BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 3, 2009

Al-Mustasyfa.

Assalamualaikum wbt..

Welcome Myspace Comments

Dengan dukacita dimaklumkan, saya telah meninggalkan seminar Tarikh Islam sebab nak balik awal semata-mata nak ke hospital. Nampaknya, batuk saya semakin kronik. Awlawiyat!

Cerita saya kali ini bukanlah mengulangkembali mengenai awlawiyat, ataupun kisah biasa. Kali ni, saya teruja untuk berbicara mengenai al-mustasyfa. Hospital. Rumah sakit. Tempat segala jenis sakit ditumpahkan buat makluman doktor.

Setiba di Hospital Daerah Pasir Mas, saya menuju ke kaunter pendaftaran. Sempat lagi saya kerling pada papan kenyataan di sebelah. Pelajar yang membawa surat pengesahan guru besar, penjawat kerajaan yang membawa surat ketua jabatan, ibu mengandung dan warga emas adalah antara golongan-golongan yang tidak perlu membayar RM1 semasa sesi pendaftaran.

Lama menunggu rekod kesihatan saya dicari, saya mulai gundah. Zuhur belum tertunai,sedangkan jam sudah ke angka 3 lebih. Untuk pulang, saya khuatir. Kalau nama saya dipanggil, dan saya tiada? Terlepas peluang.. Ingatkan sekejap je....

Saat inilah saya kitarkan pandangan ke sekeliling. Masyarakat yang majmuk. Cina dan Melayu bersenyum mesra. Tua dan muda berbicara manja.

Terdapat satu golongan yang menarik perhatian saya.

Di sebelah saya, duduk dua orang pelajar perempuan yang masih bersekolah rendah memenuhi tempat duduk yang kosong. Seketika berlalu, budak perempuan di sebelah saya mulai berkisar duduk. Menggelisah. Keluhan keluar sekali-sekala.

Rupa-rupanya dia hanyalah peneman kepada sahabatnya. Saya cuma memerhati. Seketika, dia mulai berpamitan, meninggalkan temannya sendirian.

Sedetik kemudian, tiga kanak-kanak lelaki datang. Seusia barangkali kerana saiz yang hampir sama, kecuali seoarng yang lebih kecil. Selepas bertanya khbabar, dengan rela hati, mereka bersetuju menemakan pelajar perempuan terbabit yang menghadapi masalah kudis buta di kaki.
Salah seorang daripada kanak-kanak lelaki tersebut, bersaiz lebih kecil berkemungkinan adik kepada pelajar perempuan terbabit, saya kira. Ini berdasarkan riak wajahnya yang gundah dan resah. Hinggakan kakaknya mahu masuk ke bilik doktor, ketiga-ketiga mereka sedia masuk menemani namun si kakak enggan. Segan barangkali.

Seketika, saya termangu. Betapa polosnya hati kanak-kanak lelaki yang berdiri di tepi dinding berselahan pintu. Reaksinya seolah tidak sabar menunggu kakaknya keluar dari kamar itu. Hati saya terusik. Ukhuwah kekeluargaan begitu kental dalam jiwa mereka. Alhamdulillah.

Saya turut kagum dengan pelajar perempuan tersebut yg sgt berdikari. Dtg ke hospital seorg diri. Kalaulah saya, pasti saya akan seret mak ayah bersama. Masya-Allah!

Saya lihat lagi sekeliling. Remaja perempuan yang berbaju sekolah, bertudung namun pemakaiannya menyedihkan. Tudung yang seolah-olah bersifat senipis penapis teh, bersama satu brooch sahaja di leher, manakala ukuran lebar baju sangat kecil kerana baju yang dipakai mereka ketat. Semoga Tuhan memberikan hidayah pada mereka. Amin.

Saya melihat lagi unsur kasih sayang. Kebanyakan yang datang, ibu-ibu yang membawa anak-anak yang sakit. Saat menunggu nombor giliran, anak-anak enak menikmati keenakan melelapkan diri di atas paha seorg ibu. Kelembutan usapan tangan seorang ibu. Subhanallah!

Kemudian, saya lihat lagi warga emas yang setia menanti giliran, meski riak wajah mereka jelas menunjukkan keuzuran. Ramai yang merungut, sistem yang kurang memuaskan. Masa yang diambil oleh kaunter pendaftaran agak lama. Mungkin sukar untuk mencari satu rekod dalam ribuan rekod pesakit. Wallahu'alam.

Sesungguhnya, saya suka detik2 ini. Detik di mana saya kenal masyarakat. Detik di mana saya dikelilingi masyarakat yang berbagai. Seronok juga! Syukurlah saya tiada hutang solat dengan Allah. Selamat terlaksana!

Oklah. Saya tiba2 rasa mengantuk. Penangan ubat batuk barangkali! Doakan saya cepat sembuh untuk menghafal dengan baik demi menghadapi peperiksaan percubaan mggu depan.

Doakan ini ya buat saya..

Get Well Myspace Comments

Juga ini..

Get Well Myspace Comments

Wallahu'alam.

Wassalam.

Ikhlas,
Maryam Kamal.

Sunday, August 2, 2009

Awlawiyat.

Assalamualaikum wbt..

Awlawiyat.

Topik kita pada hari ini ialah, awlawiyat.

Semenjak Khamis lepas, saya sudah tertanya-tanya, apakah perkataan yang diungkapkan oleh Alyani beberapa kali di BD yang dia jadikan bahan gurauan bersama beberapa dhabitah lain.

Awlawiyat!

ouh!

Tapi, apa itu?

Menurut Alyani, awlawiyat ialah keutaaman, yang berasal dari perkataan aula yang bermaksud awal..

Oh, ya ke? Bagus betol kak saya nih.. =D

Menurut renungan2u.wordpress.com, awlawiyat bermaksud keutamaan dari perkataan `aula’ yang bermaksud lebih utama daripada perkara yang perlu diutamakan.

Kenapa ya Alyani menyebut awlawiyat pada Khamis yang lepas?

Ini kerana, kelas tambahan Akhlak kami yang diadakan jam 3-5ptg bertembung dengan tusiyen Add-Math yang diadakan jam 3.15-5.15ptg.

Biasanya, pada hari Khamis, tiada sebarang kelas tambahan sekolah.
Biasanya, tuisyen Add-Math hanya sejam, tapi kebetulan terjadi dua jam sbb ckgu ada musyaqqah utk mggu seterusnya, lalu digantikan dengan minggu ni terus...

Begitulah. Betapa Allah Maha Berkuasa menentukan segala sesuatu.

Akhirnya, Alyani memilih ke tuisyen Math Q memandangkan ini merupakan subjek pembunuh. Berbanding Akhlak pada hemat kami, boleh difahami makna tafsirannya dari B. Arab ke B. Melayu melalui teman-teman. Hurm, awlawiyat!

Mungkin anda susah nak faham. Ok, kita ke cerita yg lebih mudah..

Tadi, selepas waktu sekolah, ada seminar madah Muthalaah jam 3-5ptg bagi calon SMU. Kena balik lambat..

Justeru, saya dan kawan2 keluar mencari makan tengah hari. Entah kenapa, pergerakan kami agak lambat hari ini. Orang terlalu ramai. Nak beli nasi, beratur. Nak beli air, bertompok. Akhirnya, jam 2.30 baru masuk ke kawasan sekolah balik. Nasi belum makan, air belum minum, solat belum tunai!

Jam 3 ptg, baru lah bergerak ke musolla. Tak tahu kenapa lambat sangat hari ni. Ketika saya sampai di musolla, Farhana sedang solat. Saya lantas ke tandas. Keluar tandas, Zidane, Zahidah dan Shu menjelma. (Erk?! Menjelma?!!!)

Saya berwudhu'.

Usai wudhu', saya lihat Farhana sudah bersedia menyarung stokin. Shu, Zahidah dan Zidane masih lagi di tempat wudhu'. Usai solat, Zahidah sudah berdiri di belakang, tanda mahu bergilir telekung. Shu masih belum solat, meski sudah berunifom solat. Zidane?

Ah, ayu benar dia! Sedang mengelap muka! Baru selesai mengambil wudhu'!

Saya kerling jam di tangan. Masya-Allah. 3.15ptg. Dalam hati dah bergolak, bimbang disiplin saya sebgai dhabithah dipertikai kerana hadir lewat ke seminar. Lantas, saya berfikir..

Nak tggu kawan-kawan atau nak terus ke dewan? Dah lambat sangat ni!

Lantas, satu perkataan terlintas di minda saya.

AWLAWIYAT!

Hurm, saya sempat lagi berfikir dua tiga kali..

Kalau saya tinggalkan kawan-kawan saya, dan mereka dtg lewat ke dewan, dan dimarahi, kesiannya!

Tapi, kalau saya tggu mereka, dan kena marah sekali sebab lambat meskipun saya tak lambat, lagi naya!

Tapi, tak ke nanti saya jadi kawan yg pentingkan diri sndri??

Tak apalah! Siapa suruh mereka berlemah-lembut? Hehe..

Lagi satu, awlawiyat.. Mana yang lebih utama?

Tggu kawan-kawan solat? Sementara tu, duduk dulu meriba tangan?

Atau,

Terus berkejar ke dewan seminar dan dengar seminar?

Oh, sudah pastilah yang kedua tu jadi pilihan, kan?

Kawan-kawan, maaf ya! Kena tggal tadi! Esok kita bergerak cepat sikit. Alhamdulillah tak ada yg kena marah tadi, walaupun lambat. Ust Fikri mmg sporting! =D

Erm, tu lah serba sedikit penerangan dan penjelasan mengenai awlawiyat. Alhamdulillah, bertambah vocabulary saya.

Oklah, nak solat isyak. Saya baru saja tiba di rumah jam 7.15mlm tadi. 12 jam meninggalkan rumah utk ke sekolah. Sepanjang minggu ni nampaknya begitulah.. Sebab penuh dengan seminar dan kelas tambahan.. Haila..!

Entah kenapa terbatuk-batuk dan selsema. Ayah kata, saya suka tidur bawah kipas laju menyebabkan saya tak mampu bernafas dengan baik, melawan angin kipas yang melaju. Paru2 saya kemudiannya jadi sakit. Betulkah? Hehe.. Ye lah kot. Mintak jauh daripada sebarang penyakit berbahaya. Amin! =D

Oh, ya! Jaga diri! Jangan main hujan macam saya tadi, meski terbatuk2 dan terbersin, tetap istiqamah main hujan! =D. Nasib baik perjalanan ke stesen bas dari sekolah tak jauh sangat. Tak adalah saya berhujan lama sangat... Tak syiokla! =(

=D

Sesungguhnya, yang baik dari Allah, yang lemah..

About Me Myspace Comments

It's me. My lack.

Kalau salah tlg betulkan. (",)

Have a nice day!

Love Myspace Comments

Wallahu'alam.

Wassalam.

Ikhlas,
Maryam Kamal.

Saturday, August 1, 2009

Back to The Usual Routine!

Assalamualaikum wbt..

Hello! Myspace Comments

Hurm..

Sekejap sangat rasanya. Rasanya baru tadi berkejar ke Math-Q, menaiki tangga yang begitu banyak, mengerah minda selama dua jam khusus untuk Add-Math dan Ckg Naseer sahaja. (erk, Ckg Naseer sahaja? And, rasanya tak cukup dua jam. Dahlah sampai lambat, sempat lagi tangkap lelap! Syyh! Jgn bgtaw Ckg Naseer. Kecik aty dia nanti.. =D)

Tapi, hari dah Sabtu. Diulangi, SABTU. Ulang sekali lagi, S.A.B.T.U! Lepas Sabtu, Ahad. Bermakna, Ahad dah sekolah.. Aiseh!

Kenapa yek kalau pergi sekolah, walau macam mana best sekalipun sekolah tuh, mesti reaksi pertama yang tercebus dalam qalbu,

'Aiseh, kena gi skolah?'

Kan Allah dah janjikan pahala yang besar bagi yang menuntut ilmu.. Malah, ayat yang pertama diwahyukan kpd Nabi Muhammad SAW juga menjurus ke arah pembelajaran..

'Bacalah dengan nama TuhanMu..'

Junjungan Mulia SAW pun banyak bersabda mengenai belajar-belajar ni..

'Tuntutlah ilmu hingga ke negara China.'

'Tuntutlah ilmu dari buaian hgga ke liang lahad.'

Bahkan, setahu saya, jika seseorang mati dalam keadaanya sedang menuntut ilmu, dia dikira sbg mati syahid. Belajar juga dikira sebagai ibadat. Setiap langkah ke sekolah merupakan pahala, sama seperti setiap langkah ke masjid. Bagi saya yang berjalan kaki maha jauh ke sekolah dari stesen bas, oh! Banyakkah pahala saya? Wallahu'alam.

Ooh!

Tapi kenapa masih ramai, TERMASUK SAYA masih MALAS ke sekolah? Okey, mungkin tidak bagi anda sekalian. Tapi.. jangan tipulah! Mesti ada juga yg malas!

Erm..
Walaubagaimana malas sekalipun, saya kena thubutkan hati. Lawan nafsu. Saya kena ke sekolah!

Sebagai pelajar yang kurang pandai, saya kena tampung kelemahan tu dengan beribadat seperti ini. Mana tahu, Allah membaiki kelemahan saya dengan apa yg saya lakukan. Insya Allah.

Esok, insya Allah, ada yang menarik di sekolah. Pasti kawan-kawan sukakannya. Erm, lisan berkumpulan B.Melayu juga kena buat esok..

Nur Huda, Nur Farhana, Profesor Jamilah, Dato' Madihah dan Puan Hajah Khairunnisa', dah bersedia ke nak bertentang mata dengan Puan Sri Haizan Hamzah? =D

Erm, latihan Adab Nusus kena submit esok. Aiseh! Dah kena mulakan sesi hafal-menghafal. Trial pun semakin menghampiri. 10/08/09.. Ni lah rutin saya tatkala hari peperiksaan makin menjelmakan diri... Menghafal, menghafal dan menghafal. Saya memang begini, hafal last minute. Senang nak ingat!

Naibah a.k.a asisstant monitor saya yang juga dilahirkan pada bulan Ogos berkata, orang yang dilahirkan pada bulan ini mempunyai usaha yang luar biasa. Dengan senang hati, saya menerima kata-kata 'kaunselor tak bertauliah' ni. Thanks! =D

Erm, dengan ini, saya berhajat.. (baru berhajat ok!) nak mengurangkan aktiviti on9. Sejak mendapat tahu line internet di rumah wireless tiba-tiba, entah datang dari mana, nafsu utk on9 jarang boleh disekat. Macam skrg, tadi on9 pukul 4, janji nak berhenti masa Asar, tapi sekarang ni dah pukul 5 lebih. Selalu nafsu yg menang! Tak boleh jadi!

Justeru, saya sangat berharap, selepas ni, kalau nak on9 setiap hari pun, saya akan meluangkan setengah jam sahaja.

~Maryam, ingat tu. SETENGAH JAM sahaja. Kalau tak, 30 minit je! ~

=D

Selain tu, kena kurangkan aktiviti blogging. Kena luangkan lebih banyak masa untuk menghafal. Dah banyak sangat menulis, sampai menulis esei dalam exam B.Melayu pun sampai tak boleh berhenti. Agaknya, Cikgu Haizan boring baca panjang-panjang. Kesian ckgu, kena buli ngan pelajar yg comel ni. =D

Erm, oklah! Petang-petang begini, elok luangkan masa bersama famili, ziarah datuk nenek.. Cucu yang bagus..

Oh, ya! Pengantin baru, Kak Aimi dan Ijat (kakak ipar dan abg tersyg!), selamat tiba di KLIA pagi tadi.Alhamdulillah. Jam 10 malam ni, mereka akan berlepas ke Kaherah, Mesir menyambung pengajian yang masih berbaki tiga tahun di Universiti Mansoura sambil-sambil berhoneystar di sana. Jealous2!

=D

Tak apa, zaman saya nanti, zaman di mana abang kakak dah senang, saya akan ke Mansoura tu, utk tggu keputusan SPM. Tak mainlah tanam anggur di rumah! Kan abg kakak dah kaya? =D.. Ni salah satu kelebihan jadi anak bongsu (dan.. bosan? hehe)

Erm, got to go.. Tak sabar pulak rasanya nak jumpa kawan-kawan esok. Banyak cerita nak kongsi sehari dua tak berjumpa..

Buat Shu, roses' maniac,

Animated Pictures Myspace Comments

Buat Madihah, Pooh's maniac,

Animated Pictures Myspace Comments

Dan buat semua..

Miss You Myspace Comments

Dan pastinya takkan lupa, dalam hati saya sntiasa rndukan Dia dan kekasihNya itu.. Allahuakbar!

Yang baik itu dr Allah, yg buruk itu mmg kelemahan saya, insan lemah..

Wallahu'alam.

Wassalam.

Ikhlas,
Maryam Kamal.

p/s: Wish me all the best!