
Ada dinyatakan secara terperinci, siapa Asy-Syahid. Bagaimana beliau dibunuh.. Allahuakbar...

 [Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna]

Akhowat sekalian,
ayuhlah sama-sama beristighfar.
Ana juga baru sahaja maklum mengenai tarikh 12 Februari ini tahun lalu..
Ayuh kita sama2 berkongsi apa yang ada..
:)

Semoga kita terus di jalanNYA.. 
mampu menjadi syahidah, seperti Imam Hassan Al-Banna,
yang syahid ketika berjuang mempertahankan Islam, 
di zaman urbanisasi..

Wallahu'alam.

Wassalam.

Friday, February 12, 2010

Sharing is Loving.

Assalamualaikum wbt.

Orang kata,

Sharing is loving..

Sharing is caring..

Sbg seorang yang penyayang,
ayuh kita berkongsi sesuatu..
:)

 Ikhtiladh.
 Atau dalam Bahasa Melayunya, perhubungan. Saya maksudkan, perhubungan antara lelaki dan perempuan.
 Antara muslimin dan muslimat, dibenarkan berhubung atas dasar empat perkara sahaja..
  1. Perniagaan (Muamalat)
  2. Perubatan
  3. Pembelajaran (menuntut ilmu)
  4. Perbicaraan (ini kerana semua hakim yang terlantik adalah lelaki)

Sebab-sebab lain seperti..
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim
  • Menjalinkan kembali persahabatan dengan kawan zaman kecil
  • Membantu sahabat lain menghadapi masalah
  • Lain-lain yang berkenaan
Adalah tidak dibenarkan sama sekali! 
Jika tidak, amal ibadat yang kita lakukan saban waktu,
tidak akan diterima Allah selama 40 hari..
Fikir2kan..

Sekadar memberitahu, enggan membiarkan kita semua hanyut, tenggelam dan seterusnya lemas.
Sama-samalah kita saling memperingati di antara satu sama lain.
Sesungguhnya manusia itu alpa, lalai dan leka..
Saya ingin menjadi manusia berguna,
kerana...

Wallahua'alam.

Friday, January 29, 2010

Takhlifat Baru.

Assalamualaikum wbt.

Segala puji ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, saya masih diberikan izin ruang dan keadaan untuk menyalurkan idea pada jemari, bagi meluahkan apa yang terbuku di hati.

Sekadar satu entri yang pada saya, mahu dibuat dengan seringkas mungkin, kerana perkara yang akan saya khabarkan ini hanya rasmi dalam kalangan jemaah kami.

Apa?

Tunggulah entri seterusnya, yang mana entri tersebut akan dibuat sejurus selepas thobur perlantikan jemaah Badan Disiplin MMP bagi menerajui MMP 2010, insya Allah.

Apa yang pasti, diri yang hina ini, yang terasa bagai tak layak untuk memimpin kerana kegagalan untuk memimpin diri sendiri, turut dipilih Allah untuk menerima takhlifat yang berat.

Allah tahu, apa yang di luar pengetahuan kita, kan?

Semuanya ada hikmah tersendiri.

Termasuk apabila kedua-dua teman kiri kanan di dalam, 'Awatif dan Nisa, turut diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada Badan Disiplin 2010. Juga Aliah. Dan Irna. :D

Maklumat yang lebih jelas akan diberitahu. Wallahu'alam.

Wassalam.

Sunday, January 24, 2010

Apabila Nilai Seorang Wanita Dijatuhkan Oleh Seorang Betina...

Assalamualaikum wbt.

Terus ke tajuk entry.

Kasar.

Memang pun!

Sekadar menceritakan kembali pengalaman petang tadi...

Masa : 6 petang ++.
Tempat : Di dalam bas.
Situasi : Saya terdengar perbualan dua orang gadis bersama orang-orang yang mereka hubungi melalui telefon. Bukan mencuri dengar, tapi oleh kerana mereka hanya duduk di belakang saya dengan suara berfrekuensi tinggi, pekaklah saya kalau tak dengar!

Gadis XX 1 : Busuklah bas ni. Apahal?!
Gadis XX 2: Alah... nak buat macam mana. (sambil picit2 hp)
Gadis XX 1 : B*ng*ng betul! [dan beberapa carutan lain]

Kemudiannya, saya terdengar lagi suara mereka berkicau itu ini, namun saya abaikan. Hinggalah...

Gadis XX 1 : Weh, takkan nak berhenti kat sini? (Pasir Pekan.)

Senyap.

Kemudian..
saya terdengar Gadis XX 2 membuat panggilan.

Gadis XX 2 : Weh, aku nak mintak tolong ni. Aku mitak tolong sangat2. Kunci motor XX 2 tertinggal di KB. Jom gi KB. Aku ngan XX 2 dok bandar PM nih. Petang2 ni mana ada bas... Aku mintak tolong dengan kau saja. Tak tahu dah nak mintak tolong dengan sapa lagi. Tolongla wei.. Kalau bukan kau nak tolong aku, siapa lagi... Kalau tak ada anak kunci tu, aku tak boleh pergi sekolah esok... Tolongla...

bla3..

Saya berkerut kening. Di bandar Pasir Mas, walhal masih berada dalam lingkungan kawasan berdekatan Kota Bharu? Kalau dia nak ke KB lagi, kenapa tak berhenti di Pasir Pekan tadi? Bukankah lebih dekat?

Nampaknya misi gagal. Hinggalah dia menelefon dua tiga kali lagi. Akhirnya saya terlena. Mengantuk, ditambah dengan sedih dengan situasi remaja perempuan zaman sekarang. Merayu dan memohon pada kaum Adam, dengan suara yang sengaja dimanja dan dilembutkan. Ditambah dengan bohongan yang jelas-jelas dilakukan di khalayak ramai.

Dia menghubungi lelaki-lelaki lain, berdasarkan nama yang disebut setiap kali panggilan disambut. Kasihan juga dia, kerana dia menggunakan sehabis dayanya, namun, setakat yang sempat saya dengar, semua orang yang dihubunginya tidak dapat membantu... :(

Sebelum terlena, saya berfikir sambil diulit kata-kata kasar oleh Gadis XX 1 yang meluahkan rasa tidak puas hati kepada pihak yang enggan menghulurkan bantuan..

Begitu istimewa wanita Allah ciptakan. Adam akan kesunyian tanpa Hawa. Ibu lebih mulia 3x berbanding bapa. Surah An-Nisa' maujud dalam Kalam Allah AQ, tapi mana ada surah Ar-Rijal, atau Al-Banin, kan?

Berpakaian tak senonoh, mencaci mencarut di depan ramai, berbohong di khalayak, merayu manja pada lelaki...

Apa nak jadi?

Kalau anda lelaki, siapa yang lebih anda percaya?

Fakta bahawa wanita itu mulia, atau wanita itu hina, berdasarkan situasi yang anda lihat?

Bila jadi begini, malu untuk mengaku saya juga wanita, kerana teruk rasanya, apabila nilai seorang wanita yang begitu diagungkan, dijatuhkan hancur berderai, oleh seorang betina.

Dapat bezakan,
antara wanita dan betina?

Hanya Allah layak.

Semoga Gadis XX 1 dan 2 akan beroleh hidayah. Amin.

Wallahu'alam.
Wassalam.

Saturday, January 23, 2010

Edit lagi... Macam mana? Shu, need your favour!

Assalamualaikum wbt.

Blog diedit lagi!

Macam mana?

Oke atau x?

Atau teruk, sebab sudah tidak ada shoutmix, feedjit, dan segala bagai yang dibuang sebab tak nak menyibukkan ruang?

Sebab kalau 'depa' masih menempek di sini, jadi tak lawa ruang sebelah kanan.

Jadi...

TERUSKAN YANG TAK LAWA....

atau

TUKAR TEMPLATE LAIN... lagi sekali??

Idea, idea...

Dan..
saya tak pandai nak browse template dari TemplatEmo . Dah cuba, tapi gagal. Akhir sekali, saya cuma unzip template dari Deluxe Template , dan ini hasilnya!

Shu, need your favour!

Wallahu'alam.
Wassalam.

Monday, January 11, 2010

Strok Hati

Assalamualaikum wbt.

[meluahkan rindu dahulu]

Ya Allah,

Siapalah aku tanpaMU.

***

Berbalik kepada tajuk entri kali ini. Ini sebenar kisahnya...

Pagi tadi, medan thobur Maahad Muhammadi (P) Kota Bharu digamatkan dengan hilai tawa anak-anak pelajar, yang tidak kering gusi dengan jenaka melalui ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Khairul Ikhwan yang bertajuk Maal Hijrah.

Meski sudahpun menjengah ke hari ke-25 Muharram dan agak terlewat untuk mengadakan sesi ceramah bertajukkan Maal Hijrah, namun bak kata orang putih mata biru,

Better late than never!

:D

Saya kagum dengan cara ustaz ini berdakwah. Ceramah yang disampaikan membawa banyak isi-isi tersirat. Melalui jenakanya, beliau membukan minda para pelajar untuk mengaitkan jenaka tersebut dengan fakta yang beliau gariskan. Isi-isi tersurat usah dikata. Memang banyak!

Bahasa yang digunakan memang kadang-kadang agak kasar. Tapi bagi saya, tidak mengapa. Ini kerana, sampai bila kita hendak berlembut dengan golongan yang tidak akan lebur dengan cara itu? Kadang-kadang, pendekatan kasar memang diperlukan.

Seperti biasa, apabila berbicara mengenai Maal Hijrah, pasti nama Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW akan disebut puluhan kali. Syukurlah, secara automatik boleh berselawat kepada baginda.

Sebaris ayat ustaz menyentakkan saya...

"Rasulullah rindu akan umat baginda..."

Benarkah?

Benarkah Habibullah itu merindui kita semua, umat-umat baginda?

Seperti mana kita merindui baginda? Atau lebih lagi?

Yaaaa... saya rindu baginda. Teringat lagi sirah baginda ketika dihikayatkan oleh ustaz ustazah, bahawa di saat nyawa baginda sudah berada di leher sekali pun, umatnya tetap meniti di bibir baginda. Betapa baginda sayang akan umat baginda. Tetapi, kita, umatnya, sayangkah pada baginda, sebagaimana baginda sayang pada kita?

Atau terlebih mencintai lelaki ajnabi lain, berbanding rasul sendiri, yang akan memberimu syafaat di akhirat kelak?

Salah satu topik lain yang ustaz tegaskan dalam ceramah beliau selama 45 minit ialah cara berpakaian seorang wanita. Atau lebih tepat, dalam skop pelajar sekolah agama, seorang muslimah.

Bersama-sama jenaka berselit sindiran, al-fadhil ustaz menempelak pelajar sekolah agama yang sudah terjerumus dan menjerumuskan diri mereka ke dalam legasi budaya barat yang lagho. Beliau turut mencelahkan penyakit yang melanda para pelajar jika tidak merasai sebarang kekesalan ketika melakukan kesalahan.

Penyakit STROK HATI.

Bukan semua yang mengalami.
Tapi apabila ada yang terkena,

Awas!

Tidak tenteram hidup di dunia,
di akhirat jua tidak bahagia.

Sejurus selepas thobur bersurai, saya perkatikan adik-adik.

Di bawah pokok rendang di medan thobur, saya memerhatikan adik-adik yang lalu-lalang.

Seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Seperti mereka tidak mendengar sebarang santapan rohani.
Seperti mereka tidak ketawa dengan jenaka berunsur sindiran tadi.
Seperti biasa sahaja.

Masih ada yang mendedahkan lengan dengan menyinsing lengan baju.
Masih ada yang mendedahkan bentuk tubuh dengan mengangkat tudung.
Masih ada yang melipat tudung dengan tidak mencerminkan keperibadian pelajar sekolah agama yang kemas.

Sedih.

Ramai rupanya pelajar Maahad yang menghidap STROK HATI yang saya kira di paras KRONIK dan KRITIKAL.

Simpati.

Tertanya-tanya.

Adik-adik yang terbaca,
satu pesanan daripada kakakmu tercinta,
Dirimu sangat berharga.
Dengan iman semuanya terpelihara.

Hanya doa dan DIA yang akan merawat hati-hati yang sakit itu.

Jaga hati, diri, maruah dan Islam.
Wallahu'alam.

Wassalam.

Friday, January 1, 2010

Takhlifat

Assalamualaikum wbt.

Saya perhatikan, dua tiga hari ni..
Blog ohmaryam ini saya isi dengan point yang entah apa-apa.
Yang susah untuk difahami,
oleh sesetengah orang.

Malah, ada yang tak faham langsung,
tentang apa yang saya bicarakan!

Adoyaiii..
Maaf ya!

Okey.

Malam ni, saya nak bercerita serba sedikit sahaja, mengenai apa yang saya bicarakan semenjak dua tiga menjak bermenjak-menjak ni..

Untuk Minggu Suaikenal 2010,
ada takhlifat yang diberikan kepada saya.

Enggan menerima sebagai beban,
saya mengambilnya sebagai anugerah.

Enggan menjadikannya dosa kerana tidak melakukannya,
Saya menjalankannya dengan baik supaya dibalas pahala.

Amin.

Dua tiga hari ini agak sibuk, melunaskan tanggungjawab.
Berada di bawah naungan unit sponsor agak memeritkan,
sementelah masih banyak dana yang diperlukan.

Dalam keadaan sebegini,
saya seolah berhambat dengan waktu.

Esok.
2 Januari 2010.

Hari yang agak sibuk.

Pagi sahaja, saya ada tiga agenda menanti.
  • Tuisyen Dinamis [awlawiyyat!]
  • Keputusan SMU keluar
  • Kursus umrah
Semuanya berlangsung serentak, pada waktu yang sama. Yakni sekitar jam 9pagi. Aduhh!

Akhirnya, saya memutuskan untuk ke tuisyen, dan ke sekolah hanya apabila tuisyen berakhir. Atas nasihat emak, kursus umrah akan saya hadiri minggu hadapan.

Petang, saya harus menjelajah bandar sekali lagi, demi keamanan adik-adik ketika menjalani program seminggu ini.

Malamnya, harus bersedia untuk memberikan laporan dan alasan tentang kegagalan menyiapkan kerja pada masa yang ditetapkan. [mengenangkan ini, saya sedih. kerja saya, namun kegagalan turut disumbangkan oleh orang lain! :( ]

Qiam di sekolah, demi memastikan hari Ahad ini berjalan dengan lancarnya. Adoyaiiii.. :(

Kalau difikirkan kembali,
takhlifat ini sangat membebankan!
Menyusahkan!
Menyulitkan!

Namun,
dengan sokongan dan bantuan rakan-rakan,
saya kembali tersedar...

Ini takhlifat, yang Allah anugerahkan buat saya,
demi menyucikan hati ini hari noda,
demi membersihkan jiwa ini dari dosa,
agar terlekat di bahu ini berkoyan pahala.

Bak kata Azie..

"Berjuang itu memang pahit, kerana syurga itu manis..."
 Dan saya akur, beliau benar.
 Jalan kesenangan bukannya terbentang luas lagi indah seperti ini..

MUSTAHIL!

Dan memetik kata Cik Pengarah,

"Buat kerja, ikhlaskan niat. Insya Allah, DIA akan bantu kita..."

Yap,yap,yap..
 Cik Penga is right!

Apa yang saya perlukan saat ini ialah kesabaran dan kekuatan,
dalam menjana kehidupan sebagai seorang yang dipilih untuk diberikan anugerah!

Doakan saya dan teman-teman :
  1. Dimurahkan rezeki
  2. Dipermudahkan urusan
  3. Dijauhkan daripada kegagalan dan kekecewaan
  4. Didekatkan dengan kejayaan dan kegembiraan
  5. Dibantu oleh ALLAH SWT sentiasa, tanpa henti DIA di sisi.
Amin.

Quotes Myspace Comments

Semoga apa yang saya kongsikan di sini, tidak dikira sebagai memecahkan amanah konsep " Sir dan Haza " yang digunakan dalam setiap program. Rasanya tiada rahsia program yang saya bongkarkan...

Dan sampai saat ini.. Saya masih memikirkan method terbaik, untuk mencari sponsor, dalam masa yang singkat, dengan cara yang cepat pada tempat yang tepat!

Adoyaiii..
`
Ada sesapa nak sponsor x?
Hubungi saya,

SEGERA!

I mean,

SEGERA!

Hehe.. nonsense talking dowh! :(((

Quotes Myspace Comments

Wish me all the best!