BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 28, 2009

Maryam Jamilah, Maryam Hafizah atau Maryam Syahidah?

Assalamualaikum wbt..

Kali ini ingin saya menyentuh sedikit mengenai gelaran di belakang nama.

Nama penuh saya, di belakang Maryam itu disertai dengan Jamilah. Bermaksud cantik. Maaf banyak-banyak ya, bukan perasan. Tapi, nama Maryam Jamilah ini ada ditulis dalam sijil kelahiran dan kad pengenalan saya.

Hafizah pula adalah gelaran kepada muslimah yang menghafaz Al-Quran 30 juzuk. Jadi, jika saya menghafaz kitab suci itu keseluruhannya, saya layak digelar Maryam Al-Hafizah, seperti abang saya, yang ditambah gelaran Al-Hafiz di belakang namanya.

Syahidah pula adalah satu gelaran ciptaan saya yang saya buat khusus untuk kemampuan diri saya. Jika saya mati syahid, insyaAllah saya layak digelar Maryam Asy-Syahidah. Seperti Imam Hassan Al-Banna, yang mendapat gelaran Asy-Syahid. Bedanya, gelaran itu dianugerahkan di hadapan nama beliau. Subhanallah!

Saya berkira-kira sendiri. Gelaran pertama, Jamilah tidaklah mengganggu minda saya. Cuma sedikit. Ini kerana pada tag nama di sekolah hanya dicatatkan SITI MARYAM, JAMILAH sudah hilang kerana kata ustazah, nama saya terlalu panjang. Persoalannya, rakan-rakan sibuk menyoal..

'Aik, SITI MARYAM saja? Maryam dah tak jamilah lagi kah?'

Sungguh!

Saya agak terasa dengan kata-kata itu. Sebetulnya, saya memang tidak cantik. Namun, entahlah. Kata-kata mereka menyebabkan saya terfikir, agaknya memang saya tak layak menyandang gelaran JAMILAH di belakang MARYAM itu...

Gelaran yang kedua, Hafizah. Gelaran ini menjadi kegemaran ibu bapa saya. Saya tahu, meskipun mereka tidak menyatakannya secara jelas, namun mereka ibu bapa saya. Saya tahun ibu bapa saya mengharapkan saya menjadi seperti abang saya. Ah, lagi-lagi seperti dia. (Hehe..). Saya dilayan seperti abang saya. Saya dimasukkan ke sekolah beraliran arab. Saya dilayan bagaikan anak matang. Sungguh, saya gembira. Namun, saya terkilan kerana saya tidak mampu menandingi kehebatan abang saya nan satu itu.

Sejarah yang ibu selalu susur-galurkan kepada saya, abang selalu ke masjid-masjid terkenal di kota seperti Masjid Kubang Kerian yang umum mengetahui di masjid yang indah itu, berkumpul ulama-ulama' dan wali-wali kecil Allah. Di situlah abang mengenali seseorang yang sangat baik, yang membimbingnya hingga dia mampu menjadi seperti hari ini. Abang belajar menghafaz Al-Quran, dan ketika di tingkatan lima, abang sudah mampu menghafaz berbelas juzuk.

Saya agak sedih. Di tingkatan empat, apa yang mampu saya lakukan? Sedangkan dalam Matematik Tambahan pun saya masih tercari arah. Saya kebingungan. Dirasakan harapan kedua-dua ibu bapa saya menggunung tinggi dan menjadi tanggungjawab di pundak saya untuk merealisasikan harapan ibu bapa saya yang mungkin mahukan wakil daripada tiga anak perempuan mereka untuk menjadi Hafizah.

Saya?

Untuk ke masjid di hadapan rumah pun saya liat, apatah lagi ke masjid-masjid kota yang masyhur? Kalaulah saya boleh terbang...

Saya?

Hendak mengenali seseorang yang baik yang dapat membimbing saya hingga menjadi seorang Hafizah? Ke masjid pun jarang. Lagipun, wanita biasanya jarang ke masjid. Mengelakkan fitnah. Dengan nama Allah, saya tak berbohong.

Justeru, bagaimana saya nak jadi Maryam Hafizah untuk memenuhi hajat ibu bapa saya???

Maryam Hafizah...

Akhirnya, saya sedar kemampuan diri ini. Saya rasakan, ianya berat. Orang pemalas seperti saya, harus menghafal dan mengulang setiap hari? Abang tak uzur, tak ma'zurah. Allah tak bagi cuti. Tapi, saya? Allah Bagi Cuti. ABC. Justeru, kalau seminggu tak menghafal, penatlah! Parahlah!

Saya rasa diri ini sangat tak berguna. Bukan saya tak tahu kelebihan Hafiz dan Hafizah ni. Dalam kalimah pendeknya, huffaz ni. Huffaz inilah yang mayatnya takkan reput dimamah bumi walau selama mana ia dimakamkan. Mayatnya dipelihara. Insya Allah. Siapa yang tak mahu? Kemudian, boleh masuk syurga dengan senang. Subhanallah, siapa yang akan menolak?

Saya kecewakan ibu bapa saya. Saya susahkan diri sendiri. Saya tak berguna!

Hinggalah suatu hari, ketika mendengar ceramah Tuan Guru, saya kembali sedar.

Ya!

Gelaran ketiga! Syahidah! Ya, mungkin saya boleh menjadi Syahidah!

Maryam Syahidah. Yang mati syahid. Juga boleh masuk syurga dengan senang, insya Allah.

Ustazah selalu tekankan, orang mati syahid insya Allah mudah. Kalau benarlah mati syahid kerana berperang di medan juang demi mempertahankan Islam, mayatnya tidak perlu dimandikan. Hanya terus disemadikan. Lihatlah betapa Allah menerima orang yang mati syahid. walaupun berlumuran darah, namun tak perlu disucikan kerana darah itu darah syuhada', darah orang mati syahid! Tapi, yang mati biasa? Kena mandi, kafan segala..

Namun, mati syahid bukanlah hanya di medan perang. Semasa beribadah, tiba-tiba malaikat Izaril cabut nyawa, saya kira itu dianggap mati syahid. Ketika bekerja dalam memperjuangkan ekonomi orang Islam, itu juga mati syahid. Macam saya, lagi mudah untuk syahid. Mati ketika belajar, atau dalam perjalanan ke sekolah, atau perjalanan pulang ke rumah dari tempat pengajian, mati syahidlah kiranya!

Lebih-lebih lagi, sebagai seorang perempuan, sekiranya ketika melahirkan anak nanti, andainya nyawa saya dicabut, saya juga dikira mati syahid...!

Ya!

Benar itu!

Namun, sekarang ni.. Tak kiralah Maryam Jamilah, atau Maryam Hafizah atau Maryam Syahidah.. Yang penting, saya tahu siapa saya. Sebenarnya kita semua adalah Abdullah. Hamba Allah. Yang akan kekal sebagai Abdullah selama-lamanya.

Itu cuma gelaran duniawi. Saya percaya, Allah punyai gelaran-gelaran tersendiri untuk kita, di sisiNya. Harap-harap gelaran tersebut, gelaran yang baik. InsyaAllah.

Semoga Allah memberkati kita semua.

Yang baik dari Allah, yang buruk kelemahan ana. Betul-betulkanlah.

Wassalam.

Ikhlas,
Maryam bintun Kamal.

Saturday, June 27, 2009

Laporan Penuh Mukhayyam Tarbawi Dhabitah MMP 2009

Assalamualaikum wbt.

Pada 25 dan 26 Jun yang lalu, sebuah program rehlah Badan Disiplin Maahad Muhammadi (P) yang dinamakan Mukkhayyam Tarbawi Dhabithah 2009 berjaya diadakan di Sri Pantai Resort, Melawi. Program ini dihadiri oleh para dhabitah (bukan semuanya) dan beberapa orang guru disiplin yang sudi meluangkan masa. Mujurlah bonda tersayang, Mudirah MMP, Ustzh Hjh Che Zainah binti Hj Ab. Lah sudi meluangkan masa walaupun terpaksa bergegas pulang awal-awal pagi 26 Jun tersebut.

Program ini mentaklif Wan Alyani Wan Abdullah sebagai Pengarah dan Nur Sufyah Mohammad sebagai Naib Pengarah. Diikuti Wan Zubaidah Wan Hassan sebagai Setiausaha Satu dan Nailah Ata Abdul Muneim sebagai Setiausaha Dua. Nur Izzati Abdul Kader pula sebagai Bendahari.

Bold
Selain itu, Nurul Fasiha Che Rahim sebagai Ketua Lajnah Pengisian dan Sukaneka, Nik Aisyah Najwa sebagai Ketua Lajnah Persegaran, Fadhila Aisya Che Omar sebagai Ketua Lajnah Kerohanian dan Ibadat, Munifah Mustafa sebagai Ketua Lajnah Tugas-Tugas Khas dan Sponsor.

Tak lupa juga, Nur Adibah Amani Mustapha sebagai Ketua Lajnah Pendaftaran dan Pengangkutan, Nadia Amilin Mohd Adabi sebagai Ketua Lajnah Perhubungan dan Penginapan dan Anis Fathina sebagai Ketua Lajnah Disiplin dan Kebajikan.

Nur Amalia Juhari dan Wan Nourul Adnin Wan Abdul Aziz pula sebagai Pemerhati I dan Pemerhati II.

Program sehari semalaman ini diadakan dengan bertolaknya para peserta ke tempat program dengan menaiki dua bas berasingan. Bas pertama tiba agak lewat dari jadual, yakni jam 4.30 petang, lewat setengah jam dari jadual. Bas kedua lebih mendukacitakan, dengan lewat satu setengah jam dari jadual. Meskipun begitu, acara tidaklah rosak dengan kelewatan ini kerana petang 25 Jun merupakan petang untuk peserta melakukan aktiviti bebas buat peserta.

Malamnya, setelah solat Isyak berjemaah di Dewan Solat, aktiviti membakar ayam dimulakan. Para peserta dan guru sama-sama membakar ayam dan menikmati bayu malam di tepi pantai yang menyegarkan. Jam 11.30 malam, post-mortem antara ad-hoc dan MT Mukhayyam Tarbawi diadakan. Post-mortem tamat sejam kemudian dan barulah ad-hoc dibenarkan tidur.

Jam 4 pagi, semua peserta diarahkan ke tepi pantai. Ini agak mengejutkan ramai kerana aktiviti ini tiada dalam tentatif. Slot awal pagi ini dinamakan Slot Sesi Hati ke Hati yang diketuai oleh Ketua Pelajar dan dibantu dengan exco BD yang lain. Kami bebas menjelaskan dan meluahkan apa sahaja yang terbuku.

Selepas itu, semua peserta mula mendirikan solat Subuh berjemaah. Jam 6.30 pagi, peserta dibenarkan ke laut sambil menunggu matahri terbit dari arah pantai dan harus naik semula sejam kemudian. Jam 8 pagi, peserta mula bersarapan dan taklimat mengenai sukaneka mula diadakan.

Jam 8.45 pagi, aktiviti sukaneka dimulakan. Bermula dengan acara Cikcakwomen dan berakhir dengan Rantai Emas. Sebanyak 18 permainan diadakan untuk para dhabithah, guru-guru lelaki dan perempuan, beserta anak-anak guru. Antara permainan yang diadakan selain dua permainan di atas ialah Harta Karun, Gila-Gila Kuasa, Semakin Jauh Semakin Sayang, Yummy, Colour Your World, Spoon Spin Ping Pong, Gila-Gila Kuasa, Jangan Pandang Belakang, Fair and Lovely, Huggies dan Air Mata Bonda.

Jam 12.30 tengah hari, majlis penutup diadakan beserta dengan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. Empat peserta yang betu-betul bertuah kerana berjaya memilik hadiah teristimewa, sebuah bantal peluk kecil yang sangat comel!

Selepas itu, peserta dan semua guru beserta ahli keluarga dijamu dengan makan tengah hari. Peserta kemudiannya diarah naik untuk khismat diri dan bersolat. Jam 3 petang, gorong royong diadakan. Jam 3.30 petang, peserta mula merehatkan diri di tepi pantai menikmati pemandangan indah buat kali terakhir sementara menunggu bas. Penjual aiskrim begitu murah rezekinya kerana ramai di antara peserta menyerbu beliau. Riak kegembiraan terpancar di wajah masing-masing, diselit kepenatan.

Jam 4 petang, bas pertama tiba. Bas pertama tiba di sekolah jam 5.15 petang. Mukhayyam berakhir.

Objektif mukhayyam ini diadakan adalah untuk mengeratkan ukhuwwah antara sesama dhabithah dan dhabithah bersama guru dan nampaknya, objektif ini terlaksana. Begitu juga dengan objektif yang mahu merehatkan minda dhabithah yang kepenatan dan mahu menambahkan semangat dhabithah yang kian pudar. Selain itu, objektif untuk mewujudkan kerjasama dan toleransi antara peserta juga seakan tercapai.

Diharap semua dhabithah dan guru berpuas hati serta gembira dengan mukhayyam kali ini juga ukhuwwah antara kita semua takkan pernah longgar. Besarlah harapan kami kakak-kakak tingkatan empat agar mukhayyam akan diadakan lagi pada tahun hadapan.

Wassalam.

Maryam Kamal,
AJK Lajnah Pengisian dan Sukaneka,
Mukhayyam Tarbawi Dhabitah 2009,
Badan Disiplin Maahad Muhammadi (P),'
Kota Bharu, Kelantan.

Suka Guru Dulu, Kemudiannya Suka Madah?

Assalamualaikum wbt..

Kali ini waktu saya untuk mentafsirkan ilham yang ada di minda dalam bentuk zahir, benar-benar suntuk. Bateri laptop hampir habis! Untuk caj, saya lebih senang membuai telinga dengan alunan Al-Quran dari IKIM.fm.

Ilham saya kali ini, mendorong saya untuk berbicara mengenai madah-madah yang saya kira agak membebankan saya. Seperti biasa, pelajar aliran Sains Tulen seperti saya dan yang tidak sepintar orang yang lebih pintar, akan mengalami masalah kepada madah-madah Sains yang kian berkembang.

Biologi!

Kimia!

Fizik!

Dan, satu madah tambahan yang dikategorikan dalam spesies 'perosak result' yakni, tak lain tak bukan, Matematik Tambahan.

Saya cukup kagum dengan pelajar-pelajar sebaya yang berjaya menyelesaikan masalah Add Math yang kekadang saya tidak tahu apa masalahnya yang sebenar. Soalannya, selalu saya tafsirkan sebagai satu statement. Selepas menyedari saya sedang berada dalam dewan peperiksaan, barulah saya sedar bahawa saya sedang berhadapan dengan soalan, bukan pembacaan.

Pencapaian saya dalam madah Sains pula tidak mampu dibanggakan. Dengan Kimia yang jatuh merudum, Fizik yang istiqamah tanpa berganjak walau satu markah pun dan dengan Biologi yang masih mampu menggembirakan hati, saya masih di dalam mode kecewa.

Sejak sekolah rendah lagi, saya amat lemah dalam madah-mada Sains dan Matematik. Kala UPSR, tak percaya saya mampu menggenggam A bagi Matematik dan Sains. PMR apatah lagi. Ini kerana, sepanjang tiga tahun menuntut ilmu Matematik dan Sains di sekolah menengah, tidak sekalipun A dalam tangan. Yang ada, B sesekali. C dan D silih berganti. E kadang kala memunculkan diri. Isy, sakitnya hati!

Justeru, bila saya berhadapan dengan empat madah pembawa maut ini ditambah dengan Matematik Moden yang saya kira agak memeningkan, saya rasa tak cukup pensil untuk menulis dan membuat latihan.Masalahnya, saya tak minat madah-madah ini.

Pada saya, ibu bapa saya harus menerima hakikat bahawa otak saya dilahirkan untuk menjiwai Sastera mungkin. Physchology atau Pertanian, mungkin. Tapi, bukan madah-madah Matematik dan Sains!Hampir saya mendirikan Istikharah selepas menerima markah Kimia.

Saya tertanya-tanya, patutkah saya ke Maahad Pasir Mas dan meninggalkan MMP tercinta demi sebuah masa depan yang lebih cerah? Atau, terus di bumi MMP, bumi anbia' dan terus berusaha. Ya! Itulah sebaiknya!Saya mula mencari solution yang pintar untuk masalah saya ini.

Kedengaran klise, tetapi setelah mengalaminya, saya mulai rasa bimbang. Bagaimana jika saya terus begini? Seterusnya kegagalan saya menguasai subjek-subjek penting ini mengakibatkan result saya 'cacat'?Nauzubillahi min zaliq!

Jadi, saya mula memikirkan, saya kena optimis setiap kali tiba kelas-kelas bagi madah 'kegemaran' saya ini. Saya kena belajar untuk belajar! Saya kena belajar untuk menyukai subjek ini.

Seorang sahabat, yang tak jemu berdampingan dengan saya yang bukan sesiapa ini, sedangkan dia orang berpengaruh, memberikan pandangannya seperti biasa, yang amat saya hargai!

Sukai guru dahulu, kemudian sukai subjek itu.Kemudian, saya kaitkan dengan sikap saya dengan duru. Mungkin ada antara tindakan saya yang tidak disedari menyebabkab guru berkecil hati dan saya tidak meminta maaf sedangkan guru itu ternanti-nanti. Seterusnya, markah saya menjadi mangsa. Atau memang benar, saya kena suka dan hormat guru dahulu, kemudian barulah Allah hidayahkan kepada saya agar mencintai madah-madah tersebut. Hormat pada guru, dalam bahasa mudahnya, jangan mengumpat guru walau apa pun yang berlaku!

Alhamdulillah.Setakat ini, saya mulai merasa seronoknya belajar Fizik. Seronoknya membuat latihan Matematik Tambahan. Tambah sahabat yang sama lagi, untuk Add Math kena lakukan latihan harian sekurang-kurangnya dua soalan sehari.

Nah!

Saya terkedu. Selama ini, jika tiada subjek Add Math keesokan harinya, akan saya tinggalkan buku Add Math malam ini. Tidak melakukan latihan. Tidak membuat ulangkaji. Oooo, patutlah!

A special appreciation to her. Someone so special. That taught me to think in a new path. Thanks. I really do appreciate it!

Wassalam.

Ikhlas,Maryam Kamal.

p/s : Exprience is the best teacher!

Monday, June 22, 2009

Selamat Pengantin Baru...

Assalamualaikum.

Di kesempatan yang sedikit ini, saya nak berkongsi sesuatu yang secara tak langsung terlintas di minda saya entah buat ke berapa kalinya.

Biasanya, kalau ada majlis perkahwinan atau kesyukuran menyambut menantu, pasti hadirin akan datang membawa hadiah. Majoriti daripadanya akan menulis sepatah dua ucapan selamat kepada pengantin. Namun, dua spesies ayat yang berlainan menarik perhatian saya.

Ayat pertama :

'Selamat Pengantin Baru. Semoga Berbahagia Hingga ke Anak Cucu.'

Ayat kedua pula berbunyi :

'Selamat Pengantin Baru. Semoga Berbahagia Hingga ke Akhir Hayat.'

Jika direnung-renungkan, maksud sebenar ayat-ayat ini berbeza meskipun nampak hampir sama. Kan?

Ayat pertama bermaksud, doa untuk pengantin agar pengantin kekal sebagai suami isteri hingga ke anak cucu. Kalau dikira pada zahirnya, setakat anak dan cucu sahaja. Ciicit, piut, miut?? Namun, jika difikirkan secara rasional, takkanlah nak ucapkan...

'Selamat Pengantin Baru. Semoga Berbahagia Hingga ke Anak Cucu Cicit Piut Miut.'

Macam panjang sangat kan? Justeru, maksud ayat ini adalah semoga pasangan pengantin kekal hingga ke seberapa banyak keturunan pun.

Ayat kedua pula lebih spesifik. Hingga ke akhir hayat. Semoga pengantin berbahagia hingga ke mati. Seterusnya, ahli keluarga yang lain akan berbahagia hingga ke mati juga kerana mereka juga akan berkahwin dan mereka juga akan menerima ucapan yang sama. Justeru, ayat kedua kedengaran lebih menyeronokkan.

Setelah dua majlis kesyukuran menerima 'orang baru' dalam keluarga kami diadakan, rata-rata menulis 'Selamat Pengantin Baru' sahaja atau dengan menambah 'Semoga Berbahagia Hingga ke Anak Cucu'.

Eh, sekejap!

Kenapa saya menulis mengenai hal nikah-kahwin segala ni? Saya nak kahwin ke?

Eh, taklah!

Cuma, nak tanya pendapat abangku yang masih bujang yang terchenta, agak-agak nanti kahwin, nak suruh adik wish yang mana satu? Hehe.. Ijat, Let's make countdown!

Peringatan Penting : Ayat di atas ini hanya difahami oleh orang-orang yang bakal berkahwin dalam masa terdekat ni. Selamat Pengantin Baru!

Wassalam.

Ikhlas,
Maryam Kamal.

Monday, June 8, 2009

Tragedi Mei 2009

Assalamualaikum dan Peace Be Upon You..

Saya maklum, apa yang saya lakarkan di sini malam ini bukanlah sesuatu yang baru, malah sudah basi mungkin lantaran telah agak lama ditinggalkan.

Agak-agak, tragedi apakah yang berlaku pada Mei 2009?

Ya, kalau anda masih ingat, pada tanggal 31 Mei 2009, sebuah pesawat milik Air France iaitu Air Bus A330 telah 'hilang' di Lautan Atlantik secara tiba-tiba.

Difahamkan, kapal terbang yang memuatkan serama 228 penumpang termasuk 12 krew itu hilang secara tiba-tiba dari radar di pusat kawalan. Misteri diteruskan apabila pesawat terbabit yang dalam perjalanan ke Paris dari Rio de Janeiro tidak tiba di lapangan terbang Paris pada waktu yang sepatutnya.

Berikut merupakan kronologi sekitar masa berlakunya nahas udara berkenaan...

Jam 11 malam waktu tempatan : Juruterbang menghantar signal manual mengatakan bahawa jet telah terbang melepasi CBs.

Jam 11.10 malam waktu tempatan : Laporan mengenai masalah pada pesawat. Autopilot telah di'disengaged'kan, kawalan kestabilan telah rosak.

Jam 11.13 malam waktu tempatan : Lagi laporan mengenai masalah pada pesawat. Sistem yang mengawal kelajuan, altitude dan arah gagal berfungsi! Komputer utama pesawat rosak dan sayap kapal terbang gagal berfungsi! Mengerikan!

Jam 11.14 malam waktu tempatan : Mesej terakhir diterima menara kawalan yang mengatakan kehilangan tekanan kabin dan keseluruhan sistem telah rosak! Mesej ini menggambarkan pesawat telahpun atau akan menjunam ke dalam lautan pada bila-bila masa.

Lantaran cuaca buruk di sekitar Lautan Atlantik, gerakan menyiasat dan mencari sangat sukar dilakukan. Akhirnya, misteri terungkai apabila pesawat itu dikatakan mengalami masalah teknikal didorong dengan cuaca buruk di Atlantik menyebabkannya meletup di udara sebelum berkecai bertaburan di permukaan laut Atlantik seterusnya tenggelam.

Pakar mengatakan, amat sukar untuk menjejak mayat-mayat mangsa nahas lantaran keadaan alam sekitar yang tidak mengizinkan selain mungkin cebisan-cebisan daging telah menjadi habuan sang jerung.

Pesawat dipercayai meletup di udara dan berkecai di lautan berikutan jumpaan tompokan minyak di permukaan lautan selain beberapa objek yang kini dikenalpasti sebagai cebisan bangkai pesawat berkenaan.

Meskipun beberapa mayat sudah dijumpai, namun misteri sebenar belum terungkai lantaran kegagalan pelbagai pihak menjumpai kotak hitam yang mengandungi data pesawat dan perakam suara yang dikatakan tenggelam ke lautan dalam Atlantik.

Terbaru, beberapa cebisan mayat lagi ditemui selain tempat duduk penumpang, berdozen-dozen komponen struktur kapal terbang, debris dengan logo Air France dan beratus-ratus barangan peribadi dipercayai milik para penumpang.

Kini, tahap penyiasatan mengenai nahas ini dipertingkatkan lagi apabila mengetahui pesawat terbabit musnah akibat masalah dalaman pesawat berkenaan. Antara faktor yang diperkatakan ialah sensor kelajuan yang mengelirukan yang mana menyebabkan juruterbang gagal mengenalpasti kelajuan sebenar pesawat yang mereka kendalikan.

Selain itu, leading komputer untuk menetapkan kelajuan pesawat terlebih laju atau terlalu perlahan juga turut menjadi faktor yang disyaki menyebabkan pesawat ini musnah. Tidak keterlaluan juga jika dikatakan bahawa ini mungkin berpunca daripada sejarah Air Bus A330 yang mempunyai masalah kelajuan suatu ketika dahulu. Berfmula dari 2001 lagi, Air Bus A330 mengalami masalah dalam pengendalian enjin dan organ dalamannya.

Subhanallah!

Membaca kembali kronologi yang saya tafsir dan susun sendiri dari BI ke BM tanpa menggunakan kamus, sudah timbul rasa ngeri meskipun ada beberapa perkataan tidak tepat maknanya.

Jam 11 malam, pesawat memaklumkan bahawa melalui kawasan ini. Sepuluh minat kemudian, masalah pada pesawat mula dilaporkan. Tiga minit kemudian, bertalu-talu masalah yang lebih teruk dilaporkan dan akhirnya seminit kemudian, mesej terakhir diterima mengatakan keseluruhan sistem telah rosak, menandakan peswat berkenaan terhempas hanya beberapa saat selepas itu sahaja..

Masya-Allah!

Ngeri saya memikirkannya.

Sebagai pemikir yang agung (perasan!), saya terfikirkan...

1) Bagaimanakah perasaan sang juruterbang tatkala mengetahui pesawat yang dikendalikan
mereka bermasalah? Terus mengucap atau berusaha terlebih dahulu meskipun mereka tahu, peluang untuk selamat adalah tipis.

2)Bagaimanakah keadaannya sang ibu bapa apabila dalam bahaya? Memikirkan anak-anak pastinya! Suami memikirkan isteri, begitulah sebaliknya. Anak-anak pula, pasti tak lekang memanggil, mummy! Daddy!

3)Adakah lagi yang masih hidup ketika tubuhnya mencecah lautan Atlantik, dan kemudiannya mati disebabkan lemas atau dibaham jerung?

4) Bagaimanakah perasaan mereka apabila berhadapan dengan tragedi secemas ini?

5)Bagaimanakah perasaan mereka apabila jeritan mereka tidak didengari? Dan, sempatkah mereka menjerit?

6)Bagaimanakah keadaan mereka yang tidur dan tiba-tiba dikejutkan dengan berita bahawa tempat mereka melelapkan mata itu tidak selamat?

7) Bagaimana perasaan krew kapal yang sudah berpengalaman? Pastinya mereka terlebih dahulu mencium bau bahaya. Pasti mereka ketakutan, kan? Kasihannya!

8) Bagaimana perasaan pegawai trafik menara kawalan apabila tidak lagi menerima sebarang mesej selepas jam 11.14 malam waktu tempatan? Dan apakah perasaan beliau apabila Air Bus A220 dilaporkan tidak mendarat di Paris pada waktu yang ditetapkan?

9) Bagaimanakah perasaan orang-orang tersayang dan terdekat dengan mangsa nahas? Ibu bapa kanak-kanak terlibat, kawan-kawan, saudara mara, guru-guru, komuniti... Pastinya, ada antara mereka yang terbabit dalam nahas sudah mula membayangkan keindahan Paris ketika mula-mula menjejakkan kaki ke lapangan terbang. Namun, semuanya berkecai. Sebagaimana berkecainya pesawat sebesar Air Bus A330.

10) Dan akhirnya, bagaimana perasaan kita semua, melihat kepada betapa misterinya dan betapa kuasanya Tuhan untuk melakukan apa sahaja. Berilah seribu satu persoalan pun, jawapannya tidak diperlukan apabila ada yang berhujah...

'Kalau Allah kata jadi, maka jadilah!'

Subhanallah!

Saya terjeda seketika.

Lagi.

Dan lagi.

Dan bukan seketika lagi.

Kalau saya meneruskan cita-cita untuk menjadi juruterbang, tak mustahil suatu hari nanti saya juga akan mengalami nasib yang sama.

Namun, apabila bab mati diungkit, saya akur. Redha. Mati itu pasti. Kenapa mahu hindari? Namun, kalau boleh pastinya saya tidak mahu mati dalam keadaan menyayat hati. Namun, mati ketika bekerja, bukankah syahid namanya? Namun, takkanlah sampai seteruk itu. Nauzubillah dan,,, entahlah!

Sampai di sini sahaja hari ni. Mungkin lain kali Allah memberi kita peluang untuk sama-sama berkongsi ilmu lagi. Sengaja saya mahu abadikan topik ini dalam blog saya, agar ianya menjadi kenangan dan kekal dalam ingatan saya, yang entah mengapa begitu mencintai dunia juruterbang, pesawat, kapal terbang dan segala-galanya mengenai bidang ini. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui!

Apa yang baik itu dari Allah, apa yang buruk itu nyata kelemahan saya. Sudi-sudikanlah menegur andai ada kesilapan yang saya lakukan di luar kewarasan akal. Segala-galanya, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca.

Wassalam.

Ikhlas,
Maryam Kamal.

Monday, June 1, 2009

Kecohnya Malaysia hari ini..

Assalamualaikum..

Syukurlah saya dalam kekangan waktu. Justeru, tidak perlulah saya mengulas panjang. Cuma sebagai warganegara Malaysia yang membaca akhbar secara rambang dan rawak sahaja, ingin saya sentuh beberapa topik yang hangat dipampang di dada-dada akhbar mutakhir ini.

Untung benarlah BH, Utusan dan segala yang sewaktu dengannya. Tak perlu cari job kuat-kuat. Berita sekarang semuanya panas-panas belaka, melebih HotFm!

Macam goreng pisang panas mengenai PKM dan Chin Peng. Alaahaii! Siapa Chin Peng, ya?

Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya.

Bukan berasal dari
China sebagaimana sangkaan ramai, Chin Peng adalah seorang Cina Kantonis yang dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal , di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.

Buku memoirnya bertajuk "Chin Peng: Sejarah dari sebelahku" ("Chin Peng: My Side of history") diterbitkan di
Singapura.

Kisah hidupnya

Semasa kecil Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan menyoroti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara
Chiang Kai Shek dan Mao Zedong. Tentera Jepun pula merampas Manchuria dan menguasai pedalaman China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di kawasan Kwantung.
Semasa berumur 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan nasionalis berpendidikan barat Ching Kai Shek yang menguasai kawasan selatan China dan
Taiwan. Tapi buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Zedong mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk menentang Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu tahun 1941.

Pada tahun 1940, beliau diterima untuk menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang
Parti Komunis China di seberang laut. Dia turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya baru sahaja 18 tahun.

Chin Peng memimpin
MPAJA atau Malayan People Anti Japanese Army, sebuah pasukan gerila bagi menentang Jepun. Tentera British (Pasukan Special Air Services dan MI6) yang diterjunkan di hutan Perak, telah memberi pelbagai senjata, kewangan, latihan dan pelbagai peralatan lain bagi memperlengkapkan Force 136 dan MPAJA. Tentera MPAJA pernah menyerang tentera Jepun di Sungai Perak berhampiran dengan tebing Pasir Salak pada tahun 1942.

Selepas
Perang Dunia II, beberapa pihak yang berfahaman radikal dalam MPAJA telah bertindak keluar hutan untuk membunuh dan menyeksa mereka yang bersubahat dengan tentera Jepun dan tali barut British. Mereka turut membunuh pemimpin tempatan seperti para Penghulu dan para Imam kampung sebagai taktik memantapkan penguasaan mereka. Selain itu, puak radikal dalam MPAJA turut cuba merampas pentakbiran terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Tindakan puak yang didakwa radikal tidak pernah disekat oleh MPAJA. Ini kemungkinannya MPAJA sebenarnya sedang menilai kejayaan tindakan sedemikian.

Membiarkan tindakan ahlinya bermaharajalela membunuh dan menyeksa penduduk sekali gus menunjukkan tindakan tersebut mendapat sokongan tersembunyi dari para pemimpin MPAJA.
Tindakan puak radikal dalam MPAJA ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang bangkit untuk menentang pihak komunis di bawah beberapa pemimpin seperti Panglima Salleh Selempang Merah. Akibat daripada tindak balas orang Melayu ini,
Parti Komunis Malaya gagal merampas kuasa malah terpaksa meminta campur tangan Tunku agar mententeramkan orang-orang Melayu yang bangkit ketika itu.

Malah ada beberapa fakta yang menunjukkan bahawa beberapa pihak di dalam kelompok Melayu elit yang telah menghasut dan membangkitkan isu perkauman Cina/Melayu dalam usaha mereka mengekalkan kekuasaan mereka [
perlu petikan]. Kelompok Melayu elit ini rata-rata amat mengharapkan agar pihak British akan datang kembali dan seterusnya membolehkan mereka bertapak kukuh di dalam urusan politik tempatan. Malah pihak-pihak ini juga menghasut agar beberapa individu dan pertubuhan dilabelkan sebagai puak kiri dan kemudiannya berjaya mengharamkan pertubuhan tersebut dan menangkap pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya.

Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan pihak Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.

Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng dijemput ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire ' kerana sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun. Tapi tekadnya untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu dan menyingkirkan British dan akhirnya memerdekakan Malaya semakin membuak-buak selepas itu. Suasana aman dan maju di kota
London meningkatkan azamnya untuk berjuang di dalam hutan Tanah Melayu.

Memimpin Parti Komunis Malaya

Ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya .
Di bawah pimpinannya Parti Komunis Malaya semakin agresif dan militan dengan menyerang ladang-ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British di Tanah Melayu. Lantaran itu ahli PKM semakin menyanjung keberanian dan wawasan Chin Peng. Taktik ini membawa padah kepada Parti Komunis Malaya kerana tidak langsung diterima di kalangan orang Melayu.

Parti Komunis Malaya juga tidak mengamalkan athiesme. [
perlu petikan] Walaupun prinsip utama komunisme yang ditulis oleh Karl Marx tidak mempercayai tuhan dan menyatakan bahawa agama itu adalah candu manusia, namun apa yang berlaku di Tanah Melayu pada waktu itu ialah mereka mengamalkan prinsip keagamaan seperti mana yang kita dapat lihat dalam salah seorang tokoh PKM iaitu Rashid Maidin, Abdullah C.D dan Suraini Abdullah. Mereka tetap mendirikan solat lima waktu seperti mana yang dituntut oleh agama Islam walaupun di dalam hutan semasa perjuangan[perlu petikan]. Mereka juga telah menunaikan ibadah haji. Sememangnya Rashid Maidin adalah seorang yang warak dan berilmu agama yang tinggi malah beliau juga mengajar cucunya dan beberapa budak-budak kampung membaca Al Quran dan Tajwid.

Ketika darurat, British dengan kerjasama golongan Melayu elit dengan melancarkan perang saraf iaitu propaganda melalui media massa untuk mempengaruhi fikiran orang-orang Melayu supaya mereka yakin bahawa Parti Komunis Malaya itu kejam dan tidak sesuai diikuti. Pengalaman orang-orang Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya orang Melayu menolak cara ganas komunis. Perjuangan bangsa Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik jatuh ke tangan mereka dengan cara menggunakan keganasan dan menanam rasa takut kepada rakyat amnya.

Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti apabila mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan terbukti boleh dicapai bukan dengan perjuangan pertumpahan darah dengan sia-sia tetapi dengan rundingan damai yang lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua pihak.

Perjanjian Damai

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 1955. Tunku Abdul Rahman yang mendapati Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM dan enggan menyertai pilihan raya melalui parti lain sebagai syarat pengampunan, bertindak menolak tuntutan PKM agar dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah.
Dengan keengganan Parti Komunis Malaya berdamai, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada
31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka tanpa Parti Komunis Malaya. Parti Komunis Malaya yang lemah diasak semakin jauh ke dalam hutan sehinggakan kadang-kala tersingkir keluar dari Malaysia khususnya di sempadan Malaysia-Thailand.

Kemerosotan Komunis

Setelah keruntuhan komunis di Rusia dan runtuhnya Tembok Berlin di Jerman Timur tahun 1989, PKM semakin goyah. Satu perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dengan Parti Komunis Malaysia telah ditandatangani di Haadyai pada 1989. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Haadyai.
Selepas 1989, tiada ada lagi perjuangan bersenjata . Ahli PKM diterima sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Walau bagaimanapun, pemimpin utama seperti Chin Peng dan
Rashid Maidin hanya dibenarkan menetap di sebuah perkampung khas di Yala, Thailand.

Kembali ke Malaysia

Chin Peng sedang membawa kesnya di
mahkamah Pulau Pinang agar dia diterima pulang ke Malaysia. Penerimaan Chin Peng kembali ke Malaysia ditentang hebat oleh ramai sanak saudara mangsa kekejaman Parti Komunis Malaya termasuk polis dan tentera yang cedera dan terkorban. Ini disebabkan Chin Peng merupakan orang yang bertanggung jawab dengan kegagalan Rundingan Baling dengan berkeras menuntut agar Parti Komunis Malaya diterima sebagai sebuah parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.
Bagaimanapun terdapat pihak yang mempersoalkan kenapa
Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh dapat diterima kembali ke Malaysia, tetapi tidak bagi Chin Peng. Persoalan ini dicetuskan tanpa memikirkan bekas-bekas komunis yang lain yang mendapat pengampunan. Sewajarnya kedudukan chin peng sebagai presiden perlu dilayan berbeza dari semua ahlinya.

Itu tentang Chin Peng.. Isu hangat yang kedua yang menarik perhatian saya ialah kerajaan Malaysian bakal mengehadkan pengambilan subjek dalam Sijil Peperiksaan Malaysia. Maksima sebanyak 10 subjek sahaja yakni 10 subjek kurang daripada subjek yang diambil oleh Kak Madihah pada SPM 2008.. Tidak menyerlahlah Maahad Muhammadi selepas ini..

SAYA ingin memberi pendapat mengenai keputusan Kementerian Pelajaran yang mengehadkan pengambilan 10 subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sebagai bekas pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu, saya berasa keputusan itu akan menyebabkan subjek agama di sekolah agama akan dipinggirkan kerana ingin memfokuskan kepada subjek teras dan sains semata-mata.

Saya mengambil 12 subjek dalam SPM 2004 dengan subjek agama dan sains. Subjek seperti Syariah Islamiah, al-Quran dan sunnah dan Bahasa Arab Tinggi adalah subjek tambah nilai kepada pelajar aliran agama.

Peminggiran subjek agama ini akan merugikan pelajar sekolah agama di seluruh negara. Selain itu, subjek teras sains seperti Biologi, subjek pilihan kedua kepada Fizik di kalangan pelajar juga mungkin terpinggir melalui keputusan terbaru kerajaan ini.

Subjek bukan teknikal seperti Prinsip Akaun, bahasa antarabangsa dan seni lukis juga bakal terjejas dengan keputusan terbaru kerajaan ini.

Pembentukan generasi muda yang serba boleh bakal terbantut dengan pengkhususan akademik
bermula seawal SPM. Pelajar aliran Sains-Agama atau Sains-Sastera bakal berkurangan dari semasa ke semasa.

Alasan kerajaan yang mahukan guru lebih fokus kepada subjek teras juga kelihatan dangkal kerana guru sudah membuktikan kemampuan mereka dalam membantu pelajar berjaya dengan cemerlang dalam SPM.

Selain itu, saya percaya pemerkasaan institusi perguruan adalah penyelesaian lebih praktikal berbanding mengehadkan subjek dalam SPM.

Walaupun saya bukanlah penyokong pelajar yang mengambil banyak subjek dalam SPM hingga
mencecah 20 subjek, keputusan terbaru kerajaan ini pastinya menjejaskan pelajar aliran agama di sekolah menengah agama di seluruh negara.

Semoga kerajaan dapat membuat kajian lebih menyeluruh mengenai keputusan terbarunya ini.

(dipetik drpd Mujahid.com)

Itulah serba sedikit isu yang panas yang menarik perhatian saya dan yang sempat saya sentuh sedikit sebanyak.. Apa yang kurang, harap maafkan..

Ikhlas,
Maryam Kamal.

p/s:nampaknya macam kabur sahaja harapan ayah untuk masuh TV bagi SPM 2010.. Anaknya ini akan ambil 10 subjek sahaja, kah?? Wallahu'alam. (",)