Assalamualaikum wbt..

Semalam, sekolah terchinta mengadakan majlis solat hajat perdana antara barisan guru dan para pelajar, memohon agar kami semua dijauhkan dari semua bala bencana-Nya, termasuk yang popular pada hari ini, virus Influenza A H1N1 atau dalam bahasa kurang lembutnya, selsema babi.
Bercakap soal virus ni, saya memetik sedikit kalam PK terchenta, Ust Malik..
'Sapo2 hok selsema lni, cepat2 gi jupo doktor. Pahtu, kalu tok leh mari skoloh hanya sebab selsema, meskipun pada waktu trial, telepon ko skoloh, ghoyak xleh mari. Tak apo! Dibenarkan. Pahtu, kalu jupo oghe hok napok baru lepah kesat idung, xsoh dok sale lah..'
Itulah serba sedikit kata-kata beliau, menitipkan pesanan buat anak-anak MMP agar menjaga kesihatan..
Semerta, saya rasa seriau. Saya yang sedang batuk, bertambah-tambah batuknya! Hidung pula makin berair.
Farhana di kanan sudah mengensot menjauh seinci,
Shu di kiri apatah lagi..
Sedih merajai hati!
Apa salah diriku ini?
Saya demam. Ya, saya akui. Saya batuk dan selsema, memang menepati tanda-tanda penghidap H1N1. Namun, ingin saya tekankan di sini, saya sudah ke hospital untuk mendapatkan rawatan! Doktor bertugas tidak menyatakan apa-apa yang teruk. Saya pula cuma diberi sebotol ubat batu syrup 90ml bersama ubat selsema. Mungkin degupan jantung saya ok!
Justeru, sudah terang tanpa perlu disuluh, saya ok! Cuma saya diserang virus batuk dan selsema biasa. Bukan H1N1!
Masuk ke kelas, saya lihat Awatif usung tisu ke hulur ke hilir. Selsema. Saya bimbang, sayakah yang membawa virus selsema kepadanya, sementelah dia menjadi rakan duduk di tepi saya?
Berkali-kali saya pesan kepadanya sebelum pulang, agar dia mendapatkan rawatan doktor andai selsemanya tidak hilang selepas dia menelan Paracetamol. Dia pula, asyik bercerita mengenai kematian seorang demi seorang mangsa H1N1. Saya jadi gerun!
Semerta, saya teringat. Betulkah pemeriksaan doktor tempoh hari? Minda saya menjawab, betullah! Dia tu kan doktor! Tapi, sebahagaian lagi menjawab. Doktor juga manusia biasa yang melakukan kesalahan.
Saya keliru.
Tadi, saya membaca tanda-tanda H1N1 di akhbar. Antaranya..
1)Batuk dan selsema.
2)Sakit tekak.
3)Cepat penat.
4)Pening kepala.
5)Tangan menggeletar.
Nombor 1 dan 2 dah sahih. Nombor 3, selalu juga. Saya selalu tidur awal sekarang. Nombor 4, biasa.. Nombor 5, tak ada lagi. Kecuali..
Kecuali pagi tadi. Menggeletar sedikit. (Sebab sejuk kena air? Berkaitan tak?)
Saya mula seriau!Seram! Ngeri..
Kalau betul saya terkena virus H1N1, tanpa saya sedari.. Dan saya semakin kronik, dan tiba2 saja saya mati, bagaimana???
Semalam, di eskalator di Tesco, saya sempat berfikir perkara ini.. Justeru, kalaulah betul saya mati selepas ini, sama ada kerana virus ini, ataupun kerana setakat ini Allah takdirkan saya menjadi khalifah di muka bumiNya.. bacalah ini..
1) Kepada sesiapa yang terasa dengan saya, ampun maaf dipinta berjuta2 kali!
2)Kepada sesiapa yang saya berhutang dengannya dan tak terbayar lagi sebab sengaja atau lupa, mintak halal ya! Kalau tak, mintalah dengan mak saya. InsyaAllah, hutang akan langsai. Tak naklah roh terawang-awang di langit sebab hutang tak bayar.
3)Kepada sesiapa yang banyak tolong saya, terima kasih banyak2!
4)Kepada kawan-kawan dan guru-guru, semoga Allah mmeberkati kalian.
5)Kepada sesiapa sahaja yang mengenali saya dan saya kenali antunna, minta ampun maaf banyak-banyak!
6)Kepada kawan2 MMP, jaga Maahad dan Islam utk saya.
7)Kepada kwn2 SkSIS, terima kasih kerana mengajar saya erti persahabatan. Maaf byk2 ya!
8) Kepada semua guru yang sudi memberi peluang kepada saya utk belajar, terima kasih!!
9)Kepada semua saudara mara, ampun maaf dipinta!
10)Kepada semua yang bergelar muslim, jaga dirimu kerana dirimu pembawa maruah Islam.
Teristimewa kepada keluarga..
Saya sayang semua! Terima kasih, dan ampun maaf banyak2!

Rasa takut pula.. Macam betul2 nak mati esok lusa.. Haha.. Andai itu takdirNya, redha la ya! Doakan yg terbaik buat saya..
Ini bukan kali pertama saya rasa saya nak mati. Kali ketiga. Kali pertama, firasat saya tak menjadi. Kali kedua, naluri saya tak tepat. Kali ketiga, wallahu'alam. Kalau betul, say..
'Innalillahi wainna ilahi raajiun..'
Kalau tak betul, forget aboout it.
Saya tak menyesal buat post sebegini sebab saya pasti, suatu hari saya akan mati. Justeru, kata-kata dan ucapan saya takkan berubah... (",)

Andai kata betullah firasat dan naluri saya kali ni.. Bagus jugak. Tahun ini merupakan tahun kelima saya menanggung dosa sendiri. Mungkin dosa saya tidaklah sebanyak mana kalau nak dibandingkan dengan usia saya pada 10 tahun akan datang, kan?
Juga, sekarang.. Saya tak susahkan hati mak dan ayah saya. Saya tiada dendam dengan mereka. Saya dah gembirakan mereka dengan menuruti segala kemahuan meraka + result exam major(UPSR, PMRU, PMR) yang sangat memberangsangkan, Alhamdulillah.
Saya pun sedang mencuba menghafaz beberapa surah dalam kalamullah, selain memenuhi tuntutan sebagai pelajar sekolah yang memang kena menghafaz. Mati ketika sedang menghafaz, wah! Bagus juga..
Lagi pula saya sedang bahagia sekarang. Dengan keluarga dan kawan-kawan. Pendek kata, kalau betullah Allah ambil nyawa saya 2-3 hari lagi, saya mati dalam iman... Bak kata P. Ramlee.. Kan? Hehe..
Ni pun saya tgh layan lagu Ungu-Andai Ku Tahu.. Cuma layan. Tak lah minat. Apatah lagi liriknya tak sama dengan kondisi saya sekarang.. Saya redha je.. =D
erm, mungkin mengarut, kan?
Entahlah.. Jiwa saya kacau bilau. Maaf.
Wallahu'alam.
Wassalam.
Sangat Ikhlas,
Maryam Kamal.
p/s:

Erm, i myself dunno! (",)