BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 30, 2009

esok maryam kamal dah nak balik...

www.friendster.com/smjmka

Assalamualaikum wbt..

Esok, selasa maryam kamal dah nak balik kelantan..jadi, agak susah la sikit lepas ni kalau nak online..maryam kamal sedar yg maryam kamal punyai kesedaran yang rendah apabila maryam kamal menggunakan internet.jadi, kalau maryam kamal online, maryam kamal xleh online sekejap. jadi, adalah lebih afdhal maryam kamal x online langsung. tu pun kalau iman kuat. kalau iman lemah, online gak!haha.. maryam kamal prefer g cc drp online kt umah.. ye lah, kalau kat cc, maryam kamal x mengganggu talian telefon. jugak tak menyusahkan mak nak membayar bil2 bulanan yang terkumpul yg bukan sedikit jumlahnya. kat cc, kalau sejam bayar rm2..enough!huhu..gpun, zuria pun suka g cc..sama mcm maryam kamal.sehati sejiwa gitu!ahha!

maryam kamal berdebar sangat ngan result ujian mac..bukan apa,,,maryam kamal dah tahu keputusan dua madah yakni nahu dan add-math...arghh!maryam kamal ada satu soalan, sapa jawab, anda diiktiraf sebagai manusia paling cerdik pada saat anda menjawab soalan ini..kenapa keputusan exam mesti subjek yg maryam kamal anti kedua-duanya??!!!

ouh!!!bateri telah berada di paras berjaga-jaga.sebelum ia memampuskan dirinya, mehla maryam kamal cas dia.tadi laptop kat bwh, maryam kamal wat naik atas..tapi, lupa ngan baterinya.aiseh!oke la..nati kita cerita lagi..sementara broadband masih d tanganku, akan ku online spuas ati!!!ciao!

wassalam.

Salam org Kelantan Asli,
Maryam Kamal dan keluarga.

=D

Sunday, March 29, 2009

www.friendster.com/smjmka

Assalamualaikum wbt..

Maryam Kamal ke KL lagi..semalam maryam kamal tak tahu maryam kamal post apa sebab maryam kamal menulis dalam keadaan mengantuk yg amat!

Memula sampai tu, Abg Mat kata Kak Looly demam! Hik2.. Kemudian, pg esok tu, pas balik meeting,Abg Mat lak pengsan atas sofa merangkap demam. Haha.. Bukannya pengsan betul. Erm, at the end of the story, sampai ke hari ni Maryam Kamal ngan ayah tercinta x keluar lagi.. Hurm, frankly talking, boring!

Kak Tie semalam pi mana ntah ngan hubby terchenta dia. Dahlah dtg lewat ptg yg kononnya nak dtg kul 3 lagi. Pas maghrib terus blah. Ajak x ajak. Sampai sekarang x dtg2 ag. Yelah, org sibuk dengan suami kan... Lantaklah!

Iqbal plak, ntah kenapa x tido2 ag. Sian lak kat mak ayah dia yg pengsan lantaran demam. Atok dia pun dah penat melayan cucu terchenta, Skang, giliran maryam kamal la pulak. Erm, homework BI yg teacher kasi xsiap-siap ag. Baru satu page maryam kamal line kan dengan highlight. Maksud tak cari lagi. Aiseh!

Cerita pasal highlight, al kisah semalam, masa maryam kamal semayang dan kak looly dok kemas baju iqbal..kitorg mmg tak pedulikan iqbal hakeem niyh. Tengok-tengok, pipi kiri dia dah biru. Tangan kanan dia dah biru. BUKAN SBB PENDERAAN OKEY! Tapi, sbb Iqbal dengan rela hatinya menconteng muka dia dengan highlight biru maryam kamal. Dahsyat, dahsyat... Anak sedara sapa la kan..hehe

Erm, maryam kamal dah ada blog satu lagi...tapi, biarlah rahsia. Korang nak cari, carilah. Nak detect, detectlah. Yang sure,maryam kamal takkan bagitahu kecuali pd orang2 tertentu sahaja. Blog satu ag ni private sket. Lebih kuang cam diari. Erm, must be interesting, kan? InsyaAllah...

Okeylah, it's time to write in my new diary. Huhu.. Private and confidential! =D

Ikhlas tapi boring,
Maryam Kamal.

Saturday, March 28, 2009

maryam kamal in KL!

www.friendster.com/smjmka

Assalamualaikum wbt..

Maryam Kamal dah selamat sampai di KL. Yeah,Maryam Kamal di KL lagi, Hehe..

Ingatkan nak tulis panjang. Tapi maryam kamal ngantuk sangat. Mata ni dah terpejam. Sambung esok-esok la, ya!

Doakan maryam kamal dan keluarga terpelihara dari segala-galanya. Ameen!

Salam Ikhlas,
Maryam Kamal.

Tuesday, March 24, 2009

exam daaa tamat!!!

www.friendster.com/smjmka

Assalamualaikum wbt..

Dengan sukacitanya, maryam kamal mengumumkan, exam bebudak form 4 mmp bulan mac daaa tamat!!!dengan berakhirnya madah tarikh islam jam 1.45ptg td, maka berakhirlah exam bulan mac..alhamdulillahhh!!!

maryam kamal bukannya tak suka exam..sukaaaa..sukaaa sgt2..exm ni tak payah bw buku, boleh gi koperasi bila-bila masa, blh keluar solat awal, boleh itu, boleh ini..tp, masalahnya, exam ni mentensionkan maryam kamal.cthnya?banyaaaak!mcm td..

alkisah..

maryam kamal tak sihat semalam..semalam minum air kelapa..sbb teringin sgt smpai tahap meleleh-leleh air liur..pastu, ubat dengan air kelapa x leh campur kan?bukan x boleh..bolehhhh..tapi, kalau rasa dah puas idup, cubalah..heheh..(AMARAN AGAMA ISLAM-membunuh diri;tak cium bau syurga!)..pastu, maryam kamal batuk..kuatttt sangat..tapi, xblh mkn ubat..jadi, maryam kamal pun menidurkan diri..bukan tak sedar yg diri ini belum lg menghafal tafsir, tauhid dan tarikh islam serta belum revise math mode..tapi, maryam kamal letih sgt batuk kuat2 tapi xblh mkn ubat...

pastu, pagi td, dgn azam yg membara, maryam kamal cuba hafal tafsir dua tajuk..dapat!alhamdulillah..cemburu sangaattttt dengan Alyani..dia tido je sepanjang jalana..ye la...dah menghafal kan..dah la tido ats bahu maryam kamal..berattt ooo kepala budak bijak niyh!otak dia saje 3-4kg kot!ahak2..ampun kak!

pastu..sampai kat SMO Kb barulah athirah kembar tu gtaw maryam kamal, yg exam tauhid dulu br tafsir!!!!maryam kamal terkejut yg amt..xpecaye...setelah diyakinkah oleh alyani ngan kembar thirah, aisyah..barulah maryam kamal percaya..maryam kamal rasa bengap sangat diri ni..kenapa la maryam kamal tak tgk jadual betul2?maryam kamal tak hafal tauhid walau satu apa pun!!!nak jawab apa?

bila maryam kamal ckp gitu kat thirah, dia tak percaya...sakit hati betulll!mujurlah Alyani cepat percaya..lau tak, dah lama kena lesing si thirah tu ngan maryam kamal..tp, maryam kamal sedar..thirahlah yg budiman yg gtaw maryam kamal sal jadual..

akhirnya, maryam kamal buat keputusan masuk exm lambat..jadual kata kul 8..maryam kamal masuk kul 8.15..lantaklah!tapi, dlm keadaan panik dgn kaki yg sentiasa menghentk2, maryam kamal tak mampu nak menghafal dgn baik..sudahnya, tawakkal je lah..dan, tlg ya, doakan maryam kamal lulus tauhid..tak berani la nak bet A..sbb lulus ke x pun xtahu..ustaz wahid, tolongi dakuuu!!!!

gitulah kisahnya..nasib baik tarikh islam (TI) td x susah sgt..meskipun agak mereng dgn umaiyyah,umawiyah dan muawiyah, maryam kamal dapat jugak jwb...bg madah terakhir ni, buat pertama kalinya hari ni, maryam kamal yg keluar dulu dr org sblh maryam kamal, nisa the genius!haha..biasanya dia yg tgglkan maryam kamal terkontang-kanting..meskipun maryam kamal tgglkan dia tak adalah smpai terkontang kanting, tp mcm happy gituh..=)

pastu maryam kamal gi BD jap pas makan bekal..(bekal yg sepatutnya maryam kamal jadikan breakfast dijadikan sbg lunch!huhh..lapaw2!)..nasib baik g BD...jadual tugasa br da ad..maryam kamal kena jaga adik2 2P3..ha, adik2..jgn nakal2..kak maryam ni garang, aww!!hik2..then, esok-tugasan pagar c ngan kak2..maryam kamal jd mas'ulah?ouhhh..sape punya kerja la??hik2..mencabar kewibawaan betull..dahla maryam kamal bertugas ngan kak f5 and f6, jadik mas'ulah plak tu...then, esok ada liqa' TTK kt BD kul 2-2.30ptg..pastu, perjumpaan naqibat usrah menengah rendah kul 3..aiseh!busy body betul maryam kamal esok..huhu..bila esok ada muqarrar usrah, mesti mggu dpn ada usrah daa...aaa!x sabar jumpa ngan adik2 liqa'..hehe

esok gak, MMP KB jadik tuan rumah pada sukan sekolah2 YIK, MASSAK...pastu, lusa ada Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2008..dan, dgn sukacitanya, maryam kamal dijemput!!!ats keputusan PMR cemerlang-9a..alhamdulillah..buat kali kedua berturut2..insyaAllah utk SMU dan SPM gak nanti..jugak STAM, maybe?kalau tahun lepas dpt rm50 and plak penghargaan beserta sijil, tahun ni xtaw apa plak..xdpt duit pun xpa..sbb maryam kamal faham kewangan YIK dan MMP..asalkan dpt plak peringatan dan sijil, memadai..alhamdulillah dah..=D..tp, kalau nak bg gak, it;s rude for me to say no, kan?hehe..hurm,, esok gak ada raptai utk majlis ni..aiseh!penatla maryam kamal..terkejar sana sini..erm, x apa maryam kamal..ingat, sesiapa yg membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantunya kelak. Semoga Allah sentiasa bersama maryam kamal dan membantu maryam kamal.

oklah..dah masuk asar ni..ayah dah nak balik dr masjid..maryam kamal pun nak g cari parang..nak paksa ayah belah kelapa lagi dan lagi..yummy2!!heheh..xpelah kalau xleh makan ubat pun..esok da x exam..malam ni blh tgk cnta utk ain(walaupun maryam kamal xminat!)..then, smbung ngan citer tu, citer ni dan diakhiri ngan intan..ataupun, maryam kamal tido awal ari ni...kan3?hehe

doakan maryam kamal dpt keputusan cemerlang ya..kwn2 maryam kamal juga..ameen!

Wassalam.

Salam Excited Abes Exam,
Maryam Kamal.

Thursday, March 19, 2009

Assalamualaikum wbt..
Ni bukan post utk berlagak, ya! Ni post untuk saja-saja, suka-suka. Sekadar nak mengingatkan maryam kamal kemunculan sony ericsson t303 dalam hidup maryam kamal pada 17mac2009..(hari yg sama berakhirnya cerita Assalamualaikum, Cinta yg tak sempat maryam kamal tontoni setelah tersekat dlm jammed setelah pulang dari Sogo dan...Pertama Complex{tempat beli hp br!oohhoo!})..
maryam kamal dah lama nak trade in motorola flip tu.walaupun syg, maryam kamal kenalah berfikiran jauh dan memikirkan masa depan hp tu..ececece..meskipun menggantikannya dengan sekadar t303 yg berharga rm300, maryam kamal tak ralat.lagi ralat kalau beli telefon mahal-mahal tapi masih teringin nak telefon lain.teknologi sekarang bergerak pantas.kejap ag, harga sony ni entah dah jadi rm200 lebih je.tapi tak apa, sebab masa tu masa tau maryam kamal dan pakai n95 8gb ke..atau Xperia ke..hik2
fungsi dia tak byk..sekadar memenuhi keinginan maryam kamal yg nak dengar mp3..cukuplah sekadar 2-3 lagu termasuk lagu tema spongebob squarepant..juga kamera 1.3mega pixel, radio dan bluetooth (dan lain2)..tu dah lebih dari cukup!nasib baik maryam kamal tak mintak hp yg cuma blh telefon atau hantar msg, tau!
mengenai gambar, maryam kamal ambil warna silver sebab dibuat daripada steel yang stainless..hik2..dibuat daripada bersi yang tak berkarat atau...stainless steel..berbanding yang hitam cuma dibuat dari plastik biasa2 sahaja.maryam kamal trade-in moto rm80(je!) dan tambah rm220..huhu..melayang duit kurniaan kak looly dan ayah jem terchenta!
erm..setakat tu je la..maryam kamal bukan nak heboh2, bukan nak riuh2..sekadar mengingatkan diri sendiri kelahiran t303 dlm hidup maryam kamal sbb maryam kamal lupa birthday moto tu dlm hdup maryam kamal.isk2..
hehe..erm, x ramai yg tahu.selain fmly(ayah, mak n adik beradik kecuali ijat, zuria, awatif dan mira je yg tahu!)..xnak heboh2..bkn apa pun.it's just a handphone, right?erm..xpyhla heboh2..telefon lain byk lg yg canggih, relax je..kan?
oklah.Wassalam.
Salam Hp Baru,
Maryam Kamal.

Assalamualaikum wbt..

Jangan bersedih...

Bersedih?

Ya, Maryam Kamal sedang bersedih.

Kenapa?

Maaflah, tak boleh beritahu. Maryam Kamal ingin sekali berkongsi mengenainya. Namun, tak manis! Ini soal keluarga.

Maryam Kamal sungguh tak sangka, sampai ke tahap ni sekali mereka.

Aduh, siapa pula?

Erm, rahsia!

Maryam Kamal sungguh tak jangka, sampai begitu sekali mereka bersengketa.

Aduh, siapa lagi?

Maaflah, rahsia! Maryam Kamal cuma mahu berkongsi rasa.

Maryam Kamal sungguh terasa dengan apa yang dikata. Di dalam tubuh yang dikata, turut mengalir darah Maryam Kamal. Tergamak dia mengata sebegitu rupa?

Siapa?!

Adalah...Rahsia!

Tapi, Maryam Kamal faham meskipun tak rasa apa yang dia rasa. Dia rasa terasing. Lost in the world while others were happy. Maryam Kamal minta jauh perkara-perkara ni semua dari menular dalam keluarga Maryam Kamal namun ianya berlaku juga. Ah, di mana silapnya? Dan, silap siapa?

SIAPA?!

Ouh..maaflah! Tak dapat dinyata. Maryam Kamal bukan mahu membuka pekung di dada. Sekadar mahu berkongsi cerita juga meluahkan rasa meskipun bukan semua. Cukuplah di sini sahaja.

Tapi, Maryam Kamal asyik bersedih dan berfikir, bagaimana caranya memperbaiki hubungan mereka? Maryam Kamal tak mahu walau seorang pun insan terluka. Maryam Kamal tak mahu sesiapa menjadi mangsa. Maryam Kamal mahu semua bahagia. Mampukah Maryam Kamal mengatasinya? Ouh!

Salam Keliru+Sedih,

Maryam Kamal.

p/s:kenapa begini jadinya?Sungguh tak ku sangka. Sungguh tak ku jangka. Kasihan mereka!=(

Assalamualaikum wbt...

Kali ni maryam kamal dengan suka hatinya nak membicarakan pasal novel. Hari dalam sejarah-maryam kamal luangkan ruang dlm blog untuk komen novel..pelik, kan?kenapa bukan dalam review friendster?dan kenapa mesti aisya sofea?bukan ke maryam kamal bukan peminat aisya sofea?dan, kenapa mesti selagi ada dia?sedangkan semua orang asyik kata, novel ni tak mantop?

jawapannya mudah saja. maryam kamal suka!

bila kita sukakan sesuatu, apa lagi yang lebih baik daripada membuat sesuatu supaya kita sentiasa mengingatinya?kan?

novel ni pada pandangn maryam kamal..novel aisya sofea yang paling best selepas adam dan hawa..maryam kamal minat adam dan hawa pun sebab adam dan hawa ada cerita pasal pilot!=)

maryam kamal hampir-hampir nak tolong bercakap bagi pihak arianni tatkala mak dia paksa dia kahwin dengan haris.bagi maryam kamal, arianni sangat bertuah. Meskipun dia diduga dengan bermacam perkara-jatuh cinta dengan lelaki yang sama dicintai kakaknya, tidak menjadi anak kesayangan ayahnya(ini sgt menyedihkan..ouh!huhu),dimarah,dicaci,dihina oleh ayah dan kakak kandung dan sebagainya, membuatkan arianni sangat tertekan.namun, dia sangat bertuah!dia punyai seorang ibu yang memahami(meskipun ibunya pernah memaksa arianni supaya mengahwini haris atas alasan simpati pada lelaki itu).dia juga punyai seorang kakak ipar yang sangat-sangat memahami dan pencetus provokasi dalam hidupnya untuk bergerak maju.juga punyai seorang abang yang baik.tak lupa sorang kakak yang sangat protektif tetapi jalannya sedikit tersasar selepas menjadi seorang graduan uni.

meskipun cerita ni pasal hero tua(ops!4otahun tua ke?hehe...), maryam kamal is still impressed!karisma dan aura idris sulaiman sangat terserlah.meskipun cuma muncul di tengah cerita, idris masih mampu menonjolkan kelebihan yang dia ada berbanding haris yang selalunya ditonjolkan kekurangannya.dan malini..erm,no komen.maryam kamal jadi tak tahu nak cakap apa sekarang.it's just so great and aisya sofea amazes me!i can't comment this novel overall but i know, this novel is just the masterpiece specially from aisya sofea..hurm?

whatever it is, maryam kamal teringin nak jadi macam dia...aisya sofea suatu hari nanti!insya-Allah..doakan, ya?=D

Wassalam.

Salam Tak Tahu Apa,

Maryam Kamal a.k.a a-famous-writer-to-be!

Insya-Allah...

Tuesday, March 17, 2009

Assalamualaikum wbt..

www.friendster.com/smjmka (sebarang komentar, sila hantar ke laman friendster ini. Tq!)

Oh Tuan Guru!

Dia!
Setiap langlahnya dituruti...
Setiap jejaknya diikuti...
Setiap senyumnya dibalasi...
Setiap salamnya disambuti...
Setiap tegurannya dijawabi...
Setiap tuturannya dihayati...
Setiap perlakuannya diteliti...

Tangan yang dihulur, dia sambut...
Senyum yang duberi, dia balas...
Salam yang diucap, dia jawab...
Tegur yang berkumandang, dia hayati...
Kalam yang ditutur, dia dengar...
Dia sungguh menakjubkan!

Capal tuanya...
Tongkat uzurnya...
Serban seabadanya...
Jubah putih sebayanya...
Kopiah tuanya...
Wajah berkerutnya...
Tubuh kecil lemahnya...

Namun,
Semua itu kelihatan segar...
Semua itu kelihatan berseri...
Dengan wujudnya...
Satu senyuman tulus...
Sebuah senyuman indah...
Langsung tak bernoda plasu...

Kalamnya benar...
Berpijak di bumi nyata...
Dalilnya kukuh...
Didokong Al-Quran, disokong al-hadis...
Meskipun lemah, jalannya gagah...
Di pundaknya, terbeban satu tanggungjawab...

Buat zaman ini,
Dialah pemimpin umat...
Dialah panduan rakyat...
Dialah penguat semangat...
Dialah penyemarak tekad...

Langkahnya sering dihalang...
Jejaknya sentiasa didalang...
Laluannya acap dijalang...
Haluannya kerap berpetualang...

Tubuhnya kecil, namun jiwanya besar...
Capalnya biasa, namun langkahnya digeruni...
Tongkatnya uzur, namun kudrat tubuhnya ditakuti...
Dia bukan sesiapa...
Dia cuma manusia biasa...
Hanya seorang MB bertaraf ulama'...
Juga,
Pembela rakyat!

Itulah Tuan Guru kita...
Itulah Tuan Guru tercinta...
Nik Abd Aziz Nik Mat nama diberi...
Dia tidak kaya harta...
Namun mewah berbahasa...
Dia tidak peduli takhta...
Namun peka derita...
Dia tidak lahap wanita...
Namun lapar untuk berjasa...

Itulah Tuan Guru Nik Abd Aziz...
Mendengar namanya, musuh gentar.
Mendengar suaranya, badan mereka terketar.
Melihat figuranya, tentera mundur.
Melihat wajahnya, ketenangan bersadur.

YA!
Dia bukan tentera, pahlawan juga bukan...
Bukan juga laksamana, apatah lagi panglima...
Dia cuma menteri biasa...
Namun, kami!
Kami rakyatnya...
Percaya padanya...
Kebenaran terlekat pada namanya.
Keberanian terikat pada jasanya.
Keimanan terpeta pada wajahnya.
Keislaman tersimpul kemas pada pentadbirannya.
Rakyat sayang, Allah redha!

Kalamnya tak perlu panjang...
Bicaranya tak usah berjela...
Ngomongnya ringkas, namun padat.
Kata-katanya biasa, namun tepat.
Tuturnya terkawal, bersusun indah.
Aku jatuh kasih!

Langkahnya yakin, tak perlu ragu
Jejaknya pantas, tak perlu risau.
Semuanya sempurna, semuanya tepu.
Tongkat diseret tanda mampu.
Takbir dilaung tanda setuju.
Aku jatuh sayang!

Orang senyum, dia balas.
Orang tegur, dia jawab.
Orang salam, dia sambut.
Orang tunduk hormat, dia angguk.
Aku jatuh cinta!

YA!
Aku kasih, sayang dan cinta padanya.
Ibarat mengasihi imamku sendiri.
Laksana menyayangi datukku sendiri.
Bagai mencintai pemimpinku sendiri!

Dia tuan Guru.
Dialah menteri, dialah wali.
Dia pemimpin rakyat pembela umat.
Dia ketuaku, pemimpinku.

Oh Tuan Guru!

Aku, insan yang menghargaimu...
insan biasa..
Maryam Kamal,
6 Mac 2009, Kota Bharu.

Monday, March 16, 2009

Assalamualaikum wbt..
Malam ni, kak looly ada kelas. jadi kami pergi ke alamanda tuk mengisi masa..lagi pun sian kat qeba yang dr pg lagi sibuk nak sarungkan upin kat badan dia bawak pegi berjalan..aiseh!siannya..
kat alamanda, maryam kamal tgk kfc ke, pizza ke mahupun Mc'D..semuanya penuh sampaikan kedai2 yg sespesies dengan sume tu pun da penuh..dan ramai yg bertudung makan kat ctu..aiseh..kata boikot..kata prihatin sgt kat palestin..tabung dakap berjuta2..tabung sana berjuta2..tabung sini berjuta2..dan turut menyumbang pd tabung tentera israel?huh!
then, masa balik, abg mat tnya, nak beli hape?kak looly br blk kelas musti penat an..so,kalo mak malas masak, kenalah beli makanan kat luar..oleh sbb umah a.mat dkt ngan stesen minyak tmn equine yg ada kfc drive thru, a. mat kunun2 tanya maryam kamal nak makan kfc ke x..maryam kamal pun selamba jwb, x..dia tanya, nape? maryam kamal jwb..boikot.
abg mat jawab..aiseh!mcm ijat ke boikot2 ni?maryam kamal buat dunno je..huk2..then, terkeluar topik abg mat ngan daddy maryam kamal pasal hal halal, haram, boikot sokong ni..maryam kamal dengar je..
abg mat kuarkan pendapat..dia tak brp stuju sgt ngan konsep boikot ni..sbb kita yg berada ni bolehlah nak boikot barangan AS..hakikatnya, kita punyai pilihan sbb duit ada..tp, org yg krg bernasib baik?dorg da dpt makan pun da ckp bersyukur..ni nak main pilih2 makanan pulak..aiseh!betul jugak...
then, ayah jampuk..ayah kata, seorg ustaz pernah berkata..nak boikot, boleh..tp ats beberapa perkara..
1)pastikan barang yg nak diboikot tu btol2 barangan AS..
2)kita kena faham konsep restoran makanan segera..cthnya KFC..benar KFC berasal dr Kentucky, AS..tapi, hak pemilikannya da jadi 100% milik kerajaan Malaysia.nama tu dikekalkan kerana keutuhan dan kekukuhannya dalam bisnes ayam goreng.
3)kalau kita boikot restoran makanan segera..salah satu spesies restoran makanan segera ni punyai lebih 30,000 pekerja di seluruh Malaysia.jika ia diboikot, berapa ramai lagi bilangan rakyat Malaysia yg menganggur?
4)kenapa nak boikot barangan AS sahaja?atas alasan Gaza?Kenapa kita masih sokong barangan Cina dan India..sedangkan ekonomi kita sendiri lemah..kenapa kita bantu Cina kukuhkan ekonomi mereka?aiseh!
5)ekonomi dunia didominasi barangan As..benar, kita ada pilihan..tapi, bukan semua dr kita...hanya segelintir sahaja.
jika maryam kamal fikir2kan kembali..maryam kamal termenung kejap..ye la..kat KL jarang ada stokis HPA atau barangan muslim..usahkan stokis, dealer pun x ada!kat KL jugak, kalau nak makan ayam goreng, kena makan KFC sahaja..kat KL mana ada Dee Fried Chicken, D'Fried Chicken, Edlee Fried Chicken dll..ni semua merupakan restoran ayam goreng milik bumiputera yg terdapat di Kelantan, bukan di seluruh Malaysia.aiseh..
dunia skrg da jadi sgt sulit skrg..kalau KFC blh dimakan sbb ia secara total milik rakyat Malaysia, soal halal haramnya akan dibangkitkan..bagaimana dengan cara penyembelihannya?bagaimana dengan penggunaan rempah ratusnya?banyak sgt!jadi..kita susah untuk membanteras semua ni kalau ramai yang masih bertaburan manghulur derma ke pelbagai jenis tabung..huh!
tetambah pulak..barangan dijamin halal..cthnya barang2 HPA..agak mahal berbanding harga barangan biasa lain..cthnya, ayam organik..rm19 satu paket..alhamdulillah, keluarga maryam kamal mampu..tapi, keluarga orang lain?radix chocho..rm16..tu harga ahli..gula2 halagel,20sen sebijik..x ke mahal tu?dan maryam kamal terfikir lagi..mungkin kosnya mahal juga..walau apa pun..org yg krg berada ditambah dgn keprihatinan yg krg xkan n xmampu nak beli semua ni..kesiann...
maryam kamal bukan apa tetiba je membangkitkan isu ni..cuma maryam tgk org kita ni bukan main lagi prihatin..angkat tangan siapa yg langsung x sertai demonstrasi yg diadakan secara besar-besaran dan luas-luasan di seluruh negara demi menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap kekejaman yg dilakukan terhadap penduduk Palestin..tapi skrg..berapa ramai pulak yg berada di restoran2 itu dan membeli barangan2 AS sekarang ni?tetiba je rasa nak marah!~!korg cuba nak tunjukkan rasa prihatin tp bila hal perang dah reda, dah kembali ke tabiat asal..nak lepaskan gian yeah?hal diorg kat sana macam mana kita tak tahu lagi..ni dah buat smula..huh, wateva!
maryam kamal bukan nak membebel..jauh sekali mengata..maryam kamal cuma nak mengingatkan sesama sendiri selain mengingatkan diri maryam kamal sendiri..sama2lah kita memperingatkan sesama Muslim..ayuh, kalau maryam kamal salah..tegurlah!

Hayatilah dan renung2kanlah...
Siapa kita, di mana kita, dan apa yang kita lakukan..
Salam Ikhlas,
Maryam Kamal a.k.a maryam-syahidah-to-be..(ameen!)

da sampai...

www.friendster.com/smjmka

Assalamualaikum wbt..
Maryam Kamal dah selamat sampai di KL..alhamdulillah...
maryam kamal happy sgt..bermula di ijok...kemudian di teluk intan..kemudian naik KL..pi selayang..baru sampai puncak jalil..tu pun lepas puas round jalan raya kat KL ni..hua3
maryam kamal dah penat sgt..jadi, maryam kamal batalkan niat maryam kamal nak membebel tentang sifat tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yg sengaja 'twist the fact' mengenai pelajar terbaik YIK, al-ukht Nik Nur Madihah Nik Muhammad Kamal. esok2 la yea..tapi, maryam kamal sangat tak berpuas hati apabila sampai ke saat ni, satu pun tiada menyebut nama betul sekolah kami.. arh! kekadang rasa tension gak..=(
esok2 la..sebab qeba da nanges..mengamuk tu!~!!alaaahaii..=D
syukur Alhamdulillah semuanya selamat..=)
wassalam.
Ikhlas + Terkilan,
Maryam Kamal.

Saturday, March 14, 2009

Assalamualaikum wbt..

CUTI SUDAH BERMULA!
Ehem2..cuti sudah bermula? betulkah? yakah? Alhamdulillah! Yahoo! Yippi! Eh..kejap2,,kenapa suka sangat ni? Sebab..cuti sembilan hari ni akan maryam kamal manfaatkan dgn ke KL demi meluangkan masa dgn kekaseh hati nombor 4 maryam kamal..iqbal!ouh..i miss that boy very much..abang, tunggu chu aa!=D
sebelum pi KL..kitorg turun perak dulu..nak ziarah umah tok besan mak merangkap mertua kak tie.=D..ehem2,,then g teluk intan jap sblm g KL..wateva it is..maryam kamal dlm mood happy..doakan smg perjalanan maryam kamal berjalan lancar..smg maryam kamal dan kelaurga dipelihara Allah dr sbrg bencana..Ameen!
tak lupa juga..maryam kamal sebab masukkan buku akhlak, hadis, tarikh Islam dan tauhid dlm beg Qiadi..tak lupa novel plain jane dr nurul syahidah..hehe!bagus kan..dan maryam kamal cuma bawa satu seluar spare utk percutian kali ni..no more jeans!i prefer skirt now..ahak2!juga cuma sehelai tudung bersaiz kecil..warna hitam..bukan tudung bawal..dan 3 helai tudung labuh..t-shirt yg besar2 belaka..jubah dua helai..+ baju tidur bla3..adalah 3 beg!haha..persis enggak mauk pulang ya..=D
erk?indonesia?assalamualaikum, cinta? xbest larh cerita tu skrg.. x ada dah mas rio a.k.a aditya tuh..erm,,arap2 asma yg ilang tu dijumpa oleh rio tuh..hehe..xsuka ngan cinta..seksi bangat!+ ramput palsu..ouh, my!huhu..alda dgn alice (wulan) org yg sama kan?maryam kamal terkejut tgk alice dlm wulan tuh..org yg sama..tp alice lebih gemuk drp alda..wakaka..ampun mbak!!!=D
dah la..maryam kamal nak gi iron tudung..percutian kali ni, konah x ikut..dia ada kelas..biasalah, org bljr kat kolej kan..
erm, oke!itu sahaja..nikmati percutian antunna semua.=D

p/s:semalam tido kul 12 tonton stuck on u tuh..buat maryam menghargai kehidupan beradik-beradik..tanpa adik beradik, siapalah kita..tetiba, teringat pd konah..and ijat..and kak tie..and a.mat..terchenta!semuanya maryam kamal syg..sbb yg tu mardhiyyah kamal..ijat kamal..mujahadah kamal..asyraf kamal..kitorg semua adik beradik!walaupun begitu, maryam kamal syg jugak norilawati ismail and naim abd rahman couz kehadiran dorg menggembirakan hati abg dan kakak maryam kamal tu..=D
p/s:abe dim sepupuku, bakpo gedik gitu?hehe..i dunno what u wanna to say?nak oyak abe dim nak g dating ngan konah ko?haha..hope both of u enjoy spending time together!wakaka..jgn buat muka gitu..it doesn't nice..ahak2!
Salam Excited nak Bercuti,
Maryam Kamal.
=D
JOM KITA ENJOY!!!~!
=)

Assalamualaikum wbt..

Lamanya tak update blog..kan3?semalam maryam kamal dah nak on9..tp, internet buat hal..udahlah semalam tu banyak perkara yg berlaku yg menyebabkan hatiku terluka..ecece!dan maryam kamal x blh nak lepaskan pd family..dlm bab2 pergaduhan sesama famili, it's not a good way if you share it with yr family too..you must share it with others that understand u better..and, for that, maryam kamal chose awatif..1st sbb pendapat dia buat maryam kamal tenang.2nd, sbb rate nak call dia murah..(ekeke..dia pun pakai S.O.X gak!hehe..)..3rd, ngan awatif maryam kamal x segan nak menangis..ouh!she's the one..

talking about awatif membuatkan maryam kamal terfikir..who's she?masa dia masa, sometimes kata2 dia sgt menyakitkan hati..yeah, mungkin maryam kamal tak boleh terima pendapat2 dia..tapi, dia selalu nak menang and berlagak tahu dalam semua perkara..tapi, bila dia tak ada..(contohnya dia pergi kem briged ari tu..), maryam kamal rasa lost tanpa awatif as my seat partner..maryam kamal rindukan sifat dia yg berlagak tahu..at least, diua berusaha utk bg tahu kita walaupun dia tak berapa tahu..dia cuba untuk tahu..x mcm others, belum apa2, da cakap tak tahu..hurm..??

lepas tu..maryam kamal rasa tenang sgt..i don't even care or ignore about that konah..the worst is, sampai skrg, she never apologises me..and tell u what, i'll never forgive her before she apologise me..yeah, the mistake might be small..tapi, yang kecik tu la akan membesar kalau tak dicegah..

jap2..apa?apa kesalahan dia?ayyak!tak tahu?nak tahu?oke2..

kesalahan dia yg maryam kamal x dpt nak maafkan sgt2 tu adalah..

1)dia buka msg maryam kamal yg maryam kamal tak tahu siapa penghantarnya..

2)dia delete msg maryam kamal yg maryam kamal tak tahu apa isinya..

3)dia tak mengaku bila maryam kamal tanya..(okelah..dia mengaku..but, without 24hours!)

4)dia mengungkit plak tu!(apa, ko engat aku takot tido sensorg?x berani je lah!)

5)dia tak mintak maaf dgn maryam kamal!how could she?!

i thought i can trust my sister..but it totally can't!!!zuria pun pelik..cmna zuria tahu?sbb ni bkn kali pertama konah buat mcm ni..she did this before..and i told zuria..for this time, i told awatif..they're all my best buddies!zuria tanya maryam kama, 'bukan ke telefon tu personal stuff?'...and maryam kamal, no answer for that ja!she's trespasser!menceroboh batas-2 hak milik maryam kamal..

jap2..apa?cmna maryam kamal tahu maryam kamal terima msg?

sebab pagi khamis blm gi sekolah, maryam kamal nampak sign envelope warna biru dok berkelip2 kat hp maryam kamal tnpa ada msg masuk..sementelah motorala w325 tu flip hp, dan maryam kamal dalam keadaan ingin cepat, maryam kamal biarkan je hp tu atas katil..ptg nanti ayah nak g ambik maryam kamal, maryam kamal ingat nak suh kunah bw sekali hp tu..tp, kunah tak pergi..normally, mmg maryam kamal sembunyikan hp sbb tak nak perkara2 sebegini yg berlaku..tp, pagi khamis tu maryam kamal x smbunyi hp because..i thought, i can trust her!but..i can't!!!ouh my..frust, frust, frust!

maryam kamal salah ke kalau maryam kamal memberontak pd mak because being no fair to me?erm..maryam kamal rasa bersalah sgt..tp skrg maryam kamal n mak da oke..=D..alhamdulillah!kelamahan maryam kamal..maryam kamal syg mak n ayah sgt2..smpaikan x mampu nak marah mak n ayah..apatah lagi benci..ouh!itu mgkin kelebihan..but itu jugak boleh jadi kelemahan..apa2pun, maryam kamal bersyukur sbb masih lagi rasai kasih syg mak n ayah..maryam kamal tahu maryam kamal beruntung oleh sbb itu..and, i love my parents more than i love myself!!!

maryam kamal salah ke sbb tak maafkan konah?erm...?

salam geram+sebal+keliru,

Maryam Kamal.

Tuesday, March 10, 2009

www.friendster.com/smjmka

Assalamualaikum wbt..

Maryam Kamal masih dalam kuarantinan exam!huhuh...esok subjek killer bg maryam kamal..(selepas add math!!) yakni nahu sorof..kena hafal..nusus pun byk lg xhafal..aiseh!

aiyyak!!!it's four o'clock!i promised myself to online only 20mins and it'll and at 4pm..ouh my!!!maryam kamal ada beberapa perkara nak share..kejap eh!xleh tahan ni..nak share gak cmna pown!

first sekali sal nametag..haha,,rata2 kekawan maryam kamal yang bernama panjang..termasuk maryam kamal sendiri yg mempunyai nama tiga suku kata tak puas ati ngan nama kat nametag tu..ada ke patut siti maryam je?maryam kamal dah tak cantik lagi ke?(erk..bila maryam kamal cantik?!)hehe..tp, nak buat mcm mn..dah dpt dh pun..3keping lg..aiseh!'siti maryam...'?erk..!huhu

second..sal makhluk ats bus td..perasan hensem sgt!jap2..nak tanya,kalau kita naik bas kan, then kita prefer dok blkg berbanding dok depan, is it wrong?adakah ianya menggambarkan kesamsengan seseorang?dlm erti kata lain, kalo naek bus pilih seat blkg2, budak tu jahat ker?x kan?!jadi, maryam kamal x salah la dok blkg kan?budak tu je ingat maryam kamal bley dipermain2kan sbb maryam kamal dok kt blkg..huh, NEVER!

3rd..ntah nape maryam kamal sensitive sgt ari ni..nama tak lengkap nak mengamuk, sahabat2 tlg betulkan hafalan pun maryam kamal nak marah..aiseh!awatif, shu n zeti..sorry eyh!sorry banget..hormone maryam kamal xbtol kot..=(

4th..maryam kamal xtahu nape tp maryam kamal susah nak hafal nusus..susah sgt!!!nahu x start hafal lagi..tp,,dah tau dah!mesti pyh nak lekat..aiseh!tlg doakan, yeah?

5th, di kesempatan ni, maryam kamal nak ucapkan tahniah for the new baby pd ayah su n family and for the mummy baby, kak tie..smuga semua2nya baik2 belaka.mabruk alaikunna, al-akhowaat!~..=D..entah bila kak tie maryam kamal nak bleh baby?huhu..kak tie..(mujahadah)..ampun, mbak!!=D

dah la..dah empat lebih..maryam kamal skang ni suka on9 curi2..nanti bil naik, br nak rasa bersalah ngan mak..huh!huhu..doakan maryam kamal, eh?=D

Salam Puas Ati..=D,

Maryam Kamal.

Sunday, March 8, 2009

F.R.I.E.N.D.S!~!!!

Assalamualaikum wbt..

~suka ngan pic ni..cam sweet gitu..di kesempatan ini, maryam kamal tujukan gambar yg sweet ni khas untuk semua sahabat maryam kamal yg masih kenal ngan insan bernama maryam kamal ni..

~maryam kamal jugak nak mintak maaf bebanyak sbb maryam kamal dah byk hilang ingatan..maryam kamal lupa sesetengah nama antunna dan siapa antunna, kat mana kita kenal dan apa hubungan kita..no matter what it is, maryam kamal sentiasa berpegang kepada prinsip ni dlm persahabatan..

'Sekali kita berkawan, selamanya tetap kawan!'

~jadi, kalau ada yang kenal maryam kamal then kita terjumpa tgh jalan tp maryam kamal tertakperasan, tegur2lah.jangan malu..(erm..girls only!heheh..)

~salam ukhuwwah fillah abadan abada..maknanya, salam hubungan kerana Allah utk selama2nya..ameen!

Salam Sahabat,

Maryam Kamal.

=D

buah aty pengarang jantung...=D

Assalamualaikum wbt...
Ni gambar kekasih gelapku..hehe..dah janji ngan diri sendiri tak nak masukkan dia ni dlm blog..tp, xbleh..sbb mcm xlengkap blog ni tanpa dia..
AMARAN!!!
No Right Click Is Allowed on His Picture!
AMANAH!
Tak boleh khianati amanah, tau!
MUNAFIK!
Ni Amaran!!!Bukan main2!!!
I'm damn serious!
He's mine, only!
Not yours, not ours. Only mine!
Yeah, he is His.But this picture is only, MINE~!
er..paham x?
senang2, toksah right click kat pic budak ni..DIHARAMKAN!uhhuhhh...!
berbalik kepada cerita sal budak ni, tak payahla kita bg dia nama..cukuplah dia dikenali sbg seorg yg byk menggembirakan hati insan lain dengan kehadirannya..byk yg maryam kamal belajar tentang kehadirannya..betapa tingginya kasih syg seorang ibu dan ayah..betapa besarnya kasih syg seorg datuk dan nenek.betapa luasnya kasih syg saudara-mara terhadapnya.mana dia pergi, jadi tumpuan, jadi sebutan, jadi ikutan..menggembirakan orang, bukan ke membuat pahala?senang kan jadi budak kecik..dosa tak buat, pahala kecik2 lagi dan berkoyan!
maryam kamal bukan saja je upload gambar budak ni..cuma, nak bagi sikit kesedaran pd diri sendiri..kalau dah anak org cenggini sekali maryam kamal syg, apth lg kalau anak sendiri..dan, blh bygkan x bagaimana besar, luas dan tingginya kasih syg seorg ibu dan ayah terhadap anaknya?
pandangan mata dia menggoda kan?haw3..tapi skrg gambar dia bukan mcm ni dah..ni gambar lama..skrg dah tak cute..tp HENSEM!mulut pown da byk ckp..hehe..mewarisi bakat maryam kamal tuh kalo bab banyak mulut niyh..hik2
oke lah..maryam kamal harap sgt niat murni maryam kamal masukkan gambar dia ni kat ntenet bleh beri pengajaran sama ada yg tersurat atau yg tersirat..arap antunna sekalian mampu gali yg tersirat, yg mn yg maryam kamal x nyatakan spt di atas..walau apa pun, maryam kamal harap kes maryam kamal upload gambar di ni x menjadi isu besar...(erk?!)
buat puan dan tuan, ibu bapa budak cute ni, maryam kamal mintak maaf bebanyak sbb upload gambar anak dorg tnpa kebenaran..rasa berdosa sgt!jd, antunna pun jgnlah right click then copy gambar ni..kesian kat parents budak ni..erm,,tenx ya atas kerjasama!Hanya Allah yg mampu balas jasa baik antunna.syukran!
Salam Penuh Penghayatan,
Maryam Kamal.
p/s: ayuh sama2 berselawat dan mengucapkan salam ke atas junjungan mulia Muhammad SAW sempena maulid baginda esok(12rabiul'awwal1430H).semoga baginda mengingati kita di akhirat sana lantaran biasa berselawat dan memberi salam kpd baginda seterusnya dikurniakan syafaat oleh baginda Rasulullah SAW.
Allohumma solli 'ala sayyidina Muhammad...
Wa'ala aalihi wasohbihi wasallam..
(ulang berkali-kali!!!)
=D
~Maryam Kamal,
11 Rabiul'awwal 1430H.

Saturday, March 7, 2009

hurm...

~ni gambar paling chumilll!!!gambar yang paling indah..maksudnya, ros tu yang paling lawa.subhanallah!Allah memang Maha Besar lagi Maha Bijaksana.betapa cantiknya ciptaan dia..cuba hayati ros ni..selain daripada cantik, ros ni mestilah berbau harum kan?dah tu, banyak duri dan susah untuk dipegang..kan best kalau semua muslimah ada keinginan nak jadi macam ros yang cantik tapi berduri ni?yang mana tidak akan membenarkan dirinya disentuh oleh lelaki ajnabi yang sembarangan!

~maryam kamal sukakan ros!dan maryam kamal harap mampu jadi seperti mawar dan ros..dahlah cantik, tapi nak pegang kena berhati-hati sebab berduri..jadi, bukan calang2 orang bleh pegang mawar ni..kan?dan bukan calang-calang orang bleh ikat maryam kamal..gitu!!haha..perasan je lebih maryam kamal ni, kan!hehe

~ni gambar bunga rose kat cameron highlands yg eifa snap..subhanallah!cantik sgt..dan bunga ni dah jadi maryam kamal's favourite pics..=D

www.friendster.com/smjmka

Assalamualaikum wbt...

Susah rupanya nak melakukan kebaikan ni.maksudnya, bukan semua orang mampu melakukan kebaikan dengan baik. macam maryam kamal ni..kenapa macam maryam kamal?hurm..no comment..atau lebih tepat, biarlah rahsia...hehe

Hari ni kita main tengok bunga mawar dan ros..bunga ni penuh simbolik taw!jadi, hargainya dan cubalah hayati kenapa ia diciptakan terutama bagi muslimaaat!=D

okielah!maryam kamal dah nak out..zuria hajar dah lorat nak membalikkan diri..hehe..salah bahasa!erm..apa-apa pun, tolong doakan kejayaan maryam kamal, yeah?insyaAllah, jika kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantumu, Maryam Kamal!chaiyyok2!
yang baik itu dari Allah SWT..yang buruk itu kelemahan dan kekurangan maryam kamal, hambaNya yang kerdil.(",)
Wassalam.
Salam Mawar Berduri..(ye ke?!),
Maryam Kamal.

Friday, March 6, 2009

Assalamualaikumw wbt..
post yang kelima ni maryam kamal hadiahkan buat sahabat tersayang, Zuria Hajar bt Mohd Adnan sempena hari lahirnya yang ke-16 yg jatuh pada khamis lalu yakni 5 Mac 2009.
~semoga Allah meneruskan rahmatNya ke atasmu..
~semoga berjaya dunia akhirat!
~ukhuwwah fillah abadan abada!
TAKBIR!
ALLAHUAKBAR!
Salam Sabahat,
Maryam Kamal..
p/s: ja! ak saye mung! =D
www.friendster.com/smjmka

Assalamualaikum wbt..

Di kesempatan post yang ke empat pada malam ni, maryam kamal nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada antunna sekalian yang sudi meneroka dunia sesawang dan laman blog maryam kamal ni..terima kasih banyak-banyak atas komen yang diberikan semua pihak!maryam kamal sangat hargainya. Terima Kaseyyy!

Selain tu, maryam kamal juga nak ucapkan berbanyak-banyak kepamaafan juga kepada semua pihak andai kata sepanjang pembabitan maryam kamal dalam blogspot ni ada ketikanya maryam kamal mengguriskan hati pihak antunna sekalian.ampun maaf dipinta, mencuci hening dosa.

Tak lupa juga maryam kamal nak minta antunna sekalian supaya doakan maryam kamal supaya jadi insan yang solehah dan istiqamah orangnya selain berjaya dunia akhirat.jangan doakan maryam kamal panjang umur sebaliknya doakan agar maryam kamal sihat sentiasa..buat apa umur panjang kalau sakit-sakit, kan?tak lupa juga, doakan maryam kamal berjaya dengan cemerlang dalam setiap peperiksaan yang maryam kamal hadapi juga dalam setiap dugaan yang Allah hujankan ke atas maryam kamal selain tanggungjawab dan amanah Allah SWT taklifkan ke atas maryam kamal mampu dipikul sebaik mungkin. insya Allah.

Akhir kalam, maryam kamal mengucapkan jutaan terima kasih kepada antunna sekalian.bangunkan maryam kamal jika maryam kamal jatuh, sedarkan maryam kamal jika maryam kamal pengsan, tarik maryam kamal jika maryam kamal hanyut dan ajarlah maryam kamal jika maryam kamal jahil.ops, jahil?!kasarnya bahasa.hehe..dimaafkan!

Jaga diri, agama, masyarakat dan negara! Wassalam.

Salam Ikhlas,

Maryam Kamal.

Hadiah Hari Lahir buat Shuhaida Jusoh

www.friendster.com/smjmka

Assalamualaikum wbt.

post ketiga pd malam ini maryam kamal sediakan khas buat shuhaida jusoh, sahabat maryam kamal.harap2 antunna semua bertimbang rasa dan tak marah bila maryam kamal menggunakan post kali ni khas untuk beliau.

Shu, Shu kata nak cari lirik Gelombang Keadilan yg jadi lagu tema tamrin judiyyat kan?yam x sure shu dah jumpa ke x, tp anggapla ni hadiah dari maryam kamal..terimalah, Gelombang Keadilan dedikasi khas buat sahabat maryam kamal, shuhaida jusoh dan semua teman2 maryam kamal!
Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati
Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera
Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga
Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga
Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati
Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga
Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga
Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati
Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera
Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga
Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera..
Hingga pertiwi gapai sejahtera...
Hingga pertiwi gapai sejahtera...
Buat sahabat sekalian, hayatilah..buat Shuhaida Jusoh, terimalah..
Salam Ukhuwwah Fillah Abadan Abada,
Maryam Kamal
www.friendster.com/smjmka

Assalamualaikum wbt..post kali ni maryam kamal ciptakan khas untuk sajak maryam kamal terbaru yang maryam kamal masukkan ke dunia sesawang buat julung2 kalinya..mempersembahkan, puisi budak sains..ciptaan maryam kamal, makmak biologi mmp, 4mac2009..mempersembahkan..
nukleusku bergetar,jasad Golgi aku meronta-ronta ingin keluar,namun,membran plasmaku menghalang,ribosom d lisosom aku terdetak.....
melucukan x?
PERHATIAN!!!
Apa yang terkandung di dalam 'puisi' itu bukannya boleh dipercayai sama ada dari segi ejaannya, fungsinya dan apa-apa sahaja yang berkaitan.sila buat rujukan terlebih dahulu.ini kerana maryam kamal menggunakan semua ini secara spontan, tanpa merujuk di mana-mana terlebih dahulu.harap maklum.
entah hape2 kan?harap2 teacher azyrawanie merangkap ckgu bio n ckgu kelas maryam kamal tak baca ni..untuk yang lebih panjang, rujuk www.sedulousdotchinka.blogspot milik shuhaida jusoh.sekian.
salam budak sains,
Maryam Kamal.
p/s:budak akaun,ekonomi,sastera dan yang lain2 jgn terasa yek!plsss..and kami minta maaf kalau antunna semua terasa.sebarang kecuaian amatlah dikesali.
wassalam.

Esok SIS ada pasaria..jemput2!

www.friendster.com/smjka

Assalamualaikum wbt..

Rindunyer!!!Da lama tak menulis kat sini..kan3?hurm..almost a week..i mean, 1 week..sbb post sal tamrin tuh dibuat pd khamis yg lalu..atau lebih tepat, satu mggu lebih!auhh!!adakah ini bermakna maryam kamal sangat sibuk orangnya?

banyak sangat nak cerita.mula2 sekali, maryam kamal ni nak bercakap mengenai bahasa..maryam kamal dah tak nak gunakan lagi perkataan 'giler' utk menggambarkan sesuatu yang sangat hebat atau sangat apa-apa sahaja sebab banyak lagi perkataan yang boleh menggambarkan semua tu.contohnya, sungguh,sangat,amat dan paling..ha!kan banyak tu!jadi..tak perlu lagi nak guna perkataan 'giler' tu..jadi, antunna sekalian, kalau maryam kamal mengulangi kesilapannya, sila-sila la beri teguran..komentar anda amatlah dihargai..=D

yang kedua, nak bercerita mengenai bahasa diri..ustzah zila kata..why not kita x bahasakan diri kita, ana dan anti/anta/antunna pada org laen?entahlah..yg ni maryam kamal x berani nak komen sgt sbb maryam kamal rasa kekok lagi utk berbuat demikian..jadi sbg langkah alternatif ataupun langkah permulaan, mehlah maryam kamal bahasakan diri dengan nama maryam kamal dulu yek..harap maklum.

and, pasal qiadi!best sangat..alhamdulillah..x ada perkara yang x diingi berlaku..semuanya berjalan dgn lancar. alhamdulillah..=D

berkisar sal tajuk lak..PERHATIAN!!!bagi seluruh warga pasir mas, anda dijemput ke Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas untuk sama-sama menjayakan Pasaria yang akan diadakan esok..dijemput beramai-ramai, ya! Jumpa di sana! heheh..macam iklan Apa Khabar Orang Kampung TV9 la pulak..hehe

maryam kamal rasa macam tak ada mood sangat nak menulis sekarang..mood sekarang nak hafal feqah..maryam kamal cuma nak luahkan rasa hati iaitu maryam kamal semakin malas sekarang..selain tu, suka tidur..bertangguh kerja..dan tak buat ulangkaji.pemalas sangat!add math pula, cikgu naseer dah boleh detect yg maryam kamal ni lembap orangnya..tak macam alyani..=(..tp, alyani bagi semangat..dia kata Allah tak suka org yg berputus asa..okey2..terima kasih!insyaAllah maryam kamal akan berusaha lagi..tp, add math?hurm..entahlah..!rasa rendah diri sangat maryam kamal ni kalau nak dibandingkan dengan alyani abdullah..=(

maryam kamal pulak semakin ralit menonton drama assalamualaikum cinta..dok berperasaan sendirian..perasan yang Rio si ganteng tu jadi cowok dia..haisz!!maksiat mata dan hati betul..astaghfirullahal'azim..sama2la kita doakan agar kita semua dijauhkan dari perkara yg melalaikan..sahabat2, doakanlah agar maryam kamal pulih dr penyakit malas yang kronik, ya?

trimas!tenkiu!terima kasih!syukran!tochey!!!

Salam Nak Exam!