BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 31, 2009

Aku Sudah Bosan!

Assalamualaikum..

(sikit punya kontroversi tajuk ni. Abg kakak jgn terkezut deh. It's nothing actly. Jgn suspens!)

Izinkan saya yang lemah lembut dan sopa-santun ni membahasakan diri dengan 'aku' pada sajak kontot kali ini..

Aku bosan!

Dalam kepompong cerita yang tak berpijak di bumi nyata...
Membuatkan aku cembura buta..
Membuatkan aku inginkan duniawi semata-mata..

Dalam belenggu cerita yang semuanya sama..
Membuatkan aku tidak dapat menerima..
Hakikat bahawa realitinya jauh berbeza..

Ok! Sajak's time is over! Kembali pada Maryam Kamal yang lemah lembut + sopan satun tu.. =D

Saya suka membaca. Novel pastinya. Saya tidak meletak sebarang syarat pada novel yang akan saya beli. Syarikat penerbitannya, sinopsisnya, muka hadapannya, siapa penulisnya atau harganya, bukanlah menjadi soal utama dalam faktor pemilihan sesebuah buku.

Biasanya, saya mencuba. Mencuba sebuah karya hasil seorang penulis yang belum pernah saya baca hasilnya. Kekadang, saya 'cilok' dari teman-teman. Kemudian, kalau cerita yang digarap berkualiti dan logik di minda, saya tak teragak-agak untuk membeli karya seterusnya dari penulis ini.

Jujur saya katakan, saya tak berkira dengan harganya. Selagi mampu dan berpatutan, saya akan usahakan. Syarikat penerbitan? Tak kisahlah siapa pun! Sinopsis? Saya kurang percaya pada sinopsis kerana bagi saya sinopsis hanyalah 1/1000 daripada isi utama novel terbabit. Justeru?

Satu-satunya novel yang bermain di minda saya ketika ini ialah Aa + Bb karya Hlovate. Serius! Saya tak tahu ni novel lama. Saya baru sahaja membelinya di pesta buku ReadMalaysia di Mines Resort City baru-baru ini.

Setelah membacanya..

Erm, okey! Saya sangat admire dengan watak sesempurna Benz Aliff Sulaiman yg digambarkan head-taico ketika zaman sekolah menengah bertukar menjadi seorang yang sgt perfect apabila menjadi suami kepada Addin Shah.

Sungguh!

Watak Benz Aliff yang dilakar oleh Hlovate begitu sempurna. Dengan kelebihan yang dia ada dari segi fizikal, mental dan agamanya, dialah lelaki idaman wanita seluruh buana! Dialah lelaki idaman wanita semenjak zaman Parameswara!

Addin Shah pula.. Lengkap pakejnya untuk menjadi pasangan kepada seseorang yang sesempurna Benz Aliff. Oh!

Saya begitu teruja dengan setiap babak yang Hlovate persembahkan. Mula-mula membacanya, novel inilah yang berjaya membuatkan saya sedikit miang. Tiba-tiba rasa mahu menikmati alam rumah tangga. Euw! Bukan masanya, kan?

Justeru, apabila saya kenang kembali semua itu, saya mulai meragui ketidaklogikannya. Tiada, tak pernah ada dan takkan ada lelaki sesempurna Benz Aliff di abad ini, atau mungkin di alaf ini. Mungkin harus menunggu seribu dua tahun lagi untuk menantikan kewujudan Benz Aliff yang sebenar. Kalaulah benar begitu, Hlovate nampaknya seorang yang berfikiran sangat jauh! Sesaat, mulalah saya berfikir yang bukan-bukan. Mahu mencari suami persis Benz. Ah, karut!

Addin Shah. Takkan ada gadis sepertinya di alam ini. Sebertuah dirinya. Mempunyai abang kembar yang sangat protektif, ibu bapa yang sporting, suami yang sempurna, dan juga pakej diri yang lengkap.. mana nak dicari???? Seketika terdetik cemburu yang bukan sedikit pada Addin. Mulalah saya membayangkan, alangkah bagusnya kalau saya sebertuah dirinya. Sungguh! Saya yakin! Tiada orang di buana ini yang menyerupai Addin.

Ya..! Mungkin Addin akan muncul saat munculnya Benz. Ngee! Hebat benar Hlovate kalau begitu.

Saya kembali menjejak tanah. Saya harus sedar bahawa semua ini hanyalah aksara-aksara yang dilakarkan di kertas setelah menari-nari di minda Hlovate. Sekadar luahan rasa. Sekadar petunjuk imaginasi. Bukan realiti.

dan, saya perhatikan..

Kebanyakan novel cinta, hero dan heroinnya pasti hebat dan mengujakan! Oh, kenapa begitu? Saya jadi sedih. Kalau saya, pelajar sekolah agama yang mempunyai iman yang senipis kulit bawang ni boleh juga terlalai dengan godaan nafsu supaya memikirkan perkara yang bukan-bukan, apatah lagi kawan-kawan di luar sana?

Sebagai seorang yang turut membabitkan diri dalam dunia penulisan, saya berasa terkilan andai ada karya beberapa penulis yang agak 'berani' telah memberi rangsangan dan sokongan kepada beberapa pembaca supaya melakukan sesuatu yang diharamkan. Erm, tak faham? Just forget about it, first.

Saya bukannya tak bagi baca novel cinta. Bacalah. Saya sendiri memilih novel cinta daripada novel Islamik kontemporari. Selain boleh menguji iman, saya tak menafikan bahawa novel-novel mereka juga padat dengan informasi dan maklumat. Justeru, kalau anda rasa diri anda cukup kuat, anda boleh teruskan niat anda membaca novel yang 'berani'...

Hakikatnya, saya sudah bosan disajikan dengan cerita yang heronya romantik, manakala wanitanya manis menawan. Hero yang kacak, bersama heroin yang cantik jelita. Oh, sudah-sudahlah! Cuba buat kelainan..

Mungkin Tarikh Luput Cinta by Lynn Dayana bisa membantu?

Saya membaca novel demi kepuasan, untuk berehat. Justeru, saya tak mahu minda saya diganggu dengan perkara berat ketika sedang bercuti. Jadi, saya sukakan novel yang dicelahkan dengan humor yang tinggi, bukan sekadar secubit dua. Ingat, humor itu penting untuk menggembirakan.

Walau apapun, saya berkata benar! Saya bosan dikelilingi dunia penulisan yang hero dan heroinnya membawa watak stereotaip sahaja. Aii kak, tak apalah stereotaip pun, janji duit masyukkk kan? Huhu

Oklah. Got to go.

Wallahu'alam.

Wassalam.
Ikhlas (dan yg bnr2 bosan!),
Maryam Kamal.

Tak Tahulah!

Assalamualaikum.

Saat melayari MyNiceSpace.com, saya ternampak kanak-kanak ini memegang bunga.

Sungguh!

Sangat comel... bunga yang dipegangnya. Memandangkan blog ini berlayoutkan bunga, saya membuat keputusan untuk menampalkan bunga yang comel itu di sini. Malangnya, kanak-kanak itu pun terpaksa ditampal. Ah...

Tapi, tajuk post Tak Tahulah ni memang sesuai sebab sy memang tak tahu apa yg sy buat dan type skrg. Harap2 tak adalah teruk sgt. Ntah apa2! Anggaplah saya tujukan gambar ini kpd antunna, kwn2 sy yg sudi menyinggah di sini.. Terima kaseyh!

Friends Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Wallahu'alam.

Wassalam.
Maryam Kamal.

Thursday, July 30, 2009

Diari Seorang Pejuang..

Salam.

Dalam diari seorang pejuang..
TIADA masalah yang merumitkan,
TIADA ujian yang menyusahkan,
bahkan semua itu dijadikan batu locatan..
Untuk lebih hebat!

Mereka tepu dengan dugaan.
Cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi.
Lambang kekerdilan kudrat seorang hamba..
Berdepan dengan belaian Pencipta..
sebagai tanda ingatanNya...

Teruslah SENYUM walaupun payah..

ALLAHUAKBAR!!

=D

Wassalam.

Ikhlas,
Maryam Kamal.

p/s: Just for Pencinta dan Jihadillah, Aliah! =D. Ahlan wasahlan wamarhaban biki!

Cak Aa!

Assalamualakuim wbt..

Cak Aaa!

Uh, betapa tak matangnya saya, kan3?

Maaflah, sekarang ni, saat ni, detik ni.. Rasa riang ria gumbira mengongoi jiwa. Jadi, tak ada dosanya kan kalau mulakan kembali penulisan yang telah lama sepi di ruang ini dengan sesuatu yang gembira dan menggembirakan, kan?

Sejak beberapa hari yang lalu, saya biarkan blog tersayang ni sunyi sepi daripada sebarang post. Bukan apa. Mencari ilham. Meratib kekuatan yang berlari pergi. Menyeru semangat yang bertempiaran lari. =D.. Alhamdulillah, mereka semua sudah kembali! Dan, here I am, writing!

Insya Allah, kali ini mereka semua saya kunci di dalam hati. Minta-mintalah agar kekuatan, semangat, ilham dan idea setia mendiami di hati saya bercampur dengan sifat-sifat dan sikap-sikap lain. Terima kasih kepada kakak terchenta, admin blog Wajah Rahsia Hati yang membantu mencari semangat saya yang hilang.. Terima kaseyh!!

Hurm..

Semalam, di http://www.maryam-jamilah.blogspot/ (yang masih dibuka utk invited readers only. Maaflah!!), saya menulis satu post bertajuk Dah Penat Menangis.. wah! Hebat benar kawan-kawan. Mendapat sambutan! Bukan di alam maya, tetapi di alam fana. Hahah..

Awatif, dengan rasa caringnya mengurangkan jumlah ayat hafazan.. Shu, hantar mesej di shoutmix http://www.ambopuokklate.blogspot.com/, Huda menghantar satu ikon smiley sedang membuat flying kiss dengan ucapan, Buat Maryam yang tak ceria di sekolah tadi dan terakhir, Zeti menghantar mesej jam 11.30malam, memohon maaf kerana tidak menjadi sahabat yang baik buat saya.

Hey!

Saya beruntung kerana kamu semua sudi bertemankan seseorang seperti saya...

Buat sahabat-sahabat sekelas,

Awatif, Nisa, Shu, Zetty, Zidane, Farhana and Huda..

Terima kasih kerana sudi memandangku..
Terima kaasih kerana sudi tersenyum padaku..
Terima kasih kerana sudi menyebut namaku..
Terima kasih kerana sudi memanggilku..
Terima kasih kerana sudi berbicara dengaku..
Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita denganku..
Terima kasih kerana sudi berkongsi deritaku..
Terima kasih kerana sudi menenangkan tangisanku..
Terima kasih ketawa sudi membuahkan senyum di bibirku..
Terima kasih kerana memahat sebuah memori indah di benakku..

Terima kasih!

=D

Serba sedikit mengenai post di http://www.maryam-jamilah.blogspot/ tu..

Saya berkongsi bicara dengan bebarapa rakan yang dijemput untuk membaca post berkenaan mengenai kepenatan saya memangis seharian kelmarin..

Rakan-rakan turut menyedari, namun saya memilih Zidane untuk diterjah, untuk menangis di pahanya. Post kelmarin sebenarnya hanyalah luahan rasa seorang yang cuba menghafal kalamullah.. Terasa hina benar diri ini tatkala susah benar ayat suci itu melekap di minda..

Dan air mata mengalir tiba-tiba, tanpa henti, tanpa penat, tanpa berehat..

(",)

Ah!

Itu cerita kelmarin. Hari ini kami buat 'gegang' (bising) di makmal Kimia. Mujurlah Ckgu Juwairiah terchenta tak perasan! Syukurlah! Alhamdulillah! Kalau tak, masak kena eksprimen dengan Copper (II) Oxide.. Dengan Bromine ke.. Hahax..

Oklah!

Dah melewati waktu Isyak. Nak makan malam, revise Add-Math petang tadi dan berehat! Surah Ad-Dukhaan pun dah settle. Syukur..

Salam yaumul Jumaat, Saiyyidul Ayyam!

Wallahu'alam.

Wassalam.

Ikhlas,
Maryam Kamal.

p/s: Cukup seminggu Ijat berkahwin, esok! Rindukan Qeba.. Ouh! Che Chuuuuu! SPD Emergency! =D.

Sunday, July 26, 2009

Saya Sayang Dia

Assalamualaikum wbt..

Semalam saya menerima panggilan dari seorang sahabat.

Telah banyak krisis dalaman yang tercetus antara saya dan dia, namun kami mengambil jalan tidak mempedulikannya meskipun dalam hati kami, banyak yang mahu kami lontarkan pada satu sama lain.

Alhamdulillah..

Akhirnya krisis yang bertimbun itu lenyap begitu sahaja, kerana kami memahami satu sama lain. Kami tak perlukan sesi khusus untuk berbicara hati ke hati. Lebih senang dengan method sempoi dan suasana relaks untuk berbicara soal hati. Soal perasaan tak puas hati. Soal macam-macam!

Semalam dia menelefon saya. Saya, seperti biasa, bertanyakan pendapatnya mengenai sesuatu. Kemudian.. Dia bercerita panjang lebar kepada saya. Kami bercakap lebih kurang 55 minit di talian. Memanglah saya terdedah kepada kanser otak kalau selalu begini!

Akhirnya.. Cerita penderitaannya tamat. Saya tumpang simpati. Saya kira, saya bukanlah sahabat yang baik untuknya kerana tidak menyedari masalahnya sedangkan kami menghabiskan masa bersama, saban hari!

Saya akhirnya, menamatkan talian dengannya setelah saya rasa kehadiran saya di sisinya sudah cukup membantu. Selebihnya, biarlah dia berdikari membantu dirinya sendiri, kerana saya bukanlah selama-lamanya di sisi dia. Andai dia tinggalkan saya?

Ouh..

marilah saya menyebut namanya.. MadihatulQudus. Dan saya yakin, hatinya sekudus namanya.
(walaupun itu nama dia reka! hehe)

Itulah sahabat.

Dia punyai aura. Saya senang bersama dengannya. Bercerita. Berderita. Bergelak ketawa. Berkongsi suka duka. Tak perlu dia memaksa saya, saya yang akan dahulu berbicara. Kemudian gelak bersama. Sungguh! Saya pernah cuba untuk tidak bercakap dengannya, tetapi gagal. Saya takkan boleh tidak bercakap dengannya walaupun untuk sehari.

Dia memahami. Alhamdulillah.

=D

Dear Madihah..

Terima kasih!

=-D

Ikhlas,
Maryam Kamal.

Sunday, July 19, 2009

Sahabat = Akhowat

Assalamualaikum wbt..

Malam semakin tua.
Sunyi sepi makin terasa.
Saya masih ternganga.
Mencari di mana titik bermula..

Di sini...

Di benak fikiran saya saat ini, berlegar-legar dua nama. Bersilih ganti. Dua nama tersebut merupakan antara nama-nama penting dalam hidup saya. Dua nama sahabat saya. Dua nama yang membuat saya tak tidur lena!

Yang pertama, yang sgt menekan saya...

Cukuplah dikenali sebagai dotchinka. Masalahnya, masalah saya juga. Jujurnya, saya pernah meluat dengannya dulu. Hingga ke satu tahap, terbenci dirinya. Namun, ukhuwwah antara kami, yang semakin utuh... Membuatkan saya rasa dia akhowat saya..

Before, i hate to hear her name. Chitchat with her? Oh,pls! Just thanx. But, in the power of ukhuwwah, her name is one of the most important name in my daily life. I sometimes lost without her. Her loyality made me love her, as much as she love me. Thanx for treating me in that way u are, and sorry.. For not always n yr side when u need me.. So soorryy..

Second name.. akhowat yg selalu meminta nasihat saya. Yang tak pernah jemu memohon pandangan saya. Meskipun saya ni jahat...

Athirah.

A special name. Dia baik, agak kalut, (mumaiyyiz ke x lagi?haha), dermawati, rajin dan bijak.. Saya? Huh.. memang AGAK baik, selamba, MEMANG kurang mumaiyyiz, kurang dermawan, tak rajin langsung dan bijak sikit-sikit.. Tapi, entah kenapa saya selalu jadi rujukannya.

Thirah..

Mujurlah sahabatmu ini pernah bercita-cita untuk menjadi kaunselor dan mempunyai hobi bercakap banyak. Justeru, ketika pendapat saya digesa, tersembur segala apa yang ada. Yang logik, tak logik.. Semua ada! Kadangkala, rasa bersalah juga. Namun, melihat senyumannya, saat semuanya berakhir, saya jadi lega. Hilang segala rasa, diganti bahagia bertimpa-timpa. Alhamdulillah...

Erm, satu nama melintas. Aliah. Special girl. Yang tak pernah lupa untuk puji saya! Malu pulak rasanya! Haha.. (Aliah, perasan kan?).. Saya menyenangi dia. Seorang yang memahami dan low profile. Kagum!

Erm.. Aisyah Pilot a.k.a Fareeha Aisyah. Kak a.k.a Alyani. Kak Unjuk a.k.a Huda. Bluebell a.k.a Zety. Zidane a.ka. Zidni. Juya a.k.a Zuria..

Erm..

nama yang last sekali tuh..

Kawan saya dari sekolah rendah lagi. Kami ni adalah hubungan bau-bau bacang. Ramai juga yg kata muka kami seiras, mcm kembar. Sedih rasanya. Tahulah saya gelap, dia putih. Janganlah sindir.. =(

Husnuzzhan, maryam!

Zuria selalu memohon pandangan saya dalam setiap masalahnya. Dan saya, cuba memberikan servis sbg seorg kwn yg terbaik. Masih saya ingat, dia menghantar SMS meluahkan masalahnya kepada saya, di saat itu saya sendiri sedang berusaha menenangkan jiwa yang kacau. Ditimbun lagi dgn masalahnya.

Namun, saya thubutkan hati utk membalas mesejnya. Agar dia bahagia. Agar dia gembira. Biarpun, saya membalasnya dengan linangan air mata...

Tak apa!

Saya sayang semua kawan-kawan saya!

Oleh itu, saya cipta formula baru dalam madah Persahabatan..

Sahabat = Akhowat!!

Bijak, kan?

=D

Ikhlas,
Maryam Kamal.

Wednesday, July 15, 2009

Shoutmix is back!

Salam.

Syukur alhamdulillah!

Shoutmix dah muncul kembali di blog saya! Syukur sgt2!

Terima kasih tak terhingga buat sahabat, dotchinka yg BANYAK sgt tlg saya. Tanpa dia, saya yang buta IT dalam edit-mengedit ni mmglah takkan mampu buat shoutmix yg prosedurnya pada sy sgt berbelit! Tapi Shu buat, in a minutes je. Magik lolh!

=D

Pelik kan?

Ada shoutmix pun happy!

Mana tak happy?

Lepas tukar template, blog saya seolah-olah 'megharamkan' aktiviti komen-mengomen. Chatbox turut lesap. Saya mmg buta IT! Akhirnya, dibantu juga. Alhamdulillah.

Ha...

Duhai sahabat2!

Ayuh berkunjung ke sini.. Tinggalkan sesuatu di shoutmix agar kehadiran anda saya ketahui. =D.. I appreciate yr presence. Sgtlah diharapkan antunna semua mampu mengambil seberapa byk ilmu yg tersurat atau tersirat, walaupun sedikit.

=D

Wassalam.

Ikhlas yg amat!
Maryam Kamal.

Monday, July 13, 2009

Di Mana Saya Boleh Dapatkan Pengecas Iman?

Assalamualaikum wbt..

Sungguh!

Saya serius bertanya...

Di mana saya boleh dapatkan pengecas iman?

Apa itu iman?

ooo..

Bukanlah sejenis gajet canggih. Sama ada telefon bimbit, kamera, mp4, playstation atau apa juga.. BUKAN!

Iman yang saya maksudkan ialah.. iman dalam hati.

Saya lihat purse dalam hati. Iman makin nipis. Nafsu makin tebal. Hailaaa..

Tak faham ya metafora saya buat?

Ok!

Anggaplah iman tu duit RM50. Nafsu pula duit 1 sen yang hanya kita gunakan zaman purba kala dulu. Kini tidak lagi.

Tu kalau iman, saya anggap duit. Sekarang, saya nak anggap iman tu sebagai laptop.

Iyyaaa!

Laptop yang sedang saya gunakan ni.

Berselirat dengan wayar pengecas. Tiap-tiap hari kena cas sebab tiap-tiap hari guna. Persoalannya, di mana saya boleh dapatkan pengecas iman?

Iman saya nampaknya sudah di paras berjaga-jaga.Bila-bila masa boleh mematikan diri dan rasa. Warna merah tanda amaran sudah menyala. Saya mula terpinga-pinga. Sudahlah!! Saya nak buat apa???

Erm,,, kenapa ya saya kata iman saya menipis? Mengapa eh saya cakap iman saya di paras berjaga-jaga?

Kerana...

Saya rasa saya makin jauh dengan Allah. Bila berdoa, saya rasa tangan jijik ni tak mungkin Allah kabulkan doa yang ditadah. Bila solat, saya sering tergugat. Allah terima ke solat saya? Bila bermuhasabah, saya sedar, saya banyak buat salah. Tapi, Allah cuma beri saya kesedaran. Allah belum sudi kurniakan saya kekuatan untuk lakukan perubahan.

Natijahnya, saya sering kalah. Dengan godaan nafsu yang menebal. Dengan keadaan sekeliling. Dengan suasana seantero dunia. Dengan segala-galanya!

Aduh, susahnya hidup tanpa Allah. Saya sunyi. Saya rindukan Allah...

Justeru!

Saya nak cas iman saya. Nak tebalkan balik. Nak penuhkan balik bateri iman. Janganlah sampai mati dulu baru nak cas...

Saya luahkan rasa ini pada seorang sahabat yang sangat memahami. Tutur balasnya ringkas sahaja. Namun, menusuk ke qalbu. Diam di situ. Enggan keluar.

'Kena cas balik iman tu. Pergilah dengar ceramah tok guru.'

ZUQ!!

Berdesup masuk. Sesuatu. Tapi saya tak tahu. Saya andaikannya, kekesalan. Datang menceroboh jiwa yang kian dimonopoli nafsu. Nampaknya, hingga sekarang, nafsu masih menjadi raja. Ya Allah, bila Jumaat tiba? Saya nak dengar ceramah tok guru. Saya nak cas iman saya, sebelum ia mati...

Antara tempat yang 'menjual' pengecas iman...

1) Ceramah islamik.
2) Motivasi.
3) Muhasabah.
4) Kaset dan cd ceramah.
5) Program Forum Perdana Hal Ehwal Islam di TV.

dan tak lupa..

6) Forum Bicara Ad-Deen di IKIM.fm.

Selain tu, saat hati saya dengar zikrullah di corong IKIM, batin saya merintih hiba. Hanya itu yang saya mampu lakukan. Untuk menangis di dunia realiti, qalbu ini bagaikan kaku. Ooh, kenapa begini?! Saya terseksa!

Ya Allah, hamba rindukanMu.. Ya Allah, hamba perlukanMu... Meski Engkau tak perlukan hamba.. Ya Allah, jangan biarkan hamba terus leka dengan dunia.. Ya Allah, redhailah setiap langkah hamba di muka bumiMu.. Ya Allah, restuilah setiap suap rezeki yang hamba makan dariMu.. Ya Allah, rahmatilah hamba dan keluarga hamba.. Ya Allah, kasihilah kami semua.. Ya Allah...

Sungguh, aku merinduiMu..

Ikhlas,
~hambaMu Ya Allah..

Saturday, July 11, 2009

~ME~

About Me Myspace Comments
=D
~Maryam Kamal.

Saya Bangga Jadi Wargadaerah Pasir Mas

Assalamualaikum wbt..

Sebelum bercerita lebar, ayuh kenali apa, di mana, siapa Pasir Mas itu..

Makanankah?

Artis terkenalkah?

Atau jenama PlayStation yang baru?

Bukan..

Jajahan Pasir Mas merupakan salah sebuah daerah daripada 10 buah jajahan yang terdapat dalam Negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.

Ia bersempadanan dengan Jajahan Kota Bharu di sebelah timurnya dan Jajahan Tumpat di sebelah utaranya. Ia juga bersempadan dengan Negara Thailand di sebelah Barat dan di sebelah Selatan bersempadan dengan Jajahan Tanah Merah. Seluas 3.9 Peratus keluasan Negeri Kelantan adalah keluasan Jajahan Pasir Mas atau 57,800 hektar.

Sebelum Jajahan Pasir Mas diwujudkan ia merupakan sebahagian daripada Jajahan Kota Bharu. Walau bagaimanapun, setelah dipersetujui bersama, Jajahan Pasir Mas telah diasingkan pada tahun 1918 dan diletakkan dibawah pentadbiran sendiri di bawah Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas. Pada waktu itu Ketua Jajahan Pasir Mas yang pertama telah di sandang oleh Encik Jaafar yang memegang jawatan selama satu tahun.

Berbalik kepada tajuk saya di atas...

Maaflah, saya juga tak pasti wujud atau tidak perkataan 'wargadaerah' tu. Apa yang pasti, daerah itu saya guna untuk menggantikan tempat 'negara' kerana Pasir Mas, sebuah daerah, bukannya negara. Kan3?

Alkisahnya...

Saya ingin meluahkan rasa bangga menjadi salah seorang daripada ribuan anak watan yang berasal dan dilahirkan di Pasir Mas ini.. Kenapa? Kerana terlalu banyak kelebihan warga Pasir Mas yang membuatkan saya kagum..

Antaranya...

1) Lantaran rumah saya sangat hampir dengan sebuah masjid terkenal di daerah ini, saya sering memerhatikan ragam kaum Adam, sejak saya kecil bersama Mak Nik saya lagi.

Kagumnya saya apabila para jemaah masih lagi berlenggang ke masjid saat khutbah sedang bergema, menunjukkan jemaah yang tak putus-putus datang. Namun, ketika balik, belum habis doa lagi dah macam semut mengerumuni gula. Lepas doa? Sekonyong-konyong, tak sampai 5 minit, dah licin! Taajub x?

2) Apabila tiba hari Rabu, yang di desa keluar, yang di kampung menumpang, yang di bandar apatah lagi. Keluar ke mana? Bandarlah! Kenapa? Pasar malam. Meriah sangat!

3) Orang PM suka makan nasi! Lepas fenomena Nasi Kukus Umi yang mula dijual di hadapan stadium PM tahun lepas, ramai peniaga nasi baru muncul bagai beras yang dituai. Banyak yang amat! Laku pulak tu. Terbaru, kat depan masjid berhampiran rumah saya.

Sekejap,

Orang PM suka makan nasi, atau banyak duit, atau MALAS nak memasak?

ops!

Lu pikirla sendiri!

4) Orang PM bekerja keras! Awal pagi, sebelum jam 6.30 pg lagi, dah bersusun kereta dan van depan pasar PM. Nak mulakan perniagaan lah tu! Kagum2.. Cepat betul diorang bangun dan solat subuh, kan?

5) Satu bandar yang bertompok. Ya! PM hanyalah sebuah pekan kecil. Namun, di satu tompokan itulah wujudnya Zonria, KFC, 7-E, Sykt Muda Osman, Nini Gift Shop, Lim Stationery, Bank Islam, Bank Rakyat, CIMB Bank, AmBank, RHB Bank, stesen bus, Florida Bakery, Hong Kong Saloon, Maya Tukang Jahit, Pantai Emas, Pustaka Mas, Pusat Ekonomi Kota Bharu, kedai dedak, kedai basikal, LookMe, kedai gambar, Darlina Pharmacy, Zars Jewels, pejabat pos, Pantai Timur, Bilal dan banyak lagi! Kagum lah!

6) Punyai taman. Taman Air Muleh namanya. Berdekatan dengan Pejabat Tanah dan pejabat pos. Namun, sekarang dah tak cantik. Taman permainan tepi sungai kini diblacklist namanya sebagai kawasan yang aman. Lebih dikenali sebagai kawasan yang berbahaya. (tempat penagih, peragut, pencuri dan specieses yg sama waktu dgnnya!)

7) Lalu lintas kerapkali diganggu laluan keretapi. Hailaa... Kat KB tak pun! Sebab kat KB tak ada stesen ketapi.. Kan3? Ari tu dengar cerita jugak nak buat jejantas segala.. Ni dah senyap balik. Tak ada rezeki lagi kot..

8) Pernah keluar dalam akhbar Kosmo! mengenai Pasir Mas ni. Fakta yang benar ya, seingat saya. Gadis-gadis di Pasir Mas ni dikatakan cantik, jelita dan manis belaka. =D. Jangan jealous. Tapi saya faham kalau anda cemburu, fitrah manusia kan..

9) Pasir Mas dah jadi bandar antarabangsa! Di desa kecil di Slow Machang, tanpa perlu ke Bangladesh, saya sudah boleh melihat mamat-mamat Bangla bahagia di sana, berlenggang ke wakaf membeli daging dibuat lauk.. Nenek saya kata, diorang ni kaya. Sekali beli daging, hentam 3kg. Kat negara dia, bulih makan ke idak? Aiseh! Sumguh bahagia hidupmu! Di stesen minyak Hj Din, dah ada makhluk sespesies. Teringat filem Dunia Baru The Movie..

'Sploh, dua ploh, penuh?'

Tak faham, eyh? Kesiannn..

10) Terletak di tengah-tengah antara bandar lain. Contohnya, dekat nak ke Kota Bharu. Kurang setengah jam saja. Mudah ke Rantau Panjang. Siap ada dua laluan lagi! Senang nak ke Tanah Merah. Setengah jam saja! Centre of attraction.. =D

Erm, yang sangat membuatkan saya kagum ialah nombor 1, 8 dan 9.

Anda?

=D

Nombor 9?

Hehe.. Okie dokie!

Selamat Mengenali Pasir Mas.

Wassalam.

Ikhlas,
Maryam Kamal,
gadis Pasir Mas.

=)

Thursday, July 9, 2009

Dia Yang Sentiasa Menyayangiku..

Assalamualaikum wbt..

Kali ni, saya nak berkongsi seseorang dengan anda semua. Seorang insan yang istimewa, sememangnya istimewa.. Bukan saja pada fizikal dan mentalnya, namun dia juga istimewa di hati saya..

Dia bukannya sesiapa. Bukan anak raja. Bukan orang kaya. Bukan artis popular. Bukan orang masyhur seluruh dunia. Tapi, seorang insan yang tersangat istimewa..

Dulu, saya jahat padanya. Saya pernah mengejeknya. Saya pernah membohonginya. Saya pernah membuat dia menangis. Saya pernah mengecewakan dia. Saya pernah menyakitinya. Saya pernah membuat dia kecil hati.

Dulu, saya jelak dengan ungkapan sayangnya. Saya jelak dengan kata-kata manusia sekeliling yang tak henti menyuarakan sayangnya pada saya. Ah, bosannya!

Dulu, saya pernah merasa muak dengannya. Dengan segala-galanya milik dia. Dengan tawanya. Dengan kata-katanya yang susah untuk saya fahami. Dengan kondisi dirinya. Dengan DIA!

Dulu, saya tak pedulikan dia. Saya tidak mengisahkan dia pada sesiapa. Saya tidak menyebut mengenainya. Saya tak mengingati dia.

Sedangkan dia..

Segala-galanya adik!

Benarlah kata mek, suatu ketika dulu.. Sayalah segala-galanya bagi dia. Namun, dia bukan sesiapa bagi saya.

Ya!

Tapi tu dulu!

Sekarang, saya cuba, cuba dan takkan pernah jemu mencuba untuk sentiasa menyayanginya.. Lebih dari dia menyayangi saya, kalau boleh.. Sedaya-upaya, saya cuba untuk mempertahankannya, menjadi 'adik' yang terbaik buatnya. Siapa yang berani mengejek, siaplah!

Sekarang, saya rindu untuk mendengar sayangnya pada saya. Meski setiap hari dilafazkan, meski setiap masa diucapkan... Saya takkan bosan! Saya bangga..

Malah, sekarang, saya marah dengan orang-orang yang mempertikaikan layanan saya terhadapnya. Ramai yang meluat. Ada kata saya membuat-buat sahaja. Sedangkan, siapa yang mampu menilai ikhlas saya?

Sekarang, saya cuba memahaminya. Mendalaminya. Memahaminya bila dia ketawa. Bila dia marah. Bila dia bosan. Bila dia benci. Bila dia gembira. Meskipun kata-katanya sukar difahami, saya cuba untuk faham. Saya sentiasa mencuba...

Sekarang, saya dengan bangganya menyebut mengenainya. Memahat namanya di dalam blog yang tidak ada apa-apa ini...

Itulah dia Che Lah, ibu saudara saya yg sgt istimewa. Dia sentiasa menyayangi saya. Sejak kecil saya, hingga saya sebsar sekarang. Saya sentiasa adiknya. Dari saya kecil, hingga sekarang, adik yang meniti di bibirnya.

Tanpa jemu, tanpa lesu.. Dia sayangkan saya. Ungkapa sayang dilafazkannya melebihi ungakapan sama yang ibu tujukan pada saya. Terharu! Baiknya dia pada saya seringkali mengcilkan hati kakak. Sering kali kakak merungut, dia garang terhadap kakak. Tapi, pada saya? Baik!

Meskipun dia istimewa, meskipun dia begitu.. Saya akan terus menyayanginya. Menghargainya. Sampai bila-bila pun.. Doakan agar hati ini istiqamah ya menyayanginya..

Amin.

Ikhlas,
Maryam Kamal.

Sunday, July 5, 2009

Pengalaman Bertambah...

Assalamualaikum wbt.

Hari ini minda saya bekerja overtime. Sudahlah di sekolah sibuk menyiapkan pembetulan Tarikh Adab Nusus, kemudiannya petang saya dan teman-teman harus menghadiri kelas tambahan Muthalaah. Haila... Yup! Kena balik pukul 5 dan paling awal, pukul 6 baru jejak rumah balik. 12 jam ke sekolah. Terror sungguh! =D

Atas bas tadi, memang rasa berdosa yg amat sangat. Sebagai seorang pelajar sekolah agama, ditambah pula dengan jawatan seorang pengawas, saya sepatutnya berhati suci murni memberikan tempat duduk kepada seorang akak. Erm, mungkin mak cik. Dia punyai seorang anak OKU. Alhamdulillah, seorang hamba Allah tanpa teragak-agak memberikan tempat duduk kepada anak mak cik tersebut. Namun, kedudukan mereka agak jauh dari saya. Kalau saya berikan tempat saya, mahukah mak cik itu duduk berjauhan dengan anaknya? Tidakkah dia rasa kekok meninggalkan anak istimewanya duduk di sebelah orang yang tak dikenali?

Saya pula, mengantuk teramat sangat. Sejak semalam lagi tidur jam satu, bangun jam 5 pg. Di atas bas, tidak tidur kerana dikejutkan dengan berita terpaksa menghafal tasrif Nahu Sorof untuk lisan syafawi. Di sekolah, masa Physics tersengguk. Namun, masa PSI yang ustaz tak masuk, saya penuhi dengan membuat pembetulan Adab Nusus. Kemudian, dikejutkan dengan berita mesyuarat pengawas pula. Subhanallah! Letih lolh..

Jadi, saya terlena di atas bas. Agak kejam menurut perkiraan saya. Lena saya tidur tanpa menghiraukan mak cik tersebut yang mungkin kelenguhan. Alahaiii! Sampai ke stesen bas pun, saya masih diam di tempat saya.

Sungguh!

Saya kesalkan diri sendiri..

Saya sepatutnya mengasihaninya. Tapi,?

Entahlah.

Yang pasti, rasa berdosa yang amat.

Apa yang mampu saya lakukan, hanyalah mendoakan mak cik tersebut dikurniakan rahmat yang melimpah ruah oleh Allah SWT dan supaya beliau dianugerahkan ketabahan dan kesabaran yang bergunung. Ya Allah, istajib doana. Amin.

Kemudian, pulang ke rumah jam 6, saya harus mandi dan solat. Malam nanti (sekejap saja lagi!) saya harus bergegas ke rumah nenek, demi solat hajatnya. Kerja memang banyak. Apatah lagi assignment untuk presentation The Drover's Wife esok pun belum disiapkan. Sebenarnya sudah siap, namun tidak diluluskan. Kata teacher, tak kemas! Alaahaii!

Esok pula ada kelas tambahan Tarikh Islam. Manalah saya nak cekau masa nak salin teks yang berjela tu? Tadi pun tak sempat salin. Ustazah dah baca makna, saya baru terkial-kial menulis teks. Susah dan seksa juga ya apabila berkongsi buku teks. Kasihan Nisa!

oh, ya!

Balik tadi, saya mencuba petua Ustazah Anizah. Saya mengalami ulser di dalam mulut, di bibir bawah. Besar. Pedih. Sakit. Nikmat untuk makan semakin berkurangan. Lantas, saya cuba meletakkan garam di tempat ulser tersebut.

Masya-Allah!!!

Pedihnya!

Saya tahan, hinggalah mata berair. Saya lakukan sekali lagi.

Pedih lagi!

Tahan lagi. Namun, saya tak kuat!

Pedih!

Saya berkumur. Erm, lega sikit. Nampaknya berkesan. Menyakitkan namun berkesan. Kena ulang lagi nih. Aiseh! Pedih lagilah!

Erm, nampaknya masa saya kian suntuk. Tinggal dua minit untuk berhenti. Kesempatan ini saya isikan dengan menzahirkan kegembiraan saya menyambut kepulangan abang dari Mesir pagi nanti. Dia sudah pulang ke Malaysia. Sampai lewat malam semalam. Transit di rumah abang sulung di KL dahulu, baru pulang ke Kelantan awal pagi esok.

Untuk apa pulang?

Erm..

Biarlah rahsia.

=D

Okie dokie~

Time's up!

Got to go.

Maaflah, post kali ni kurang menarik dan entah apa-apa. Maaf, maaf, maaf!

Wassalam.

Ikhlas,
Maryam Kamal.

Friday, July 3, 2009

Anak-anak Terlampau dimanjakan atau Ibu Bapa Terlalu Sayangkan Anak-anak?

Assalamualaikum wbt..

Isu kali ini nampaknya agak luas konteksnya dan saya rasa, kalau ada ibu bapa yang membaca ini, pasti ada yang mencebik dan berkata, budak-budak apalah tahu!

Ya, saya tahu itu akan berlaku, kalau ada ibu bapa yang membaca. Namun, rasanya blog saya bebas dibaca daripada sebarang ibu bapa. Kecuali seorang bapa yang kalau kebetulan menyinggah. Abang saya. Seorang bapa. =D

Alkisahnya, idea untuk menulis mengenai tajuk sensitif ini timbul ketika saya dalam perjalanan ke bandar, demi bertemu dua orang sahabat. Kebetulan, saya melalui sekolah lama saya dahulu. Sekolah rendah saya. Tempat jatuh bangun saya. Tempat saya kenal apa itu sekolah.

Saya kerling jam di tangan. Baru jam 11.00 pagi. Kelas fardhu ain akan tamat sekitar 11.30-11.45 pagi. Namun, apa yang memeranjatkan saya ialah sudah kelihatan beberapa buah kereta yang didiami oleh seorang lelaki atau perempuan dewasa di tempat duduk memandu, di sekitar bahu jalan berdekatan sekolah.

Maysa-Allah!

Bukankah ibu bapa-ibu bapa itu punyai lebih setengah jam lagi untuk menjemput anak mereka pulang dari fardhu ain? Lagipun, sekolah itu kebetulannya berhadapan dengan balai polis. Jadi, peratusan anak diculik atau kemalangan tersangatlah kecil. Ya, mana tahu kalau itu yang Allah takdirkan. Namun, sekurang-kurangnya, janganlah terlalu awal sangat.

Saya teringin untuk mendekati mereka.. Dan bertanya..

'Kak, kain dah jemur belum?'

'Mak cik, ma'thurat hari ni dah baca?'

'Bang, pemeriksaan nyamuk aedes hari ni dah buat?'

'Pak cik, surah Kahfi dah baca ke pagi ni?'

Ni kisah menjemput anak dari fardhu ain. Sebenarnya hal ini sudah lama saya kisahkan. Yelah, setiap petang, ketika pulang dari sekolah jam enam petang, saya akan melalui sekolah ini untuk sampai ke rumah. Seperti kes ini juga, jalan di situ sudahpun sesak dengan kereta yang bersusun menunggu anak-anak pulang. Kurang maklumkah mereka bahawa anak-anak mereka hanya akan dibenarkan pulang jam 6.30 petang? Justeru, kalau sampai 6.25ptg pun masih lagi awal!

Zaman saya dahulu, erm.. Bukanlah dahulu sangat. Sekitar empat tahun lepas. Mak tak pernah menunggu saya di hadapan sekolah. Saya balik berjalan kaki. Yelah, a stone's throw away bak kata orang putih. Namun, kalau melihat situasi sekarang, rasanya dah tak ada ibu bapa yang sanggup suruh anaknya berjalan kaki lima minit. Pasti akan dijemput.

Kalau kelas malam pula, kalau berani, saya gagahkan diri balik sendiri. Kerana apa? Saya malas menunggu. Mak akan menjemput. Tapi lambat. Masa kelas tambahan tamat pada masa kebiasaannya famili saya makan malam. Justeru, sementara ayah makan nasi, maklah yang akan datang menjemput. Pasti ada lewatnya.

Di mana-mana pun, bukan saja di sekolah, di tempat tuisyen malah di kebanyakan tempat, kalau saya yang meminta mak, ayah atau abang kakak datang menjemput, kemungkinan untuk sampai dalam masa lima minit adalah nipis. Pasti lambat!

Namun, dari kelambatan mereka itulah saya mengenali ragam manusia yang berbagai. Saya kenal. Saya belajar. Saya teliti. Saya selusuri. Saya dapat ilmu! Dan saya juga belajar rasa sakit hati kalau menunggu terlalu lama, menyebabkan saya tidak akan berlambatan dalam temu janji saya, bimbang ada yang meradang. Saya cuba sedaya upaya untuk tepat. Insya Allah.

Tapi, sekarang?

Saya masih boleh menerima kalau ibu bapa menunggu anak-anak paling tidak pun 15 minit sebelum waktu persekolahan tamat. Ini tidak, setengah jam, 45 minit lagi nak habis, dah tunggu. Bimbang sangat yea pada anak-anak.

Yelah, pasti ada ibu bapa yang berkata.. Zaman empat lima tahun dulu lain. Zaman sekarng zaman orang jahat.

Siapa kata zaman empat tahun dulu zaman baik? Habis, kes arwah Nurul Huda Abd Ghani yang diperkosa oleh pengawal keselamatan.. bukan ke kes orang jahat? Dengan inilah, saya jadi lebih berani.

Sejak kecil, ayah dah ajar saya pergi bayar bil. Meski kaki terpaksa berjinjing di kaunter dengan hanya mata dan hidung yang kelihatan dari dalam kaunter, saya kuatkan juga hati. Bimbang dimarah ayah. Natijahnya, alhamdulillah. Saya boleh membiasakan diri dengan cepat. Saya tak takut berdepan dengan masyarakat. Saya mampu mengeluarkan pendapat. Saya bebas mengutarakan syarat. Hingga ada kawan yang mahu mencuri kepetahan saya bercakap. Lucu pula dirasa...

Sejak kecil kena marah dengan petugas-petugas di kaunter kerana ada antara mereka yang menganggap saya budak-budak yang hanya nak main-main, saya dah boleh membalas balik kata-kata mereka yang memedihkan telinga kalau fakta tidak benar.

Anak-anak zaman sekarang?

Sangatlah susah mahu mencari yang berani bercakap di depan, sorang-sorang. Takut patah lutut agaknya. Ini kerana mereka terlalu memandang rendah pada diri sendiri. Mereka tidak didedahkan dengan kelebihan mereka.

Persoalannya, anak-anak terlalu dimanjakan ibu bapa atau ibu bapa terlalu sayangkan anak-anak? Kedengarannya sama, namun tetap punyai beza.

Aduh, mengantuk la pulak!

Nampaknya, saya kena solat Asar dan sambung kerja demi mengelakkan tidur selepas waktu asar. Dibimbangi tidur selepas Asar 40x berturut-turut, akan jadi gila. Berbeza dengan subuh, akan jadi bodoh. Mintak jauhlah! Amin.

Okie dokie.
Wassalam.

Yang baik dr Allah, yg buruk kelemahan saya.