BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 30, 2009

Go Maryam Go!

Assalamualaikum wbt.

Perjuangan itu memang pahit...

kerana

 syurga itu indah...

Go Maryam go!

~Wish me all the best!

~And so my team. Chayok2!!

Tuesday, December 29, 2009

Sesuatu

Assalamualaikum.

Mulai esok,
takhlifat penuh.

Jadual disesakkan dengan rempuhan ke kubu toko-toko di kotaraya.
Menceroboh wilayah mereka,
memohon sedikit sumbangan ikhlas,
demi kejayaan sebuah program!

Doakan saya dan rakan-rakan dimurahkan rezeki.
Selepas tuisyen di MathQ,
harus perjudikan sifat malu,
demi kejayaan bersama.

Uiks!
Jangan fiki pelik-pelik.
Cool la..

Nothing serious actually.
Just need to talk much tomorrow,
to face those people,
and talk to them gently.

I hope I can,
Insya Allah.

Sila baca doa ini dengan ikhlas + sepenuh hati.

Ya Allah,
permudahkanlah urusan Maryam dan teman-temannya.
Murahkanlah rezeki mereka,
dalam mencari sumbangan,
menghala ke sirat-Mu yg lurus.

Ya Rahman,
bukakanlah pintu hati sang hartawan,
jadikan mereka golongan dermawan.
Lembutkan hati si jutawan,
jadikan mereka berjiwa berlian.

Ya Rahim,
Bantulah Maryam dan rakan-rakannya.
Kuatkanlah semangat mereka.
Tabahkanlah hati mereka.
Sentiasalah bersama mereka.

Amin.

Semoga doa ini dimakbulkan.
Terima kasih.

Wallahu'alam.

Wassalam.

~Maryam Kamal~

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah.

Assalamualaikum wbt.

1 Muharram 1431H menjengah,
Meninggalkan 29 Zulhijjah 1430H.

Happy New Year!

Salam Maal Hijrah!

Semoga tahun ini memberikan manfaat yang lebih kepada kita semua, berbanding tahun lalu. Amin.

Wallahu'alam.

Wassalam.

Wednesday, December 16, 2009

Away..

 Peace be upon u.

A simple short post.
To let u guys know that,

Maryam Kamal is away for these nowadays..
 Harap maklum.

Sila tinggalkan apa-apa saja yang ingin anda nyatakan di Shoutmix atau ruangan komentar.

Terima kasih kerana sudi singgah di sini!

Wallahu'alam.

Wassalam.

Thursday, December 10, 2009

Saya Calon SPM 2010 !

Assalamualaikum wbt.

Sepanjang hampir sebulan sesi persekolahan 2009 melabuhkan tirai, jadual saya dipenuhi dengan menghadiri kelas-kelas tambahan dan tuisyen luar. Maklumlah, orang tak pandai... MyEm0.Com

Dua minggu berehat di rumah, kami pelajar tingkatan empat dan tingkatan dua diarahkan menghadiri kelas tambahan bagi menghabiskan sukatan 2009 dan juga untuk diperkenalkan kepada silabus 2010.

Setakat seminggu menghadiri kelas tambahan yang dikendalikan oleh majoritinya guru tingkatan lima, kami ditekan sehabis mungkin.

Guru-guru sering mengatakan..

"Awak dah berada di tingkatan lima. Calon SPM dah..."

Seriau!

Mereka berkata lagi..

"Kesian jugak pada awak semua, tak boleh melancong ke mana-mana cuti ni sebab nak menghadiri kelas. Tapi, sabarlah. Lepas SPM nanti, pergilah nak pergi ke mana pun. Dah tak ada marah, tak ada perkara yang menghalang..."

Ngeri!

Lagi..

"SPM ni bukannya susah. Soalan yang keluar saban tahun hampir sama coraknya. Kalau awak buat betul-betul, boleh! Insya Allah. Mungkin kita boleh jangka soalan mana yang akan keluar bagi sesetengah mata pelajaran..."

Seram!

Guru-guru juga mula memperkenalkan format sebenar SPM. Memang guru-guru tingkatan empat sudah memberikan penerangan mengenai format tersebut, namun perkenalan sekali lagi ini adalah untuk mengingatkan pelajar, bahawa mereka ini calon SPM 2010!

Takut!

Sungguh!

Jujur cakap,
saya belum bersedia untuk bergerlar pelajar tingkatan lima.
Belum bersedia untuk menjadi calon SPM 2010.

Dengan Biology yang teruk.
Dengan Phyisics yang dahsyat.
Dengan Chemistry yang berhantu.
Dengan MathMode yang mencabar.
Dengan Add Math yang menyentak jiwa raga.

MyEm0.Com
Berbicara mengenai Add Math, ingin saya abadikan perbualan singkat di antara saya dan Cikgu N, guru berpengalaman yang bertanggungjawab mengajar saya dan rakan-rakan lain Add Math di sebuah pusat tuisyen di bandar.

"Maryam [cikgu ingat nama saya!] , awak Sains berapa?" tanya beliau, merujuk kepada kelas saya di sekolah ketika saya sedang menyorongkan kerusi ke meja. Saya terkedu. Cikgu tak pernah menyoal apa-apa selain perkaitan Add Math. Ketika itu ruang tuisyen sudah sepi. Rakan yang terakhir baru sekejap tadi keluar meninggalkan tuisyen usai sesi hari ini tamat.

"Sains Dua saja, cikgu." jawab saya, [tawadhu'].

"Ohhh.. Kira orang terror jugak la ni..." kata-kata itu Cikgu N ulang dua kali, apabila saya berasa seperti tidak mendengar dengan jelass ketika cikgu berkata demikian pada kali yang pertama.

"Eh, taklah cikgu... Erm, terima kasih cikgu. Assalamualaikum." tanpa memberikan peluang berlangsungnya sebarang perbualan lagi, saya terus meluru keluar.

Saya mengambil kata-kata terakhir Cikgu N sebagai sindiran secara halus. Ini kerana, sebagai guru yang memantau setiap hasil kerja anak didiknya, beliau pasti lebih mengetahui. 

Maksud kata-kata beliau saya tafsirkan sebagai,

'Maryam sepatutnya terror dalam addmath sebab Maryam berada di kelas yang agak pandai.'
 Kan, kan, kan...

Malangnya, saya tak sepandai yang disangkakan!

Dan kerana itulah, Cikgu N mengeluarkan kata-kata tersebut.

Ketika menuruni tangga di pusat tuisyen tersebut, mata terasa hangat. Bukan terasa dengan kata-kata Cikgu N,
tapi saya rasa beliau benar.
Beliau cuba untuk menyampaikan sesuatu kepada saya.

Aiseh..
Hati mulai tidak enak.
Mood mula terganggu.

MyEm0.Com

Dalam kelesuan langkah, masih ada ruang untuk berfikir..

Saya perlu melakukan sesuatu!
Untuk AddMath!
Untuk MathMode!
Untuk SPM!
Untuk saya sendiri!
Untuk mak ayah!
Untuk cikgu-cikgi!

Hari-hari di sekolah, saat menelaah pelajaran, saya terazam beberapa kali, untuk memanfaatkan cuti ini dengan menelaah buku-buku teks tingkatan empat, sampai cair dalam minda. Supaya senang ketika di tingkatan lima.

Keinginan untuk mendalami Kimia meronta-ronta.
Kemahuan untuk memahami Fizik melantun-lantun.
Kehendak untuk memperhebat Biologi mendadak-dadak.

Saya calon SPM 2010!

Terasa sekejap aliran waktu berlalu. Bagaikan baru semalam saya mendaftar di Maahad, memikul beg orientasi pulang ke asrama sambil menangis kerana rindukan mak ayah, menangis di bawah bantal sambil mencium gambar mereka, teresak-esak di talian telefon kerana terlampau merindui mereka, tertangkap di atas pasaraya, ponteng sekolah, bawa barang haram, bergelak ketawa dengan kawan-kawan..

Semua itu pada zaman-zaman muda.

Zaman tingkatan 1 dan 2. 

Kini, saya senior di Maahad.

School Myspace Comments
Lebih kurang setahun sahaja lagi saya di Maahad, maka saya akan meninggalkannya. Setelah lima tahun di sini. Lima tahun jatuh bangunnya saya di sini. Lima tahun tangis tawanya saya di sini. Lima tahun saya memperjudikan nasib dan masa depan di sini.

Dan, pengakhirannya?

Berjayakah saya?
Gagalkah?

Sekarang ini berbaur rasa dalam jiwa.

Berdebar...
Saya calon SPM!

Sedih...
Bumi Maahad bertuah itu akan saya tinggalkan.

Sayang...
Untuk meninggalkan tanah hebat ini.
School Myspace Comments

Saya pasti akan merindui saat-saat menyarung pakaian sekolah, menaiki bas ke sekolah, berjalan dari stesen bas ke sekolah, mengeluarkan pas pelajar lewat kepada pengawas bertugas, menebalkan muka masuk lambat ke kelas, menyalin jawapan kerja sekolah rakan apabila darurat, berjalan ke kantin beramai-ramai, menghirup laksa dan tomyam di kantin bersulam bicara senda, menapak ke koperasi memborong coki-coki, kembali ke kelas, pulang ke rumah ...

Ohhh!

Perasaan yang saya alami ketika meninggalkan bumi SK SIS dulu tidak sebegini..

Juga perasaan menjadi calon PMR dulu juga tidak seteruk sekarang!

Saya terpaksa mengucapkan Selamat Datang kepada sesi persekolahan 2010.
 School Myspace Comments

Mahu atau tidak, saya harus bergerak ke hadapan, dalam mencari kehidupan yang lengkap untuk seorang manusia. 

Dilahirkan, membesar, masuk ke sekolah, belajar, ke universiti, bekerja, berkeluarga, membina rumahtangga sendiri..

Proses manusia yang lengkap.

Mahu atau tidak, untuk sebuah kehidupan, saya harus bergerak ke hadapan. Kekal di alam persekolahan bukanlah jaminan saya akan terus bahagia. Manusia.. takkan pernah puas dengan apa yang dimiliki..
Mengenangkan sekolah, rasa sayu untuk ditinggalkan. 
MyEm0.Com
Mengenangkan SPM, rasa tidak sabar untuk dihabiskan..
School Myspace Comments

Aduhaiii..

Mungkin saya harus membiasakan diri meninggalkan blog-blog saya sepi buat beberapa hari tanpa post. Tahun depan, semuanya akan berjalan lancar. Alah bisa, tegal biasa. Insya Allah.

MyEm0.Com

Doakan saya. Wallahu'alam.

Wassalam.

Coretan ikhlas,

Monday, December 7, 2009

Blog Ini Sedang Direnovasi

Assalamualaikum wbt.

MyEm0.Com

Adalah dimaklumkan bahawa blog ini sedang mengalami proses renovasi demi men'jelita'kan keadaannya.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Apa yang tak puas hati?
Ada yang nak berkongsi idea?

 Sila tinggalkan jejak di bahagian komentar entri ini. Terima kasih.

 MyEm0.Com
[khas untuk pembaca budiman yang sudi menyinggah dan memberikan teguran. Terima kaseyh!!!] 

Wallahu'alam.

Wassalam. 

Thursday, December 3, 2009

Tahap Pemahaman Manusia Berbeza

Assalamualaikum wbt.

Sekadar satu entri ringkas.
Tidak mengutuk mana-mana pihak,
malah memuji Pencipta seluruh buana..

Allah Azza Wa Jalla..

Betapa Allah Mah Berkuasa..

Saya teringat kata-kata seorang guru..

"Allah menciptakan mata manusia ini sama pada zahirnya. Tapi dalamannya sangat berbeza. Pada pandangan saya, begini mungkin cantik. Tapi pada pandangan kamu, begini mungkin jelik. Begitulah sebaliknya. Kalau mata manusia semua sama, semua nampak Siti Nurhaliza itu cantik, maka orang lain akan nampak jelik, sebab tidak secantik Siti."

Benar.

Kalau semua orang kata Siti Nurhaliza itu cantik, maka tidak akan wujud ratu dunia yang lain, kerana tidak secantik Siti.

Apa yang berlaku mutakhir ini bukannya mengenai isu mata, siapa cantik, Siti Nurhaliza atau ratu dunia. Tapi, isunya ialah pemahaman manusia yang berbeza.

Sama saja konsepnya dengan aspek mata tadi. Cuma diubahsuai kepada minda dan akal.

Orang kata lain, dia ulas lain.
Orang sebut lain, dia faham lain.
Orang cakap lain, dia lapor lain.
Orang buat lain, dia tulis lain.

Akhirnya, apa yang dihidangkan kepada orang ramai adalah berita yang tidak sahih!

Itulah kebanyakan manusia dua tiga hari ini.

Demi kuasa untuk mentakluk dunia, yang hanya sementara.

Tidak semena-mena,
saya pula yang terfikir...

Tidak tahukah mereka wujudnya akhirat?
Tidak takutkah mereka balasan di sana?
Tiada niatkah mereka mahu bertaubat?
Tidak sedarkah mereka akan hakikat?
Tidak jemukah mereka melakukan maksiat?

Maksiat bukan hanya zina!
Maksiat bukan hanya minum arak!

Setiap perbuatan yang menyalahi undang-undang Allah,
MAKSIAT!

Belajar tinggi-tinggi, takkan tak reti nak kaitkan kepada fitrah dan fikrah asal manusia?

Orang baca Qunut Nazilah,
dikatakan doa untuk kemusnahan!

Orang minta doa supaya bukakan fikiran,
 dikatakan doa untuk kehancuran.

Susah betul wujud manusia macam ni..

Benar kata seorang ulama' ..

"Di akhir zaman nanti, akan wujud manusia yang amanah, namun dikata khianat. Manusia yang jujur, dikata bohong. Begitulah sebaliknya..."

Persoalannya,

Kepada siapa harus kita letakkan kepercayaan,
andai semua pihak perdana berkolaborasi dalam merencanakan misi dan menjayakan agenda,
yang tampak berbeza,
tapi sama!

Kiamat sudah dekat!
Tak tahu nak bertaubat?
Tak takut akhirat?
Masih nak buat maksiat?

Renung2kan.

Sekadar memuji ciptaan Allah yang pelbagai. Betapa DIA berkuasa menetapkan sesuatu. Betapa DIA berkuasa mengubah sesuatu.

Ruginya akal dan minda yang diberi, sebagai simbol perbezaan darjat antara manusia dan haiwan, tidak digunapakai sebaik mungkin, oleh makhluk yang dicanang sebagai sebaik-baik ciptaan...

Dan jangan lupa..

Yang pasti, kiamat itu ada.

Wallahu'alam.

Wassalam.

~Maryam Kamal.

*siapa yang telan gula, dialah rasa manisnya. siapa yang teguk sambal, dialah rasa pedasnya*

Tuesday, December 1, 2009

Saja-saja Nak Komen : Novel Samudera Indah Nian by Mazni Darwisya

[Samudera Indah Nian, Mazni Darwisya - Jemari Seni Publications]

Assalamualaikum wbt.

Ini merupakan novel terbaru yang saya dapati di pasaran. Sudah agak lama saya mencari picisan sulung Mazni Darwisya ini, melalui carian di internet. Hampir sebulan barulah ditemui. Alhamdulillah.

Menurut laman web rasmi Jemari Seni, yakni penerbit novel ini,www.jemariseni.com , novel ini dilekuarkan pada November 2009. Ini merupakan sinopsis yang saya petik di www.jemariseni.com .

___________________________________________________________________________________

Ibarat setianya Ali pada Fatimah
Ibarat kasihnya Muhammmad pada Khadijah
Itulah yang Yasmin Nur Raihan impikan dalam perkahwinannya bersama Amru walau ikatan mereka diatur keluarga. Yasmin berharap Amru menjadi pendampingnya dunia akhirat. Pada Yasmin cinta kasih dan sayang mampu disemai dipupuk. Berbeza bagi Leftenan Komander Amru Iskandar, hakikat jodohnya bersama Yasmin sukar diterima. Lantas diletakkannya syarat pada malam pertama mereka. Yasmin akur malah bersyukur. Padanya Amru bagai seorang sahabat baik yang baru dikenalinya.
Segalanya berubah apabila Yasmin menapak buat kali pertama bercuti ke rumah Amru di Lumut. Entah bila pula timbulnya rasa rindu dan sayang di hati Amru; sikap dan kelembutan Yasmin telah mengikat hati Amru pada wanita itu. Belum sempat diluahkan rasa hati, segalanya bertukar tragedi apabila Leftenan Maya Athira hadir antara mereka. Tidak seperti perempuan yang suka menyerah, Yasmin nekad mempertahankan rumah tangganya. Tetapi Amru... bagaimana?
Samudera itu indah... sepertimana indahnya cinta yang kita kemudi... ~ Amru Iskandar.
* * * *
Nukilan pertama Mazni Darwisya – Samudera Indah Nian – berlatarbelakangkan Pangkalan TLDM Lumut. Kuatkah Yasmin pabila dilambung samudera hati...? Berjayakah Amru mengemudi bahteranya? Biarlah Mazni Darwisya yang menjawabnya!

Memula melihat blurb ini, saya sedikit ngeri. Kerapkali pembaca dihidangkan dengan jamuan cerita mengenai kahwin paksa, atau kahwin kontrak [yang hukumnya tidak sah @ haram di sisi agama] atau kahwin yang diatur keluarga, bukan berdasarkan pihan hati. Dan SIN merupakan salah satu daripada lambakan produk tersebut.

Namun, muka depannya yang sangat cantik dan bermakna. Syabas kepada pereka kulit, Helmino yang berjaya membuatkan saya berkhayal mengenai samudera indah nian yang sebenarnya.

Kelmarin ke KB, saya menanam azam, untuk tidak membeli hatta sebuah novel pun. Dengan semangat yang dipasung di dalam hati, saya menghalakan kaki ke sebuah kedai buku dan alatulis dengan harapan kebosanan menunggu abang untuk menjemput saya akan hilang, sementelah toko-toko sebegini merupakan salah satu tempat kegemaran saya.

Gagal.

Melihat saja novel ini, memberontak untuk membeli. Saya cuba untuk mengawal hati.

Gagal lagi.

Dan kini, senaskhah SIN berada dalam kalangan novel-novel yang bersusun di kamar saya.

Secara keseluruhannya, saya sangat bersyukur kerana apa yang dihikayatkan di dalam novel ini tidaklah menyentuh isu yang keterlaluan. Sekurang-kurangnya, lebih baik daripada babak-babak asmaradana dalam novel-novel terbitan sebuah syarikat penerbitan popular.

Selain muka depannya yang menarik, apa yang mampu melekat di minda saya mengenai SIN ialah wilayah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlokasikan di Lumut. TLDM seolah-olah mempunyai sebuah negara jajahan sendiri. Mempunyai Armada Square yang lengkap dengan pelbagai fasiliti, selain Hospital Angkatan Laut (HAL) dan pelbagai lagi sistem yang menarik.

Yang menarik perhatian saya ialah watak kerdil Kapten Doktor Omar. Watak ini hanya muncul apabila Yasmin Nur Raihan dicederakan oleh individu yang menceroboh ke dalam rumah sewanya, dan Yasmin dihantar ke HAL oleh suaminya, Leftenan Komander Amru Iskandar Borhan.

Watak Kapten Doktor Omar hanya muncul sekali, namun begitu berbekas di hati!

Ini kerana, selain gelaran Kapten mendahului gelaran Doktor, saya merasakan keterujaan betdetao-detup di dada. Saya mula mengaitkan watak ini dengan saya dan keadaan saya..

Saya memburu gelaran Kapten. Saya mengidam untuk mendahulukan nama saya dengan gelaran ini. Kapten Maryam.

Tapi ibu. Ibu mahu saya bergelar doktor. Ibu mahu anaknya ini dipanggil doktor. Doktor Maryam.

Tetapi, Kapten Doktor Omar memiliki kedua-duanya.

Jadi...

Boleh kan saya jadi Kapten Doktor Maryam?

Saya faham mengapa Kapten Doktor Omar yang hanya seorang doktor, tapi turut digelar Kapten. Ini adalah kerana beliau bekerja dengan TLDM di HAL, yang mana semua anggotanya harus menggunakan gelaran pangkat tentera di pangkal nama mereka.

Leftenan Muda.
Leftenan Komander.
Lasykarnita.
Panglima.

Dan Kapten.

Sungguh, hanya dengan Kapten Doktor Omar, Mazni Darwisya membuatkan saya teruja!

Mungkin saya boleh menjadi doktor seperti yang ibu idamkan, tetapi pada masa yang sama saya juga bergelar kapten.

Mungkin saya harus membuat penyelidik tentang TLDM dan segala yang berkaitan dengannya.

Okey, kembali kepada tajuk entri hari ini.

Mulanya, pembaca dihidangkan dengan persekitaran di TLDM Lumut, yang bertunjangkan Leftenan Komander Amru Iskandar. Kemudiannya, penulis menyorot kisah perkahwinan Amru dan Yasmin. Malam pertama mereka yang diolah dengan 'sopan'. Kemudiannya cara mereka berkenalan sesama sendiri selepas bergelar suami isteri. Cara Amru jatuh cinta. Halangan melanda apabila muncul Fazril, Leftenan Maya Athira, peristiwa Amru ditangkap khalwat, pemergian Leftenan Komander Amru ke Teluk Aden dan diakhiri dengan kenaikan pangkat Leftenan Komander Amru dan seterusnya bersatunya Amru dan Yasmin sebagai suami isteri dalam erti kata sebenar.

Ringkas.

Plot yang agak klise, kerana pembaca sudah seringkali dihidangkan dengan plot sebegini.

Tapi, novel ini berbaloi bagi saya, kerana saya mendapat info tambahan mengenai TLDM. Lebih-lebih lagi mengenai Kapten Doktor Omar. Terima kasih Mazni Darwisya! :)

Secara keseluruhannya, SIN layak untuk mendapat 3 bintang ikhlas daripada saya. 1 bintang atas plot yang biasa dan tidak keterlaluan, 1/2 bintang untuk gaya bahasa yang ringkas dan tidak mengarut dan 1 bintang untuk info TLDM dan 1/2 bintang lagi khas untuk makluman mengenai Kapten Doktor Omar. =D

Sehingga akhir tahun 2009, saya menjangkakan paling banyak novel yang akan saya beli ialah hanya dua buah lagi. Minggu ini sebuah lagi, dan minggu terakhir di bulan Disember sebuah lagi. [mungkin lebih]

Saya mengambil kesempatan ini untuk memuji penulis Mazni Darwisya yang tidak keterlaluan dalam menggambarkan adegan antara Amru dan Yasmin. Penulis lain juga seharusnya begini. Tidak seharusnya mereka menggunakan adegan panas sebagai penarik minat pembaca. Benar, novel-novel seperti itu mendapat sambutan di pasaran, tapi ingatlah, kalau ada yang TERbuat maksiat hasil karya anda, jawablah sendiri di akhirat.

Saya bukan penggemar novel Islamik. Saya juga bukan penggemar novel yang keterlaluan. Sekadar sedang-sedang sahaja, sesuai dengan peringkat umur saya. Namun kadangkala apabila ada rakan yang mencintai novel Islamik menyuarakan kebengangan dengan keterlaluan yang dihasilkan novel cereka biasa, saya hanya mampu berdiam diri. Tiada hujah kukuh untuk mempertahankan.

Benar.

Bukan semua novel cereka itu keterlaluan, tapi harus diingat pepatah Melayu.

'Kerana susu setitik, rosak susu sebelanga.'

Jangan merosakkan peningkatan pembaca Melayu hanya dengan karya yang tidak mencapai tahap yang boleh dibanggakan.

Andai kata ada pihak yang terasa, saya dahului dengan ungkapan maaf. Saya hanyalah pemerhati kerdil, yang cuba melihat dunia dari kaca mata saya sendiri. Apa yang terluah di skrin anda, hanyalah pandangan individu ini secara peribadi. Harap maklum.

Wallahu'alam.

Wassalam.

Wednesday, November 18, 2009

Tanda Allah sayang pada hambaNya..

Assalamualaikum wbt.

Lihat roda di atas.

Bulat.

Kehidupan sering ditamsilkan dengan roda.

Kehidupan ibarat roda.
Kadangkala kita di atas,
tak selamanya kita di bawah.

Itulah kehidupan.

Kadangkala kita dipuji,
Ada masanya kita akan dicaci.

Tak semua orang suka,
Tak kurang juga yang cinta.

Tak semua pihak sayang,
Ada juga pihak yang menjalang.

Kehidupan.

Memetik kata-kata Wan Alyani di laman Facebooknya,

'Kalau tiada cabaran, hidup bukan suatu kehidupan.'

Mungkin beliau bermaksud, hidup ini takkan lengkap tanpa cabaran. Tanpa cabaran yang menjengah kamus kehidupan, tidak legkaplah erti sebuah kehidupan.

Entri kali ini saya bukan mahu mengomel mengenai cabaran, atau kehidupan atau apa-apa sahaja. Sekadar satu entri untuk meluahkan rasa kasih dan simpati kepada pemimpin tercinta, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kerap kali menjadi tumpuan media massa belakangan ini.

Yang acapkali dijadikan sebagai sasaran untuk 'ditembak' dengan kalam yang membunuh. Yang seringkali dijadikan sebagai objek bagi melariskan buletin mereka.

Gambar ini lagi!
Gambar Tuan Guru menangis lagi!

Sungguh!
Saya suka melihat gambar ini.

Julie Andrew dalam lakonannya sebagai ratu Genovia dalam Princess Diaries ada mengatakan,

'Sekeping foto membawa 1000 maksud.'

Dan kata-katanya, benar.

Foto ini bukan sahaja membawa 1000 maksud kepada saya, malah lebih! Yang kadangakala gagal ditafsir maknanya dari pandangan mata kasar. Yang terhijab oleh sesuatu yang termajaz.

Belakangan ini, isu Tuan Guru ditaja untuk menunaikan haji ke Tanah Suci menjadi tumpuan utama media. Penajaan yang bernila RM65,000 itu dilabelkan sebagai rasuah oleh mereka. Hingga klimaksnya, Tuan Guru akhirnya Membatalkan pemergian beliau ke Tanah Suci demi menutup mulut-mulut yang membesarkan berita ini.

Namun, komen Tuan Guru breupaya menggeletek hati saya seketika..

"Sedangkan selipar saya pun orang ambik. Mereka kata berkat..."

Saya setuju.

Selipar Tuan Guru, kalau disuruh bayar, pasti ada yang sanggup membeli dengan harga yang mahal. Ulama' dan wali Allah begini, pasti ramai yang berpendapat, apa sahaja yang menjadi milik beliau adalah berkat.

Apatah lagi, kalau ada yang sudi menaja Tuan Guru ke Tanah Suci, mungkin kerana mahu rezeki dan rahmat yang Allah kurniakan kepadanya diberkati, yakni dengan menaja seorang ulama' menunaikan ibadat. Subhanallah! Kalau saya mampu, saya pun mahu.

Saya cuba berfikir, kalaulah Tuan Guru bukan ahli politik, kalaulah Tuan Guru bukan dari kalangan pembangkang, pasti! Isu sebegini tidak akan timbul.

Tidak puas dengan itu, berita perlantikan menantu beliau, Arif Fahmi sebagai CEo di Perbadanan Menteri Besar juga dihebohkan dengan berita kononnya berlaku penyelewengan wang. Tuan Guru dan pihak yang terlibat jelas berdukacita dengan tuduhan yang dilemparkan.

Sekali lagi, Tuan Guru menyejukkan hati rakyat yang begitu bimbangkan kondisi beliau dengan kata-kata yang tinggi dengan balaghahnya..[meskipun hati beliau sendiri mungkin masih merusuh!]

"Apa yang pelik? Zaman Nabi dulu... Khalifah-khalifahnya.. Abu Bakar tu bapa mertua Nabi. Umar bapa mertua juga. Usman dua kali menantu. Ali, menantu dan sepupu. Jadi khalifah.."

Hati saya bagai digeletek lagi. Tuan Guru serius ketika menuturkan kata-kata ini, namun tujuannya jelas sekali adalah untuk menjelaskan perkara duduk yang sebenar.

Kalau tak faham lagi, tak tahulah nak cakap apa..

Isu penajaan Tuan Guru ke Mekah dan perlantikan menantu beliau sebagai CEO tidak tamat di situ sahaja. Hinggakan ada pihak yang menggesa Tuan Guru supaya meletak jawatan hanya kerana dua isu ini.

 Nah!

Di sini, segala kemusykilan terjawab. Ini yang mereka mahukan sebenarnya. Ini tujuan mereka menimbulkan spekulasi terhadap Tuan Guru, dengan harapan Tuan Guru akan tertekan dan setuju dengan gesaan supaya Tuan Guru turun dari tampuk pemerintahan Kelantan.

Tapi, maaflah. Silap orang ya! Tuan Guru takkan meletak jawatan dengan semudah tu.

Please try later, dengan cara yang lebih bijak.

Tuan Guru, saya yakin ini cuma dugaan kecil Allah yang mahu menguji kekuatan Tuan Guru berdakwah di jalanNya, memimpin umat yang sedang celaru kembali ke siratNya dan insya Allah, Tuan Guru sudah berjaya melalui ujian ini dan semoga iman Tuan Guru dipertingkatkan.

Allah melindungimu.

Amin.

Inilah salah satu tanda Allah mencintai beliau. Ujian. Cubaan. Cabaran. Demi melengkapkan erti kehidupan seorang da'ie sehebat Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

(",)
Wallahu'alam.
Wassalam.

Ikhlas,
Maryam Kamal.

p/s : Kepada mana-mana pihak yg terkecil hati, ampun maaf dipinta. Blog ini bukan blog politik dan saya masih terlalu mentah untuk berbicara soal politik. Sekadar melahirkan pandangan persendirian. Harap maklum.

Monday, November 9, 2009

Baru Nak Sebut Nama Tok Guru..

AMARAN : INI BUKAN ENTRI POLITIK!

Assalamualaikum wbt.

Meskipun perlawanan final antara Kelantan dan Negeri Sembilan telah selamat melabuhkan tirai di Bukit Jalil yang menyaksikan N9 ditabalkan sebagai juara, media seolah masih belum puas mengulas tentang perlawanan tersebut.

Hari ini, sebuah akhbar yang sempat saya baca begitu bersungguh memaparkan isu 'keganasan' yang berlaku di stadium Sabtu lalu, sekaligus mengutuk dan mengkritik para penyokong Kelantan.

Dalam membaca sebuah perenggan dalam sebuah artikel, saya tersenyum sinis. Antara petikan artikel tersebut ialah :

'Justeru Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu juga mentarbiahkan mereka.'

Saya keliru. Mengapa baru sekarang hendak sebut pasal Tuan Guru? Selama ini, selama dihebohkan berita sukan ini, tidak lain tidak bukan yang dipuji hanyalah kapten pasukan dan beberapa orang pemain, selain jurulatih dan pengerusi persatuan bola.

Nama Tuan Guru ada disebut ketika mengumumkan ganjaran yang akan diterima Red Warriors jika memenangi perlawanan.

Dan sekarang, nama Tuan Guru disebut lagi dengan dikaitkan dengan akhlak buruk penyokong Kelantan.

Saya cuba menilai kenyataan ini dari perspektif berbeza.

Kalaulah penyokong N9 yang melakukan apa yang dilakukan oleh penyokong Kelantan, adakah penulis artikel ini akan menyuruh Menteri Besar N9 untuk mentarbiah para penyokong N9?

Apa kaitannya?

Apa relevannya?

Sungguh, saya yakin, jawapannya tidak!

Sebaliknya, tugas mentarbiah itu harus hadir dan ada dalam diri sendiri. Bukannya tugas MB mentarbiah seorang demi seorang anak belia. Itu di luar skop tugasan MB.

Saya lebih rela penyokong Kelantan dipersalahkan secara individu daripada menyalahkan Tuan Guru atas aksi yang ditunjukkan penyokong Kelantan yang kecewa. Tuan Guru tiada kaitan langsung dengan KAFA, malah pada malam perlawanan Tuan Guru menghadiri satu acara politik.

Tiba-tiba sahaja, beliau dihentam kerana rakyatnya yang bermasalah.

Adilkah?

Kenyataan ini memang menyuruh Tuan Guru supaya mentarbiah mereka. Namun, secara tidak langsung, maksud yang tersiratnya ialah kegagalan Tuan Guru mendidik anak-anak Kelantan supaya menjadi lebih berhemah dan berakhlak mahmudah.

Sekali lagi saya tegaskan, mendidik seorang demi seorang rakyat bukanlah terlingkung dalam skop tugas seorang MB.

Justeru, dalam aksi yang dicetuskan oleh warga Kelantan malam Ahad lalu, sangat tidak wajar andai Tuan Guru dipersalahkan. Salahkan individu itu sendiri.

Secara peribadi, memang saya teramat menyanjungi Tuan Guru. Kehebatan beliau. Kerendahan hati beliau. Keluhuran budi beliau. Keterbukaan minda beliau.

Akhbar yang sama turut melaporkan bahawa Tuan Guru menerima kekalahan Red Warriors dengan baik. Alhamdulillah. Saya yakin, berita kali ini memang benar. Tepat. Lagipun, takkan Tuan Guru nak marah?

Memetik kata-kata beliau..

"Matahari pun ada turun naiknya.."

Ringkas. Tapi dalam maksudnya. Beliau tidak menuturkan ayat klise...

"Biasalah. Adat bermain, mesti ada yang menang, ada yang kalah..."

Beliau memberikan ayat yang lebih segar tetapi membawa maksud yang sama. Lebih daripada mampu untuk membina kembali benteng kekuatan yang enteng dan sendeng.

Karisma Tuan Guru menarik minat hati saya untuk terus menjenamakan beliau sebagai pemimpin yang unggul secara individunya kepada saya. Aura beliau membuatkan saya gagal untuk membuang rasa hormat terhadap beliau. Ketenangan beliau membuatkan saya cemburu, bagaimana Tuan Guru boleh setenang itu sedangkan semua tahu, lautan hatinya dilandai ombak ganas dan badai yang menggila suatu ketika dulu. Bukan calang-calang orang dapat menyelamo hati beliau. Salah cara, lemas jadinya!

Namun, Tuan Guru tetap Tuan Guru.

Tetap cool...

Justeru, saya tidak punya alasan untuk turut sama mengguriskan hati beliau.

Gambar di atas menunjukkan Tuan Guru menangis sambil memanjatkan doa ke hadratNya. Saya sebak sendiri...

Tuan Guru,
pemimpin Serambi Mekah,
antara alim ulama' dunia,

menangis..

Mengenangkan dosa beliau?
Atau dosa kita?

Sedangkan manusia sehebat Tuan Guru bisa menangis ketika berdoa, manusia seperti kita?

Mungkin tangisan beliau tangisan aduan, atas kegagalan beliau menjadi MB. Bukan saya mengatakan beliau gagal, sebaliknya mungkin beliau merasakan beliau gagal. Kemasukan konsert-konsert luar yang kononnya berkonsepkan kerakyatan dan kemasyarakatan semakin galak lalu menularkan anasi-anasir kurang baik dalam kalangan warga Kelantan.

Mungkin itu salah satu faktor yang mungkin membuatkan beliau merasakan bahawa beliau gagal menjadi pemimpin yang baik.

[[ Namun Tok Guru, hanya Allah yang boleh menilai kejayaan dan kegagalan Tok Guru. Di mata saya, Tok Guru akan terus menjadi pemimpin lagenda saya, dan semua rakyat Kelantan yang menyanjungi dan mengasihi Tok Guru. ]]

Semoga Tuan Guru panjang umur dan diberikan kesihatan yang sangat baik untuk mentadbir Kelantan lebih lama lagi. Amin.

Yang baik, jadikan teladan.
Yang buruk, jadikan sempadan.

Andai ada kalimah yang mengguriskan hati mana-mana pihak, saya dahului dengan ucapan maaf.

Wallahu'alam.

Wassalam.

Ikhlas,
Maryam Kamal.

p/s : [[ Tok Guru merupakan panggilan manja sesama Tuan Guru dan rakyat beliau. Long live Tok Guru! ]]

Sunday, November 8, 2009

Ulasan Seorang Pemerhati Bola Kerdil...

Assalamualaikum wbt.

Selesai sudah pertarungan antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Bukit Jalil yang menyaksikan Kelantan terpaksa memberi peluang kepada Skuad Jang untuk menang setelah mendahului dengan 3 gol.

Saya tidak sempat menyaksikan gol pertama N9 yang menerobos 'mahligai' Halim Napi yang disumbangkan oleh Sharurain. Tapi saya sempat menyaksikan kelincahan Hairuddin dalam mencabar kredibiliti Halim Napi selaku penjaga gol Kelantan dengan menyumbang gol kedua buat N9 pada minit-minit terawal separuh masa kedua. Juga gol penalti yang dihadiahkan buat Zaquan kepada N9 sekaligus mencatatkan 3 gol buat N9 sementara Kelantan masih lagi 0.

Rentak permainan N9 dan Kelantan saya teliti. Saya bukannya seorang pakar bola. Jarang sekali saya menonton perlawanan bola sepak dan ini merupakan kali pertama saya tercongok, terpaku di hadapan televisyen demi menonton sebuah perlawanan yang menjadi isu hangat media cetak mutakhir ini.

Gol yang disumbangkan Hairudin pada minit-minit terawal separuh masa kedua menyebabkan dahi saya tertepuk oleh tangan sendiri. Kelincahan beliau ditambah pula dengan sikap pemain Kelantan yang masih lagi leka menyebabkan gawang gol Halim Napi sekali lagi diceroboh.

Zaquan yang empat kali diusung keluar sempat meledakkan gol penalti menawan gawang Halim Napi dengan ganas. Gol yang ke-10 bagi Zaquan secara peribadinya ini sekaligus meletakkan Zaquan setaraf dengan kapten Kelantan yang juga mempunyai bilangan gol yang sama. Sementara itu, penyokong berbaju merah yang tadinya bersemangat mengibarkan bendera dan banner, bergerak meninggalkan stadium. Putus harapan barangkali setelah ditinggalkan N9 3-0. Kamera mulai fokus kepada penyokong Skuad Jang yang berbaju kuning.

Permainan diteruskan dengan keluar masuknya beberapa pemain. Sungguh saya hairan. Ke mana perginya kelicikan Farhan yang menyumbangkan hatrik ketika menetang Singa Utara tempoh hari? Kredibiliti Indra Putra Mahayuddin selaku kapten dan juga pemain yang baling banyak menyumbangkan gol juga tercabar apabila beliau gagal menghadiahkan sebarang gol pada minit-minit terawal dan bola tendangannya hanya menceroboh gawang lawan pada minit-minit terakhir. Automatik, beliau berjaya mengekalkan takhta penyumbang gol paling banyak dalam liga ini yakni sebanyak 11 gol tanpa memberi izin kepada Zaquan yang menyamakan kedudukan selama beberapa minit.

Indra Putra Mahayuddin menghadiahkan gol saguhati kepada Kelantan menjadikan kedudukan Kelantan dengan 1 gol, N9 3.

Mercun semakin galak dipasang. Lebih teruk, seorang jurukamera RTM terpaksa dikejarkan ke hospital setelah terkena balingan objek keras yang didakwa berpunca daripada penyokong Red Warriors. Kerusi tempat duduk juga dibakar. Keadaan cuba dikawal sebaik mungkin oleh pihak polis dan FRU.

Melihatkan adegan pergaduhan dalam padang antara kedua-dua pasukan membuatkan saya berfikir banyak hal. Kelantan seolah sangat tertekan setelah ketinggalan dengan N9 yang mendahului jauh di hadapan. Pergaduhan acapkali tercetus. Kamera banyak menfokus kepada Khalid Jamlus yang menunjukkan taring beliau pada ketika-ketikanya, dan adegan ketidakpuasan hati oleh Indra Putra semasa dilayangkan kad kuning juga dirakam.

Saya terfikir, pada saat-saat genting seperti ini, hanya keajaiban yang boleh menjulang Kelantan sebagai juara. Keajaiban ini hanya berlaku pada orang-orang dan masa-masa tertentu sahaja. Saat ini, hanya doa yang harus dipanjatkan kepadaNya, memohon dikurniakan 'sesuatu'.

Namun, melihat kepada cara para pemain menangani setiap perselihan yang tercetus, saya pantas beristighfar. Saya yakin, pasti ada yang mencarut dan memaki hamun, bagi memuaskan hati sendiri. Adalah mustahil bagi pemain-pemain beristighfar ratusan kali saat marah mengepung diri ketika syaitan sedang menyemai nafsu ammaroh.

Seharusnya, sebagai pasukan yang memiliki semua pemain yang beragama Islam, berasal daripada negeri yang dipimpin ulama', para pemain seharusnya lebih matang dan tenang dalam menangani sebarang pergaduhan.

Berbalik kepada isu doa tadi, saya pernah memikirkan hal ini lama dahulu, ketika saya menjadi kapten bola jaring. Ketika di saat-saat nazak, doa saya panjatkan agar Allah memberi keajaiban kepada kami supaya mampu menandingi pihak lawan. Namun, kami gagal.

Adakah kerana Allah tak makbulkan doa saya?

Yaa!

Kenapa?

Kerana mungkin  hati saya kotor, busuk dan sebagainya hingga ada hijab antara saya dan Allah yang membuatkan doa saya tersekat. Mungkin doa saya tidak sampai pun kepada Allah. Saat yang bagaimana sekalipun, kalau hati saya kotor, tiada guna saya panjatkan segunung doa sekalipun! Tidaklah perlu jadi semulia wali, tapi sekurang-kurangnya kalau hati saya bersih, tiada dendam, tiada hasad dengki, mungkin Allah mahu mendengar doa saya.

Saya tidak mengatakan kepada sesiapa. Ini pandangan umum. Sekadar pengalaman saya dan penambahan pendapat oleh seorang ustazah dan ukhti. Macam manalah Allah nak terima doa, kalau hati kita busuk, kota dan penuh dendam serta hasad?

Para penyokong pun satu hal. Mercun dipasang. Bekas minuman dilempar. Banner dikoyak. Bahkan kerusi penonton dibakar. Apa motifnya? Memuaskan hati? Jadi, puas? Nak marah siapa? Pemain bola sepak? Jadi kenapa bakar kerusi?

Buat malu saja!

Profesionallah. Tenang. Relaks. Ini cuma permainan bola sepak. Satu permainan yang dicetuskan sebagai hiburan, bukannya sebagai wadah untuk melakukan vandalisme dan medium untuk mencetuskan pergaduhan.

Bukankah lebih baik bermunajat pada Dia, agar mengurniakan 'sesuatu'? Mana tahu, dalam munajat 85,000 penyokong Kelantan di stadium tersebut sekurang-kurangnya, akan ada doa beberapa orang yang akan menerobos hijab Allah. Siapa tahu?

Yang pasti, syukurlah MB Kelantan tidak menghadirkan diri ke perlawanan bola sepak ini. Malu Tok Guru!

Inilah masalah Kelantan. Asobiah yang terlampau tinggi. Saya pasti, esok di akhbar pasti ada cerita kerosakan harta benda stadium dan penyokong dicederakan N9 yang terpampang. Ditambah perisa secukup rasa, makin menjadi-jadilah nampaknya!

Saya terfikir juga tentang ganjaran yang Tok Guru sediakan kepada pihak pasukan Kelantan jika berjaya menjulang gelaran JOHAN. Pakej umrah. Tok Guru menawarkan pakej untuk berjumpa Allah kepada semua pemain dan pegawai-pegawai KAFA yang terlibat. Namun kegagalan ini menyekat laluan Kelantan ke Mekah.

Mengapa?

Mungkin salah satu faktornya, seperti yang saya tegaskan tadi.

Faktor hati. Hati yang tidak bersih, mungkin Allah masih tidak sudi menerimanya sebagai tetamu di Baitillah. Mungkin ada lagi yang perlu diperbetulkan. Siapa tahu tahun hadapan...

Selain itu, saya juga yakin... Jika Kelantan menang malam ini, satu sambutan luar biasa akan dianjurkan. Mana tahu berlakunya maksiat di sambutan ini yang melorongkan para penyambut keraian ini ke jalan yang tidak diredhai Allah. Justeru, bagi mengelakkan ini berlaku, Allah terlebih dahulu menghijabkan kemenangan itu daripada pasukan Kelantan.

Mungkin juga kalau Kelantan bergelar juara, Kelantan akan muncul sebagai suatu pencetus evolusi dan revolusi seterusnya riak dalam bidang bola sepak. Mungkin juga dengan kemenangan ini Kelantan akan leka dan lalai dan seterusnya gagal pada musim hadapan?

Berbanding situasi keadaan, mungkin pada musim 2010 Kelantan akan lebih berusaha demi memastikan Indra Putra Mahayuddin mampu mengucup piala Liga TM. Penonton pun pasti tidak akan terganjak daripada tempat duduk mereka.

Selain itu, sifat penyokong Kelantan yang sangat yakin dengan kemenangan yang akan menjadi milik mereka mendorong mereka melakukan sesuatu demi memuaskan hati yang kecewa setelah impian yang digantung setinggi awan, jatuh menimpa diri sendiri. Bagus sifat yakin ni.. Tapi ada hadnya. Kalau tinggi sangat keyakinan, kita takkan mampu menghadapi kegagalan.

Sudah terlalu banyak saya katakan dalam bentuk yang halus. Sungguh! Saya beberapa kali mengedit entri kali ini demi memastikan hati banyak pihak terpelihara.

Saya sendiri maklum, saya bukanlah profesional di pentas sukan. Justeru mungkin ada yang beranggapan saya tidak layak untuk memberikan apa-apa ulasan. Namun inilah yang terzahir daripada pandangan sudut individu saya.

Apa yang rasanya betul dan boleh diambil sebagai tauladan, silakan.
Tapi jika da yang salah dan tidak tepat sama sekali, silalah tegur.

Saya mendoakan yang terbaik buat pasukan negeri Kelantan.
Semoga lebih sukses pada masa hadapan.
Yakinlah dengan rezeki dan rahmat Allah, yang luas dan dekat dengan hambaNya yang ikhlas.

Jadi, ikhlaskan niat. Main bola sepak kerana nak hiburkan hati orang ramai, nak bersukan untuk sihatkan tubuh badan dan nak menjulang martabat Kelantan kalau berjaya menang.

Bukan kerana populariti, ganjaran atau sebagainya.

Rezeki Allah tak ke mana...
Yakinlah dengan DIA.

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

(petikan ayat 216, surah Al-Baqarah.)

Renung-renungkan, dan selamat beramal.

Wallahu'alam.

Wassalam.

Ikhlas yg amat,
Maryam Kamal.

Wednesday, November 4, 2009

Di Masjid Pun Berpolitik...

Assalamualaikum wbt.

Tidak tahu bagaimana mahu memulakan cerita ini tanpa membuatkan mana-mana pihak berkecil hati. Mungkin saya terpaksa menceritakannya dari sudut 'bukan nama sebenar' kerana kalau sudut 'nama sebenar' yang saya gunakan, saya agak pasti ada pihak yang akan TErasa.

Di sebuah pekan yang sederhana, terdapat sebuah masjid yang pencapaiannya tidak dapat dinafikan meningkat dari tahun ke tahun sementelah ahli jawatankuasa-ahli jawatankuasa yang menguruskan masjid merupakan individu-individu yang sangat berkaliber.

Kebanyakan daripada ahli jawatankuasa yang tinggal berdekatan dengan masjid membantu melancarkan lagi proses pembangunan dan perkembangan sebuah pusat institusi Islam. Semakin ramai jemaah memenuhi ruang parkir masjid tersebut dari awal seinggalah ke hujung tahun kerana program-program yang diaturkan oleh para ahli jawatankuasa merupakan program-program yang bagus.

Masalah muncul apabila imam yang baru ditugaskan ke masjid ini tinggal berjauhan daripada masjid menyebabkan beliau gagal menghadirkan diri ke masjid untuk mengimami jemaah lima kali sehari. Adakalanya, majlis yang patut dihadiri oleh beliau sebagai ketua organisasi masjid juga gagal dihadiri keran faktor jarak dan kekangan masa.

Bagi menempel semua kelemahan tersebut, para ahli jawatankuasa dengan tulus ikhlasnya cuba menasihati beliau. Apabila menyedari beliau 'tak jalan' dengan nasihat tulus ikhlas, beberapa kali juga para ahli jawatankuasa menyindir dan memerli beliau secara halus, dengan harapan beliau menyedari kepentingan beliau di masjid tersebut.

Namun tindakan tersebut membuatkan imam muda ini tidak selesa. Mempunyai hubungan baik dengan pegawai daerah membuatkan imam tersebut memohon pegawai daerah untuk menukarkan ahli jawatankuasa. Malas mahu berbahas, perkara tersebut hanya dipersetujui oleh pegawai tersebut. Ragu-ragu dan ingin tahu membuatkan beliau bertanya kepada salah seorang ahli jawatankuasa mengenai hal tersebut.

Apabila pegawai daerah itu bersetuju dengan permintaan imam yang mahu menukar ahli jawatankuasa, ini bermaksud secara langsungnya ahli jawatankuasa yang lama telah dipecat. Lantas, sebelum dipecat secara rasminya, maka semua ahli jawatankuasa lama memutuskan untuk meletakkan jawatan. Sekurang-kurangnya lebih bermaruah, kan?

Lantas setiausaha yang memang setia dengan masjid itu, menaip sepucuk surat perletakan jawatan bagi semua ahli jawatankuasa. Segala harta benda kepunyaan masjid yang lazimnya diletakkan di rumah mereka demi kesenangan untuk berurusan, kini terpaksa dikembalikan. Harta benda berkenaan adalah seperti kamera masjid, fail-fail kewangan, fail-fail program dan sebagainya yang berkaitan.

Mendengar cerita itu, hati saya ditebak sayu. Tidak dapat saya bayangkan, bagaimana ahli jawatankuasa yang sudah memasukkan aktiviti di masjid sebagai salah satu agenda harian mereka, terpaksa membiasakan diri hadir ke masjid hanya sebagai ahli jemaah. Meskipun kepincangan berlaku, mereka hanya boleh memandang kerana kuasa bukan lagi di tangan mereka.

Siang malam para ahli jawatankuasa mempersiapkan diri fizikal dan mental dan mengawalselia semua harta benda masjid untuk dikembalikan. Akaun kira-kira dibuka, dan dikira berulang kali. Maklumlah, sepanjang menjadi ahli jawatankuasa, sudah banyak transaksi duit keluar masuk diuruskan. Tiba-tiba kena kepilkan bersama satu akaun bersih demi menyenangkan ahli jawatankuasa baru.

Para ahli jawataknkuasa terpaksa melupakan aktiviti-aktiviti yang lazim dilakukan mereka di masjid sepanjang tahun contohnya Awal Muharram, Nuzul Quran. Nisfu Syaaban, Ihya' Ramadhan, Maulid Rasul, Asy-Syura, khatam Quran dan sebagainya. Semua itu akan diuruskan oleh ahli jawatankuasa baru.

Lupakan semua nombor telefon penceramah kerana semua itu akan dihafal oleh ahli jawatankuasa yang baru. Lupakan nombor telefon wakil rakyat kerana semua itu akan diingat oleh ahli baru. Apa yang perlu bekas ahli jawatankuasa ini lakukan ialah hadir ke masjid sebagai jemaah. Itu sahaja.

Saya terkilan mendengar berita itu. Jelas berlakunya penguasaan politik di masjid. Sepatutnya, aplikasi masjid digunakan dengan betul. Sebagai tempat berkumpul muslimin muslimat. Sebagai tempat menuntut ilmu. Sebagai tempat meluahkan masalah. Sebagai tempat menyelesaikan masalah. Sebagai tempat menenangkan minda. Sebagai tempat penyatuan hati umat Islam. Yang paling penting, sebagai tempat berjumpanya seorang hamba dengan Tuhannya. Namun semua ini disalahguna dengan kuasa yang ada menyebabkan ada hati yang terluka, ada jiwa yang tercedera.

Politik kini menular ke masjid, sebuah tempat yang dianggap suci dan tinggi martabatnya dalam kalangan umat Islam. Hanya kerana tidak tahan menahan panas telinga tatkala disindir oleh orang yang terlebih dahulu merasa pahitnya hempedu masinnya garam, ini yang imam tersebut pilih. Tanpa memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku jika ahli jawatankuasa ditukar. Mungkin masid tersebut lebih gah, tapi tak mustahil masjid tersebut akan rebah. Jika ini berlaku, umat Islam di kawasan sekitarnya sudah pasti tidak lagi yakin dengan pengurusan mereka dalam mentadbir sebuah institusi Islam yang selama ini dipandang tinggi.

Semua orang tahu politik itu kotor, tetapi tiada siapa yang mahu membersihkannya.

Jika perkara sebegini boleh berlaku di masjid, apatah lagi di tempat lain.

Yang elok, jadikan teladan.
Yang buruk, jadikan sempadan.

Sekian, wallahu'alam.

Wassalam.

Salam kesal,
Maryam Kamal.

nota kaki : Kejadian tersebut boleh terjadi di mana-mana sahaja. Di utara Ghana, atau di selatan Senegal, atau timur Venezuela, atau barat Sulawesi. Tidak mustahil juga berlaku di utara, selatan, timur dan barat Malaysia. Wallahu'alam.

Tuesday, November 3, 2009

Indonesia ambil karya seniman Malaysia, senyap saja?

Assalamualaikum wbt.

Usai tamat peperiksaan kelmarin, saya pulang ke rumah dengan minda yang agak relaks. Kekangan waktu tidak mengizinkan saya membelek akhbar lebih lama, sekadar menangkap tajuk utama Utusan, Dr MAZA ditangkap JAIS atas tuduhan menyampaikan kuliah tanpa tauliah. Alhamdulillah, beliau dibebaskan hari ini dengan jaminan bon.

Berita Harian dan Sinar yang tidak sempat saya pantau, pagi tadi baru saya sentuh. Berita pemandu bas mogok di Sinar menarik perhatian saya. Maklumlah, salah seorang daripada pelanggan setia SKMK ialah saya. Bila berdepan dengan situasi sebegini, barulah terasa betapa pentingnya kewujudan SKMK di tanah Kelantan ini. Meskipun bas selalu lambat, adakalanya meragam dan pak cik bas yang emo, sekurang2nya sampai juga saya di destinasi. Bila mogok kerana sudah tiga bulan tidak diberi slip gaji, ternganga saja saya di stesen bas. Mujur ada bas yang terlepas. Sempatlah sampai di sekolah..

Bukan isu bas yang ingin saya abadikan di blog ini. Bukan juga kritikan atau kutukan kepada pihak berkenaan, sekadar satu luahan insan biasa yang kurang berpuas hati. Bagi saya, semua orang punyai hak untuk bersuara. Saya juga. Lantaran itu, saya harap pihak berkenaan faham apa tujuan saya mengabadikan topik ini di sini.

Basi.

Mungkin topik pergaduhan antara Malaysia dan Indonesia yang kini senyap, sudah menjadi basi. Baguslah. Hikayat tidak enak seperti ini tidak patut dipanjang-panjangkan.

Menelusuri rentetan sejarah, Indonesia menuduh Malaysia mencuri karya seninya melalui tarian pendet yang diiklankan oleh sebuah syarikat pelancongan swasta yang langsung tidak berkait dengan kerajaan. Menurut Indonesia, syarikat tersebut menjadikan tarian pendet sebagai aset tarikan ke Malaysia sempena Karnival Cuti-Cuti Malaysia seterusnya mendakwa Malaysia mencuri kerya seni mereka dengan mengatakan tarian pendet merupakan tarian milik Indonesia.

Perbalahan ini dihangatkan lagi dengan perebutan wilayah jajahan antara Malaysia dan Indonesia. Kawasan yang terlibat ialah Pulau Sipadan dan Ligitan. Kemudiannya dibangkitkan isu pekerja Indonesia di Malaysia dan dakwaan tentang penganiayaan terhadap pendatang Indonesia.

Sebagai warganegara Malaysia, saya akui, semangat patriotisme saya sedikit tercabar apabila isu ini hangat diperkatakan, ada pihak di Malaysia yang masih bersemangat menerbitkan program bersifat keINDONESIAan di media, tidak kira media massa, cetak mahupun elektronik. Stesen-stesen televisyen mengambil sikap berdiam diri dan meneruskan penyiaran mereka dalam sinetron-sinteron Indonesia yang kononnya mendapat rating tinggi. Media cetak masih lagi mempromosikan artis seberang. Tanpa sebarang berita mengenai artis seberang dalam masa sehari bagaikan tidak sah! Radio-radio pula masih mengalunkan lagu-lagu karya band-band dan penyanyi seberang yang didakwa sebagai karya yang lebih baik daripada Malaysia. Semuanya mengambil sikap berdiam diri meskipun ramai warganegara Malaysia yang prihatin berulang kali menghantar surat ke Utusan dan BH, menghantar SMS ke Kosmo! dan Metro, namun senyap sepi semuanya..

Menyelak akhbar Berita Harian kelmarin, saya membaca suatu artikel yang menggandingkan nama penyanyi seberang, Ahmad Dhani dengan lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Madu Tiga yang dipopularkan allahyarham dalam filem Madu Tiga.

Album terbaru penyanyi Indonesia ini, Ahmad Dhani and The Swinger membabitkan lagu allahyarham yang dinyanyikan semula oleh Ahmad Dhani dengan menggunakan nafas baru. Mengejutkan, lagu ini muncul sebagai lagu paling popular berbanding lagu lain.

Pada majlis pelancaran album ini, Ahmad Dhani sempat menyanyikan lagu ini secara spontan di hadapan media.

Saya sudah mendengar lagu ini. Video klipnya sudah pun saya tonton. Peminat P.Ramlee mana yang tidak teruja apabila mengetahui lagu beliau dinyanyikan semula dengan diberi nafas baru? Dan menurut kenyataan Ahmad Dhani di akhbar BH itu, dia terdengar lagu ini buat pertama kalinya ketika dialunkan oleh sebuah pusat membeli-belah. merasakan lagu ini sedap, beliau mengambil keputusan untuk menyanyikan lagu ini dengan irama yang lebih segar sementelah tiada penyanyi lelaki yang berani menyanyikan semula lagu ini. Video klipnya pada pandangan saya, kurang sesuai untuk tontonan umum. Tak tahulah di Indonesia bagaimana. Tapi bagi kanak-kanak yang mengenali P.Ramlee dan ingin menonton video klip ini, jawapan saya ialah tidak.

Persoalan yang tercetus ialah...

Bukankah lagu ini secara hakikat dan jelasnya merupakan lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, seniman agung Malaysia? Setahu saya, allahyarham memang dari keturunan Indonesia sementelah bapa allahyarham, Teuku Nyak Putih berdarah Acheh. Namun menikah dengan Che Rahmah, gadis Tanah Melayu sejati. Bukankah P. Ramlee bergiat aktif dengan seni perfileman Singapura? Tidak pernah saya dengan P. Ramlee berlakon dalam produksi Indonesia.Tapi saya harus akui, sebagai belia belasan tahun, mungkin pengetahuan saya tentang idola negara ini masih dangkal.

Namun, ingin saya tegaskan. Sungguh saya tidak mengerti. Tiada pihak yang tampil ke depan dan menyatakan rasa ketidakpuasan hati mereka dengan tindakan Ahmad Dhani ini yang saya sifatkan lebih kurang mencedok idea rakyat Malaysia. Strategi beliau berjaya apabila lagu ini muncul sebagai lagu paling popular di dalam album terbaru beliau.

Mungkin tiada salahnya jika ada penyanyi lain yang mahu menyanyikan kembali lagu P. Ramlee, tidak kira lokal atau antarabangsa. Mungkin kalau Usher atau Akon yang menyanyikan lagu ini, lebih hebat sambutan yang diberikan.Janji royalti masuk...

Namun sebagai anak Malaysia, sungguh saya tak berpuas hati. Ungkapan SatuMalaysia yang dilancarkan oleh PM, Dato' Seri Najib Tun Razak, dimanipulasi oleh warga Indonesia yang obses, dengan menukarkan abjad T kepada P menjadikan perkataan itu bertukar kepada SapuMalaysia. Keselamatan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia juga terancam kerana keganasan yang dilakukan oleh warga Indonesia yang memandang serong kepada rakyat Malaysia. Karnivel pelancongan tahunan Malaysia yang dinamakan Cuti-cuti Malaysia pula ditukar sesuka hati kepada Curi-Curi Malaysia.

Saya malas mengungkit, nanti dikatakan tidak ikhlas. Namun bila timbulnya persoalan sebegini, secara skeptikalnya ingin saya ingatkan kembali kepada sesiapa yang terlupa apa-apa..

Siapakah yang memberi rezeki yang lumayan kepada warga Indonesia yang berkunjung ke Malaysia sebagai pembantu rumah? Di Indonesia, saya difahamkan oleh seorang guru, pelayan kedai makan mendapat gaji RM30 sebulan. Di Malaysia, mereka mendapat lebih 10 kali ganda daripada jumlah itu.

Pendatang Indonesia di Malaysia dianiaya?

Wahai warga Indonesia,
Kami boleh menerima kehadiran kamu dengan baik, sekiranya kamu datang dengan baik beserta niat yang baik. Tapi kalau datang ke Malaysia pun secara haram, dan membuat pekerjaan haram, hingga menyempitkan ruang di dalam penjara Kajang dan Sungai Buloh dengan kehadiran kamu sekalian, kamu minta kami sambut kedatangan kamu dengan baik? Itu belum lagi dengan berbagai kes jenayah yang kamu lakukan, atau dengan kes membawa pulang anak gadis Malaysia ke tempat sendiri, terutamanya jejaka Lombok!

Siapa yang melakukan aktiviti pecah rumah?
Siapa yang melakukan akitiviti ragut?
Siapa yang melakukan aktiviti rompak?
Siapa yang melakukan aktiviti rogol?

Yaaa! Warga tempatan juga ada. Tapi adakah warga Malaysia yang ke Indonesia, berprofesionkan penjenayah?

Usah persoalkan pembantu rumah Indonesia yang didera majikan. Memang ada! Lagipun, bukan semua orang baik kan?

Tapi ada juga kes pembantu rumah mendera majikan. Terbaru, memasukkan racun ke dalam sup. Mendera anak majikan sudah menjadi perkara biasa. Mengambil harta benda majika tanpa kebenaran atau dalam bahasa kasar dan pendeknya, mencuri juga sudah menjadi perkara biasa. Akhir sekali ghaib pulang ke tanah air setelah cukup wang bersama teman lelaki. Kononnya ingin pulang ke kampung halaman dan membina keluarga sendiri.

Tidak dinafikan, ada juga yang baik. tapi kalau majoritinya kurang baik, macam mana? Sedangkan kerana nilai setitik, susu sebelanga boleh rosak. Apatah lagi bertitik-titik!

Tidak dinafikan juga, kehadiran buruh-buruh Indonesia banyak membantu pembangunan Malaysia dari segi infrastrukturnya. Pelayan-pelayan kedai makan di ibu kota juga kebanyakannya terdiri daripada rakyat-rakyat Indonesia yang bermigrasi demi mencari rezeki.

Sungguh!
Saya tidak kisah kalau terpaksa berkongsi tanah air dengan warga Indonesia kerana apa yang kami miliki di Malaysia ini bukannya milik kami secara eternal. Semuanya milik Allah. Ini sekadar pinjamanNya dan kesenangan yang DIA anugerah, sama sekali tidak patut kami rasai seorang.

Datanglah ke Malaysia dengan cara baik dan niat yang baik. Saya sungguh mengerti keadaan di Indonesia, berdasarkan pemerhatian, pantauan dan pemberitahuan oleh teman2 yang berkunjung ke sana. Insya Allah rezeki kami di Malaysia melimpah ruah dan kami tidak kisah andai rezeki itu harus kita kongsi bersama. Dengan syarat, datanglah secara baik beserta niat yang baik. Demi mencari rezeki untuk diri dan keluarga. Carilah rezeki yang halal, kerana kemanisan rezeki yang halal itu lebih terasa berbanding rezeki yang haram.

Kita saling memerlukan. Malaysia perlukan tenaga kerja untuk membina bangunan dan membasuh pinggan mangkuk, Indonesia perlukan wang untuk memastikan ada lagi hari esok buat mereka. Ayuh kita bekerjasama, daripada saling berantakan begini.

Andai kata ada kalam dan ayat yang membuatkan mana-man pihak terasa, tersentuh, termarah dan tergeram, saya dahului dengan ucapan maaf. Jikalau ada salah dan silap, sudi-sudikanlah tinggalkan pesanan agar kesalahan itu boleh dibaiki dan tidak berulang lagi. Saya masih mentah, dunia ini belum suku bahagiannya saya terokai.

Kritikan dan komen membina amat saya harapkan!

Untuk info lanjut, layari :

  • http://infopkpmi-cb.blogspot.com
  • http://www.budiey.com

Sekian.

Wallahu'alam.

Wassalam.

Regard,