Assalamualaikum wbt.
Semenjak saya jejakkan kaki ke Malaysia, saya sudah disematkan dengan maklumat bahawa antara tanda-tanda umrah yang mabrurah dan maqbulah ialah :
- ~Berubah menjadi lebih baik selepas pulang
- ~Lebih dermawan dan lebih suka menderma selepas pulang
- ~Keadaan persekitaran yang lebih baik selepas pulang
Justeru, saya berazam, jika benar Allah menerima ibadat yang saya lakukan selama mengerjakan umrah, insya Allah akhlak saya akan bertambah baik.
Namun malangnya, selepas menjejakkan kaki ke sekolah, saya dapati rata-rata kawan saya menuturkan bicara yang sama maksudnya...
"Aku ingat ko pergi umrah jadik lebih baik sikit...!"
"Ko ni, balik umrah pun xberubah lagi, kan?"
"Sebelum umrah, lepas umrah, sama je perangai ko...!"
Saya terdiam sejenak. Sekali dua ayat-ayat itu meluncur di telinga saya, saya anggap biasa. Namun, apabila mencecah 4-5 kali, ini bukan lagi biasa... Persoalannya, benarkah, saya tidak bertambah baik seperti yang didakwa? Dan ini bermakna, umrah saya tidak mabrurah???
Oh, tidak!
Namun, kata-kata seorang sahabat melegakan hati saya... sikit.
"Ko still macam ni kan.. Tapi takpe, aku tahu hati ko lain..."
Sambil tersenyum, dia meninggalkan saya. Senyuman itu ikhlas.
Saya masih terpaku, bersama sisa senyuman juga. Sisa.
Terima kasih, Nailah. Aku sendiri tak tahu hati aku, Nai.. Tapi aku tahu, Allah tahu, sebab Dia Maha Mengetahui.. Korang tak tahu, dan aku rasa tak perlulah tahu.. Cukuplah Allah yang tahu...
Semoga apa yang Nailah katakan betul.. Insya Allah...
Saya akui, perangai saya memang teruk... agaklah teruk sebenarnya! :)
Apa yang saya lihat, saya rasakan betul, terus saya akan suarakan, dalam bentuk canda dan sindir, selepas memikirkan natijahnya.. Biasalah, pasti akan terasa hati dengan saya, dan saya sedar itu. Dan saya rasa, itu adalah lebih baik daripada mereka yang menyakiti hati yang lain tanpa menyedarinya.
Di kesempatan ini, untuk insan-insan yang berkecil hati dengan saya, perbuatan saya, perkataan saya dan pengakuan saya, ampun maaf dipinta. Ayat klisenya, saya hanyalah manusia biasa seperti anda, yang tak lepas daripada melakukan kesilapan, juga seperti anda.
Semoga Allah masih lagi dermawan dengan saya untuk terus membekalkan saya hidayahNYA. Tuhan, kurniakanlah kami semua hidayahMU.. Amin.
Terima kasih, selagi lagi, Nailah Ata Abdul Mun'eim.
Wallahu'alam.
Wassalam.
Sekian.
