BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 28, 2009

Tak Hidup dek Puji, Tak Mati dek Keji..

Assalamualaikum wbt..

'Saya puas hati dengan kerja awak..'

'Saya senang dengan kerja awak...'

'Awak buat kerja dengan betul..'

'Bila awak buat sesuatu, awak buat dengan bersungguh...'

'Saya tak terkejut kalau awak berjaya jadi..-tuuut-.. tahun depan..'

'Awak ada potensi, Maryam!'

NGERI!

TAKUT!!

SERAM!!!

SERIAU!!!!

Kata-kata tu diucapkan oleh berbagai pihak yang berpuas hati dengan siapa Maryam Kamal seadanya, zahir dan batin.

Ya!

Benar!

Itu kata-kata pujian!

Pujian yang memberangsangkan!!

Namun, saya khuatir..

Bagi saya, pujian itu ibarat ombak tsunami yang menggulung tinggi.. Yang akan menelan saya yang kelekaan melihatnya bergulung.. Yang akan melemaskan saya yang terlalai dalam menilai.. Yang membenam saya yang alpa ke dasar laut. Huisy, bukankah menakutkan?!

Saya akui, saya jarang menerima pujian yang ditujukan secara langsung buat saya. Justeru, saya kaget berada dalam situasi ini. Saya enggan mati dalam keadaan begini. Dalam keadaan leka, lalai dan alpa dalam gulungan ombak tsunami pujian.

Lantaran itu, saya pohon, agar saya tetap menjadi diri saya dan tidak berhijrah ke sifat lain melainkan ke sifat yang lebih baik. InsyaAllah.

Jauhkanlah saya dari riak! Nauzubillah!

Saya bekerja dengan bersungguh-sungguh? Mahu tertawa besar rasanya! Ayah selalu pesan, buat kerja elok-elok, jangan main-main. Namun, kadang-kadang saya main-main juga. Justeru saya agak hairan, bagaimana orang melihat hasil kerja saya yang 'bagus' itu? Walaubagaimanapun, Alhamdulillah. Kerja saya dihargai dan saya amat hargai itu! =)

Namun, izinkan saya berpaksikan kalam-kalam..

'Tak Hidup dek Puji, Tak Mati dek Keji...'

Izinkan saya berkiblatkan kata-kata yang mengingatkan saya bahawa saya tak hidup hanya kerana pujian manusia dan saya juga takkan mati dengan keji nista mereka dalam menangani fasa baru dalam hidup saya-dipuji!

Doakan saya istiqamah!

Ikhlas,
Maryam Kamal.

p/s: Kak, sorry. Bukan nak membangga diri dipuji tapi saya nak abadikan tarikh saya disedarkan..(",)

Tuesday, May 26, 2009

Perkara-perkara Kecil yang Selalunya Tak Penting..

Assalamualaikum wbt..

Kali ni, ingin saya sentuh sedikit mengenai beberapa perkara kecil yang biasanya tak penting namun ada masanya, menjadi begitu penting!

Contohnya..

1) Minyak cap kapak botol paling cute.. Selalunya, kita tak pening kepala. Tapi tiba-tiba datang migrain, tangan mula menggagau mencari...

2) Duit 5 sen. Biasanya, lepas dapat baki duit 5 sen, kita terus selit dalam poket. Tapi tiba-tiba suatu hari, duit tak cukup 10 sen kat shopping complex, tergagau-gagau tangan ni mengorek dua keping 5 sen dalam poket tu.. Betapa dua keping 5 sen berjaya menghapuskan peluh dingin di dahimu..

3) Masa 1 minit. Sebelum ni, seminit tu apalah sgt! Tapi, tiba-tiba nak bayar bil, seminit lepas je bank baru tutup. Masa tu mulalah menyesal tak terkata...

4) Gambar pasport. Dulu, tak kisah pun ada ke tak gambar pasport dalam wallet. Tapi tiba-tiba suatu hari ni, memerlukan gambar pasport yang urgent. Mulalah terkejar-kejar cari kedai gambar, pastu siap kena bayar mahal lagi sebab nak cepat..

5) Setem. Selama ni, tak tahu pun yang setem harga 20 sen, 10 sen dan 5 sen dah dilupuskan sebab tak pernah ambik tahu hal setem. Tapi tiba-tiba nak guna setem secara cepat. Mulalah terteleng-teleng cari pejabat pos atau pun bookstore. Siap ngamuk ag kalau kat bookstore tu takde jual setem atau sold out.

6) Disket. Sejak ada pendrive ni, dah lupa dah dah apa itu disket. Lepas hilang pendrive, sementara nak beli yg laen, baru ingatan datang balik tentang disket dan betapa pentingnya disket yang suatu ketika dulu dilempar sebab lembap dan tak efisien, konon!

7) Brooch. Utk kaum wanita, saya yakin, hanya 5% drp kita yang ada brooch simpanan kat baju kan? Lepas tu, kalau brooch kat tudung tercabut, jatuh dan hilang, mulalah masuk Mydin nak cari brooch secondhand. Takpun, ambik je badge besar duit 50 sen kat beg letak kat tudung..

8) Lilin saiz atas kek birthday tu.. Selama hayat hidup ada elektrik ni, barangkali lilin pun tak tahu apa ke bendanya. Tiba-tiba satu hari blackout, baru sibuk nak cari lilin, pelita, minyak tanah, obor segala...Jangan lupa mancis atau lighter sekali. Utk pasang api pada lilin je yea, bukan pada rokok..

9) Pengetip kuku. Sejak-sejak pandai masuk spa dan buat rawatan kuku, pengetip kuku dibiarkan tersadai kat rumah, menunggu masa untuk berkarat. Tiba-tiba spa tu tutup, bankrup atau diisytihar muflis, sedang kuku dah macam pontianak, mulalah sibuk cari ketip kuku. Tak kisah dah kena ketip kuku cantik dengan ketip kuku berkarat, asal kuku pendek.. Ye la tu..

10) Gula-gula. Sebelum ni mana pernah mulut rasa payau kan? Jadi tak menghargai pun kehadiran gula-gula di muka bumi ni. Dok makan cadbury, ferrero rosher je.. Tapi tiba-tiba tekak rasa pahit, kesat.. Nak makan coklat, nanti dahaga..Mulalah mencari gula-gula. Tak kisahlah gula-gula yang harga berapa.. Janji sakit tekak ilang...

11) Pen saiz mini. Pen Mont Blac pun guna kat ofis je. Pen UNIC buat autograf borang kebenaran ibu bapa kat rumah. tak bolehke letak pen papermate bersaiz mini tu dalam beg, supaya nanti tak panik bila urgent!

12) Tisu. Bukannya tiap-tiap hari idung berdarah kan? Tapi tiba-tiba, idung berdarah, terkena baju, tudung segala.. Mula panik nak mati sebab tak ada tisu atau sapu tangan.. Sat g, pengsan sebab tak tahu nak kesat darah dengan apa, bukan sebab darah mengalir banyak sangat!

13) Earphone. Lepas beli handphone, earphone entah ke mana. Alah, bukannya guna pun! Tapi tiba-tiba kena buat panggilan penting, antara hidup dan mati semasa sedang memandu, sanggup ke? Nak berhenti, nayawa orang terancam. Nak teruskan, nyawa kita terancam. Silap-silap haribulan, kena saman lagi..

14) Lipbalm. Bukan selalu bibir kering. Lagipun, siapa kisah kalau bibir kering? Tapi tiba-tiba terjumpa Tok Guru ke, Dato' Husam ke.. Takkan nak senyum dengan bibir kering, kan? Silap-silap, pengsan depa. Nauzubillah!

15) Sunblock cream saiz kecil... Selalu merungut muka berminyak, kulit muka tak sekata, kulit makin gelap.. Tapi, tak cari faktor dan cara untuk menyelesaikan masalah. So, janganlah banyak cakap.

Itulah antara beberapa perkara yang sempat difikir dan disenaraikan. Itulah, perkara-perkara kecil yang biasanya kita lupakan kepentingannya sebab jarang digunakan, namun menjadi amat penting ketika mahu menggunakannya! Justeru, fikir-fikirkanlah bersama.. Mungkin post kali ni lebih bersikap feminin sebab biasanya perempuan yang suka sumbat banyak barang dalam beg kan? Tak apalah, kalau kena ragut, mesti peragut tu menyesal sebab meragut beg yang ada minyak cap kapak, pen, lipbalm,tisu, lilin, gula-gula, pengetip kuku segala.. Kan3?

Renung2kan bersama.

Ikhlas,
Maryam Kamal.

Saturday, May 23, 2009

Jika Dunia Hanya Persinggahan, Mengapa Tidak Mencari Bekalan untuk Meneruskan Perjalanan?

Assalamualaikum wbt..

Tajuk yang saya letakkan di atas rasanya semua sudah mengetahui takrifnya secara bahasa kerana teman-teman saya juga memahami sebaris ayat panjang itu secara zahirnya. Namun, amat malang sekali apabila ada juga teman-teman yang gagal mengertikan kata-kata tersebut. Erm, kenapa ya?

'Jika dunia ini hanya persinggahan, mengapa tidak mencari bekalan untuk meneruskan perjalanan?'

Rata-rata kawan saya memberikan respons sebegini...

'Maksud ayat ni, kita kena sedar dunia ni persinggahan je...'

'Ayat ni kata, dunia ni hanya persinggahan, takkan kekal...'

'Kata-kata ni sindir kita sebenarnya. Dunia ni hanya tempat berhenti sekejap, kena tak berusaha nak cari bekalan untuk teruskan perjalan?'

Hakikatnya, bukan ini yang saya mahukan dari teman-teman. Saya mahukan sesuatu yang luar dari konsep ini. Saya mahukan sesuatu yang asing tetapi sesuai untuk melengkapkan makna ayat ini.. Tapi, bagaimana?

Bagi saya, ini tafsiran saya...

Saya merujuk pada kata-kata itu..

Secara lughahnya, kata-kata tersebut menyatakan secara jelas bahawa dunia ini hanya sementara, justeru kita sepatutnya mencari bekalan yang cukup untuk ke tempat yang kekal..

Secara istilahnya, ayat ini sememangnya menyindir dan memerli kita semua, insan yang terasa. Kita sedia maklum bahawa dunia ini sememangnya hanya persinggaha. Ibarat menaiki bas dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur, namun singgah berehat, makan, minum dan khidmat diri di Merapoh. Sama juga dengan perjalanan sebenar kita, manusia. Perjalanan kita bermula dari alam roh, dan singgah sebentar di alam dunia untuk mencari bekalan bagi meneruskan perjalanan ke alam akhirat.

Justeru, seharusnya bagi kita umat manusia mencari bekalan yang benar-benar mencukupi bagi memastikan kita selamat di sana. Tapi, bekalannya dalam bentuk apa?

Makanan?

Pakaian?

Duit?

Kereta?

Pangkat?

Anak, isteri, suami, ibu, ayah, adik, kakak, abang?

Malangnya, TIDAK! Bukan semua itu...

Bekalan yang paling afdhal, pastilah pahaal daripada amal yang dilakukan oleh kita sendiri. Takkan nak kena bagitahu juga spesies-spesies amal tersebut?

Seperti biasa..

Tiang agama-solat...
Pembekal pahala paling senang-puasa..
Zakat-memberi keberkatan pada harta..
Haji-bagi yang mampu..

Selain tu, sedekah jariah, bersifat mahmudah dan mengamalkan gaya hidup Islam dan muslim sejati..

Selain pahala-pahala sendirian berhad ni, doa dari anak-anak soleh dan solehah merupakan bekalan pahala yang menyokong kepincangan kita. Tapi, sayangnya anak-anak sekarang nampaknya kurang menghargai kewujudan ibu bapa mereka. Namun, itu adalah realiti natijah daripada didikan ibu bapa yang tak sempurna. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya...

Tak lupa juga, ilmu-ilmu yang diamalkan. Ilmu? Bukankah segenap yang ada di dunia ni merupakan ilmu? Justeru, ada ilmu baik dan jahat. Jadi, nasihat saya, hanya ilmu yang baik yang diamalkan akan menyumbangkan pahala saat anda sudah berangkat meninggalkan dunia ini... Kalau ilmu kurang baik tu, mampir kepada syirik pula! Nauzubillah!

Erm...

Agak-agak betul tak tafsiran saya? Sementelah saya melihat sekeliling saya, mereka semua seakan berkejar-kejar. Mengejar sesuatu atau dikejar sesuatu, wallahu'alam. Namun, semuanya dlm keadaan ingin cepat. Mengejar masa barangkali. Bagus sifat itu. Namun, apalah sangat bagusnya jika mengejar masa kerana duniawi? Lantas terus meninggalkan ukhrawi?

Saya sedar, teramat sedar realiti dunia hari ini. Masih ramai yang tidak menyedari bahawa dunia ini hanya persinggahan. Hidup ini hanya sementara. Sayangnya...

Sabda Rasulullah SAW : Bekerjalah sebagaimana kamu akan hidup 1000 tahun lagi. Beribadatlah seperti kamu akan mati esok.

Ada sesiapa mampu buat sebegini, secara istiqamah? Saya kagum kalau anda boleh... Saya juga gagal menseimbangkan antara duniawi dan ukhrawi. Seringkali juga saya tersasar dari landasan. Mujurlah tidak terlajak. Alhamdulillah, Allah masih sudi bersama saya.

Cerita saya..

Saya ingin sekali menjadi juruterbang. Alah, pemandu kapal terbang dalam bahas mudahnya. Namun, saya menyedari kemustahilannya lebih tinggi daripada kemungkinannya apabila saya terpaksa mengorbankan pakaian saya jika saya meneruskan angan menggapai cita-cita tersebut. Ya, saya terpaksa menggantikan tudung besar saya dengan tudung yang dimasukkan ke dalam baju. Saya terpaksa menggantikan baju labuh saya dengan kemeja yang dimasukkan ke dalam seluar. Saya terpaksa menggantikan seluar longgar saya dengan seluar ketat. Saya terpaksa menggantikan bedak tipis SilkyGirl di muka dengan solekan tebal.

Akhirnya, saya kembali menjejak bumi. Saya katakan pada diri sendiri,

'Maryam, wake up! Sedarlah, semua ni mustahil! Takkan sampai nak bukak aurat demi nak gapai cita-cita? Sabarlah... Dekat syurga nanti, boleh pandu kapal terbang puas-puas...'

Dan akhirnya, saya menguburkan cita-cita itu kerana peratus untuk mencapainya adalah rendah. Sekarang, saya mahu menfokuskan diri ke dalam bidang bahasa, penulisan, physchology, motivasi ataupun perguruan. Ya ampun, doktor langsung tiada dalam senarai! Kempunanlah emak nak lihat anak bongsunya menjadi Doktor Maryam. Mungkin boleh, dengan gelaran doktor falsafah dalam genggaman, Insya-Allah.

Saya sebenarnya keliru. Kurang pasti sendiri apa yang saya tulis, apa yang mahu saya tonjolkan, apa topik majornya, apa topik minornya... Namun, saya harap ada mesej yang terselit dan sama-sama dapat dikutip, tak kiralah apa pun tajuk post kali ini atau tema, saya sangat berharap agar tulisan ini mampu menyumbangkan sesuatu kepada anda, sang pembaca yang setia.

Sekian, terima kasih.

Sesungguhnya Allah itu sempurna, justeru yang baik itu dariNya, yang buruk itu kelemahan saya. Terimalah seadanya, dan bantulah saya membaikinya.

Salam Ikhlas,
Maryam kamal.

p/s: Auntie Durrah Fatiha, terima kasih banyak-banyak! ;)

Friday, May 22, 2009

Luahan Rasa Cetusan Minda - Hakikat Seorang Pelajar Agama

Salam.

Post kedua pada hari ini, ingin saya curahkan perasaan saya sepanjang bergelar seorang pelajar sekolah agama.

Salahkah?

Jelikkah?

Saya tertanya sendiri status saya dan teman-teman seperjuangan di mata masyarakat? Adakah kehadiran kami dihargai? Adakah kewujudan kami menyakiti?

Bukan apa. Saya seringkali terkena. Terkena pada sindiran tajam yang menyucuk sanubari dan kata-kata sinis yang menusuk kalbu. Tak lupa juga cebikan-cebikan menghina yang menghentak jiwa.

Saya tertanya sendiri. Mengapa begini?

Saya sering berpegang pada kata-kata seorang guru Matematik yang mengajar saya di sebuah pusat tuisyen semasa saya dalam Tingkatan 3. Melihat pada gayanya, saya tak percaya dia mampu mengucapkan kata-kata sehebat ini. (Guru ini digelar FBI kerana nama penuhnya merangkumi aksara-aksara tersebut. Selain itu, cara ruggednya yang gemar menyarung jeans dan berkasut kulit sedangkan kurang sesuai pada usianya. Namun cikgu, saya salute cikgu!)

"ILMU yang ada, diAMALkan sentiasa, barulah kita layak digelar berIMAN."

Saya pegang kata-kata itu sampai sekarang kerana saya percaya, ILMU, AMAL dan IMAN saling melengkapi.

Tanpa ilmu, siapalah saya.

Tanpa amal, apa gunanya ilmu?

Tanpa mengamalkan ilmu yang saya ada juga, saya tak layak digelar orang yang beriman!

Nauzubillah!

Persoalannya, bagaimana saya mahu mengamalkan ilmu yang saya ada untuk menjadikan saya seorang yang beriman jika saya tak mampu mengembangkan ilmu yang saya ada? Jika saya mampu untuk mengembangkannya sekalipun, mereka enggan menerima! Mereka menyisihkan saya. Mereka meminggirkan saya. Mereka tidak meperdulikan saya. Mereka tidak mengacuhkan kata-kata saya.

Kenapa?

Dan, siapa mereka?

Mereka...

Mereka merangkumi semua. Benar, saya boleh beramal sendiri dengan ilmu yang saya ada untuk menjadi seorang yang beriman. Namun, saya tidak mahu hanya saya sahaja yang beriman. Saya mahu seluruh komuniti saya beriman. Seperti juga saya mahu kawan-kawan turut merasa halawah iman yang Allah anugerahkan kepada saya.

Hakikatnya, saya gagal!

Mereka yang utamanya merujuk kepada saya sendiri. Saya gagal mengubah diri saya dengan ilmu yang saya ada. Justeru, SAYA GAGAL!

Keduanya, mereka iaitu keluarga. Saya gagal membantu keluarga saya ke arah yang lebih baik. Keluarga saya keluarga bahagia, insyaAllah. Namun, saya mahu mengubahnya dengan ilmu yang ada untuk menjadikannya lebih sempurna. Sayangnya, kalam saya kadangkala tidak dipedulikan. Kata-kata saya tidak dihargai. Justeru, SAYA GAGAL!

Ketiganya, mereka yang bernama saudara. Pada saya, semua kawan-kawan saya adalah saudara. Lagipun, setiap Muslim adalah bersaudara, kan? Apa yang menyedihkan saya, saya gagal mengubah kawan-kawan saya ke arah kehidupan yang bermasadepankan yang lebih cerah. Mereka masih di situ. Masih di takuk lama. Masih melakukan perkara yang sama. Meskipun saya sudah berbicara, mereka enggan bekerjasama. Justeru, SAYA GAGAL LAGI!

Saya tidak perlu ke luar negara untuk melihat sejauh mana penerimaan masyarakat luar terhadap saya. Cukup sekadar orang-orang di sekeliling saya.

Contohnya, sekarang! Kakak sedang marah-marah di luar kerana saya 'mencuri' komputer riba yang terletak dalam kamarnya. Saya sedih. Tapi bukan kerana kemarahannya kerana saya sudah biasa. Namun, kegagalan seorang adik memberikan rasa nikmat kemanisan iman kepada kakaknya menyentuh hati saya. Saya rasa bersalah apabila dia masih dengan sikap lamanya. Seolah-olah, dia tidak punyai seorang adik yang berilmu agama. Dalam tubuhnya mengalir darah saya dan pastinya antara kami terbina hubungan saudara kandung. Justeru, saya tak mahu dia terus begitu. Namun, tatkala segala kalam dan bicara yang saya hulurkan dilontarnya ke semak sepi, saya terkaku sendiri. SAYA GAGAL LAGI!

Hingga saat ini, saya masih tertanya-tanya, adakah kehadiran kami dihargai? Jika kalam kami cuma hanya untuk disakiti, untuk apa kami berilmu? Dan saya masih tertanya lagi, sendiri...

Melihat kepada komuniti hari ini, saya tertunduk sepi. Melihat pada budaya hari ini, saya terkesima sendiri. Melihat pada adat hari ini, saya terkedu sunyi. Aneh! Semuanya sudah mengatasi agama. Justeru, perlukah lagi kami andai KAMI GAGAL?

'Jalan ranjau itu penuh duri...
Di jalan itulah...
*Nabi Muhammad SAW dicaci maki
*Nabu Nuh AS meratap
*Nabi Yahya AS disembelih
*Saidina Umar RA dibunuh
*Darah Saidina Uthman RA tertumpah
*Saidina Ali disergap
*Belakang para imam disebat
Maryam, kuatlah! Demi Allah yang Maha Berkuasa!
Dalam kepahitan hakikat, saya cuba menyedapkan hati dengan kalam-kalam ini.
Namun, saya yakin. teramat yakin! Allah bersama saya, bersama kami.
'Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar."
Doakan saya, kukuh di jalan ini. Jalan agama yang dicintai. Jalan dakwah yang dikasihi. Jalan istiqamah yang disayangi. Jalan mahmudah yang dirindui. Allahuakbar!
Wassalam.
~seorg pelajar sekolah agama~

Nayak- Bolehkah Industri Perfileman Malaysia Menfilemkan Filem Sebegini Mengatasi Keberanian Pengarah India, Shankar?

Assalamualaikum...

Film: Nayak
Cast: Anil Kapoor,Rani Mukherji
Direction: Shankar
Music: A R Rahman
Rating: ** **(Average)

Director Shankar's Hindi offering, Nayak, is all about one common man's challenges against the system.

Shivaji Rao (Anil Kapoor), is a television news reporter always in search of bringing the truth in front of the viewers.

On the other hand, Balraj Chauhan (Amrish Puri) is the corrupt Chief Minister. Balraj Chauhan challenges to Shivaji Rao to become the Chief Minister for one day and see what he can do for the state when Shivaji is interviewing the C.M. on the pathetic state of affairs.

Well, Shivaji Rao accepts it what follows the fight between both of them, the fight between good and evil. What follows next forms the crux of the film.

The story line of the film is quite interesting but it is very difficult to digest. One wonders, how a Chief Minister can challenge a reporter to become the Chief Minister for one day!

The film is a remake of a Tamil film Mudhalvan, which was a huge, hit there, but the base of the film is too weak to find the universal acceptance. The taste of viewer varies from one place to another. Even though the film was a huge hit in South, the director should have made some changes for its universal acceptance.

Director Shankar has taken lots of cinematic liberties, which will not be liked by the urban audience. Though these scenes will definitely be liked by the masses, it's hard to digest a C.M. fighting on the road!!

The film starts off very well with a promising note but after few initial reels the tempo tends to become slow. Even otherwise, the songs keep coming in the regular interval and make the pace slower.

Shankar's direction is not up to the standards set in his earlier endeavors. Despite few of these flaws, few scenes definitely have the by-now-famous stamp of Shankar. The initial reels, where the riot is shown, have been handled with utmost care and have been executed very well. Even the scene where Anil Kapoor confronts Amrish Puri has been picturised nicely.

For once and probably for the first time, A. R. Rahman's music is a letdown. 'Chalo Chale Mitwa' is well tuned and its picturistaion is very nice. 'Shakalaka Baby' strikes more for its stylish picturisation (on Sushmita Sen) than the tune.
Cinematography (K.V. Anand) is neat and effective. Action scenes are fairly exciting.

Performance-wise, Anil Kapoor is all right. Rani Mukherji looks beautiful but she has nothing much to do. Pooja Batra is all right. Johnny Lever seems monotonous. Paresh Rawal is likeable. Amrish Puri is his usual self - mean. Others lend adequate support.All said and done, Nayak is not up to the mark.

***
Itulah dia petikan yang saya paste dari Hindi View hasil carian Google menggunakan keyword Hindi Film-Nayak. Cubalah.
Apa yang mahu saya sentuh di sini ialah, kekaguman yang mahu saya pahatkan di sini yang tak pernah hilang sejak saya menonton filem ini buat pertama kalinya beberapa tahun dulu. Awal tahu baru ini, saya berpeluang menonton lagi cerita ini. Terbaru, semalam saya meluangkan tiga jam bersama ibu dan ayah menonton filem ini di sebuah saluran televisyen berbayar.
Filem ini begitu berani membongkar dan menyelongkar kisah drama politik yang berlaku di India. realitinya memang begitu. Hakikatnya memang begini. Saya tertanya juga, pengarahnya, tidak digam oleh Menteri Hal Ehwal dalam Negerikah? Atau Anil Kapoor tidak digantung untuk beraksi secara langsung di TV selama 3 bulankah?
Cerita mengenai wang haram, pentadbiran yang tidak telus, rasuah, masalah kemiskinan yang gagal dibasmi, kumpulan haram yang berleluasa, segala-gala jenayah! Cukup lengkap! Rempahnya cukup, manis masinnya sedang elok! Justeru, Ketua Menteri India yang asli tidak terasakah?
Namun, saya sedikit terkilan apabila wakil Amrish Puri mengadakan mesyuarat bersama penembak profesional di Malaysia berlatarbelakangkan KLCC yang dibangga-banggakan rakyat Malaysia. Ini seolah-olah membawa imej buruk kepada Malaysia. Kenapa mesyuarat dalam filem tersebut harus diadakan di Malaysia? Kenapa bukan di Indonesia? Atau Singapura? Atau Filipina? Atau di India sendiri, tidak bolehkah? Bukannya penembak tersebut berwarganegara Malaysia sebeliknya kelihatan seperti orang India juga. Justeru, kenapa Malaysia? Pelik...
Apa-apapun, itu hanyalah satu kecacatan dalam filem ini yang takkan boleh diubah lagi. Saya teringat kata-kata Encik Bansal, setiausaha CM.
"Semua orang tidak mahu menjadi pemimpin dan membabitkan diri dalam bidang politik kerana mereka tahu politik itu kotor. Tapi, tiada siapa yang mahu membersihkannya."
Teringat pula kata-kata ayah Rani Mukherjee dalam filem ini,
"Politik ibarat pasir jarlus. Sekali kamu menyertainya, kamu akan ditarik ke dalamnya."
Dan terakhir yang paling mengesankan di hati ini, kata-kata Anil Kapoor selepas dia memperdayakan Amrish Puri.
"Mereka telah berjaya menjadikan saya ahli politik."
Dari kata-kata itu, jelas dia bermaksud politik itu kotor. Namun, saya berbalik kepada kata-kata Encik Bansal. Jika politik itu kotor dan tiada siapa yang mahu menjadi pemimpin, siapa yang akan membersihkannya?
Persoalan kedua juga timbul, beranikah industri kita membuat filem sebegini? Apakah reaksi pihak terbabit?
Namun, saya rasa tidak perlu kerana keadaan politik kita setakat ini tidaklah seteruk di India meskipupun ada beberapa hikayat perebutan kuasa. Setakat ini, Malaysia masih lagi sebuah negara yang maju, bebas dari kesesakan yang teruk, kemiskinan tegar dan kumpulan haram yang teruk. Alhamdulillah. Justeru, apa perlunya filem politik hebat sebegini? Lebih baik selesaikan hal-hal yang bertangguh di mahkamah dahulu.
Apa-apapun, saya bangga menjadi anak Malaysia. Syukurlah, tak perlu bersesak dalam lalulintas yang teruk, tak perlu tinggal di kawasan setingga, tak perlu takut pada kumpulan2 haram.. Alhamdulillah. Bersyukurlah.
Yg baik dr Allah, yg lemah kelamahan sy. Wassalam.
Ikhlas,
Maryam Kamal.

Saturday, May 16, 2009

Guru Pembina Negara Bangsa - Selamat Hari Guru!

Assalamualaikum.

Buat semua insan yang bergelar guru, cikgu, sir, teacher, ustaz, ustazah dan semua yang sewaktu dengannya, Selamat Hari Guru bersama teme Guru Pembina Negara Bangsa saya ucapkan.

Waktu sangat mencemburui saya. Beberapa tugasan harus saya lakukan selepas ini. Tanggungjawab yang tidak bisa saya abaikan. Justeru, saya tak boleh mengulas panjang mengenai Hari Guru ini. Untuk menelusuri sejarahnya, silalah ke http://www.maryam-jamilah.blogspot/ kerana di situ saya pahatkan khas buat tatapan semua sejarah Hari Guru.

Justeru, saya sekadar mengepilkan sebuah sajak yang sangat saya minati.. Karya sasterawan Negara, Usman Awang pada tahun 1979...

Guru oh Guru
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Ditekankan di sini, perenggan yang menjadi kegemaran, yang menjadi igauan ramai termasuk saya...

Oh! Sangat menyentuh jiwa! Buat guru-guru semua, terima kasih! Usah dikejar pangkat dunia kerana ia tak ke mana. Sebaliknya terus berjasa, kerana jasamu membawa ke akhir hayat..

Selamat Hari Guru!

Ikhlas,
Maryam Kamal.

p/s : Dan ingatlah, gurumu yang pertama ialah ibumu dan dia sebaik-baik guru.

Cinta dan Sayang

Cinta? Definisinya berbeda. Sangat berbeza. Cinta merupakan salah satu kalimah yang takrifnya tidak mampu diselaraskan di seluruh dunia. Bahkan, setiap manusia mempunyai pendapat yang berbeza mengenai cinta. Betulkan saya jika saya salah. Bukankah salah satu fungsi saudara seIslam adalah untuk membetulkan saudaranya yang lain?

Jika difikirkan, relevankah saya bercakap mengenai cinta di saat orang lain sibuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru mereka? Jawapannya, masih lagi releva. Kerana pada guru juga, kita mempunyai satu rasa, bukan? Bukan cinta! Tapi sayang. Sayang seorang pelajar kepada gurunya.

Ada yang bertanya, apa bezanya sayang dan cinta? Bukankah ianya sama? Benar, sama. Tapi tak serupa. Aneh kan rasa itu?

Cinta, bagi saya hanya layak dipersembahkan utk Sang Pencipta, Rabbul Izzati yang memberi jasad kepada kita bersama-sama roh demi memberi peluang untuk mengenali kehidupan. TanpaNya, mampukah kita bernafas, menaip dan membaca di sini hari ini? Jawapannya, TIDAK!

Sayang pula, suka saya definisikan sebagai rasa yang boleh kita berikan pada seseorang, yang juga menyayangi kita, juga mungkin pada yang tidak menyayangi kita. Saya sayangkan semua, termasuk yang tidak menyayangi saya kerana bagi saya, kita manusia ini saling bersaudara. Bukankah semuanya berpaksikan kepada Adam AS dan Hawa?

Namun, salah satu daripada fitrah ialah penciptaan berpasangan. Lelaki pasangannya wanita. Jantan pasangannya betina. Emak pasangannya ayah. Datuk pasangannya nenek. Ibu saudara pasangannya bapa saudara. Ustaz pasangannya ustazah. Bukankah begitu?

Justeru, lumrahnya, tidak salah rasanya jika saya terperasaan pada lelaki ajnabi dalam hidup saya, yang sebenarnya tidak layak untuk dijadikan sebagai topik di sini. Namun, saya ingin berkongsi rasa hati, gelodak seorang gadis remaja Muslimah, yang kadangkala terkeliru antara cinta Allah atau sayang manusia.

Aneh, bukan? Saya sepatutnya tidak lagi keliru untun jawapannya kerana pastilah Allah lebih layak. Namun, itulah fitrah, lumrah dan takdir. Saya juga manusia normal, meski penuntut di sekolah agama, saya juga punya rasa dan keinginan itu.

Namun, disinilah bergunanya ilmu yang saya timba di sekolah. Di sinilah saya akan buktikan saya ini beriman, kerana saya mengamalkan ilmu yang saya dapat. Disnilah saya mentarbiah diri, memuhasabah hati, memujuk jiwa, agar kembali berserah padaNya, pencipta yang Esa!

Saya yakin dan berpegang, wanita solehah dijadikan untuk lelaki soleh malah sejahat-jahat lelaki juga mahukan wanita yang baik untuk dijadikan isteri. Saya mentarbiah diri, membenamkan kata-kata azimat itu di minda tatkala jiwa diusik perasaan karut-marut itu. Masa saya ini, saya akui, masa yang sesuai untuk belajar. Justeru, saya enggan menghabiskan masa hanya cuma melayan perasaan. Penyelesaiannya, saya anggap ini semua ujian dan saya berazam untuk melepasi tempoh ujianNya ini dengan penuh kekuatan dalaman yang ingin saya bina berlandaskan iman disulami takwa bersama cinta kepadaNya.

Relevannya isu cinta dikaitkan dengan Hari Guru pada hari ini, saya bukanlah mahu mengaitkan perasaan aneh seorang pelajar terhadap gurunya kerana saya tidak berada dalam situasi itu. Cuma, saya mahu katakan di sini, hanya Dia yang layak dicinta. Maknanya, yang lain, ibu, bapa, keluarga, sahabat, guru dan sebagainya hanya layak mendapat sayang. Menariknya Allah jadikan pula rasa sayang itu bertingkat-tingkat. Tidak percaya?

Baiklah, lihat ini. Muhasabah diri, fikirkan sedalamnya.

Bolehkah kita menyayangi ayah kita sebagaimana sayangnya kita pada ibu? Tidak! Kerana Allah jadikan fitrah manusia, menyayangi ibunya lebih dari bapanya. Bukankah kedudukan ibu tiga kali lebih tinggi daripada kedudukan bapa? Namun, kita takkan mampu menggantikan tempat bapa dengan orang lain, kerana rasa sayang pada bapa berbeza dengan rasa sayang pada orang lain, bukan?

Adik-beradik pula. Pastinya bagi mereka yang beradik-beradik ramai, mereka mempunyai salah seorang yang rapat, yang menjadi tempat luahan masalah. Justeru, dialah yang akan disayangi lebih daripada adik-beradik yang lain. Tidak ada adik-beradik lain yang akan bisa mengambil tempatnya di hati kita. Kan? Selain itu, serapat mana pun seorang sepupu atau saudara dengan kita, pasti sayangnya tidak sebagaimana kita sayangkan adik-beradik kita, kan?

Sayangnya kita pada sahabat ini tidak akan mampu diganti sahabat yang lain, meskipun yang lebih rapat. Kerana sahabat itu sudah punyai tempatnya tersendiri, yang takkan diganti dengan sesiapa. Maksudnya, tempat yang kita sediakan bagi seseorang di dalam hati kita takkan bisa diganti dan menggantikan. Sayangnya kita pada ustazah takkan sama rasanya sayang kita pada ustaz dan jika kita sayangkan ustazah ini, datanglah ustazah man sekalipun takkan mampu menggugat tempat ustazah itu di hati kita, kerana ustazah lain juga sudah punyai tempat di hati kita.

Sayangnya kita pada sesama muslim pasti takkan sama rasa sayang kita pada yang lain. Sayang pada sahabat takkan bertukar menjadi sayang seperti kita sayangkan ibu. Sebaik manapun kita dengan ustazah, kita takkan mampu sayang ustazah sebagai ibu kita? Anggap saja mungkin boleh..

Kesimpulannya akhowat sekalian, sayangilah mereka yang berhak dan jangan sesekali mencampuradukkan sayang dan cinta kerana mereka berbeza. Cintailah Dia, dan jangan lupa menyayangi Muhammad sollallahu ‘alaihi wasallam sebagai yang utama. Sediakan satu tempat teratas di hatimu hanya untuk baginda. Pastikan tempat itu kukuh, takkan mampu digugat walau ibu bapamu, anak-anakmu, keluargamu dan sebagainya…

Sesungguhnya, yang baik itu dari Allah, yang buruk itu kelemahan saya. Sama-samalah membantu saya membaikinya. Sekian, wassalam.

Ikhlas,
Maryam Kamal.

7.03pagi, 16 Mei 2009.

Thursday, May 14, 2009

Ilmu Allah itu luas..

Assalamualaikum wbt..

Lega rasanya bila difikirkan hari selepas Khamis ialah Jumaat. Lebih melegakan, Jumaat merupakan cuti hujung minggu bagi sesetengah negeri termasuklah Kelantan tercinta. Saat ini, pada malam semalam, saya sedang menelaah Matematik Tambahan di kamar selain menyesal dengan kelemahan diri sendiri.

Sesekali terdetik, otak saya ni hilang ingatan ke apa mengenai MT? Ini kerana saya terpaksa mengulangkaji kembali semua tajuk yang telah dipelajari. Mungkin tidaklah seteruk mana bagi anda yang berminda kalkulator, tapi bagi saya yang berminda 'mengira dengan jari', ini sesuatu yang amat membebankan. Pembetulan. Bukan mengulangkaji, tapi mempelajari. Seolah-olah saya baru kenal MT. Seolah-olah saya belum tahu apa itu MT. Walhal sudah puas Cikgu Tasnim mengajar, sudah bosan barangkali Cikgu Naseer menyindir, namun saya masih begini. Kenapa ya?

Saya terfikir tiba-tiba, mungkin saya bukan dilahirkan untuk mahir dalam angka. Ya, mungkin! Saya dalilkan bersama beberapa tokoh. Ibnu Sina misalnya, mahir dalam ilmu perubatan tapi bukan ilmu mantik. Isaac Newton mahir dalam bidang graviti tapi mungkin bukan dalam bidang bintang. Bill Gates pula, pakar dalam bidang perkomputeran, mungkin cetek pengetahuan beliau tentang alam sekitar. JK Rowling, jutawan Harry Potter mahir dalam bahasa, tapi mungkin bukan dalam sejarah. Terbaru dan terkini, Adiputra, genius buatan Malaysia, mahir dalam Matematik, namun Pendidikan Muzik?

Bagi saya, semua orang ada kelebihan dan kelemahannya. Justeru, saya menyimpulkan bahawa saya bukan dilahirkan untuk Matematik atau angka. Mungkin untuk bahasa. Atau agama. Yang pasti, bukan Matematik atau anak cucunya!

Namun, pesanan ringkas dari seorang sahabat menyedarkan saya yang mula alpa.

'Ilmu itu milik Allah. Luas perspektifnya. Sesungguhnya, Allah mencintai orang-orang yang berilmu!'

'Berusahalah, nescaya Allah akan membantu jika berniat ikhlas!'

'Jika bukan kita, generasi pelapis muslimah ini yang mendalami pelbagai jenis ilmu pada hari ini dan mengaplikasikannya pada masa depan demi Islam, tidak belajar dengan seeloknya, siapa lagi?'

Saya tersentak. Terkesima. Terkedu. Tiada hujah untuk membalas. Tiada dalil lagi untuk berbahas. Akhirnya, saya berserah kepada Allah untung nasib saya dalam MT. Biarlah apa jua yang terjadi, janji saya sudah berusaha untuk berjaya. Ya! Saya tidur agak lambat semalam dan terjaga awal pagi. Jam 6 pagi, saya yang biasanya baru hendak ke kamar mandi, sudah tercongok di atas kerusi, siap dengan uniform, menelaah lagi dan lagi. Disambung dengan dalam perjalanan ke sekolah (meskipun terlelap seketika lantaran keletihan!) dan akhirnya, Alhamdulillah, saya akhirnya sudahpun melepasi durasi dua jam di dalam dewan peperiksaan menghadapi MT meskipun beberapa linangan air mata 'terjatuh' dari empangannya. Saya gagal mengawal perasaan. Saya tidak dapat menjawab soalan-soalannya yang memang menepati jangkaan saya. Susah! Astaghfirullahal'azim, saya telah menyusahkan ibu bapa saya. Ya Allah...

Akhirnya, saya bersyukur. Bukan saya saja yang terperangkap dalam dunia ini. Mungkin tidaklah sesukar mana. Cuma, sulit untuk melepasinya.

Saya mulai terfikir akan kebenaran kata-kata Ust Mohd Nor, mungkin saya rasa MT susah kerana saya belajar untuk peperiksaan, bukan untuk mendalami MT itu sendiri.

Yaaa.. MUNGKIN!

Kerana saya menepati salah satu tanda utam yang ustaz berikan, iaitu berasa tenang selepas peperiksaan.

Ya, itulah saya!

AMARAN KERAJAAN MALAYSIA : JANGAN TIRU AKSI INI (belajar untuk peperiksaan. Sebaliknya, belajarlah kerana ilmu itu sendiri..)!!!

Ikhlas,
Maryam Kamal.

Sunday, May 10, 2009

www.ohmaryam.blogspot.com berwajah baru!

Assalamualaikum wbt

Selepas post terakhir April lalu, www.ohmaryam.blogspot.com senyap sunyi. Kesiannya. Ni tak lain tak bukan kerana kesilapan saya mengedit HTML yang mana saya mengedit menggunakan kod myspace, bukannya kod blogger. Hehe... Natijahnya? Hanya layout cantik yang terhasil. Tulisan blog entah ke mana. Isy3. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk menggunakan layout yang biasa-biasa sahaja.

Di www.ohmaryam.blogspot.com juga saya janjikan beberapa kelainan. Cara yang lebih matang, insya Allah selain kata ganti diri untuk penulis menggunakan kata ganti diri yang pertama yakni saya. Tiada lagi maryam kamal atau mJ. Maryam Kamal biarlah digunakan hanya di layar sesawang www.maryam-jamilah.blogspot.com.

Dengan penuh keazaman, saya mahu menjadikan www.ohmaryam.blosgpot.com sebagai satu blog ilmiah, bukan sekadar blog suka-suka. Kalau boleh, saya mahu pembaca dan pengunjung setia blog ini berbaloi bertandang ke sini. Sebaliknya, di www.maryam-jamilah.blosgpot.com, akan lebih saya perincikan kepada hal-hal peribadi, insyaAllah.

Saya amat menyedari halangan dan cubaan yang menanti sementelah harus menguruskan dua blog dengan adil. Seperti lelaki yang berpoligami, saya harus adil. Sementara ini, www.ohmaryam.blogspot.com telahpun menghasilkan 56 posts sementara www.maryam-jamilah.blosgpot.com baru sahaja mencecah 29 posts sementelah kelahiran www.maryam-jamilah.blosgpot.com lebih lewat berbanding www.ohmaryam.blogspot.com.

Sudah lama saya berniat mahu berkongsi segala ilmu yang saya peroleh sepanjang menadah ilmu di maahad tercinta. InsyaAllah, andai ada masa terluang ataupun selepas peperiksaan pertengahan tahun, saya akan berkongsi di sini. Pertama sekali, hajat di hati saya mahu bercerita mengenai sekolah saya yang tercinta. InsyaAllah, moga diberikan jalan olehNya. Seterusnya, akan saya kongsikan ilmu yang saya peroleh selagi mampu. InsyaAllah.

Ya, kerapkali kita mengucapkan insyaAllah hinggakan ramai orang mengandaikan, insyaAllah adalah satu janji yang tidak pasti. Bagi saya, insyaAllah bermakna saya memeterai janji dengan Allah. Soal lambat atau cepat letak di tepi, lantaran pokoknya, saya tetap mengerjakan apa yang saya janjikan. Kekangan waktu kerap menggangu saya. Kalaulah ada 30 jam sehari. Kalaulah...! Itu kata-kata manusia tidak berwawasan! Maryam Kamal, berpijaklah di bumi nyata!

Mungkin sudah cukup sampai di sini sahaja kali ini. Saya harus bersedia dengan madah di sekolah esok. Madah bermaksud mata pelajaran. Point taken! Pelajaran pertama kita ialah mengenai perkataan 'madah'. Ingat, ya! ;)

Salam Ukhuwwah.

Mabruk 'alaikum.

Wassalam.

Ikhlas,
'abdi Allah abadan...