BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 31, 2009

Just be yourself!

Assalamualaikum.

Sekadar satu entri ekspres...

Sekadar satu pesanan ikhlas... melalui satu cerita pendek..

Beberapa hari lalu, saya dan keluarga berbuka puasa di rumah nenek. Buat pertama kalinya kami tidak berbuka di rumah sendiri.

Kami tiba di rumah agak lambat. Saat itu, para jemaah di masjid berdekatan sudah pun solat Isyak. Ketika selesai berwudhu', orang di masjid sudahpun solat terawih. Malu kalau sampai lambat!

Saya memikirkan banyak kemungkinan.

Nanti orang mengata.
Nanti orang mengutuk.
Nanti orang mengeji.
Nanti orang mencaci...

Rumah sejengkal dari masjid pun sampai lambat..

Lalu saya hampir memutuskan untuk ponteng terawih malam itu. Saya suarakan pada emak yang nampak relaks. Mak kata, nak pergi lepas orang sudah solat 8.

Saya bantah. Malu, kata saya!

Mak kata, pedulikanlah apa orang cakapppp...

Saya tersedar sesuatu!

Erm...

Betul kata mak... Lantaklah orang nak cakap apa... Diorang tak tahu keadaan sebenar. Jadi, mereka tak ada hak nak kata apa-apa. Kalau diorang kata pun, kebenarannya Allah yang tahu..

Kan3?

Justeru..

Jadilah diri anda sendiri. Tak perlu jadi orang lain. Setiap orang punyai kelebihan dan kekurangan. Justeru, gunakan kelebihan yang anda ada untuk tampung kekurangan anda.

Tidak perlu fikirkan orang lain.

Quotes Myspace Comments

Bak kata orang...

Tak hidup dek puji, tak mati dek keji...

Dan sungguh,

saya hidup kerana Allah izinkan saya hidup, bukan kerana kenyang dengan puji-pujian..

Dan baru-baru ini,

saya dikeji...

Tapi lihatlah!

Saya masih hidup lagi.. Tak mati lagi..

Sesungguhnya, kembalilah padaNya. Pada Allah yang Esa. Pada Dia yang kuasa. Allahuakbar!

Quotes Myspace Comments

Wallahu'alam.

Wassalam.

Ikhlas,
Maryam Kamal.

Saturday, August 29, 2009

Layout Baru, Macam Mana?

Salam.

Sekadar satu entry ringkas.

Macam mana dengan layout baru ini?

Komen sikit!

Ikhlas,
Maryam Kamal.

Thursday, August 27, 2009

Betapa Allah Maha Adil

Assalamualaikum wbt...

Setinggi-tinggi syukur saya panjatkan padaNya, Yang Maha Esa, Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya...

Sungguh!

Tiada kalam yang biasa saya gunakan untuk menggambarkan betapa saya bersyukur dengan kurniaanNya..

Saya ingat beberapa ayat yang menyuntik semangat..

Bila engkau letih & hilang semangat,
Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya...

Bila tangismu berpanjangan & hatimu berduka,
Allah telah mengira air matamu...

Bila engkau rasa ketinggalan & masa telah meninggalkanmu,
Allah sentiasa bersamamu...

Bila engkau kebuntuan akal,
Maka Allah penunjuk jalan...

Apabila engkau telah berazam,
Maka BERTAWAKALlah padaNya..

Tak lupa juga bait-bait ini...

Di sebalik kesulitan itu ada kemudahan..
Esok akan merekah bunga yang harum,
Mengusir kesedihan menjadi penghibur hati...

Yang ini...

Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan..
Tetapi apa yang tak diduga selalu jadi dengan tiba-tiba..
Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam..
Tetapi usah kita ketawa berpanjangan..

Kerana kegembiraan belum pasti untuk selama-lamanya...

Dan yang ini, saya semat baik2 di minda..

JANGAN BERSEDIH!

Ujian adalah tarbiyyah dari Allah
Adakah kita akan sabar atau sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Allah...

Oleh kerana saya mendapat respons positif dari teman-teman seantero dunia, ingin sekali saya abadikan jutaan terima kasih saya kepada antunna..

Any day is sunny that's brightened by the smile..
Any friendship blossoms if it tended to with style..

Friends Myspace Comments

Terima kasih banyak banyak banyak banyak banyak banyak banyak banyak banyak banyak!!

Dear Aliah,
This is just for you..
Directly from my heart..
Please...

Friends Myspace Comments

That's u!

=D

Others,...( Shu, Irna, Awatif dan yg laen2..)

Friends Myspace Comments

Thanx for always being on my side on time I need all of u! Subhanallah! Kawan memang hebat!

Friends Myspace Comments

Ehem2..

Friends Myspace Comments

Insya - Allah, antunna akan ada dlm hati ana sampai bila2..

Kan ana selalu cakap,

Sekali kita berkawan, selama-lamanya kita tetap kawan!

Erm..

Buat akhir kalam,

Kelmarin memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah kita..
Semalam adalah teladan serta pengajarannya..
Dan untuk menghadapi hari esok..

Jadikanlah kelmarin dan semalam itu..
Sebagai pedoman..

Dalam menerokai erti sebuah kehidupan..

Wallahu'alam.

Wassalam.

Ikhlas,
Maryam Kamal.

Tuesday, August 25, 2009

Jihad...

Assalamualaikum wbt..

Emo Myspace Comments

Sekadar sebuah sambungan riwayat. Untuk mukaddimahnya, mungkin antunna boleh rujuk entry di http://www.ambopuokklate.blogspot.com/ yang bertajuk 'Sayo Buke Budop Maahad!'.

Terbaru, dengan bantuan seorang kawan, saya berjaya menjejak adik-adik yang terlibat dengan insiden Khamis itu.. Syukurlah. Allah mengutuskan seseorang untuk membantu saya. Benarlah, sesungguhnya Allah bersama dengan orang2 yang sabar. Alhamdulillah...

Alkisahnya...

Saat saya membaca blog adik berkenaan, seolah saya sedang berada di medan perang. Sedang berjihad...

Kenapa?

Tanpa alatan perang pun, saya dilukai..
Tanpa baju perang, saya disakiti..
Membaca setiap bait kalamnya, pedih menusuk ke ulu hati..
Tak henti-henti...

Mujurlah saya di tempat awam.. Jika di rumah, sudah lama saya menangis.. Kalamnya menyentak sekali.. Dan paling membuatkan saya rasa seperti ditikam lembing ialah gelarannya kepada saya dan akhowat lain.. Masya-Allah!

Emo Myspace Comments

Siapa dia itu?

Apakah link blognya?

Biarlah hanya yang tahu, tahu... Bukan kedekut, namun tidak mahu mengaibkan adik itu.. Sekadar makluman, adik itu tingkatan tiga.. maahadian. Dan impiannya untuk melihat akhowat2 baju hijau membaca blognya tercapai..

Sungguh!

Inilah dugaan paling besar.. Saya jarang menerima cacian, makian. kejian, kutukan dan umpatan. Apatah lagi seteruk ini. Mula-mula, memang patah semangat. Berdesap-desup semangat lari meninggalkan saya. Tergesa-gesa kekuatan mengghaibkan diri..

Namun, kerana memikirkan saya sedang 'berperang', saya kena kuat.. Demi Islam, demi maahad, demi akhowat lain..

Untuk adik-adik yg dikasihi..

Katalah apa sahaja..

Gila kuasa?
Pura2 alim?

Dan..
nak join Kelab Anti Dhobithoh MMP Sedunia?

Silakan!

Tak apa dik..

Cuma harapnya agar suatu hari, bila adik dewasa kelak, bila adik beroleh kemanisan iman daripada Nya, bila adik beroleh hidayahNya...

Adik akan menangis membaca hasil tulisan adik sendiri..
Adik akan marah membaca hasil tulisan adik sendiri..

Saya pasti, saat itu akan tiba.. Kalau Allah menyayangi mereka, tak lama mereka diuji dengan kekontangan hidayah.

Dik..

Saya juga pernah menjadi seperti adik..
Saya bukan saya yang hari ini, ketika itu..

Tudung labuh amat menakutkan buat saya..
Jubah amat mengerikan buat saya..
Stokin amat merimaskan buat saya..

Tapi, Allah itu Maha Kuasa..

Apa yang saya benci, itulah yang saya sukai sekarang.

Itulah hidup, dik.. Allah penentu segala-galanya...

Quotes Myspace Comments

Dik, jangan terlalu takabbur mengata kami... Jangan sampai dikata Allah di akhirat nanti.. Naubzuillah! Sama2 mintak jauh...

Dik, jangan terlalu taksub dengan apa yang adik benci atau suka sekarang.. Kerana hanya dengan satu kalam, 'JADI!', maka Allah bisa menjadikan apa yang Dia mahu..

Kalau Allah takdirkan adik terus begini, saya doakan agar antunna semua tak lekang dari rahmat Allah..

Di MMP, bukan hanya 9A dalam PMR yang adik2 cari.. Tetapi ukhuwah sesama Muslim, dan ilmu akhirat yang xberguna pada hari ini.. Tapi 'hari esok'...

Kalau nak 9A, banyak sekolah lain boleh adik pergi.. Silakan! Jika 9A menjadi sasaran..

Jika mahukan ilmu untuk digunakan 'di sana', istiqamahlah dik.. Thubutkan hati dalam melawan arus globalisasi hari ini..

Maaf, teremo.

Saya cuma manusia biasa..

Sungguh!
Saat bergelak ketawa semalam..
Langsung saya tak sangka saya akan se'emo' ini pada hari ini..

Quotes Myspace Comments

Moral : Jangan terlalu gembira dengan kegembiraan, kerana Allah mampu memberikan kesedihan dalam sekelip mata..

Namun, saya anggap ini dugaan yang Allah anugerahkan buat saya.. Sekadar menguji kesungguhan saya di jalanNya..

Ya Allah,
aku akan kekal di sini..
dengan kekuatanMu..

Whatever happens, life must go on! Chaiyyok, maryam!

Adik2 tersayang...
Semoga Allah memberikan hidayah yang tak putus buat antunna...

Jazakillah hi khairan lakunna..

Wallahu'alam.

Quotes Myspace Comments

Doakan bekalan kekuatan Allah tak putus buat kami.. Amin.

Quotes Myspace Comments

Wassalam.

Ikhlas,
Maryam Kamal.

p/s: bknnya x nak membahasakan diri ini 'kakak', tapi sy pasti adik2 semua tak sudi berkakakkan seseorang seperti saya.. Wallahu'alam.

Saturday, August 22, 2009

Apabila Hi-Fi Ghaib...

Assalamualaikum wbt..

Selama ni, kalau hi-fi slow, saya marah.. Siap kutuk2 lagi.. Tak bersyukur langsung meskipun ia benda free..

Bila dah tak ada, barulah rasa nak hantuk2 kepala sebab tak menghargai hi-fi tu dulu.. Jadinya sekarang amat susah untuk on9 di rumah.. Malas nak online by tmnet.. agak2 slow. tambahan pulak, pasti bil telefon naik lagi.. Kesian mak.. Sedangkan kami on9 pun hanya sebab nak berfoya-foya.. hehe..

Justeru, saya kena belajar mulakan hidup tanpa internet, tanpa blogging. baguslah. Bulan2 pose ni boleh jugak isi masa tadarrus Quran, drp exercise tangan menaip.. blogging.. frienster.. facebook.. uh, puh-lease!

=D

Sabar, maryam!

Tapi rasanya, kalau tak tahan sangat, saya akan ke cc. Line yg laju, ditambah dengan harga yg berpatutan. Lebih2 lagi, tak menyusahkan mak langsung. cc pun hanya two-three stone's away from rumah.. hehe..(dikira dekat la tu...)

Selamat Beribadat. Semoga total akaun pahala akan meningkat dengan baik sekali. Wallahu'alam.

Wassalam.

Ikhlas,
Maryam Kamal.

Wednesday, August 19, 2009

Help Me to Understand

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, exam berakhir tengah hari tadi dengan madah Hadith. Iqbal kurang sihat, sangat merisaukan saya. Doakan anak kecil itu baik-baik sahaja.

Saat berjalan-jalan di http://www.mynicespace.com/ , saya terjumpa dengan gambar ini.. Dan kata-katanya mengelirukan saya. Yang tersurat, saya faham. Tapi, yang tersirat?

Love Myspace Comments

Mendalam sekali, bagi saya. Bagi penjelasan, dan contoh, please?

Wassalam.

Yang jahil,
Maryam Kamal.

Saturday, August 15, 2009

Jalan-jalan Di Pasar

Assalamualaikum wbt..

Girls Myspace Comments

Pagi tadi, selesai sarapan ringkas yang saya sediakan khas untuk ayahtuk dan Nanny terchenta, saya menyarung pakaian lengkap untuk turun ke halaman. Sakit mata melihat daun-daun rambutan bebas berguguran hingga meliputi pasir. Tak nampak tanah dah! Sakit mata betoll!

Malangnya, saya tidak menjumpai peralatan yang sesuai. Mungkin ayah sembunyikan di mana-mana. Lantas, saya gunakan saja penyapu biasa. Seksa juga nak menghabiskan daun-daun meskipun hanya di tanah yang sekangkang kera.

Dipendekkan cerita.. Selesai kerja saya, Nanny ajak (sebenarnya suruh) saya menemaninya ke pasar, satu rutin yang biasa dilakukannya jika bertandang ke rumah saya. Saya buat muka tak rela. Dalam fikiran dah bayangkan nak jemur pakaian yang saya basuh, nak 'sentuh' madah Akhlak dan Adab Nusus sikit2..

Tapi memikirkan kemungkinan Nannya mengalami kesulitan untuk membawa barang kerana biasanya apabila ke pasar, Nanny yang jarang-jarang turun ke kedai, akan shopping banyak-banyak.. saya relakan hati juga.. Sedar tak sedar, kami dah naik teksi ke pasar.

Sungguh!

Macam-macam saya lihat. Macam-macam yang menarik hati saya. Bukannya ini kali pertama saya berkunjung ke pasar bersama Nanny. Sudah lebih lima kali. Namun, saya begitu fokus akan 'lawatan' saya kali ini.

Apa yang dapat saya rumuskan sepanjang sejam di pasar ialah, pasar merupakan tempat Nanny 'reunion' bersama teman-teman lamanya. Yang sudah berpuluh tahun tak jumpa hingga tak cam muka, yang sudah berbelas tahun tak jumpa hingga tak ingat nama..

Di pasar juga saya dapat lihat pelbagai jenis masyarakat. Sangat pelbagai! Adalah dua orang yang saya jumpa pakai topeng muka. Bagus juga. Mengelakkan tersebarnya virus Influenza A. Malangnya, salah seorang daripada mereka, yakni berjantina lelaki.. Sanggup membuka topeng semata-mata untuk merokok..

Sejenak, saya buat dua kesimpulan. Pertama, kalau Allah takdirkan virus tu tersebar saat dia buka topeng, kesiannya dia. Kedua, kalaulah dia tak kena H1N1 pun, tak pasal-pasal paru-paru, jantung, limpa dan buah pinggang dia rosak. Kenapa? Sebab merokok. Kesian betul! Sia-sia je pakai topeng kalau hisap rokok jugak. Alahaiii...

Seterusnya, saya juga dapat simpulkan yang saya tak layak untuk membeli belah di pasar sebegini. Bukan kerana persekitarannya, namun kerana saya lihat para penjual majoritinya merupakan warga emas. Tak sampai hati nak minta turunkan harga barang. Lainlah Nanny. Sebaya, dan adakalanya Nanny lebih tua daripada mereka. Justeru, kalau Nanny menawar harga barang, besar kemungkinan dimakbulkan.

Saya dapat lihat kegigihan mak cik penjual sayur, melaung-laung jenis sayur yang dijual. Siap dengan harga lagi! Begitu juga penjual ikan yang majoritinya lelaki, memanggil setiap yg lalu di hadapan mereka, menawarkan ikan yang dijual.

Setelah 'menghabiskan duit', Nanny menyuruh saya mendapatkan beca. Seorang lelaki yang juga kenalan lamanya yang dipanggil Che Harun, segera saya dapatkan atas arahan Nanny. Kami berdua 'memenuhkan' ruang beca yang sempit itu dengan segera. Lenuh kaki berjalan, lenguh lagi tangan yang membawa barangan yang dibeli. Nasib baik juga sy ikut Nanny. Kalau tidak, mahu Nanny demam seminggu!

Ketika menaiki bonggol jalan keretapi, betapa saya kesian pada Che Harun itu yang menggunakan sepenuh kudratnya untuk menolak becanya supaya boleh bergerak di atas jalan raya. Saya kira umur Che Harun itu dalam lingkungan 70-an. Sudah uzur benar!

Isu orang tua bekerja ini, saya rasa anak-anak tak boleh disalahkan 100%. Kadang-kadang, ada jugak kes di mana ibu bapa yang berkeras masih mahu membanting tulang empat kerat, meskipun ada yang sudah bongkok. Alasannya, bosan duduk di rumah. Biasanya, golongan sebegini merupakan golongan yang biasa bekerja kuat sejak muda lagi. Malah ada yang menyimpan duit berpuluh-puluh ribu di Tabung Haji hasil pemberian anak-anak, masih mahu bekerja. Mengisi masa lapang. Nak buat macam mana? Lainlah kalau warga emas yang tidak punyai anak, atau yang punyai anak tapi sama sahaja dengan mereka yang tak punyai anak..

Kembali pada kisah Che Haron, untuk perjalan sejauh lebih kurang 500 meter, Nanny membayar RM3. Sikit? Itupun dah dikira banyak. Entahlah, saya pun tak tahu. Kalau saya?

Hurm.. kalau saya.. Saya terus tak naik beca tu. Bukan mengira standard atau apa, tapi saya betul2 tak sampai hati nak susahkan orang tua-orang tua tersebut mengayuh beca dengan sepenuh tenaga, sedangkan saya bersenang-lenang di kusyennya. Tak mengapalah. Mungkin ini salah satu cara Nanny menolong kawannya. Kalau bukan kami yang naik becanya, belum tentu lagi golongan yang menyelusuri arus globalisasi hari ini sudi menaiki beca lagi..

Erm.. oklah!

Saya nak mengemas pula. Petang nanti, saya akan ke rumah ibu saudara. Senang sikit nak ke sekolah esok. Dah empat hari peperiksaan, masih berbaki empat hari. Kemudian, Khamis. Kemudian, Jumaat, mulai cuti penggal selama seminggu. Sabtu, insya Allah mulai puasa.

Baiklah! Wish me all the best. Insya Allah, esok ibu dan ayah selamat sampai di PM. Doakan yg terbaik buat kami semua. Amin.

Good Day Myspace Comments

Have a nice day!

Wallahu'alam.

Wassalam.

Ikhlas,
Maryam Kamal.

Friday, August 14, 2009

Saya Seorang Surirumah Tunggul

Assalamualaikum wbt.

Miss You Myspace Comments

Me here.. merujuk kepada saya pastinya!

You there, merujuk kepada kedua-dua ibu bapa terchenta yang kini berada di ibu kota, menziarahi anak, menantu dan cucu sempena Ramadhan yang bakal menjelma lebih kurang seminggu lagi..

Saya kini di rumah, ditinggalkan kerana sedang menjalani peperiksaan. Kakak juga tidak dibenarkan turut serta kerana kalau dia turut serta, nescaya perang dunia ke-3 antara saya dan ibu akan tercetus dengan semerta!

Bagilah peluang pada mereka berdua nak berhoneystar.. hehe

Lantaran saya ni cucu kesayangan, nenda-nenda tanpa lengah bersedia untuk menemani saya dan kakak di rumah kami.

Love Myspace Comments

tQ ayahtuk dan Nanny (bukan panggilan sebenar kepada nenek sy!)

Petang kelmarin, ibu dan ayah dijadualkan menaiki keretapi ke Kuala Lumpur pada jam 7 malam. Selepas Cikgu Naseer mengucapkan 'Assalamualaikum' tanda tamatnya kelas Add Math, saya tanpa lengah bangun dan ucap 'Terima Kasih, Cikgu!'.

Kenapa?

Bukannya saya ni ketua kelas, kan?

Kerana saya bergegas menurunkan diri dari tingkat atas sekali ke tingkat bawah sekali. Bukan bawah tanah. Tapi, tingkat di mana saya boleh berjalan di atas bumi. Terasa perjalanan turun yang biasanya mengambil masa paling cepat lima minit, menjadi dua minit setengah. Saya mengejar bas!

Kalau boleh, dengan suci murninya, saya berniat untuk sampai awal di Pasir Mas, supaya saya sempat menghantar ibu dan ayah di stesen keretapi. Malangnya saat tiba di stesen bas, bas untuk ke PM tidak ada! Oh, tidak!

Namun, belum sempat saya mengecewakan diri, bas muncul perlahan-lahan. Saya seolah nampak bas itu tersenyum. Saya apatah lagi. Lebih mensukacitakan, bas berhenti betul2 di hadapan saya. Terasa bagai nak ucap terima kasih banyak2 kepada driver bas berkenaan!

Orang maha ramai! Maklumlah, hari Khamis. Bebudak asrama pulang ke kampung. Alhamdulillah, saya sempat duduk. Alyani yang saya seret dari Math Q nampak letih juga sempat saya copkan tempat duduknya. Kami tiba di stesen bas PM jam 6.45. Saya telefon ibu, bertanyakan kepastian waktu dia bertolak dan juga koc keretapinya. Saya sedar Asar belum saya tunaikan, namun naluri saya begitu mendesak saya supaya pergi kepada ibu dan ayah. Saya berjalan kaki ke stesen keretapi yang terletak agak dekat dengan stesen bas.

Jam 7, keretapi tiba. Perintah ayah saya semat diam-diam dalam minda. Ada tugas yang perlu saya lakukan. Tugas rahsia. Jeng, jeng, jeng...

Saya lantas berjalan pulang ke rumah. Hari semakin gelap. Perjalanan lebih kurang 10 minit agak merisaukan saya. Bukan takut hari malam, tapi takut hari hujan. Awan pekat di hujung sana. Sudahlah ibu beritahu saya, bekalan elektrik di rumah terputus.

Sampai di rumah, Alhamdulillah sangat-sangat, saya sempat solat Asar. Juga bekalan elektrik telah kembali pulih. Hujan pun tak turun. Syukurlah, Allah begitu membantu kami.

Saya segera membersihkan diri selepas solat Maghrib. Sebelum itu, sempat saya kemaskan dapur yang ibu tinggalkan sedikit berselerekan. Kakak di atas, melayari internet. Saya minta dia kemas dapur, namun nampaknya dia sedang 'sibuk' saat itu. Tak mengapalah.

Pagi tadi, saya buatkan milo dan siapkan sarapan untuk ayahtuk. Nanny memilih untuk meminum cappucino, hasil promosi yang saya lakukan. Nescafe tiada di rumah ni. Tak ada yang minum Nescafe. Maaflah! Kesian saya lihat Nanny.. Lidah orang tuanya, mungkin sudah terbiasa dengan pahit dan manis yang tersirat dalam Nescafe.

Kemudian, saya melangsaikan perintah yang ayah keluarkan kepada saya. Syukurlah semuanya telah selesai di pihak saya.

Tengah harinya pula, saya keluarkan lauk-lauk mentah dari peti ais. Saya mula berfikir, nak masak apa ya?

Saya pandang lauk-lauk kaku tersebut. Udang, ayam dan ikan kembung. Syukurlah ikan dan ayam selamat disiang. Mungkin saya boleh goreng ikan dan ayam masak kunyit!

Saya lihat pula sayur-mayur layu di dalam peti. Kobis bunga, karot merah, tomato, cili, bawang besar.. Hurm, tom yam udanglah! (saya cuma pandai buat tomyam saja utk kuah sbnrnya!)

Krong, kreng.. Krong, kreng..

Keting, ketung, keting ketung!!

Nak bergegar dapur rasanya bila saya memasak. Tomyam yang diedit berpuluh kali siap selepas hampir sejam. Ikan goreng pula saya aci gaul saja dengan kunyit dan garam. Harap-harap tak tak tawar. Ayam masak kunyit, harapnya dah garing dan tidak terlalu masin.

Erm..macam ada yg kurang..

Apa ya?

Oh, ya!

Nasi??

Ha.. nasi?!

Yaaaa.. Nasi!

Jeng, jeng, jeng...

Saya cuma panaskan nasi semalam yang nampaknya cukup untuk hari ini. Mungkin ibu bimbang anaknya ini tak tahu menjerang nasi. Silap oranglah! (takabbur betul, kan? hehe)

Ayahtuk yang baru pulang dari solat Jumaat, meluru ke dapur, memeranjatkan saya dengan tegurannya! Excited nak makan, nampak! =D

Selesai menghidang, saya panggil ayahtuk makan. Nanny tertidur saat mendengar khutbah Jumaat dari masjid berdekatan yang boleh didengar dari rumah kami di ruang tamu di luar. (nak ketawa boleh x? hahak!)

Saya puas hati!

Beginikah rasanya??

Beginikah rasa puas hatinya apabila orang makan hasil tangan kita, meskipun tak seberapa???

Ouh...

Saya gumbira jadi surirumah tunggul.. Maksud frasa ni dari perkiraan saya ialah, saya seorang suruirumah yang kaku, yang tak tahu serba serbi. Yang kurang berguna, seperti tunggul. Hehe.. Kesian ayahtuk dan Nanny, makan lauk kurang sedap.

Tak apalah. Surirumah tunggul yang buat, kan? Erm.. =D

Cumanya saya terfikir..

Malam ni dah selamat.. Boleh makan lagi lauk yang sama..

Tapi..

Esok saya nak buat lauk apa??

Sudah!!

Ikhlas,
Maryam Kamal.

p/s : A very condolence to Arwah Ustaz Asri's family. May God blees Him. Alfatihah. (Ustaz Asri, ketua kumpulan Rabbani meninggal dunia kelmarin natijah serangan jantung.)

Wednesday, August 12, 2009

Kasihnya Ibu

Assalamualaikum wbt.

Mother's Day Myspace Comments

Kali ni, saya terpanggil nak buat post mengenai wanita nombor satu a.k.a first lady di republik Hati Saya.. tentulah ibu saya! Di republik Hati Anda pun, pasti ibu anda yg pemegang takhta bagi jawatan itu, kan?

Pagi tadi, seperti biasa, saya ke stesen bas, dihantar ibu saya. Memang saya ni pelanggan setia Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan ni..

Di pertengahan jalan, seperti biasa juga.. Kadangkala bas bergerak, kadangkala bas berhenti.. Berhenti mengambil penumpang. Berhenti menurunkan penumpang.

Seronoknya naik bas pagi-pagi yang tak berapa nak buta ni, saya dapat melihat persekitaran kawasan desa yang nyaman dan indah selain melihat masyarakat dari pelbagai peringkat umur keluar dari rumah demi mencari rezeki dan menimba ilmu. Ececece.. Skema ayat!

Seperti biasa juga lagi.. Saya memilih untuk duduk di tepi tingkap. Namun kali ini tempat yg dihadapan menjadi pilihan saya. Dari sini, saya dapat melihat dunia dari sisi yang sebenar...

Saya melihat dua tiga orang kaum hawa menahan bas untuk anak mereka..
Saya melihat para ibu menunggu bas bersama anak mereka..
Saya melihat beberapa orang kaum wanita menunggu hingga bas bergerak, barulah mereka pulang..

Saya melihat kanak-kanak bersalam dengan ibunya sebelum naik ke dalam bas..
Saya melihat ibunya mengusap kepala yang tunduk mencium tangannya..

Saya dapat melihat mata ibunya mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kepada anaknya..
Saya dapat melihat wajah kanak-kanak yang bersemangat mahu ke sekolah..

Saya dapat melihat dengan jelas, ukhuwah antara ibu dan anak itu apabila kanak-kanak itu melambai kepada ibunya dengan lambaian yang semangat disertai dengan senyuman manis..
Saya dapat melihat ibunya membalas lambaian itu, diiring kalam doa beserta senyuman mesra..

Saya dapat lihat semua itu!
Dan semua itu menyentuh hati saya..

Selama hampir 15 minit menyaksikan pelbagai genre drama jalanan, selama itulah saya mulai merindui ibu saya. First lady di republik Hati Saya.

Satu per satu kenangan manis antara ibu dan saya terlayar secara auto di minda. Rasa nak terbang balik rumah. Ucapkan terima kasih pada ibu terchenta kerana sudi menumpangkan saya dalam rahimnya. Mengusung saya dalam perutnya lebih sembilan bulan. Terima kasih!

Mother's Day Myspace Comments

Jika kau ingin menggembirakan ibumu,
Berbicaralah dengannya..

Jika kau ingin membagiakan ayahmu,
Dengarlah padanya..

I love u, mom!

Wassalam.

Ikhlas,
Maryam Kamal.

Tuesday, August 11, 2009

Being Sixteen...

Assalamualaikum wbt..

Happy Birthday Myspace Comments

11 Ogos 1993.

11th of August 1993.

My birthday date. My date of birth. The day I came to the world. The day I see the world. The day I know the world, and its content..

Today is 11th of August 2009.

I am sixteen, today.

Happy birthday to myself! =D

Being Sixteen..
Not as fun as being fifteen..

At fifteen,
I'm a lower secondary student..
I'm only PMR candidate..
I'm only wearing white uniform..
But that was before.
That was when I was fifteen.

Now..
I am sixteen.

At sixteen,
I suddenly changed.
I'm an upper secondary student..
I'm SMU candidate, already!
I'm wearing green and black costumes..
That is now..
That is when I am sixteen.

See the differences?
Sooo many happened to me in a year.
Too bad, for me!

But still..
I am lucky!

My friends..
The more the merrier!

My study..
I'm learning more!

My parents,
They're my good friends now!

My family,
I got new sista, and Iqbal will get new 'adik'!

My uniform,
It changes green!

My sisters,
I got many new sisters at skewl!

My school,
Greater!

My teachers,
Cool!

My buses,
Terrible!! hahax

My fons,
Better!

My room,
Much better!

My furniture,
Much more better!

My dicipline,
worse! haha

That's me. A piece of me. I'm happy with me, being sixteen.

A giant appreciation and thanks to The Almighty for the chance He gave me, to see the world. To know the world. To enjoy the world. To be loved. To love. And, to be everybody. Oh My God, I love u!

A huge appreciation to my mum, cos gave me birth. Cos gave me chance to know the world. To know her, the greates woman ever I met. Thanx mum. I really mean it. Thanx!

But.. frankly talking,,, in deep of my heart core, I feel something. Like I loss something. Like I loss my self. My Maryam. My old Maryam. It isn't that this Maryam is terrible.. No! But the old Maryam is much better.. She is innocent, compared to this Maryam. Sinful! Furthermore, that Maryam is young. This Maryam is old. Hahahaha.. Nonsense talking!!

Besides,, that Maryam is baby. Baby is cuddleful. Like these..

New Baby Myspace Comments

So sweet!

New Baby Myspace Comments
MyNiceSpace.com

This Maryam, cannot be hugged anymore, except certain people only.. Hik2

Maryam, enough of this nonsense momet, kay!

Erm.. don't present me anything. Just wish me luck in my whole life. Just wish me all the best in my daily life. Please.. =D

Wallahu'alam.

Wassalam.

Honestly,
Maryam Kamal.

Saturday, August 8, 2009

Wish Me Good Luck!

Assalamualaikum wbt..

Glitter Words Myspace Comments

Bermula 10 Ogos 2009, saya dan teman-teman setingkatan lain akan menduduki Peperiksaan Percubaan Sijil Menengah Ugama (SMU) 2009. Insya-Allah.

Peperiksaan ini bermula 10 Ogos 2009 dan akan berakhir pada 19 Ogos 2009. Sebanyak 14 subjek akan diuji kepada para pelajar tingkatan empat bagi sekolah Yayasan Islam Kelantan.

Majoriti daripada subjek berkenaan ialah subjek berteraskan agama seperti Al-Quran, Qawaid, Tauhid, Tafsir, Akhlak, Muthalaah, Tarikh Adab Nusus, Tarikh Islam, Feqah, Hadis, Insyak dan Balaghah.

Manakala dua lagi subjek merupakan subjek akademik iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sebanyak dua subjek akan diuji dalam masa sehari.

Ayuhlah, sama-sama kita berdoa agar kami semua, calon SMU 2009 mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan percubaan ini dan peperiksaan yang betul pada bulan 10 nanti. Insya Allah.

Doakan yang terbaik buat saya, semoga saya tidak lagi mengecewakan ibu bapa saya dengan keputusan yang teruk. Semoga keputusan yang saya perolehi nanti bakal mengukirkan senyuman bangga di bibir semua ahli keluarga saya. Supaya mereka peluk saya macam ni..

Hugs Myspace Comments

Doakan juga supaya sifat kemalasan saya dalam menghafal semakin berkurang, juga pohonkanlah saya diberi kekuatan untuk melawan tuntutan nafsu malas yang selalu bermaharajalela. Jauhkanlah saya daripada tunduk kepada nafsu. Nauzubillah.

Semoga Allah bersama saya, anda dan kita semua, sentiasa. Amin.

Rasa macam nak peluk semua yang sudi mendoakankejayaan saya.. Macam ni..

Hugs Myspace Comments

Thank you, friends! (",)

Terima kasih banyak-banyak-banyak-banyak-banyak-banyak-banyak-banyak-banyak!!~! =D

Wish me good luck, and all the best!

Jaga diri, jaga kesihatan, jaga agama. Wallahu'alam.

Wassalam.

Ikhlas,
Maryam Kamal.

Friday, August 7, 2009

Andai Aku Mati..

Assalamualaikum wbt..

Emo Myspace Comments

Semalam, sekolah terchinta mengadakan majlis solat hajat perdana antara barisan guru dan para pelajar, memohon agar kami semua dijauhkan dari semua bala bencana-Nya, termasuk yang popular pada hari ini, virus Influenza A H1N1 atau dalam bahasa kurang lembutnya, selsema babi.

Bercakap soal virus ni, saya memetik sedikit kalam PK terchenta, Ust Malik..

'Sapo2 hok selsema lni, cepat2 gi jupo doktor. Pahtu, kalu tok leh mari skoloh hanya sebab selsema, meskipun pada waktu trial, telepon ko skoloh, ghoyak xleh mari. Tak apo! Dibenarkan. Pahtu, kalu jupo oghe hok napok baru lepah kesat idung, xsoh dok sale lah..'

Itulah serba sedikit kata-kata beliau, menitipkan pesanan buat anak-anak MMP agar menjaga kesihatan..

Semerta, saya rasa seriau. Saya yang sedang batuk, bertambah-tambah batuknya! Hidung pula makin berair.

Farhana di kanan sudah mengensot menjauh seinci,
Shu di kiri apatah lagi..
Sedih merajai hati!
Apa salah diriku ini?

Saya demam. Ya, saya akui. Saya batuk dan selsema, memang menepati tanda-tanda penghidap H1N1. Namun, ingin saya tekankan di sini, saya sudah ke hospital untuk mendapatkan rawatan! Doktor bertugas tidak menyatakan apa-apa yang teruk. Saya pula cuma diberi sebotol ubat batu syrup 90ml bersama ubat selsema. Mungkin degupan jantung saya ok!

Justeru, sudah terang tanpa perlu disuluh, saya ok! Cuma saya diserang virus batuk dan selsema biasa. Bukan H1N1!

Masuk ke kelas, saya lihat Awatif usung tisu ke hulur ke hilir. Selsema. Saya bimbang, sayakah yang membawa virus selsema kepadanya, sementelah dia menjadi rakan duduk di tepi saya?

Berkali-kali saya pesan kepadanya sebelum pulang, agar dia mendapatkan rawatan doktor andai selsemanya tidak hilang selepas dia menelan Paracetamol. Dia pula, asyik bercerita mengenai kematian seorang demi seorang mangsa H1N1. Saya jadi gerun!

Semerta, saya teringat. Betulkah pemeriksaan doktor tempoh hari? Minda saya menjawab, betullah! Dia tu kan doktor! Tapi, sebahagaian lagi menjawab. Doktor juga manusia biasa yang melakukan kesalahan.

Saya keliru.

Tadi, saya membaca tanda-tanda H1N1 di akhbar. Antaranya..

1)Batuk dan selsema.
2)Sakit tekak.
3)Cepat penat.
4)Pening kepala.
5)Tangan menggeletar.

Nombor 1 dan 2 dah sahih. Nombor 3, selalu juga. Saya selalu tidur awal sekarang. Nombor 4, biasa.. Nombor 5, tak ada lagi. Kecuali..

Kecuali pagi tadi. Menggeletar sedikit. (Sebab sejuk kena air? Berkaitan tak?)

Saya mula seriau!Seram! Ngeri..

Kalau betul saya terkena virus H1N1, tanpa saya sedari.. Dan saya semakin kronik, dan tiba2 saja saya mati, bagaimana???

Semalam, di eskalator di Tesco, saya sempat berfikir perkara ini.. Justeru, kalaulah betul saya mati selepas ini, sama ada kerana virus ini, ataupun kerana setakat ini Allah takdirkan saya menjadi khalifah di muka bumiNya.. bacalah ini..

1) Kepada sesiapa yang terasa dengan saya, ampun maaf dipinta berjuta2 kali!
2)Kepada sesiapa yang saya berhutang dengannya dan tak terbayar lagi sebab sengaja atau lupa, mintak halal ya! Kalau tak, mintalah dengan mak saya. InsyaAllah, hutang akan langsai. Tak naklah roh terawang-awang di langit sebab hutang tak bayar.
3)Kepada sesiapa yang banyak tolong saya, terima kasih banyak2!
4)Kepada kawan-kawan dan guru-guru, semoga Allah mmeberkati kalian.
5)Kepada sesiapa sahaja yang mengenali saya dan saya kenali antunna, minta ampun maaf banyak-banyak!
6)Kepada kawan2 MMP, jaga Maahad dan Islam utk saya.
7)Kepada kwn2 SkSIS, terima kasih kerana mengajar saya erti persahabatan. Maaf byk2 ya!
8) Kepada semua guru yang sudi memberi peluang kepada saya utk belajar, terima kasih!!
9)Kepada semua saudara mara, ampun maaf dipinta!
10)Kepada semua yang bergelar muslim, jaga dirimu kerana dirimu pembawa maruah Islam.

Teristimewa kepada keluarga..

Saya sayang semua! Terima kasih, dan ampun maaf banyak2!

Love Myspace Comments

Rasa takut pula.. Macam betul2 nak mati esok lusa.. Haha.. Andai itu takdirNya, redha la ya! Doakan yg terbaik buat saya..

Ini bukan kali pertama saya rasa saya nak mati. Kali ketiga. Kali pertama, firasat saya tak menjadi. Kali kedua, naluri saya tak tepat. Kali ketiga, wallahu'alam. Kalau betul, say..

'Innalillahi wainna ilahi raajiun..'

Kalau tak betul, forget aboout it.

Saya tak menyesal buat post sebegini sebab saya pasti, suatu hari saya akan mati. Justeru, kata-kata dan ucapan saya takkan berubah... (",)

Love Myspace Comments

Andai kata betullah firasat dan naluri saya kali ni.. Bagus jugak. Tahun ini merupakan tahun kelima saya menanggung dosa sendiri. Mungkin dosa saya tidaklah sebanyak mana kalau nak dibandingkan dengan usia saya pada 10 tahun akan datang, kan?

Juga, sekarang.. Saya tak susahkan hati mak dan ayah saya. Saya tiada dendam dengan mereka. Saya dah gembirakan mereka dengan menuruti segala kemahuan meraka + result exam major(UPSR, PMRU, PMR) yang sangat memberangsangkan, Alhamdulillah.

Saya pun sedang mencuba menghafaz beberapa surah dalam kalamullah, selain memenuhi tuntutan sebagai pelajar sekolah yang memang kena menghafaz. Mati ketika sedang menghafaz, wah! Bagus juga..

Lagi pula saya sedang bahagia sekarang. Dengan keluarga dan kawan-kawan. Pendek kata, kalau betullah Allah ambil nyawa saya 2-3 hari lagi, saya mati dalam iman... Bak kata P. Ramlee.. Kan? Hehe..

Ni pun saya tgh layan lagu Ungu-Andai Ku Tahu.. Cuma layan. Tak lah minat. Apatah lagi liriknya tak sama dengan kondisi saya sekarang.. Saya redha je.. =D

erm, mungkin mengarut, kan?

Entahlah.. Jiwa saya kacau bilau. Maaf.

Wallahu'alam.

Wassalam.

Sangat Ikhlas,
Maryam Kamal.

p/s:

Emo Myspace Comments

Erm, i myself dunno! (",)

Monday, August 3, 2009

Al-Mustasyfa.

Assalamualaikum wbt..

Welcome Myspace Comments

Dengan dukacita dimaklumkan, saya telah meninggalkan seminar Tarikh Islam sebab nak balik awal semata-mata nak ke hospital. Nampaknya, batuk saya semakin kronik. Awlawiyat!

Cerita saya kali ini bukanlah mengulangkembali mengenai awlawiyat, ataupun kisah biasa. Kali ni, saya teruja untuk berbicara mengenai al-mustasyfa. Hospital. Rumah sakit. Tempat segala jenis sakit ditumpahkan buat makluman doktor.

Setiba di Hospital Daerah Pasir Mas, saya menuju ke kaunter pendaftaran. Sempat lagi saya kerling pada papan kenyataan di sebelah. Pelajar yang membawa surat pengesahan guru besar, penjawat kerajaan yang membawa surat ketua jabatan, ibu mengandung dan warga emas adalah antara golongan-golongan yang tidak perlu membayar RM1 semasa sesi pendaftaran.

Lama menunggu rekod kesihatan saya dicari, saya mulai gundah. Zuhur belum tertunai,sedangkan jam sudah ke angka 3 lebih. Untuk pulang, saya khuatir. Kalau nama saya dipanggil, dan saya tiada? Terlepas peluang.. Ingatkan sekejap je....

Saat inilah saya kitarkan pandangan ke sekeliling. Masyarakat yang majmuk. Cina dan Melayu bersenyum mesra. Tua dan muda berbicara manja.

Terdapat satu golongan yang menarik perhatian saya.

Di sebelah saya, duduk dua orang pelajar perempuan yang masih bersekolah rendah memenuhi tempat duduk yang kosong. Seketika berlalu, budak perempuan di sebelah saya mulai berkisar duduk. Menggelisah. Keluhan keluar sekali-sekala.

Rupa-rupanya dia hanyalah peneman kepada sahabatnya. Saya cuma memerhati. Seketika, dia mulai berpamitan, meninggalkan temannya sendirian.

Sedetik kemudian, tiga kanak-kanak lelaki datang. Seusia barangkali kerana saiz yang hampir sama, kecuali seoarng yang lebih kecil. Selepas bertanya khbabar, dengan rela hati, mereka bersetuju menemakan pelajar perempuan terbabit yang menghadapi masalah kudis buta di kaki.
Salah seorang daripada kanak-kanak lelaki tersebut, bersaiz lebih kecil berkemungkinan adik kepada pelajar perempuan terbabit, saya kira. Ini berdasarkan riak wajahnya yang gundah dan resah. Hinggakan kakaknya mahu masuk ke bilik doktor, ketiga-ketiga mereka sedia masuk menemani namun si kakak enggan. Segan barangkali.

Seketika, saya termangu. Betapa polosnya hati kanak-kanak lelaki yang berdiri di tepi dinding berselahan pintu. Reaksinya seolah tidak sabar menunggu kakaknya keluar dari kamar itu. Hati saya terusik. Ukhuwah kekeluargaan begitu kental dalam jiwa mereka. Alhamdulillah.

Saya turut kagum dengan pelajar perempuan tersebut yg sgt berdikari. Dtg ke hospital seorg diri. Kalaulah saya, pasti saya akan seret mak ayah bersama. Masya-Allah!

Saya lihat lagi sekeliling. Remaja perempuan yang berbaju sekolah, bertudung namun pemakaiannya menyedihkan. Tudung yang seolah-olah bersifat senipis penapis teh, bersama satu brooch sahaja di leher, manakala ukuran lebar baju sangat kecil kerana baju yang dipakai mereka ketat. Semoga Tuhan memberikan hidayah pada mereka. Amin.

Saya melihat lagi unsur kasih sayang. Kebanyakan yang datang, ibu-ibu yang membawa anak-anak yang sakit. Saat menunggu nombor giliran, anak-anak enak menikmati keenakan melelapkan diri di atas paha seorg ibu. Kelembutan usapan tangan seorang ibu. Subhanallah!

Kemudian, saya lihat lagi warga emas yang setia menanti giliran, meski riak wajah mereka jelas menunjukkan keuzuran. Ramai yang merungut, sistem yang kurang memuaskan. Masa yang diambil oleh kaunter pendaftaran agak lama. Mungkin sukar untuk mencari satu rekod dalam ribuan rekod pesakit. Wallahu'alam.

Sesungguhnya, saya suka detik2 ini. Detik di mana saya kenal masyarakat. Detik di mana saya dikelilingi masyarakat yang berbagai. Seronok juga! Syukurlah saya tiada hutang solat dengan Allah. Selamat terlaksana!

Oklah. Saya tiba2 rasa mengantuk. Penangan ubat batuk barangkali! Doakan saya cepat sembuh untuk menghafal dengan baik demi menghadapi peperiksaan percubaan mggu depan.

Doakan ini ya buat saya..

Get Well Myspace Comments

Juga ini..

Get Well Myspace Comments

Wallahu'alam.

Wassalam.

Ikhlas,
Maryam Kamal.

Sunday, August 2, 2009

Awlawiyat.

Assalamualaikum wbt..

Awlawiyat.

Topik kita pada hari ini ialah, awlawiyat.

Semenjak Khamis lepas, saya sudah tertanya-tanya, apakah perkataan yang diungkapkan oleh Alyani beberapa kali di BD yang dia jadikan bahan gurauan bersama beberapa dhabitah lain.

Awlawiyat!

ouh!

Tapi, apa itu?

Menurut Alyani, awlawiyat ialah keutaaman, yang berasal dari perkataan aula yang bermaksud awal..

Oh, ya ke? Bagus betol kak saya nih.. =D

Menurut renungan2u.wordpress.com, awlawiyat bermaksud keutamaan dari perkataan `aula’ yang bermaksud lebih utama daripada perkara yang perlu diutamakan.

Kenapa ya Alyani menyebut awlawiyat pada Khamis yang lepas?

Ini kerana, kelas tambahan Akhlak kami yang diadakan jam 3-5ptg bertembung dengan tusiyen Add-Math yang diadakan jam 3.15-5.15ptg.

Biasanya, pada hari Khamis, tiada sebarang kelas tambahan sekolah.
Biasanya, tuisyen Add-Math hanya sejam, tapi kebetulan terjadi dua jam sbb ckgu ada musyaqqah utk mggu seterusnya, lalu digantikan dengan minggu ni terus...

Begitulah. Betapa Allah Maha Berkuasa menentukan segala sesuatu.

Akhirnya, Alyani memilih ke tuisyen Math Q memandangkan ini merupakan subjek pembunuh. Berbanding Akhlak pada hemat kami, boleh difahami makna tafsirannya dari B. Arab ke B. Melayu melalui teman-teman. Hurm, awlawiyat!

Mungkin anda susah nak faham. Ok, kita ke cerita yg lebih mudah..

Tadi, selepas waktu sekolah, ada seminar madah Muthalaah jam 3-5ptg bagi calon SMU. Kena balik lambat..

Justeru, saya dan kawan2 keluar mencari makan tengah hari. Entah kenapa, pergerakan kami agak lambat hari ini. Orang terlalu ramai. Nak beli nasi, beratur. Nak beli air, bertompok. Akhirnya, jam 2.30 baru masuk ke kawasan sekolah balik. Nasi belum makan, air belum minum, solat belum tunai!

Jam 3 ptg, baru lah bergerak ke musolla. Tak tahu kenapa lambat sangat hari ni. Ketika saya sampai di musolla, Farhana sedang solat. Saya lantas ke tandas. Keluar tandas, Zidane, Zahidah dan Shu menjelma. (Erk?! Menjelma?!!!)

Saya berwudhu'.

Usai wudhu', saya lihat Farhana sudah bersedia menyarung stokin. Shu, Zahidah dan Zidane masih lagi di tempat wudhu'. Usai solat, Zahidah sudah berdiri di belakang, tanda mahu bergilir telekung. Shu masih belum solat, meski sudah berunifom solat. Zidane?

Ah, ayu benar dia! Sedang mengelap muka! Baru selesai mengambil wudhu'!

Saya kerling jam di tangan. Masya-Allah. 3.15ptg. Dalam hati dah bergolak, bimbang disiplin saya sebgai dhabithah dipertikai kerana hadir lewat ke seminar. Lantas, saya berfikir..

Nak tggu kawan-kawan atau nak terus ke dewan? Dah lambat sangat ni!

Lantas, satu perkataan terlintas di minda saya.

AWLAWIYAT!

Hurm, saya sempat lagi berfikir dua tiga kali..

Kalau saya tinggalkan kawan-kawan saya, dan mereka dtg lewat ke dewan, dan dimarahi, kesiannya!

Tapi, kalau saya tggu mereka, dan kena marah sekali sebab lambat meskipun saya tak lambat, lagi naya!

Tapi, tak ke nanti saya jadi kawan yg pentingkan diri sndri??

Tak apalah! Siapa suruh mereka berlemah-lembut? Hehe..

Lagi satu, awlawiyat.. Mana yang lebih utama?

Tggu kawan-kawan solat? Sementara tu, duduk dulu meriba tangan?

Atau,

Terus berkejar ke dewan seminar dan dengar seminar?

Oh, sudah pastilah yang kedua tu jadi pilihan, kan?

Kawan-kawan, maaf ya! Kena tggal tadi! Esok kita bergerak cepat sikit. Alhamdulillah tak ada yg kena marah tadi, walaupun lambat. Ust Fikri mmg sporting! =D

Erm, tu lah serba sedikit penerangan dan penjelasan mengenai awlawiyat. Alhamdulillah, bertambah vocabulary saya.

Oklah, nak solat isyak. Saya baru saja tiba di rumah jam 7.15mlm tadi. 12 jam meninggalkan rumah utk ke sekolah. Sepanjang minggu ni nampaknya begitulah.. Sebab penuh dengan seminar dan kelas tambahan.. Haila..!

Entah kenapa terbatuk-batuk dan selsema. Ayah kata, saya suka tidur bawah kipas laju menyebabkan saya tak mampu bernafas dengan baik, melawan angin kipas yang melaju. Paru2 saya kemudiannya jadi sakit. Betulkah? Hehe.. Ye lah kot. Mintak jauh daripada sebarang penyakit berbahaya. Amin! =D

Oh, ya! Jaga diri! Jangan main hujan macam saya tadi, meski terbatuk2 dan terbersin, tetap istiqamah main hujan! =D. Nasib baik perjalanan ke stesen bas dari sekolah tak jauh sangat. Tak adalah saya berhujan lama sangat... Tak syiokla! =(

=D

Sesungguhnya, yang baik dari Allah, yang lemah..

About Me Myspace Comments

It's me. My lack.

Kalau salah tlg betulkan. (",)

Have a nice day!

Love Myspace Comments

Wallahu'alam.

Wassalam.

Ikhlas,
Maryam Kamal.

Saturday, August 1, 2009

Back to The Usual Routine!

Assalamualaikum wbt..

Hello! Myspace Comments

Hurm..

Sekejap sangat rasanya. Rasanya baru tadi berkejar ke Math-Q, menaiki tangga yang begitu banyak, mengerah minda selama dua jam khusus untuk Add-Math dan Ckg Naseer sahaja. (erk, Ckg Naseer sahaja? And, rasanya tak cukup dua jam. Dahlah sampai lambat, sempat lagi tangkap lelap! Syyh! Jgn bgtaw Ckg Naseer. Kecik aty dia nanti.. =D)

Tapi, hari dah Sabtu. Diulangi, SABTU. Ulang sekali lagi, S.A.B.T.U! Lepas Sabtu, Ahad. Bermakna, Ahad dah sekolah.. Aiseh!

Kenapa yek kalau pergi sekolah, walau macam mana best sekalipun sekolah tuh, mesti reaksi pertama yang tercebus dalam qalbu,

'Aiseh, kena gi skolah?'

Kan Allah dah janjikan pahala yang besar bagi yang menuntut ilmu.. Malah, ayat yang pertama diwahyukan kpd Nabi Muhammad SAW juga menjurus ke arah pembelajaran..

'Bacalah dengan nama TuhanMu..'

Junjungan Mulia SAW pun banyak bersabda mengenai belajar-belajar ni..

'Tuntutlah ilmu hingga ke negara China.'

'Tuntutlah ilmu dari buaian hgga ke liang lahad.'

Bahkan, setahu saya, jika seseorang mati dalam keadaanya sedang menuntut ilmu, dia dikira sbg mati syahid. Belajar juga dikira sebagai ibadat. Setiap langkah ke sekolah merupakan pahala, sama seperti setiap langkah ke masjid. Bagi saya yang berjalan kaki maha jauh ke sekolah dari stesen bas, oh! Banyakkah pahala saya? Wallahu'alam.

Ooh!

Tapi kenapa masih ramai, TERMASUK SAYA masih MALAS ke sekolah? Okey, mungkin tidak bagi anda sekalian. Tapi.. jangan tipulah! Mesti ada juga yg malas!

Erm..
Walaubagaimana malas sekalipun, saya kena thubutkan hati. Lawan nafsu. Saya kena ke sekolah!

Sebagai pelajar yang kurang pandai, saya kena tampung kelemahan tu dengan beribadat seperti ini. Mana tahu, Allah membaiki kelemahan saya dengan apa yg saya lakukan. Insya Allah.

Esok, insya Allah, ada yang menarik di sekolah. Pasti kawan-kawan sukakannya. Erm, lisan berkumpulan B.Melayu juga kena buat esok..

Nur Huda, Nur Farhana, Profesor Jamilah, Dato' Madihah dan Puan Hajah Khairunnisa', dah bersedia ke nak bertentang mata dengan Puan Sri Haizan Hamzah? =D

Erm, latihan Adab Nusus kena submit esok. Aiseh! Dah kena mulakan sesi hafal-menghafal. Trial pun semakin menghampiri. 10/08/09.. Ni lah rutin saya tatkala hari peperiksaan makin menjelmakan diri... Menghafal, menghafal dan menghafal. Saya memang begini, hafal last minute. Senang nak ingat!

Naibah a.k.a asisstant monitor saya yang juga dilahirkan pada bulan Ogos berkata, orang yang dilahirkan pada bulan ini mempunyai usaha yang luar biasa. Dengan senang hati, saya menerima kata-kata 'kaunselor tak bertauliah' ni. Thanks! =D

Erm, dengan ini, saya berhajat.. (baru berhajat ok!) nak mengurangkan aktiviti on9. Sejak mendapat tahu line internet di rumah wireless tiba-tiba, entah datang dari mana, nafsu utk on9 jarang boleh disekat. Macam skrg, tadi on9 pukul 4, janji nak berhenti masa Asar, tapi sekarang ni dah pukul 5 lebih. Selalu nafsu yg menang! Tak boleh jadi!

Justeru, saya sangat berharap, selepas ni, kalau nak on9 setiap hari pun, saya akan meluangkan setengah jam sahaja.

~Maryam, ingat tu. SETENGAH JAM sahaja. Kalau tak, 30 minit je! ~

=D

Selain tu, kena kurangkan aktiviti blogging. Kena luangkan lebih banyak masa untuk menghafal. Dah banyak sangat menulis, sampai menulis esei dalam exam B.Melayu pun sampai tak boleh berhenti. Agaknya, Cikgu Haizan boring baca panjang-panjang. Kesian ckgu, kena buli ngan pelajar yg comel ni. =D

Erm, oklah! Petang-petang begini, elok luangkan masa bersama famili, ziarah datuk nenek.. Cucu yang bagus..

Oh, ya! Pengantin baru, Kak Aimi dan Ijat (kakak ipar dan abg tersyg!), selamat tiba di KLIA pagi tadi.Alhamdulillah. Jam 10 malam ni, mereka akan berlepas ke Kaherah, Mesir menyambung pengajian yang masih berbaki tiga tahun di Universiti Mansoura sambil-sambil berhoneystar di sana. Jealous2!

=D

Tak apa, zaman saya nanti, zaman di mana abang kakak dah senang, saya akan ke Mansoura tu, utk tggu keputusan SPM. Tak mainlah tanam anggur di rumah! Kan abg kakak dah kaya? =D.. Ni salah satu kelebihan jadi anak bongsu (dan.. bosan? hehe)

Erm, got to go.. Tak sabar pulak rasanya nak jumpa kawan-kawan esok. Banyak cerita nak kongsi sehari dua tak berjumpa..

Buat Shu, roses' maniac,

Animated Pictures Myspace Comments

Buat Madihah, Pooh's maniac,

Animated Pictures Myspace Comments

Dan buat semua..

Miss You Myspace Comments

Dan pastinya takkan lupa, dalam hati saya sntiasa rndukan Dia dan kekasihNya itu.. Allahuakbar!

Yang baik itu dr Allah, yg buruk itu mmg kelemahan saya, insan lemah..

Wallahu'alam.

Wassalam.

Ikhlas,
Maryam Kamal.

p/s: Wish me all the best!