Assalamualaikum..
(sikit punya kontroversi tajuk ni. Abg kakak jgn terkezut deh. It's nothing actly. Jgn suspens!)
Izinkan saya yang lemah lembut dan sopa-santun ni membahasakan diri dengan 'aku' pada sajak kontot kali ini..
Aku bosan!
Dalam kepompong cerita yang tak berpijak di bumi nyata...
Membuatkan aku cembura buta..
Membuatkan aku inginkan duniawi semata-mata..
Dalam belenggu cerita yang semuanya sama..
Membuatkan aku tidak dapat menerima..
Hakikat bahawa realitinya jauh berbeza..
Ok! Sajak's time is over! Kembali pada Maryam Kamal yang lemah lembut + sopan satun tu.. =D
Saya suka membaca. Novel pastinya. Saya tidak meletak sebarang syarat pada novel yang akan saya beli. Syarikat penerbitannya, sinopsisnya, muka hadapannya, siapa penulisnya atau harganya, bukanlah menjadi soal utama dalam faktor pemilihan sesebuah buku.
Biasanya, saya mencuba. Mencuba sebuah karya hasil seorang penulis yang belum pernah saya baca hasilnya. Kekadang, saya 'cilok' dari teman-teman. Kemudian, kalau cerita yang digarap berkualiti dan logik di minda, saya tak teragak-agak untuk membeli karya seterusnya dari penulis ini.
Jujur saya katakan, saya tak berkira dengan harganya. Selagi mampu dan berpatutan, saya akan usahakan. Syarikat penerbitan? Tak kisahlah siapa pun! Sinopsis? Saya kurang percaya pada sinopsis kerana bagi saya sinopsis hanyalah 1/1000 daripada isi utama novel terbabit. Justeru?
Satu-satunya novel yang bermain di minda saya ketika ini ialah Aa + Bb karya Hlovate. Serius! Saya tak tahu ni novel lama. Saya baru sahaja membelinya di pesta buku ReadMalaysia di Mines Resort City baru-baru ini.
Setelah membacanya..
Erm, okey! Saya sangat admire dengan watak sesempurna Benz Aliff Sulaiman yg digambarkan head-taico ketika zaman sekolah menengah bertukar menjadi seorang yang sgt perfect apabila menjadi suami kepada Addin Shah.
Sungguh!
Watak Benz Aliff yang dilakar oleh Hlovate begitu sempurna. Dengan kelebihan yang dia ada dari segi fizikal, mental dan agamanya, dialah lelaki idaman wanita seluruh buana! Dialah lelaki idaman wanita semenjak zaman Parameswara!
Addin Shah pula.. Lengkap pakejnya untuk menjadi pasangan kepada seseorang yang sesempurna Benz Aliff. Oh!
Saya begitu teruja dengan setiap babak yang Hlovate persembahkan. Mula-mula membacanya, novel inilah yang berjaya membuatkan saya sedikit miang. Tiba-tiba rasa mahu menikmati alam rumah tangga. Euw! Bukan masanya, kan?
Justeru, apabila saya kenang kembali semua itu, saya mulai meragui ketidaklogikannya. Tiada, tak pernah ada dan takkan ada lelaki sesempurna Benz Aliff di abad ini, atau mungkin di alaf ini. Mungkin harus menunggu seribu dua tahun lagi untuk menantikan kewujudan Benz Aliff yang sebenar. Kalaulah benar begitu, Hlovate nampaknya seorang yang berfikiran sangat jauh! Sesaat, mulalah saya berfikir yang bukan-bukan. Mahu mencari suami persis Benz. Ah, karut!
Addin Shah. Takkan ada gadis sepertinya di alam ini. Sebertuah dirinya. Mempunyai abang kembar yang sangat protektif, ibu bapa yang sporting, suami yang sempurna, dan juga pakej diri yang lengkap.. mana nak dicari???? Seketika terdetik cemburu yang bukan sedikit pada Addin. Mulalah saya membayangkan, alangkah bagusnya kalau saya sebertuah dirinya. Sungguh! Saya yakin! Tiada orang di buana ini yang menyerupai Addin.
Ya..! Mungkin Addin akan muncul saat munculnya Benz. Ngee! Hebat benar Hlovate kalau begitu.
Saya kembali menjejak tanah. Saya harus sedar bahawa semua ini hanyalah aksara-aksara yang dilakarkan di kertas setelah menari-nari di minda Hlovate. Sekadar luahan rasa. Sekadar petunjuk imaginasi. Bukan realiti.
dan, saya perhatikan..
Kebanyakan novel cinta, hero dan heroinnya pasti hebat dan mengujakan! Oh, kenapa begitu? Saya jadi sedih. Kalau saya, pelajar sekolah agama yang mempunyai iman yang senipis kulit bawang ni boleh juga terlalai dengan godaan nafsu supaya memikirkan perkara yang bukan-bukan, apatah lagi kawan-kawan di luar sana?
Sebagai seorang yang turut membabitkan diri dalam dunia penulisan, saya berasa terkilan andai ada karya beberapa penulis yang agak 'berani' telah memberi rangsangan dan sokongan kepada beberapa pembaca supaya melakukan sesuatu yang diharamkan. Erm, tak faham? Just forget about it, first.
Saya bukannya tak bagi baca novel cinta. Bacalah. Saya sendiri memilih novel cinta daripada novel Islamik kontemporari. Selain boleh menguji iman, saya tak menafikan bahawa novel-novel mereka juga padat dengan informasi dan maklumat. Justeru, kalau anda rasa diri anda cukup kuat, anda boleh teruskan niat anda membaca novel yang 'berani'...
Hakikatnya, saya sudah bosan disajikan dengan cerita yang heronya romantik, manakala wanitanya manis menawan. Hero yang kacak, bersama heroin yang cantik jelita. Oh, sudah-sudahlah! Cuba buat kelainan..
Mungkin Tarikh Luput Cinta by Lynn Dayana bisa membantu?
Saya membaca novel demi kepuasan, untuk berehat. Justeru, saya tak mahu minda saya diganggu dengan perkara berat ketika sedang bercuti. Jadi, saya sukakan novel yang dicelahkan dengan humor yang tinggi, bukan sekadar secubit dua. Ingat, humor itu penting untuk menggembirakan.
Walau apapun, saya berkata benar! Saya bosan dikelilingi dunia penulisan yang hero dan heroinnya membawa watak stereotaip sahaja. Aii kak, tak apalah stereotaip pun, janji duit masyukkk kan? Huhu
Oklah. Got to go.
Wallahu'alam.
Wassalam.
Ikhlas (dan yg bnr2 bosan!),
Maryam Kamal.
[VIDEO] Cik B Kongsi Kisah Trauma Dider* Bibik Ketika Kecil – ‘Saya Pernah
Dip*kul Dengan Buluh’
-
Anak kepada usahawan popular, Datuk Seri Vida iaitu Cik B berkongsi tentang
trauma yang dialaminya ketika kecil. Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B
Lancar ...
4 hours ago